Chapter 9- 20 hari

Cinta 20 hari... (Malay version)

 

 

Masing2 mendiamkan diri, tidak tahu hendak cakap apa. Jieun mencadangkan mereka mengadakan latihan bersama, tetapi nampaknya Youngjae masih dingin.  Daehyun memandang Jun Hee, kenapalah Jun Hee setuju dengan rancangan Jieun yang tak masuk akal. Daehyun mengeluh.

“Yah… kenapa diam2 ni?” Jieun bosan. Jun Hee juga cuba mengubah suasana itu.

“Aku ada cadangan. Apa kata kita pergi karokey? Nak tak?”

Mereka berpandangan.

“Hmn… aku setuju” Jieun mengangguk. Jun Hee memandang Daehyun.

“Er… aku mana2 je,”

“Oppa, bagaimana?” Jun Hee memandang Youngjae.

“Aku…”

“Jomlah, please…!” Jieun merayu. Sebenarnya dia mahu bersama Youngjae sebelum dia debut. Dia tahu selepas debut nanti mungkin mereka akan sukar berjumpa lagi. Youngjae faham permintaan Jieun, dia tahu perasaan Jieun. Demi Jieun dia mengganguk terpaksa bersetuju. Disebabkan Jieun juga dia cepat sembuh.

“Yeah… gomawo-yo…” Jieun gembira sekali. Biarpun Youngjae menolak cintanya tetapi sekurang-kurangnya dia setuju menemaninya buat terakhir.

“Hehe… Jom,” Jun Hee membawa begnya, begitu juga Jieun. Deahyun memandang Youngjae, mereka agak dingin ketika itu. Daehyun tahu Youngjae sangat menyukai Jun Hee. Youngjae juga sukar berkomunikasi dengannya dengan baik. Jieun dan Jun Hee menoleh.

“Yah! Cepatlah!” serentak mereka memberi amaran. Youngjae dan Daehyun tersentak dan melangkah secepat mungkin. Jieun dan Jun Hee ketawa kecil. Harap2 mereka dapat jadi kawan, getus hati Jun Hee.

 

Sampai sahaja di tempat karokey, Jun Heed an Daehyun sibuk mencari lagu. Jieun dan Youngjae keluar membeli air. Daehyun mengambil kesempatan untuk memberi sesuatu kepada Jun Hee.

“Huh? Apa ni?” Jun Hee tersentak melihat kotak merah jambu kecil. Daehyun senyum.

“Ini pemberian aku. Hadiah untuk awak, bukalah”

“wah…” Jun Hee membuka kotak itu. Seutas rantai silver, mempunyai buah love. Jun Hee teruja melihat rantai itu. Dia membelek2 rantai itu.

“Cantiknya! Huh… 20 hari? Apa maksud ni, oppa?” Jun Hee mengerut. Daehyun mengganguk.

“Awak akan tahu juga suatu hari nanti.”

“Gomawoo… hehehe” Jun Hee teruja sangat.

“Meh aku tolong pakaikan,” Daehyun mengambil rantai itu. Jun Hee mengganguk, gembira sekali dihadiahkan rantai. Apabila Youngjae dan Jieun masuk membawa makanan, mereka buat keadaan seperti biasa. Seperti tiada apa perkara belaku.

 

Jun Hee pov

Wah… cantiknya rantai ni. Tapi kenapa 20 hari tertera pada love ini? Hish… Daehyun ni, tulislah nama aku ke… nama dia ke… aish… sepanjang kami berjalan2 tadi, kami banyak berjalan bersama, makan bersama, bermain bersama dan juga bergambar bersama. Jieun dan Youngjae juga turut ikut rentak kami. Aku tak sangka Youngjae pandai melayan Jiuen biarpun aku tahu Youngjae menggangap Jieun hanya sebagai kawan. Namun, Daehyun terpaksa balik awal kerana ada hal penting katanya. Esok lusa pertandingan menyanyi akan bermula. aku dan Daehyun banyak kali latihan menyanyi bersama. Aku tak menyangka suaranya merdu dan hebat. Aku suka mendengar suaranya. Daehyun pernah berkata yang hobinya menyanyi tetapi sejak berpindah dia jarang bernyanyi sudah. Youngjae menghantar aku ke rumah selepas menghantar Jieun ke rumahnya.

“Aku nak tanya sesuatu,”

Aku memandang Youngjae, aku sebenarnya masih tak berani tegur dia. Tahu pun aku ni penakut juga. Huhu…

“Ada apa, oppa?”

“Benar ke awak suka Daehyun?”

“hmn… aku suka dia, hehehe” sempat lagi aku ketawa sedangkan wajah Youngjae serius ketika itu. Aku terus terdiam seketika.

“Awak tahu tak yang awak ni terlalu drastic”

“Drastik? apa maksud oppa?” aku mengerut tidak faham apa yang dimaksudkan Youngjae.

“Awak kenal tak siapa Daehyun sebenar? Apa yang awak tahu tentang dia? Awak lupa ke yang dia ni hanya pelajar sementara di sekolah kita?”

Soalan bertubi2 dari Youngjae. Aku terdiam seketika, ada benar juga.

“Aku dah tanya Cikgu Gyuri, Daehyun akan berada di sekolah kita selama 20 hari sahaja. Jadi…”

“Tak mungkin,” aku menggeleng, tak percaya apa yang aku dengar. Youngjae pasti cemburu dengan hubungan kami. Tak mungkin sekejap begitu Daehyun nak pindah lagi.

“Jun Hee-ah…”

“Oppa jangan nak tipu aku,”

“Yah… aku tak pernah tipu awak. Sebab itu aku sangat hairan, kenapa awak suka dia dalam masa singkat? Wae???” Youngjae mahu sangat jawpan dari aku. Bila difikirkan balik, ya, memang aku bingung dengan perasaan aku. Tapi lepas first kiss tempoh hari, aku mula menyukai Daehyun.

“Jun Hee-ah, beritahu aku. Aku takkan putus asa dan akan terus menunggu awak” Youngjae menyentuh bahu aku. Aku menepisnya, aku mula geram dengan kelakuannya, lebih2 lagi bila dia mengunkit pasal perasaannya.

“Oppa, jangan begini. Please!” aku mendengus.

“Buat apa lagi kau menyukai lelaki seperti itu. Awak tahu tak bila hari ke-20 tu, selepas pertandingan menyanyi nanti dia akan meninggalkan sekolah kita, tahu tak?! Awak hanya dipermainkan…”

“Oppa… stop! Aku percaya Daehyun tak permainkan aku. Aku percaya yang dia takkan lupakan aku. Aku percaya semuanya, Oppa…”

“Wae? Kenapa awak tak faham2 lagi ni? Menyayangi orang yang akan meninggalkan tempat ini,”

Aku menahan sebak, Youngjae tak memahami perasaan aku sebenar. Aku benci…

“Sebab Daehyun adalah orang pertama kiss aku, aku tahu keikhlasannya sebenar. Aku tahu oppa… dia adalah cinta pertama aku. Mianhae oppa…” aku mengesat air mata aku masuk ke halaman rumah. Youngjae terkejut mendengar kata-kata aku. Aku mahu menangis semahu-mahunya, aku baru sedar yang Daehyun hanyalah pelajar sementara. Kenapa aku lupa selama ini, sehingga aku tak sedar yang aku dah jatuh hati dengannya. Aku membelek rantai di leher aku. 20 hari… baru aku tahu maksudnya. Daehyun… sampai hati awak…. Tsk..tsk..tsk… aku memeluk lutut aku. Aku menangis dalam bilik seorang2, mama aku yang hairan mengetuk bilik aku beberapa kali. Aku tidak menghiraukannya.Aku takut... takut sangat... kenapa semua ini berlaku dengan pantas...? Daehyun...Aku menangis menyentuh dada aku, terasa sakit sangat... kenapa? aku takut Daehyun benar2 tinggalkan aku. Aku tak nak... argh...!

 

--------------------------------------------------------------------------------

Aigooooo.... >.<

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
put_up
#1
Chapter 10: jinjja johahae!!!!!!!!!!!!!! fanfics ni best sesangat!!!!!!! >.<
QasRenA #2
Chapter 10: Sweet la citer ni..buat la smbungan..x sbr nk tggu..
my_caffeine
#3
Chapter 11: Comellah cerita nih~ >.<
mieyhyun
#4
Chapter 10: So cute... buatla sambungan... mesti best!!
yEsuiUnNie
#5
Chapter 10: waaa!! daebak ....walaupun short tp best gila.......unnie ppali buat smbungn dia.....
Yamiyami95
#6
Chapter 11: Wow... nice!!! aku tak sabar nak tunggu sambungannya ceritanya. Aduh... cepat2 ya! :)
Imaginationtown
#7
Chapter 11: Woah.. Daehyun pernah ada crush Q_Q
fishesfiey #8
Hahahaha... ok, i will think it first. Gomawoo... hehehe
Imaginationtown
#9
Chapter 10: Buat cerita kedua!! Mungkin.. Daehyun sakit ke pastu datang cari Jieun. Apapun, betul betul tunggu ni dia punya sambungan!!