Hari PERTUNANGAN !!!

The Love of Brutal Girl

---- 1 hari sebelum hari pertunagan----

“One.. Two.. Three… Four… Stop !” Huh ! Finally ! Habis jugak latihan. Minwoo mengambil botol airnya dan meneguknya dengan rakus. Aliah juga meneguk sedikit air. Mereka berdua mengeluh. Esok hari pertunagan… Aliah risau sebab dia bakal menjadi tunang orang,Minwoo lak risau reputasi dia hancur.

“Aliah..” Aliah menoleh ke arah Minwoo lalu mengangkat kening.

“Meh la sini…” Aliah berjalan dengan malasnya ke arah Minwoo. Dah la tak pasal-pasal hari tu kena practice menari. Aliah tak minat dance sebenarnya tapi sejak dia dance ngan Boyfriend,dia jadi suka la pulak.

“Kau tak risau?” Minwoo menyoal.

“Apa ke terlebih bangang soalan kau tu? Esok kot..” Aliah berkata.

“Tak yah lah marah. Tanya sikit dah macam gorilla.” Minwoo berkata.

“Tak delah… Soalan tu macam soalan nak makan kaki.” Aliah berkata.

“Sikit nak marah. Tua nanti padan muka.”Minwoo berkata.

“Lantaklah.. Diri aku.” Aliah menjawab.

“Menjawab je kan kerja kau…”Minwoo berkata lalu menolak kepala ALiah.

“Sakitlah sengal. Aku ada mulut… Aku cakap.. Kau pon ada mulut,kan? Settle kan mulut kau sudah lah.. Sibuk je kat orang.” Aliah berkata.

“Eii.. Kau ni ! Tak pasal-pasal aku tumbuk gak kang !” Minwoo berkata.

“Tumbuk r !” Aliah berkata sambil menunjukkan pipinya.

“Kau ni kang… “ Tak sempat Minwoo habiskan line dia,yang lain dah sampuk.

“Ehhh.. Dah-dah la…” Agaknya ahli Boyfriend yang lain dah bosan. Minwoo menarik muncung,Aliah pergi ke Iriana.

“Gaduh?” Iriana menyoal.

“Tak lah. Membajak.” Aliah menjawab. Jung Min ketawa. Comel.

“Awak ni kelakarlah.” Jung Min berkata.

“Memang dia ni cam ni. Tak betul.” Iriana berkata. Dia mencubit lengan Aliah.

“Oiiiii ! Perit der !” Aliah mengusap-usap lengannya. Tiba-tiba Aliah diam seketika.

“Kau kenapa? Cam ade masalah je?” Iriana menyoal. Jung Min memandang kea rah Aliah. Jung Min memang rapat dengan mereka berdua sejak Hye Rim hilang tanpa boleh dijejaki dalam GPS kepala kambing Aliah.

“Tak de papelah. “ Aliah berkata sambil tersenyum pahit.

“Ok.. Now.. Kita practice one more time and then we can go back home,okay? Mereka semua tersenyum dan mengangguk. Mereka meneruskan latihan mereka kerana majlis graduasi tu pon sebulan lagi. Nak gabung dengan U lain agy. Banyak kerja.

------------

“Okay.. Esok kita sambung lagi,ye?” Manager Boyfriend berkata.

“Saya ada hal.” Serentak ALiah dengan Minwoo menjawab. Semua memandang ke arah Aliah dan Minwoo.

“Amboi.. Ada date ke esok?” Hyunseong berseloroh. Aliah menjengilkan matanya. Terus kecut perut Hyunseong.

“Tak lah. Minwoo ada urgent thing that my granny suruh buat.” Minwoo berkata.

“Saya pulak ada hal dengan family. Private.” Aliah sengih tak ikhlas.

“Asal hal korang sama je ni? Ke korang dah nak….” Donghyun memandang ahli boyfriend yang lain sambil mengangkat kening.

“.......Kawin!” Mereka berkata serentak sambil tersengih macam kerang busuk melantong ! Muka Aliah berubah kepada muka biasanya. Muka katak (-_-). Begitu juga dengan Minwoo.

Relax lah.. Kitorang gurau je..Janganlah marah…” Jeongmin pujuk Aliah.

“Tak marah pon.” Aliah menjawab.

“Kenapa muka macam tu?” Donghyun menyoal lembut.

“Dah takkkan nak suruh buat muka macam orang tengah berak kot?” Aliah menjawab dengan jawapan bangang. Ahli Boyfriend yang lain hanya tersengih.

“Yang pasti kamu berdua memang tak boleh datang?” Minwoo dan Aliah mengangguk.

“It’s okay then. Later jangan lupa datang practice,okay?” Aliah dan Minwoo mengangguk. Manager Boyfriend and ahli Boyfriend yang lain keluar. Begitu juga dengan pasangan menari mereka. Hanya tinggal Aliah dan Minwoo sahaja. Aliah pandang Minwoo. Minwoo pandang Aliah.

“Kau datang ke esok?” Aliah menyoal.

“Datanglah. Kalau tak mati la aku kena humban dalam lubang jamban dengan nenek aku.” Minwoo berkata.

“Hurmmm.. Ye la.” Aku nak balik dulu. Bubye.” Aliah bangun dan berjalan keluar daripada bilik practice.

----Hari pertunangan ----

“TAKKKK NAKKKKKK!!!!!!!” Satu rumah riuh.

“Kejar Aliah tu!!!!” Puan Faizah menjerit daripada bilik Aliah. ALiah lari keliling rumah.

“Oiii ! Sini ! Jangan lari !” Mak Andam puas mengejar Aliah.

“Takkk nakk ! Saya kata tak nak means tak nak. Tak nak .. Tak nak… Tak nak !!!” Aliah memanjat pokok kelapa.

“Abang ! Sejak bila kita ada pokok kelapa belakang umah ni?!”Puan Faizah menyoal suaminya. Suaminya yang sedang curi makan tembikai segera berlari ke belakang rumah.

“Apa awak tanya tadi?” En.Saifuddin menyoal.

“Siapa pulak yang gatal tanam pokok kelapa belakang umah ni?!” Puan Faizah menyoal.

“Err.. Sa.. Eh.. Qilah.. Dia kata dia nak minum air kelapa…” En.Saifuddin berkata.

“Ehh.. Qilah pulak? Abah ni !” Aqilah berlari mengejar ayahnya.

“Haishhh.. ALIAHHHHHHH!!!!” Puan Faizah kembali kepada matlamat utamanya.

“Tak nak ! Aliah tak nak make up !!!!” Aliah menjerit daripada atas pokok kelapa.

“Aduiii.. Ye la ye la..” Puan faizah berkata..

“Betul ni?”Muka Aliah bahagia sangat.

“Betul. Turun lah. Nanti lambat pulak majlis start.” Aliah mengeluh. Kalau boleh dia nak batalkan terus tapi sebab ‘orang tua separuh muda’ tu ada.. Terus tak jadi. Aliah akhirnya turun.

“Tangkap dia !!” Aliah blur. Tak pasal-pasal kena ikat.

“Ehhh.. Asal ni?” ALiah still blur.

“Make up !” Puan Faizah berkata. Nekad. Aliah punya mata membulat.

“Tak mau !!!!” Dia meronta-ronta. Mereka menyumbat mulut Aliah dengan kain. Aliah meronta-ronta nak tendang tapi tak boleh. Dia dibawa kembali ke dalam bilik. Badannya diikat di kerusi. Kepalanya dipegang oleh Adilah. Susah sangat.

“Cabut kain tu.” Mak andam menyuruh Aqilah tarik tuala tu. Aqilah angguk. Dia tarik.

“TOlong lah mak cik. Saya tak nak.” Mak cik andam tu menggeleng.

“Ok. Ok.. Kita buat perjanjian.” Mak cik itu mengangkat kening.

“Saya bayar mahal but saya tak nak foundation,bedak,bulu mata palsu,mascara,blusher,eye shadow,lipstick and so on. Rimas lah !” Aliah berkata.

“Pakaikan je.” Puan Faizah menyampuk. Aliah nak geleng tapi Adilah lagi kuat. Dia tahan. Apa lagi. Habis lah muka Aliah.

----- Setelah selesai -----

Aliah melihat wajahnya di hadapan cermin. Rambut palsu dilihatnya. Pakaian itu dipandangnya.

“Peliknya..” Dia berkata dalam hati. Puan Faizah masuk ke dalam bilik tersebut.

“Ehhh.. Cantiknya anak ibu..” Puan Faizah berkata.

“Hah cantik? Ibu tau tak lembu yang meneran tepi jalan tu lagi menawan tau?.” Aliah berkata dengan selamba. Kepalanya diketuk.

“Eiii ! Sakitlah,bu . Fakta tau !” Aliah berkata. Mulutnya gerak ke sana ke sini sebab tak selesa dengan lipstick yang dipakai oleh mak andam tu.  Macam nak kasi kerbau sondol aje.

“Kejap lagi rombongan kamu datang… Jangan buat hal. Pintu dah kunci.” Aliah menoleh ke arah balkoninya.

“Amboi ! Melampaunya !!!!!!!!” Aliah menjerit .Memang langsung tak de peluang nak menjejak udara di luar sebab memang dia bakal terkurung. Balkoni tu ditutup dengan almari,meja kayu,kerusi jati dan sebagainya dari luar.

“Tak de melampaunya. Duk diam-diam dalam ni…” Puan Faizah keluar lalu kunci bilik Aliah dari dalam. Buatnya Aliah jadi gorilla? Mau mati kejar balik satu rumah. Dia tu bukan betul sangat otak. Hantar repair,isi memory card and battery bar upon belum tentu betul.

------ Waktu pertunangan -------

Aliah kejap duduk,kejap berdiri,kejap terjun atas katil,kejap main kasut,kejap pergi bilik air,kejap kemas katil,kejap menyorok dalam almari,kejap try bukak balkoni. Lama-lama dia fed up. DIa duduk di atas katilnya sambil melihat sekeliling. Tiba-tiba dia teringat telefonnya. Waktu-waktu cenggini lah dia ingat Woohyun. Tapi yang peliknya,Woohyun dah lama tak contact dia. Akhirnya Aliah try tuk contact Woohyun balik.

Aliah: Woohyun….?

Beberapa minit kemudian,mesej masuk. Aliah segera membuka.

Minwoo: Tak nervous ke?

“Eh eh eh.. Mamat ni memang teringin kaki or memang dah nak mati?” Aliah segera membalas mesej Minwoo.

Aliah: Mangkuk kau aku tak nervous. Kau kat bawah ke?

Beberapa minit kemudian telefon Aliah berdering. Aliah betul-betul malas nak bukak telefon tapi akhirnya dia baca gak.

Minwoo: A’ah.. Tak sabar nak tengok muka kau bila make up. Mesti macam monyet kan?

Aliah dapat rasakan tangan dia gatal aje nak campak kerusi jati tu hempap Minwoo.

Aliah: Memang dah gaya monyet dah pon. Geli aku ngan make up pepenuh nie. Jap lagi kita sambung eh? Mak aku suh keluar ni. Cau .  ~~ Kiss menyampah !!! ~~~

Aliah membalas. Dia tersenyum. PIntu biliknya terbuka dari luar.

“Ready?” Aliah menoleh ke arah ibunya.

“Tak !” Aliah membalas. Ibunya mengeluh. Ibunya berjalan kearahnya.

“Ibu faham perasaan Yah. Ibu tau Yah terseksa sebab kena kawin paksa tapi ibu tak berhak hentikan dia. Kalau tak dikira anak derhaka.” Aliah mengeluh. Dia memandang ibunya.IBunya dah nangis. Aliah menggaru kepalanya.

“Ibu ni.. Tak yah lah emo-emo gini. Ni orang lemah ni.” Aliah mengelap air mata ibunya.

“Setitis air mata ibu yang jatuh kerana anak dia buat benda tak elok orang cakap tu dosa. Sorry lah bu. No crying-crying,okay? Tak pretty la ibu Yah ni nanti.” Aliah senyum kepada ibunya. Ibunya senyum dan membetulkan sedikit rambut palsu Aliah. Aliah senyum.

“Ready?” Nak tak nak bedal je lah.

----- Di ruang tamu-----

Aliah berjalan menuruni tangga setapak demi setapak.

“Yah… Sopan lah sikit.” Aqilah menegur. Mana taknya. Orang perhatikan si Aliah I turun tapi dia turun terkankang-kankang. Aliah mengeluh. Dia mengalah. Dia cuba cari kamus sopan dalam otak je. Akhirnya jumpa gak. Tu pon tipis macam sehelai kertas.Tiba-tiba kaki dia terpijak kain.

“Ocococt lembu !” Adilah cuit pinggang Aliah.

“Apa raba-raba ni?” Aliah menyoal Adilah. Nasib suara tak tinggi. Orang lain pon nasib tak perasan ALiah nyaris nak jatuh tadi.

“Jalan elok-elok,relax and pandang depan. Jangan risau. Ibu kat sini.” Puan Faizah beri kata-kata semangat. ALiah mengeluh. Dia akhirnya akur. Tiba-tiba mata dia ternampak Minwoo yang handsome mengenakan tuxedo purple sama dengan warna dress pertunangan dyorang. MInwoo senyum ke arah ALiah.

“Aiii mamat ni. Birah lak nak senyum-senyum.” Aliah berkata dalam hati. Aliah memandang tempat lain. Minwoo hanya senyum. Majlis pertunangan pon bermula.

----- Time majlis -----

Minwoo pandang je ALiah yang tak senang duduk atas kerusi tu. Menampakkan ketidakselesaan yang sungguh ketara. Tiba-tiba Aliah pandang Minwoo. Minwoo angkat kening. Mulut Aliah terkumat kamit cakap something.

“Dia baca mantera ape lak tu?” Minwoo pandang Aliah dengan pandangan pelik. Aliah cuba sebut satu per satu patah perkataan.

“Aku..” Minwoo baca perlahan-lahan mulut Aliah.

“Nak….” Minwoo angkat kening.

“Kentut…” Mata Minwoo membulat. Minwoo baru sahaja nak langkah keluar daripada tempat tu tapi dah terlambat.

“PROT !” Semua orang terkejut. Mereka semua memandang Aliah. ALiah buat-buat tutup hidung lalu menunding jari kea rah Minwoo yang berada di muka pintu. Minwoo menjengilkan mataya kea rah Aliah. Aliah siap boleh buat peace lagi.

“Errr… Saya minta maaf atas gangguan yang tidak disengajakan tadi.” Mereka mengangguk. Puan Faizah dan En Saifuddin dah dapat agak dah siapa punya perbuatan sebenarnya.

“Baiklah… Semua hadirin dijemput untuk menikmati hidangan yang telah disediakan. “ Mereka beramai-ramai keluar untuk menjamu selera setelah lama menunggu pantun tak pantunnya. Dah la bisik-bisik. Ingat main mainan killer tu ke. Ape entah nama dia. Lupa dah. Simon Killer tak silap. Yang kenyit-kenyit mata tu. Sebenarnya tak perlu tau pun tak pe (-_-). Minwoo masuk kembali kedalam rumah selepas tak selesa orang pandang dia semacam aje. Lembu punya kentut,sapi dapat nama.

“Kau saja je kan!” Minwoo geram.

“Mana ada. Itu automatic. Isteri kau kenalah jaga penampilan,kan?” Aliah memerli.

“Kau ni.. Aku kawin ngn kau sekarang kang.” Minwoo mengugut.

“Eh Minwoo....” Serentak mereka berdua menoleh.  Puan Faizah and En Saifuddin tersenyum. Minwoo tunduk hormat sedikit kemudian senyum kembali.

“Ayah nak minta maaf atas kesilapan teknikal tadi.” EN Saifuddin berkata. Aliah terkedu

“Erk? Ayah? Wowowow.. Isn’t it to early?” Aliah menyoal. Geli pulak dia.

“Apa pulak lama… 6 hari je lagi.” Puan Faizah berkata.

“6 hari tu lambat jugak..” Aliah tetap tak nak mengalah.

“Ok dah dah. Baik kita tangkap gambar aje ramai-ramai. “Tiba-tiba Aqilah menyampuk.

“Yang kau…” Adilah menekup mulut kakaknya sebab mertua Aliah ada. Aliah menjeling semacam aje kat Adilah. Adilah sengih.

“Jom tangkap gambar.”Mereka angguk. First shoot semua skema macam tangkap gambar IC. Yang gambar lain dah macam orang tak betul pon ada. Tak kiralah menantu ke menrtua ke nenek ke.. Semua dah tak betul. Tapi yang palik tak betul ialah Minwoo and Aliah. Dyorang je yang amik gambar pepelik keluar. Kejap muka hantu. Kejap sorang tinggi. Kejap gaduh. Macam-macam .

----- The night -------

Aliah menguap besar. Dia terus peluk bantal peluknya. Dia senyum aje. Entah kenapa. Tiba-tiba dia teringat tragedy time tunang tadi. Memang semua gegile time tangkap gambar. . Tiba-tiba telefonnya berbunyi,Aliah membuka unlock phone tu and then terus baca mesej.

Minwoo: Boleh tidur?

Aliah senyum tapi dia segera tumbuk pipinya.

Aliah: BAru nak tidur tapi entah datang dari mana kera yang menganggu tidur ni.

Minwoo ketawa.

Minwoo: Kera tu handsome tak?

Aliah angkat kening sambil tersenyum.

Aliah: Perasan nampak?

Minwoo tersengih.

Minwoo : Lahhhhh.. Orang ke kera tu?

Aliah menggeleng.

Aliah: Kenapa ni? Kot ye pon tak leh tidur. Pi lah terjun bangunan,untung-untung tak yah fikir pasal hidup dah.

Aliah menekan butang send.Minwoo menarik muncung.

Minwoo: Dah tu siapa nak jadi suami kau nanti? Woohyun?

Minwoo send.Aliah senyum.

Aliah: Ohoiiii ! Cemburu eh? (muka kejam)

Minwoo senyum.

Minwoo: Bukan cemburu. Menyampah dengan mempelai gedik tak sedar dunia. Kang kau aku tolak bangunan kang. Tak pon aku humban dalam lubang jamban.

Minwoo send. Aliah buat muka meluat.

ALiah: Eiiii.. Lantak kau lah. Kang tak pasal kau aku libas masuk lubang jamban kang.

Minwoo menjelir lidahnya.

Minwoo: Dah.. Malas aku layan kepala yang bakal masuk lubang jamban ni. Gi tidur. Jangan kacau aku. Tau la rindu aku.

Aliah membaca mesej yang di send oleh Minwoo.

“Apa ke bangang sangat dia ni? Siapa yang mesej dulu? Siapa ganggu hidup siapa dulu? Ohhh ! Excited sangat nak masuk kepala aku dalam lubang jamban,kau tengok walaupun bukan esok… Kepala siapa masuk lam lubang jamban dulu !” Aliah berkata. Dia menglock telefonnya dan terus tidur. Berharap mimpi humban muka Minwoo dalam lubang jamban. 

-----------------------------------------------

I'm back again and sorry to late -bows-

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Emylia #1
Chapter 47: Daebakk, aku sanggup habiskan cite nih sampai pkul 12.35 pagi. Good.. Byk kali kowt gelak. Mmg kene ar ngn mood aku bace cite gegiler nih
biedom #2
Chapter 46: Daebak,,,,best story,,,
princea2899 #3
Chapter 45: Omo ... Daebak ...
fangirl
#4
Chapter 1: Awesomeee.'Woohyun tersenyum'aduhai baca perkataan ni pun da terbayang woohyun senyum. I'm melted xD
rismaKPOPERS #5
Chapter 46: finally .
DAEBAKK ARRRR !!!!!!!
Killa92 #6
Chapter 23: Menarik :)
Nursyuhada
#7
Chapter 46: yehet !!
dah habis !!! mcm manalah kalo ada org mcm ni in real life? mesti best kan? hhahah
Ayla_Qistina
#8
bca sinopsis je dh nmpk best, terus subscribe.. hohoho.. boyfriend.. dorg tgh promote kat jepun an?? lma xdgr khabar dorg.. :'(
woonicorn_syah
#9
Chapter 46: /clap2/ haha dah habis ~
Thanks sbb sudi habiskan citer ni ^_^
citer ni daebak!
Selalu buat saya gelak XD
Nursyuhada
#10
Chapter 45: Riz dah insaf?
bagus..
so sweeet diorang nih