chapter 5- Mianhae Oppa...

Cinta 20 hari... (Malay version)

Jun Hee pov

Sudah Tiga hari Jieun tidak tegur aku. Kawan sekelas pun hairan dengan hubungan kami berdua. Begitu juga Youngjae yang masih belum datang kelas. Mungkin masih belum sembuh agaknya.

“Oppa… temankan aku melawat Youngjae oppa. boleh tak?” Aku menyapa Daehyun pagi itu.

“Awak kata tak nak jumpa dia, kenapa tiba-tiba pula?” Daehyun tertanya dengan perubahan pendirian aku.

“Ani… Aku Cuma tak sedap hati dengan Jieun. Dia langsung tak tegur aku.”

“Hmn… Jangan risau. Aku akan temankan awak” Daehyun menyentuh kepala aku. Aku tersengih, suka bila Daehyun melakukan seperti itu. Seolah-olah dia benar2 teman lelaki aku.

 

“Jieun-ah… kau sedang buat apa?” Aku cuba menegurnya. Namun tiada jawapan darinya. Aku mengeluh, malas nak Tanya soalan lain. Lebih baik aku terus ke tujuan aku yang sebenar.

“Arasso… aku akan jumpa Youngjae oppa petang ni.”

“Jjinja?” akhirnya Jieun memandang aku. Aku senyum, gembira dengan reaksinya.

“Hmn… Janganlah tak tegur aku sampai macam ni. Aku tak tenang tahu tak?” kataku. Jieun mula senyum dang mengganguk.

“Aku Cuma kesal dengan awak. Biarpun kau tak terima cinta dia, tapi sekurang-kurang kau lawatlah dia.”

“Arasso2… aku jumpa dia petang ni”

Aku gembira dapat berbaik dengan Jieun. Apa yang penting ialah persahabatan kami baik semula. Entah macam manalah bila aku jumpa Youngjae petang ni ya?

 

 

Petang itu, aku dan Daehyun datang ke rumah Youngjae oppa.

Dia kelihatan terkejut melihat aku dengan Daehyun. Jelas sekali mukanya marah dengan aku. Mungkin aku bawa Daehyun bersama kali tak? Hee…

“Oppa… Dah makan ubat ke? Hehe… Mianhae sebab lama tak lawat oppa” kataku.

“Awak buat apa kat sini?”

Aku tersentak Youngjae yang agak dingin. Daehyun yang berdiri di belakang aku hanya memerhati.

“Aku datang melawat oppa. wae? Tak boleh ke?”

“Kenapa kau bawa dia sekali?”

“Dia kan teman lelaki aku” sangat direct betul aku beruja ni. Sekali lagi aku sakitka hati Youngjae.

“Aku nak cakap dengan awak seorang boleh tak?” permintaan Youngjae memberi isyarat kepada Daehyun. Aku memandang Daehyun.

“Er… Kalau begitu aku keluar dulu,” Daehyun keluar melangkah.

Aku senyum melihat Youngjae. Tiba-tiba Youngjae menggengam tangan aku, aku tersentak dengan kelakuannya.

“Oppa,”  aku menarik tangan aku.

“Jun Hee-ah… Benar ke kau tak ada perasaan langsung dengan aku?”  Youngjae sekali lagi menanyakan tentang perasaan.  Aku serba salah lagi. Oppa… wae? Kenapa tak faham…?

“Hehehe… Oppa jangan nak bergurau lagilah” aku cuba menukar suasana. Tak selesa bila pasal perasaan ni.

“Aku tak berguraulah! Aku benar2 mecintai awak. Tapi…” Belum sempat lagi Youngjae berkata aku memotong.

“Oppa, tahu tak kenapa aku tak boleh menyukai oppa? Sebab seseorang lebih menyukai oppa dalam diam,”

“Moa??” Youngjae mengerut tidak faham apa yang aku cuba nak sampaikan.

“Oppa kena perhatikan perasaan dia. Dia lebih menyayangi Oppa. Lebih caring tahu tak?” Tak sangka aku serius cakap dengannya. Apa taknya, saat inilah aku kena jelaskan semuanya. Aku terpaksa!

“Siapa?”

“Kalau aku beritahu Oppa adakah oppa akan mencintai dia? Oppa mesti sayang dia lebih dari aku” Aku memandangnya.

“Yah..! Choi Jun Hee, awak ingat cinta itu boleh dimainkan ke?”

Aku agak tersentak apa yang dikatakan oleh Youngjae.

"Siapa dia tu? Aku tak boleh Jun Hee”

“Orang itu adalah Jieun. Oppa tak tahu ke selama ini dia selalu mengambil berat dengan oppa? Dia juga sering merekodkan lagu piano yang Oppa mainkan. Dia juga menyimpan banyak gambar Oppa di biliknya. Dia juga selalu cerita pasal kau. Aku memang tak  ada perasaan dengan Oppa. Tak sanggup aku sakitkan hati Jieun”

Oppsss… Sampai ke situ aku tercakap dengannya. Mianhae Jieun-ah…

“Oppa… selama ini Jieun lebih mencintai Oppa. Tapi oppa tak menyedarinya. Aku nak oppa menyayangi dia dari aku. Anggaplah aku ni kawan rapat je” kataku denga mudah sekali.

“Jadi kau sengaja merancang semua ini, adakah lelaki di luar sana benar-benar teman lelaki awak? Aku nak awak jawab jujur. Kalau tak, aku takkan pandang kau lepas ni” Youngjae memandang tajam. Aku tersentak, sekali lagi aku tak tahu macam mana nak jawab.

Macam mana ni? Aduh… memanglah Daehyun tu bukan teman lelaki aku sebenar tapi…

“Kenapa diam? Sampai bila kau nak tipu aku? Sampai bila kau nak sakitkan hati aku? Jawablah,” Suara Youngjae yang serak cuba menekankan aku supaya jawab soalannya.

“Oppa…” Aku mengerut, Youngjae mendengus.

Nak jawab ke tak ni… kalau aku tak jawab mesti dia benar2 tak pandang aku lagi.

“Kalau kau tak jawab…”

“Benar, aku rancang semuanya. Aku tipu Oppa, dia memang bukan teman lelaki aku. Tapi…” aku tertunduk, terhenti bila Youngjae ketawa kecil sambil senyum sinis.

“Aku dah agak dah. Sekarang pergi…”

“Oppa…” Aku menahan sebak, sakit hati Youngjae mula menghalau aku. Aku dah jawab jujur tapi tak sangka dihalau pula.

“Pergi. Aku nak sendirian,”

“Ani… Mianhae oppa…” Aku menggeleng tidak dapat menahan air mata aku lagi. Aish… Semua ni… Arghh… Aku menangis kecil.

“Please, pergi…” Youngjae mendengus geram melihat aku menangis. Pelahan-lahan Aku melangkah menuju ke pintu. Mianhae… Oppa… aku menoleh seketika sebelum keluar.

 

“Ini ke sebabnya kau nak aku jadi teman lelaki kau?”

Aku tersentak memandang Daehyun. Apa ni? Alamak... Dia dah dengar semua perbualan aku dengan Youngjae ke?

“Oppa…” Aku tidak dapat mampu berkata apa-apa. Daehyun sedang bersandar memandang aku.

“Aku tak suka dipermainkan cara begini. Sebab awak ni langsung tak munasabah bagi aku.”

“Oppa… Aku dah kata ini Cuma…”

“Sementara? Bagi awak Cuma sementara ke? Benar ke? Aku sangat kecewa dengan awak Jun Hee.” Daehyun mendengus melangkah pergi. Aku ternganga mendengar apa yang dikatakan oleh Daehyun. JUN HEE… APA YANG KAU DAH BUAT NI???

“Mianhae oppa…” Aku menangis teresak-esak. Dua insan telah aku sakitkan hati mereka. Aku tahu Daehyun mula menyukai aku selepas apa yang telah dia katakan itu pada aku. Semua ni salah aku yang tak berfikir panjang. Kalaulah aku tak melawat Youngjae hari ini, kalaulah aku tak bawa sekali Daehyun bersama… namun semuanya sudah terlambat!

Mianhae oppa…!

 

 

-------------------------------------------------------------------------------

>.< huhuhuhu... Jun Hee-ah! Macam mana awak boleh buat dua orang insan yang mencintai awak dah sakit hati...

Otokey???

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
put_up
#1
Chapter 10: jinjja johahae!!!!!!!!!!!!!! fanfics ni best sesangat!!!!!!! >.<
QasRenA #2
Chapter 10: Sweet la citer ni..buat la smbungan..x sbr nk tggu..
my_caffeine
#3
Chapter 11: Comellah cerita nih~ >.<
mieyhyun
#4
Chapter 10: So cute... buatla sambungan... mesti best!!
yEsuiUnNie
#5
Chapter 10: waaa!! daebak ....walaupun short tp best gila.......unnie ppali buat smbungn dia.....
Yamiyami95
#6
Chapter 11: Wow... nice!!! aku tak sabar nak tunggu sambungannya ceritanya. Aduh... cepat2 ya! :)
Imaginationtown
#7
Chapter 11: Woah.. Daehyun pernah ada crush Q_Q
fishesfiey #8
Hahahaha... ok, i will think it first. Gomawoo... hehehe
Imaginationtown
#9
Chapter 10: Buat cerita kedua!! Mungkin.. Daehyun sakit ke pastu datang cari Jieun. Apapun, betul betul tunggu ni dia punya sambungan!!