First meet

The Love of Brutal Girl

Salam perkenalan,nama aku Aliah.. Aku diva di Universiti Seni yang terkenal ni. Aku ni dah la comel,cantik pulak tu. kalau popular memang tak payah cakap,lelaki tu aku petik pon da berhimpun satu dewan. hebat tak aku ni. Hari-hari macam biasa lah. kasut like this kena ada :

This one I beli jauh tau.. dekat India.. Siapa antara you all yang boleh lawan I,huh? -flip hair-

Yang ni pulak I curi waktu Cinderella tercicir dekat istana tu. Rugi betul dia tu. kasut yang prince dy bagi tu kasut palsu tu. Ni yang asli. Ha.. Amacam? -lift eyebrows-

Yang ni jangan cakaplah.. I buat ni dekat Perancis tau.. I bayar mahal ! 3 ribu rupiah tau. Siapa lah yang boleh lawan I yang anggun bergaya ni kan? -buat muka bangga-

Kasut kasut yang dekat atas tu semua I beli tau. Made from China tau. You all nak cakap apa? I memang perfect.

Macam biasa,aku teruskan rutin aku macam budak popular. hari-hari dikelilingi peminat. Perempuan jeles ! Huh,what a perfect life..

"Aliah.."Sayup suara seseorang kedengaran.

"Aliahh.."kali ini lebih panjang dan kuat.

"ALIAHHHHH!!!!!!!!" Aliah tersedar daripada tidurnya dan memandang kakaknya.

"Bro ! Apa ni.. Aku tengah on the way part best je lu kejut. Tau la tak kahwin lagi. Tak yah lah..." Rambutnya ditarik oleh kakaknya Aqilah.

"Ha.. Banyak la kau punya tak kahwin. Kau nak suruh aku kejut kau hari-hari ke?" Aqilah menyoal adiknya itu.

"Ye la gile ! Aku nak pergi mandi lah ni!!" Aliah bangun daripada katilnya,berguling di atas lantai,mencapai tuala di tempat penyangkut dan merangkak ke bilik air.Dia menutup pintu bilik air.

"Alang-alang dah kejutkan orang.. Buatlah kerja amal sikit. kemas bilik orang ke.. Kemas katil tu ke.. Dapat lah sikit rahmat pagi-pagi buta ni !" Aliah berkata-kata dari dalam bilik air.Aqilah yang berada di luar memandang ke arah pintu bilik air.

"Bilik macam ni kau suruh aku kemas?!" Aqilah menyoal perlahan sambil melihat sekeliling bilik adik perempuannya yang dah tak gaya perempuan itu.

"Belum lagi aku check almari dia."Aqilah berjalan ke arah almari baju Aliah.

"NOR ALIAH BT SAIFUDDIN!!!! BERAPA KURUN KAU SIMPAN TIKUS DALAM NI ?!!!" Aqilah menjerit memarahi Aliah namun Aliah hanya menyanyi dalam bilik air seolah-olah mengejek Aqilah.

Selesai sahaja mendengar bebelan kakaknya yang memanjang itu,dia menuruni tangga menuju ke luar rumah. tiba-tiba dia terbau pulak sesuatu yang melazatkan di dapur. Dia berjalan ke dapur dan membuka tudung salji yang menutupi penglihatannya itu.

"Aikkk..."Dia mengangkat keningnya.

"Sejak bila pulak mak aku rajin memasak ni?" Aliah berfikir sambil menyuap roti telur berserta sos ke dalam mulutnya sambil berdiri. Tiba-tiba ibunya datang daripada belakang dan mengetuk bahunya.

"Oi mak cik.." Aliah segera menutup mulutnya dan tersengih.Menampakkan seluruh giginya yang putih.

"Kenapa tak makan duduk? Kenapa makan berdiri? Blalalala..." Aliah mengeluh.

"Inilah kehidupan aku. Penuh dengan bebelan. tak tahu lah mana silapnya. Aku ni okay je aku rasa. Dorang je yang tak puas hati dengan aku sebab ye lah.. Aku ni terlampau baik. Nak buat macam mana" Dalam ayat pasrah Aliah di dalam hati,ada juga ayat memuji.

Aliah mencapai skateboardnya ditepi pasu bunga rumahnya itu. Dia memakai topi keselamatan dan mula meluncur.kalau pasal tunggang skateboard ni jangan main-main dengan Aliah ni.Dekat rumah tu ada berpuluh-puluh skateboard dia tapi dia takut nak guna,sayang katanya.. penyudah penamat skateboard tu mak dy bakar aje lah. Buat jadi arang. menangis 7 hari 3 malam dia dibuatnya.Ini jelah yang tinggal.. dah lama rupa macam perempuan. Memalukan betul.

Akhirnya dia sampai juga ke universiti yang berhampiran dengan rumahnya itu.Dia berjalan menuju ke lokernya.Apabila dia membuka lokernya dia terus menyumbat skateboardnya tanpa mengisahkan lokernya yang dah macam tempat sarang pelbagai serangga.

Sedang dia berjalan menuju ke kelasnya.Segerombolan gadis berlari ke arahnya.

"Eh eh.. Ni lari ni nak minta autograph saya ke?" Aliah menyoal.Mereka masih lagi berlari ke arah Aliah.

"Tak payah berebut. Satu per satu. jangan risau.. semua tu free dan tidak perlu dibayar so jangan risau." Aliah berkata. Mereka makin lama makin dekat.

"Tapi saya tak bawak pen so....." Mereka merempuh Aliah.

"Arghhhh !!!"Jeritan mereka membingitkan telinga. Mereka melanggar Aliah.

"Sabar lah. Satu per satu .. benda ni boleh dibawak bincang so jangan berebut ye..."Mereka semua berlari meninggalkan Aliah yang bercakap perasan seorang diri. Aliah memalingkan wajahnya kebelakang dan melihat dua orang manusia yang gadis itu gila-gilakan macam nak mati tu.

"Wei..  Tadi tu aku gurau je."Aliah menjerit kepada mereka.Cover line. Entah dengar entah tidak. Dengan muka selambanya Aliah berjalan ke kelasnya. Seperti biasa,dia mengambil tempat duduk di bahagian belakang. Bak kata Aliah ,

"Yang nerd duk depan,yang senget sikit duk tengah,yang rasa diri dia selamba duduk belakang.".Walaupun Aliah budak cerdik,dia lebih suka duduk di seat belakang. Lagi aman,senyap sunyi dan senang untuk 'landing'

"Class stand up." Ketua kelas Aliah,Muhajid berkata.Mereka semua berdiri dan mengucapkan salam. Selepas membaca doa,mereka duduk.

"Okaihhh.. Hari ni macam biasa. Saya akan bagi keputusan yang kamu semua jawab untuk pop quiz semalam." Puan Fazilah,pensyarah matematik berkata.

"Macam biasa... Nor Aliah Bt Saifuddin, A+ .. "Aliah bangun mengambil kertasnya daripada Puan Fazilah sambil tersengih melebar.Selepas mengucapkan terima kasih,dia kembali ke tempat duduknya, Dia memeriksa beberapa soalan,takut-takut ada yang salah.

"Okay.. Tak perlu kita check sebab saya pun nak cepat masuk ke chapter baru...." Puan Fazilah meneruskan gerak kerja dia yang kedua iaitu mengajar selain daripada memarahi ana muridnya yang terlalu nakal.

-------- Waktu Rehat -----------

Aliah menuruni anak tangga menuju ke kafeteria yang terletak berdekatan dengan kelasnya. Dia beratur untuk membeli 3 biji burger,2 potong buah tembikai,2 jus iaitu apple dan strawberry. Sedang dia mengangkut dulangnya ke tempat impiannya iaitu di penjuru kafeteria,dia telah berlanggar dengan seorang lelaki yang agak tinggi (sebenarnya memang tinggi) daripadanya.Habis semua makanan di dalam dulangnya itu terkeluar macam salji yang tidak putih menghempap lelaki itu. Aliah mendongak memandang siapakah si malang yang terkena salji burger dengan hujan jus ni? Aliah terkedu,Minwoo memandang ke arah Aliah dengan wajahnya seperti biasa,ego !

"Kau ni.. Jalan tu tak boleh ke nak toleh kiri kanan?" Ayat bisa satu dah keluar daripada mulut si Minwoo. Aliah tersengih.

"Sepatutnya yang ada mulut tu kena lah bercakap. Bukan ke kau sebelah aku,maksudnya kau nampak aku kat depan,yang kau nak langgar aku apahal?" Suara Aliah bersahaja. Satu das tembakan dilepaskan tepat mengenai kepala Minwoo. Aliah ketawa di dalam hati. Woohyun hanya memerhati pergaduhan mereka tetapi matanya tidak langsung beralih daripada melihat 'lelaki' di hadapannya itu.

"Dia ni betul-betul lelaki ke? Rambut pendek,gaya badan memang macam laki tapi suara... macam perempuan." Desis Woohyun di dalam hati.

"Huh..." Suara ego Minwoo dah keluar.

"Kau tahu tak kau tu mencalarkan aku punya baju ni. Kau tahu tak benda ni mahal?" Minwoo sedikit menjerkah. Gadis-gadis lain mulai kelihatan seronok apabila melihat Minwoo marah. Maklumlah,hot stuff kalau buat apa-apa aje mesti dapat perhatian.. Kadang-kadang muka bersin yang dah serupa macam beruk pun kata cute... Adakah itu wajar?

"Setahu aku kau beli baju ni dekat tempat yang sama dengan aku. ECM.. Yang kau nak kecoh sangat kenapa?" Aliah menyoal semula dengan muka bersahaja.

"Kau tengok balik.. Ini jenama apa ni !" Minwoo menunjukkan jenama yang berada di belakangnya.

"Polo.. Lahhh.. Baju ni bersepah dekat rumah aku. Pasar borong pon boleh dapat. Murah je wei.. Nanti-nanti aku ganti. Sekarang ni kasi gua isi perut gua lu." Aliah berkata dan ingin mengorak langkah.

"Kau ada duit ke?" Langkah Aliah terhenti dan menoleh ke arah Minwoo.

"Masalah bapak kau ke?" Satu bom lagi kena dekat bahu Minwoo.

" Aku rasa kau ni miskin. Bukan bapak kau ke yang kerja sebagai penyiram pokok bunga dekat rumah aku?" Minwoo berkata. Senyumannya tampak sinis namun muka Aliah masih sama,maintain.

"Excuse me. Kalau kau tak tahu bapak aku kerja apa. Baik kau zip mulut kau tu. Entah-entah yang kerja kat rumah kau tu kembar seiras bapak aku... Hmmm... Jumpa dah satu kembar bapak aku."Aliah seperti bercakap sendiri.

"Baju yang kau dah cemarkan dengan najis kau tu harga dia RM1200." Aliah tersengih.

"Dekat pasar borong aku dapat borong 2 helai RM50.." Minwoo terasa sakit pulak hati dia.Dia berjalan ke arah Aliah dan mencekak colar baju Aliah tapi muka Aliah macam tak ada benda berlaku.

"Kau......" Tiba-tiba Minwoo terpandang mata Aliah. Dalam sungguh pandangannya. Perlahan-lahan dia melepaskan kolar baju Aliah dan terus berlalu.

"Aikk.. Tak nak pulak tumbuk. Aku kasi chance tak nak buat. Pelik betul. Ada ke tolak peluang cam tu?" Aliah menggelengkan kepalanya.Woohyun tersenyum.

"Perempuan... " Woohyun berkata dalam hati sambil tersenyum.

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Emylia #1
Chapter 47: Daebakk, aku sanggup habiskan cite nih sampai pkul 12.35 pagi. Good.. Byk kali kowt gelak. Mmg kene ar ngn mood aku bace cite gegiler nih
biedom #2
Chapter 46: Daebak,,,,best story,,,
princea2899 #3
Chapter 45: Omo ... Daebak ...
fangirl
#4
Chapter 1: Awesomeee.'Woohyun tersenyum'aduhai baca perkataan ni pun da terbayang woohyun senyum. I'm melted xD
rismaKPOPERS #5
Chapter 46: finally .
DAEBAKK ARRRR !!!!!!!
Killa92 #6
Chapter 23: Menarik :)
Nursyuhada
#7
Chapter 46: yehet !!
dah habis !!! mcm manalah kalo ada org mcm ni in real life? mesti best kan? hhahah
Ayla_Qistina
#8
bca sinopsis je dh nmpk best, terus subscribe.. hohoho.. boyfriend.. dorg tgh promote kat jepun an?? lma xdgr khabar dorg.. :'(
woonicorn_syah
#9
Chapter 46: /clap2/ haha dah habis ~
Thanks sbb sudi habiskan citer ni ^_^
citer ni daebak!
Selalu buat saya gelak XD
Nursyuhada
#10
Chapter 45: Riz dah insaf?
bagus..
so sweeet diorang nih