Erk?

The Love of Brutal Girl

"Nenek pergi lah bukak pintu."Aliah menolak neneknya. 

"Kamu lah."Neneknya pula menolak Aliah. Pegelutan tolak menolak berlaku. Sekali lagi hon itu berbunyi. Nenek Aliah akhirnya menyerah,tenaganya tak cukup nak campak Aliah keluar rumah. Aliah sengih dan bergerak ke dalam biliknya. Dia tidak ada rasa nak mengintai. Apabila dia terdengar bunyi pintu kereta ditutup,serta-merta dia rasa gementar.

"Macam mana lah agaknya rupa dia?"Aliah meyoal hatinya.

Hati: Ehh.. Kejap!! Bukan ke kau yang tak nak kawin?

Aliah:Ko ni buat aku terperanjat aje. Jantung,kau ok tak?

Jantung: Boleh lah. Masih boleh mengepam lagi.

Aliah: Dah-dah.. Tak yah nak bercakap. Sesak nafas aku ni ha.

Hati:Balik pada soalan aku tadi. Bukan ke kau tak nak kawin?

Aliah: Ye aku tau tapi sebanyak mana pon aku bangkang. Bangkang lah macam monyet tak dapat pisang sekali pun,kau ingat aku dapat terlepas ke daripada perkahwinan keluarga yang menyiksakan ni?

Hati:Ye aku tau tapi kau tak ingat kat Woohyun ke?

Aliah:Hari-hari aku ingat dia,kau ingat aku ni jenis pelupa ke? Macam mana kalau dia tahu aku kawin ?

Otak: Kalau dia lelaki yang sejati,dia tak marah.

Aliah: Apa-apa jelah.. Aku harap budak bertuah tu Woohyun !

Hati & Otak: Berharap !

Aliah memandang sekeliling biliknya. Dia mencari earphonenya dan memasang lagu rock untuk hilangkan debaran di dadanya namun satu pun tidak brkesan. Dia mengeluh.

"Eii jantung ! Kau boleh tak jangan degup kuat sangat? Kau memang nak keluar daripada badan aku ke apa?" Aliah memarahi jantungnya. Secara mendadak,debaran itu mulai surut.

"Aliah..." Sayup-sayup kedengaran namanya dipanggil dari luar.

"Aliah.." Panggilan kedua tidak disahut.Tiba-tiba pintu biliknya dikuak daripada luar,nasib aje dia tak melatah.

"Ishh.. penat aku panggil kau. Tak dengar ke apa?" Neneknya menyoal.

"Ohhh nenek panggil.. Ingatkan suara hantu. Yelah,nenek kan suka muncul dalam versi hantu."Aliah memerli neneknya. Neneknya menjeling dirinya.

"Sekarang meh ikut nenek jumpa bakal suami kamu tu dengan nenek mentua kamu."Neneknya menarik tangan Aliah tapi Aliah tak bergerak.. keras macam batu.

"Asal ni?Jomlah..."Neneknya cuba menarik tangannya.

"Eii.. Tak nak lah.. Yah nak duk dalam bilik je. Takut lah nek."Aliah membalas,dia mengetap bibirnya.

"Eh eh eh.. Jangan nak buat gedik eh.. Meh sini. Janji tetap janji." Neneknya berkata.

"Janji tu memanglah janji tapi asal Yah jadi mangsa? Yah tak paham!" Aliah tiba-tiba bangkitkan semula perihal mangsa dan janji.

"Siapa suruh jadi anak kedua?"Aliah menarik muncung.

"Nenek tak ada perasaan kesian kat orang ke?"Neneknya menggeleng.

"Buat apa nak kesian kat kamu?"Neneknya menyoal. Aliah buat muka menyampah.

"Orang ni cucu nenek."Aliah membalas.

"So?"Neneknya mengangkat kening.Aliah rasa sakit pulak hati dia.

"Nenek ni tak ada perasaan lah !" Aliah geram.

"Tak payah nak lambatkan masa. Cepat ikut atau aku suruh kau basuh tandas satu kampung ni kang."Aliah menjeling neneknya,macam tau-tau aje dia nak lambatkan masa yang sekarang ini semakin cepat.

"Do i care? Must I care? "Aliah membalas.

"Kau ingat aku tak boleh ke?" Neneknya mencabar. Aliah menarik muncung. Neneknya itu orang berpengaruh.Aliah cuba mengira penduduk kampung dan bilangan tandas dalam setiap rumah.(Macamlah dia tahu).Akhirnya Aliah mengalah.

"Yelah tapi kejap je."Neneknya mengangguk dan tersenyum lebar.

"Lebar sangat senyuman tu.. Nipiskan sikit."Neneknya buat muka menyampah. Aliah tersengih.Perlahan-lahan Aliah dan neneknya berjalan keluar daripada bilik. Aliah hanya menunduk. Malu+tak nak+ serabot+ rimas dan macam-macam rasa lagilah. 

"Ni ke Aliah.. Cantiknya.." Itulah ayat yang Aliah tak suka dengar.Cantiknya.. Comelnya.. Bla bla bla.. 

"Duduklah.."Nenek belah lelaki itu mempersilakan Aliah duduk.Aliah duduk sambil menunduk,dia tak perasan kerusi tu sepatutnya ke tengah sikit tapi dia pergi duduk ke tepi sikit dan automatiknya.. Bukkk! Aliah terjatuh atas lantai. Neneknya sedaya upaya menahan ketawa dan berlakon jadi baik semula.

"Yah.. Kamu okay tak?"Aliah mengangguk. Dia dengar neneknya ketawa kecil.Nak aje dia menyindir tapi ditabahkan hati.Dengan berhati-hati ALiah  duduk di atas sofa. Mula-mula kangkang,pastu bersila,pastu kaki naik atas kerusi. Neneknya dah banyak kali berdehem tapi apa dia peduli.

"Nenek teringin nak tengah muka Aliah.. Dongak lah sayang..."Aliah punya bulu roma menaik. Dia mengeluh. Akhirnya dia mendongak memandang manusia di sekelilingnya. Matanya terarah kepada satu wajah. Mukanya terus berkerut.

"Erk?"Dia sungguh terkejut. Aku memang bermimpi ke?

"Aliah !" Aliah tersedar dari lamunannya dan memandang neneknya.

"Kenapa?"Aliah menggeleng. Dia menelan air liurnya.

"Kenalkan lah diri kamu." Aliah seperti dalam dunianya juga.

"Yah !" Aliah memandang neneknya,mukanya macam kena kejar dengan hantu .

"Tell her your name."Nenek yang lelaki itu mengarahkan pemuda itu mengenalkan dirinya.Pemuda itu mengangguk.

"Hello.. No Minwoo here."Aliah menelan air liurnya. Aku agak dah !

"Aliah.." Aliah memandang neneknya.

"Well.. I'm Aliah."Aliah membalas.

"Baguslah.. Sekarang kamu pergilah jalan-jalan dengan dia."ALiah memandang neneknya.

"Erk?! Kitorang dua?"ALiah menunding jarinya dan matanya menjeling ke arah Minwoo. Neneknya mengangguk.Aliah mengeluh.

"Minwoo.. "Minwoo memandang neneknya. Dia seperti bermain bahasa mata isyarat. Neneknya menggeleng dan membesarkan matanya. Akhirnya Minwoo mengalah. Dia bangun.

"Jom."Dia berkata kepada Aliah. Nak aje waktu tu Aliah tanggal rambut palsunya dan berkata.

"Wei ngok! Kau ingat aku nak kawin ngan kau ke? Eiii !!! Asal dalam dunia ni yang ada bermillion orang,aku yang terpilih untuk kawin dengan manusia malang macam kau ni.!!!!" Aliah menjerit.

"Aliah ! Dah -dah lah berangan tu."Aliah tersedar daripada lamunannya. Minwoo maish menunggunya. Aliah bangun dan menyalami neneknya dan nenek mentuanya. Dia bergerak ke Minwoo. Mereka menuruni anak tangga sebelum pergi bejalan-jalan.

------ Di dalam kereta ------

Krik krik krik ..... Krik krik krik.... Langsung tak ada bunyi dalam kereta. Aliah hanya buat kerja sendiri iaitu bermain dengan kuku. Kejap-kejap bukak tingkap. Ambil fresh air. Minwoo hanya diam dan fokus pada pemanduannya.

"Ehem-ehem."Minwoo berdehem.Aliah buat tak dengar.

"Ehem ehem.."Minwoo berdehem sekali lagi tapi kali ni lebih kuat. Aliah masih buat-buat telinga dia tertinggal dekat rumah.

"EHEM EHEM.." Minwoo berdehem lagi. Aliah buat-buat macam dunia tu tak ada orang.

"Eh.. Kau memang tak ada mulut ke ape?"Agaknya dah sakit tekak Minwoo nak berdehem. Aliah menoleh ke arah Minwoo.

"Aku ingat kau sakit tekak tadi."Aliah membalas. Minwoo hanya mengangguk.

"Sebenarnya aku ada benda nak cakap ni." Aliah angguk .

"Sebenarnya aku tak nak kawin dengan kau ni. Ini pun sebab kena paksa. Aku tahu kau nak kawin dengan ak...."Minwoo tak habis cakap lagi tapi Aliah dah potong.

"Tarik balik perkataan kau yang akhir tu sebelum aku high kick or one shot ko !"Aliah memberi warning. Minwoo memandang Aliah. Wow,ganasnye !

"Kau ingat aku nak sangat ke kawin dengan kau?"Minwoo sekali lagi berkata.

"Eiii ! Kau rasa aku nak sangat ke kawin dengan kau?Hah?!"Nak aje time tu Aliah tanggal rambut palsunya itu tapi disabarkan hati.

"Harap aje muka cantik.. perangai hodoh !" Minwoo berkata. Amboi ayat,memang nak tembak otak Aliah terus.

"Kau ingat kau tu handsome sangatlah? Comel sangatlah?" Aliah pula menyindir.

"Aku memang handsome pon."Balik lah ! Nak aje Aliah cakap gitu tapi dia diam aje,nak jaga nama baik neneknya.

"Asal kau diam?"Minwoo menyoal. Dia bosan.

"Lapar."

"Cepatnya lapar."

"Suka hatilah." Minwoo kehilangan kata-kata.Minwoo berjhenti di kedai makan berdekatan. Aliah memandnag Minwoo.

"Asal stop?" Aliah menyoal.

"Kata lapar."Aliah mengangguk. Cepat aje dia turun. Mereka memilih tempat.

"Kau belanja ke?" Aliah menyoal. Minwoo mengangguk.

"Bereh.." Aliah mengangkat thumbs up. Dia dah lupa dah pasal kawin,sekarang ni dia fikir pasal makan. Nyummm nyummm ! Waiter itu datang mengambil pesanan.

"Order?" Waiter itu menyoal. Mereka berdua mengangguk

"Saya nak roti canai telur 2 pastu mee goreng 1 campur telur mata kerbau 2 pastu kuih batik 2 ringgit pastu nak air milo ais dengan jus apple gelas besar.. Hurmmm lagi saya nak..."

"Kau nak makan ke atau kau nak melantak? Pesan macam 30 orang nak makan. Kau ni raksaksa ke manusia?"Minwoo memotong pesanan Aliah. Waiter tu entah sempat entah tak nak salin.

"Sukahati lah. Ni perut aku." Aliah menepuk-nepuk perutnya.

"Kalau sakit perut padan muka."Aliah menjelir lidahnya. Minwoo hanya menggeleng.

"Itu saja?"Aliah angguk. Wiater itu pun pergi ke dapur.Mereka hanya buat kerja sendiri sewaktu menunggu waiter itu membawa makanan. Beberapa minit kemudian air teh,milo ais dan jus apple pon sampai di meja mereka.

"Thank you."Aliah terus meneguk air applenya.

"Burrrppp ! "Dia sedawa kekenyangan air. Minwoo yang menghirup teh sedikit tersedak dengan tindakan spontan tanpa batas Aliah.

"Kau ni perempuan ke lelaki?" Minwoo menyoal. Confuse dia dibuat oleh Aliah.

"Atas laki bawah perempuan."Minwoo mengeluh. Macam manalah dia boleh jumpa perempuan macam ni? Dia mengeluh. Tidak lama kemudian,roti canai telur sampai. Aliah terus menyumbatnya kedalam mulut,Minwoo yang teringin nak menjamah sedikit terus tak jadi. Dia dah nak loya apabila tengok cara Aliah makan.. Dah macam 30 tahun tak jumpa makanan.Dalam sekelip mata,roti canai yang panas itu masuk ke dalam perut Aliah dengan selamat tanpa sempat dijamah oleh Minwoo. Kemudian mee goreng dan dua biji telur mata kerbau sampai.

"Terima kasih." Aliah terus mencapai garfu dan memakai mee itu. Minwoo dah hilang selera makan. Roh selera makan dia pergi muntah kejap kot sebab geli sangat. Minwoo hanya memandang dengan muka pelik,tak ada perasaan,tkut dan macam-macam lagi. Tak lama kemudian kuih batik pon sampai.

"Thanks."Aliah menyumbat 2 kuih batik sekali gus ke dalam mulutnya dan kemudian meneguk air milo. Dia tersedak kejap,dia mengambil air Minwoo dan meneguknya. Minwoo terkedu kejap.

"Dia ni manusia ke... raksaksa lapar?"Itu sahaja yang terlintas dalam fikiran Minwoo,dia rasa seram sangat tengok Aliah macam tu. Kuih batik itu habis dimakan oleh Aliah.. SEMUA dalam sekelip mata.

"Burpppppppppppp!"Kali ni lagi kuat dan panjang. Aliah tersandar kekenyangan macam lintah baru sedut darah manusia.Minwoo masih lagi terkedu dan dia tidak bergerak sedikit pon daripada posisi terkejutnya itu. Aliah mengambil pencungkil gigi dan mencungkil plak dan sisa makanan di celah giginya. Minwoo dah tak boleh bernafas dah rasanya.

"Dah habis makan dah? Boleh balik dah?"Setelah beberapa minit Minwoo mencari keberanian,akhirnya dia jumpa juga keberanian itu. Aliah angguk.

"Dah,jom cau. Kau bayar.Aku tunggu kat kereta."Aliah terus berlalu.Minwoo memandang Aliah dengan muka menyampah.

"Lepas dia sedut makanan ni macam vacumm,dia terus bla cam tu je?"Minwoo berkata sewaktu dia membayar jumlah Aliah makan.

----- Di dalam kereta ------

Minwoo focus pada pemanduan manakala Aliah terbungkang tidur dengan air liur basi terkeluar. Kejap-kejap dia kesat air liur basinya... kejap-kejap dia menyergah sebab mengigau. Sedang Minwoo focus pada pemanduannya,tiba-tiba dia terdengar satu bunyi. Macam.. Macam bunyi orang kentut. Dia menoleh ke arah Aliah.

"Prooootttt.." Aliah kentut lagi kuat. Dah lah kuat ! Bau tak yah cakaplah ! Harum. Minwoo terbatuk- batuk. DIa tak boleh bukak cermin tingkap dia kerana dia baru tinted so kena tunggu 2 hari. Cepat-cepat Minwoo memberi signal untuk berhenti di tepi hutan. Apabila dpat peluang berhenti,Minwoo terus keluar. Terbatuk-batuk dia.

"Udara ! Nafas ! Air !! Fresh air ! Come to me !" Minwoo menarik nafas dan mencari-cari udara segar.Selepas mendapat udara segar,dia membuka pintu belakang dan pintu pemandu untuk menyenangkan 'wangian air wick' di dalam keretanya itu cepat hilang. Dia membuka bonet mencari perfume kereta dan kemudian sembur di sofanya dan sofa belakang. Setelah beberapa saat baru dia ada keberanian untuk bau.

"Akhirnya ! Wangi jugak !" Minwoo mengeluh. Dia masuk kembali ke dalam kereta. Aliah masih lagi berdengkur.

"Eiii... Tak rasa bersalah ke hah?" Minwoo menyoal. Aliah berdengkur.

"ERGHH !!! AKu tak tahu macam manalah kau boleh jadi bakal wife aku?!" Minwoo meneruskan perjalanan.

------- Sesampai di rumah -------

Minwoo memakirkan keretanya di bawah pokok mempelam. Dia memandang ke arah Aliah yang masih lagi tidur macam esok dia dah tak bernyawa.

"Woi .." Minwoo meninggikan suaranya untuk mengejutkan ALiah. Dia tak berani nak sentuh Aliah.

"Wei bangun lah !" Minwoo sekali lagi cuba mengejutkan Aliah tapi Aliah masih lagi tak ada respon.

"WOI !" Serta merta ALiah bangun. Minwoo merengus.

"Aku ingat otak kau dah tak dapat nak hantar apa-apa bunyi pada telinga."Aliah masih lagi mamai,dia mengesat air liur basinya di pipinya kemudia mengorek hidung. Minwoo terpandang pulak Aliah korek hidung.

"Eii !" Nasib Minwoo tak muntah dalam kereta. Aliah menoleh ke arah Minwoo.

"Asal? Lubang hidung kau tak ada lahirkan taik hidung ke ? "Aliah menyoal. Minwoo diam. Dia rasa geli sangat sekarang ni. Geli yang tak terkata !!

"Cepat lah ! Dah sampai."Aliah angguk. Dia membuka pintu di tempat seatnya. Dia cuba bangun tapi tak boleh bangun. Puas dia cuba,seolah-olah ada sesuatu yang sekat perbuatannya ketika itu.

"Eii.. Asal tak leh keluar ni."MInwoo hanya memerhati.

"Eii.. Tolonglah,bongok! Tak ada guna kalau kau tengok aje,sengal !" Aliah berkata. Minwoo buat muka serabot. 

"Bodoh sangat. Bukak lah natang kat pinggang kau tu." Aliah melihat pinggangnya. Baru dia perasan dia pakai tali pinggang keselamatan.Aliah membuka,kemudian berdehem. Nak cover malu.

"Aku action je tadi. "Aliah berkata kemudian keluar daripada kereta Minwoo dan melangkah masuk tinggalkan Minwoo keseorangan.Di dalam kereta,Minwoo hanya menggeleng. Dia memicit kepalanya.

"Macam manalah aku boleh jumpa dia." Minwoo memandang tempat seat Aliah.. Tiba-tiba dia ternampak kesna air liur basi Aliah.

"Dia ni pengotor lah !!!!!!!!!!!!" Minwoo bengang !

----- Di dalam rumah ------

Minwoo duduk di ruang tamu,tunggu neneknya berbual manakala Aliah tengah tengok tv. Tiba-tba nenek mereka datang.

"I already decide that we sleep here tonight." Minwoo yang sedang duduk terus bangun,Aliah yang sedang tengok tv terus menoleh.

"Tidur sini?"Serentak mereka menyoal. Kedua-dua nenek itu angguk manakala Aliah dan Minwoo saling berpandangan.

"Grandma ! Are you out of your mind? We can find homestay here!"Minwoo tak puas hati.

"I said sleep here it means sleep here !"Neneknya berkeras.

"Nenek,tak manis lah cam ni. Tak suka lah. Yah geli ! Yah tak suka ! Yah tak nak ! Nek faham tak?"Aliah rasa nak aje dia nangis time tu.

"Nenek ada,jangan risau."Neneknya menepuk bahu Aliah.

"Holy creepy !" Aliah masuk ke dalam biliknya.Minwoo hanya mengeluh. SUsah betul cakap dengan orang tua-tua ni. 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hurmmm... Agaknya apa jadi pada Aliah ye? Macam mana dengan Minwoo? Tahan ke dia nak tengok perangai tak senonoh Aliah tu hari-hari. Nak tahu? lets go to the next chapter

 

p/s:sorry kalau nak update satu chapter tu lama,banyak sangat halangan. And for those who support me and keep reading my fanfic.. i would said thanks so much coz support me. And those who subscribed me,thanks so much. I will read your fanfics later as soon as possible as I can.. ^^ Saranghae .. I will continue it tomorrow ^^

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Emylia #1
Chapter 47: Daebakk, aku sanggup habiskan cite nih sampai pkul 12.35 pagi. Good.. Byk kali kowt gelak. Mmg kene ar ngn mood aku bace cite gegiler nih
biedom #2
Chapter 46: Daebak,,,,best story,,,
princea2899 #3
Chapter 45: Omo ... Daebak ...
fangirl
#4
Chapter 1: Awesomeee.'Woohyun tersenyum'aduhai baca perkataan ni pun da terbayang woohyun senyum. I'm melted xD
rismaKPOPERS #5
Chapter 46: finally .
DAEBAKK ARRRR !!!!!!!
Killa92 #6
Chapter 23: Menarik :)
Nursyuhada
#7
Chapter 46: yehet !!
dah habis !!! mcm manalah kalo ada org mcm ni in real life? mesti best kan? hhahah
Ayla_Qistina
#8
bca sinopsis je dh nmpk best, terus subscribe.. hohoho.. boyfriend.. dorg tgh promote kat jepun an?? lma xdgr khabar dorg.. :'(
woonicorn_syah
#9
Chapter 46: /clap2/ haha dah habis ~
Thanks sbb sudi habiskan citer ni ^_^
citer ni daebak!
Selalu buat saya gelak XD
Nursyuhada
#10
Chapter 45: Riz dah insaf?
bagus..
so sweeet diorang nih