chapter 6- First kiss

Cinta 20 hari... (Malay version)

Puan Jung hairan melihat anak tunggalnya, mukanya masam. Seperti ada yang tak kena. Baru je beberapa hari ini keadaannya kembali pulih dan berubah seperti dahulu. Tetapi melihat wajahnya yang kusam membuatkan Puan Jung tertanya-tanya apakah yang telah terjadi.

Semalam  dia terserempak Daehyun bersama seorang gadis comel di seberang jalan. Mereka kelihatan mesra sekali, Puan Jung menggangap yang Daehyun telah  berubah disebabkan gadis itu. Tetapi entah kenapa hari ini Daehyun tak ke sekolah, adakah sebab gadis itu? Puan Jung mengeluh kecil.

“Daehyun, ada yang tak kena ke? Kenapa tak ke sekolah ni?” Puan Jung duduk di tepi katilnya. Daehyun masih baring dan mengelamun. Soalan mamanya tidak dijawab.

“Baiklah, take your time. Terpulang pada Daehyun nak ke sekolah atau tak. Mama tak nak paksa.” Kata Puan Jung mengalah. Faham sekali perangai anaknya itu. Sukar nak beri nasihat, seolah-olah cakap dengan tunggullah jawabnya.  Daehyun mendengus kecil, entah kenapa dia terasa kecewa sangat bila terdengar perbualan Jun Hee dengan Youngjae.

‘Adakah aku dah jatuh hati dengannya? Tak mungkin…’ Daehyun mengeluh.

 

 

Jun Hee pov

Aku paksa juga diri aku ke sekolah, biarpun mata aku bengkak gara2 menangis semalaman. Ingatkan tak nak ke sekolah tapi teringatkan Daehyun aku gagahkan diri aku juga. Jieun menghantar mesej padaku, dia tak dapat ke sekolah kerana ada hal. Ada hal? Hal apa? Jieun jarang ponteng ke sekolah. Huh…

Sebaik sahaja sampai pintu kelas tiba2 Bomi dan gengnya merempuh aku. Aku menjelingnya, apa ni? Suka hati jer langgar orang.

“Apa? Nak buat apa? Apa kau dah buat dengan Youngjae dan Daehyun? Kau ni tak serik2 lagi ke? Dahlah tolak cinta Youngjae begitu je, lepas tu putuskan hubungan dengan Daehyun sesuka hati je. Eh, kalau nak couple biarlah couple betul2” Bomi mengherdik aku pagi2 buta. Aku tersentak, dari mana pula dia tahu pasal aku dan Daehyun ni.

“Apa maksud kau ni?” aku mengerut tak faham.

“Jangan berpura-pura tak faham. Kami semua dah tahu apa yang telah terjadi tahu tak” kata salah seorang lagi.

“Jangan nak tuduh sembaranganlah” aku geram dengan mereka. Dahlah pagi ni aku tak bersemangat. Bomi menolak aku sehingga aku terduduk.

“Yah…! Bomi, apa ni?” aku menjerit. Semua pelajar yang lain dan mengelilingi kami.

“Biar kau rasa, dasar perempuan tak guna! Kau langsung tak padan dengan Youngjae.”

Aku geram berdiri lalu menampar pipinya. Semua orang terkejut dengan tindakan aku. Bomi memandang tajam dan membalas menampar pipi aku pula. Apa ni?! Aku tak pernah bergaduh dengan mana2 orang. Bomi kau dah melampau!

“Kalau kau nak sangat dengan Youngjae pergilah!!! Salah ke aku tolak cinta dia? Salah ke aku putus dengan Daehyun? Apa kena mengena dengan kau pula? Aku tahulah kau minat gila dengan Youngjae, kalau dah minat pergi berusaha dekat dengan dia. Pasal aku dengan Daehyun buat apa kau nak tahu? Aku bagi amaran dekat kau, jangan sesekali ganggu hubungan aku dengan Daehyun. Dasar penyibuk hal orang!” aku menangis lagi, entah apa yang aku cakap panjang sangat. Bomi tersentak dengan kata-kata aku.

“Aish…”

“Apa? Kau nak tampar aku lagi? Tamparlah!!!” aku bersedia menerima tamparan darinya lagi. Aku rela, huh… bodohnya aku. Bomi dalam kemarahan terasa malu depan orang ramai hampir menampar aku sekali lagi. Tiba-tiba Daehyun muncul menahan tangan Bomi yang cuba memukul aku.

“Siapa suruh kau buat begini?”

“Oppa, bukan ke oppa dah putus dengan dia?” Bomi geram dengan Daehyun.

“Siapa cakap? Aku tak pernah putus hubungan dengan dia,” kata Daehyun. Aku mengesat air mata aku.

“Tipu, tengok ni. Ia dah tersebar dalam mesej handphone ni” Bomi menampak mesej itu kepadanya. Daehyun mengerut membaca mesej itu. Tidak menyangka dirinya menjadi popular dalam sekolah itu. Hubungan dengan aku juga cepat tersebar.

“Tak percaya ke aku tak putus hubungan dengannya?” Daehyun tersenyum sinis.

Aku terkaku mendengar semua kata-kata Daehyun. Dia tak marah aku pasal semalam.

“Aku tak percaya. Aku nak bukti!” kata Bomi.

“Baiklah,” Daehyun menarik aku dan mengucup bibir aku. Bulat mataku dengan tindakannya. Apa ni??? Yah…! ini first kiss aku! Daehyun cium aku...? Aku macam tak percaya.

Bomi dan pelajar yang lain ternganga melihat tindakan Daehyun. Benar-benar tidak sangka Daehyun membuktikannya sendiri. Tak mungkin…

“Dah percaya ke?” Daehyun memandang Bomi yang masih terkejut. Aku masih kaku, macam mimpi pun ada. Aku tertunduk malu.

“Tak sangka, aku benci kau!” Bomi melanggar bahu aku semasa melangkah pergi. Daehyun menarik aku ke taman di mana tempat dahulu aku dan dia menjadi kekasih dulu. Sekarang entah tak pasti apa yang terjadi dengan hubungan kami. Aku tak tahu, semalaman aku menangis memikirkan tentangnya. Aku sangat serba salah dengan Youngjae dan Daehyun juga. Aku ingatkan hubungan aku dan Daehyun berakhir begitu ja tapi pagi ini benar2 mengejutkan aku.

“Mianhae… aku tak patut tinggalkan kau begitu je semalam” Daehyun mengesat air mata aku di pipi. Aku memandang sayu.

“Oppa, apa ni? Kau dah jatuh hati dengan aku ke? Aku dah beri amaran yang…”

“aku tak boleh jatuh hati dengan kau? Wae? Aku juga ada hak mencintai kau.”

“Oppa…” aku tak menyangka Daehyun benar2 mula jatuh hati dengan aku.

“Aku pun pelik, dalam masa pendek aku jatuh hati dengan kau”

Aku ketawa mendengarnya, ahahahaha…

“Yah… aku serius ni. Masih boleh ketawakan orang pula. Mata tu dahlah bengkak,” Daehyun mengenakan aku. Aku menarik muncung kemudian tersengih. Lupa pasal yang dia cium aku sebentar tadi. Aku dapat merasakan hubungan kami seperti pasangan kekasih yang lain. Aku yakin ini bukan lagi hubungan palsu.

“Kenapa jatuh hati dengan aku, oppa?” aku menanyakan soalan itu padanya. Namun tiada jawapan… aku berasa pelik, daehyun hanya mendiamkan diri.

“oppa?”

“Sebab awak comel” Daehyun mencubit pipi aku. Aku menjerit kecil.

“Yah… apa ni?” aku memukulnya. Daehyun ketawa. Aku suka melihat senyumannya. Apakah hubungan kami akan berkekalan? Aku harap begitu, aku mahu Daehyun terus berada di sisi aku… selamanya.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hehehehe.... First kiss for them. they still young!

Alamak... mungkin lepas ni aku susah nak buat sambungan. Sebab sekolah dah mula, aku sibuk nak siapkan semua assignment dan presentation. tapi... aku cuba sedaya upaya curi masa sambung ni cerita. jangan lupa tinggalkan comment anda selepas membacanya. bye3... :)

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
put_up
#1
Chapter 10: jinjja johahae!!!!!!!!!!!!!! fanfics ni best sesangat!!!!!!! >.<
QasRenA #2
Chapter 10: Sweet la citer ni..buat la smbungan..x sbr nk tggu..
my_caffeine
#3
Chapter 11: Comellah cerita nih~ >.<
mieyhyun
#4
Chapter 10: So cute... buatla sambungan... mesti best!!
yEsuiUnNie
#5
Chapter 10: waaa!! daebak ....walaupun short tp best gila.......unnie ppali buat smbungn dia.....
Yamiyami95
#6
Chapter 11: Wow... nice!!! aku tak sabar nak tunggu sambungannya ceritanya. Aduh... cepat2 ya! :)
Imaginationtown
#7
Chapter 11: Woah.. Daehyun pernah ada crush Q_Q
fishesfiey #8
Hahahaha... ok, i will think it first. Gomawoo... hehehe
Imaginationtown
#9
Chapter 10: Buat cerita kedua!! Mungkin.. Daehyun sakit ke pastu datang cari Jieun. Apapun, betul betul tunggu ni dia punya sambungan!!