Chapter 10- Saranghae (final)

Cinta 20 hari... (Malay version)

Daehyun mengetuk pintu rumah Jun Hee, dia menjadi tidak tenang kerana Jun Hee tidak hadir ke sekolah. Padahal keesokan harinya mereka akan menyertai pertandingan menyanyi. Apatah lagi masa yang terluang dengan Jun Hee semakin singkat.

“Ya, nak cari siapa?” Puan Choi hairan melihat anak muda di depan pintu rumahnya.

“Annyeonghaeseyo, maaf kerana menggangu mak cik. Ada Jun Hee tak?” Daehyun memberanikan dirinya. Ibu Jun Hee kelihatan masih muda dan cantik berseri. Dia kelihatan anggun dan mempesonakan jika orang melihatnya pasti menyangkanya belum berkhawin.

“Awak ni kawan Jun Hee ke?”

Daehyun mengganguk sambil senyum.

“Baguslah ada orang datang. Dari semalam Jun Hee berkurung dalam bilik. Mak cik tak tahu apa nak buat.” Puan Choi mengeluh.

“Apa yang telah berlaku mak cik?” Daehyun mengerut.

“Sejak dia balik semalam dia nangis2, lepas tu tak keluar2 dari bilik. Mak cik pun hairan. Tak pernah Jun Hee berkelakuan macam ni. Aku nak tanya dengan Daehyun juga ni. Jemput masuk” Puan Choi terlupa nak jemput Daehyun masuk. Daehyun mengganguk mengikut Puan Choi ke ruang tamu. Banyak gambar Jun Hee tersimpan di rak dan juga pada dinding. Daehyun terpegun melihat semua gambar Jun Hee dari kecil hingga ke besar sekarang.

“ Err… duduklah dulu. Biar mak cik ambil air dulu.”

“Eh, tak perlu mak cik.” Daehyun menolak dengan baik. Kalau boleh dia mahu jumpa Jun Hee terus kerana ingin sangat tahu keadaannya.  Puan Choi mengganguk senyum. Tak sangka Daehyun seorang yang sangat mengambil berat akan anaknya. Daehyun menceritakan segalanya pada Puan Choi apa yang telah berlaku. Sesekali Puan Choi mengganguk, tidak menyangka Daehyun seorang yang jujur dan berani.

“Boleh aku jumpa Jun Hee tak mak cik?” Daehyun meminta kebenaran. Puan Choi faham situasi Daehyun yang sebentar lagi akan berpindah.

Puan Choi menunjukkan bilik Jun Hee pada Daehyun.

“Mak cik harap Daehyun dapat memujuknya, semoga Berjaya.” Kata Puan Choi.

“Baik, terima kasih mak cik.”

Puan Choi meninggalkan Daehyun di depan pintu bilik Jun Hee. Daehyun menarik nafas sebelum mengetuk pintu bilik Jun Hee. Tiga kali diketuk tetapi tiada respon.

“Jun Hee-ah… aku ni. Daehyun… awak tak apa2 ke?”

Tiada juga respon. Daehyun cuba membuka pintu biliknya. Bilik besar dan cantik dihias membuat Daehyun terpukau seketika. Daehyun mencari-cari kelibat Jun Hee. Di katil tiada, meja belajar tiada, ruang tamu tiada. Daehyun berjalan perlahan, tersentak melihat Jun Hee duduk di tepi katilnya.

“Oppa…” Jun Hee tersentak melihatnya. Daehyun menghampirinya dan duduk di sebelahnya.

“Mianhae… Awak tak apa2?” Daaehyun merenung Jun Hee yang tertunduk tidak mahu melihatnya. Daehyun mengeluh, Youngjae sudah beritahunya tentang hal semalam. Daehyun amat geram dengan Youngjae yang telah menyakitkan hati Jun Hee. Daehyun balik awal semalam kerana cuba mahu mengubah situasi, namun papanya sangat tegas dengan keputusannya. Dia hampir bergaduh dengan papanya supaya mengubah keputusannya, mujurlah Puan Jung menasihatinya lebih awal dan tidak baik menderhaka orang tua.

“Semalam aku hampir bergaduh dengan papa aku, supaya tetap tinggal kat sini. Tetapi papa aku lebih pentingkan kerjayanya. Aku sangat kesal dengan sikap papa aku. Mujurlah mama tenangkan dan memujuk aku. Mianhae, aku tak dapat kekal berada di sini,” Daehyun menahan sebak, tunduk menjelaskannya. Jun Hee terdiam mendengarnya. Air matanya mengalir lagi, sebak mendengar penjelasan Daehyun.

“Mianhae…” hanya itu sahaja lagi Daehyun dapat berkata lagi.

“Oppa tak perlu minta maaf. semuanya salah aku, aku tak patut mulakan oppa jadi teman lelaki aku. Jangan salahkan diri Oppa, ini salah aku… mianhae.” Jun Hee memandangnya. Daehyun tersentak.

“Tak apa, aku bahagia mengenali awak dalam masa singkat. Aku cukup gembira, gomawoo Jun Hee. “

“Wae?”

“Sebab hanya awak saja mengubah sikap aku. Dulu aku pendiam, tak berani bercakap dengan sesiapa. Tapi sejak mengenali awak aku mendapat sesuatu kekuatan dalam diri aku. Suatu perasaan yang muncul yang tak pernah aku rasakan. Aku nak tanya sesuatu dengan awak?”

“Apa?” Jun Hee mengesat air matanya. Daehyun menarik pelahan muka Jun Hee. Mata mereka bertemu. Daehyun senyum lalu mengesat sisa air mata Jun Hee. Jun Hee tergamam dengan kelakuan Daehyun.

“Adakah awak akan menggangap aku teman lelaki awak selama-lamanya?”

Jun Hee tersenyum pahit, dan mengganguk.

“Jadi, sanggupkah awak mempunyai teman lelaki yang jauh dari sini?”

Soalan itu membuatkan Jun Hee terdiam seketika. Daehyun mengankat keningnya.

“Oppa, aku dah fikir semalaman. Adakah nak teruskan hubungan ini atau tak? Tapi aku takut aku akan kehilangan oppa.” kata Jun Hee dengan suaranya yang serak. Daehyun mengganguk faham akan maksudnya.

“Aku berjanji. Sekiranya suatu hari nanti awak hilang aku akan tetap mencari awak.”

“Jjinja? Jadi aku juga begitu, kalau oppa hilang aku akan cari oppa”

“Hmn….” Daehyun mengganguk lagi.

“Janji” Jun Hee mengangkat jari kelinkingnya. Daehyun menyambut, Jun Hee senyum.

“Please jangan sedih. Kalau awak sedih aku pun sedih. Suatu hari nanti kita akan bertem lagi,” kata Daehyun. Jun Hee menarik muncung, walaupn sakit hatinya tetapi Jun Hee cuba kuatkan semangat. Mujurlah Daehyun muncul memujuknya.

 

Pertandingan menyanyi

Pertandingan menyanyi akan bermula dalam masa lima lagi. Giliran Daehyun dan Jun Hee adalah paling akhir. Bilik make up semakin sibuk, Jieun telah memberitahu pada Jun Hee berita tentang mendapat tawaran dari Leon ent. Jun Hee tumpang gembira dengan tawaran Jieun itu.

“Wah… Tahniah! Aku tak tahu pun yang awak pergi uji bakat” kata Jun Hee.

“Hehehe… Mianhae, aku sengaja rahasiakan perkara ni,” kata Jieun tersengih. Jun Hee mencebik.

“Annyeonhaseyo, boleh aku jumpa dengan Choi Jun Hee?” tiba2 seorang mengejutkan ruang bilik make-up. Semua memandang Jun Hee.

“Aku, Jun Hee.” Jun Hee mengangkat tangan. Puan Jung tersenyum dan membawa Jun Hee keluar untuk bercakap dengannya.

“Gomawoo, mak cik amat berterima kasih dengan awak. Awak sangat cantik dan baik hati,”

“Maki cik tak perlulah memuji aku sampai begitu sekali,” Jun Hee tersengih. Tidak menyangka berjumpa dengan ibu Daehyun. Ibu Daehyun sangat cantik dan Nampak orang berada dan juga berkerjaya.

“Hmn… awak telah banyak mengubah sikap anak mak cik. Dahulunya dia seorang pendiam, tapi sejak dia berada di sini dia banyak meluangkan masanya dengan awak. Mak cik bukan nak salahkan awak tapi Daehyun memang patut banyak bergaul dengan orang ramai,” katanya. Jun Hee mengganguk faham.

“Err… mak cik kenapa asyik pindah saja?” Jun Hee menutup mulutnya. Terlepas lagi.

“Suami mak cik ni selalu dapat tawaran di luar. Sebab tu terpaksa pindah randah.” Puan Jung tersengih melihat Jun Hee yang terlepas cakap. Tetapi budak ni memang berani juga…

“Jun Hee-ah, giliran kita dah…” Daehyun terkejut melihat Jun Hee dengan mamanya.

“Mama apa buat kat sini?” Daehyun hairan.

“Mama dan papa nak tengok Daehyun menyanyi juga. Sebelum…”

“Aku faham mama, terima kasih sebab datang. Mama masuklah dulu, sebentar lagi aku dan Jun Hee akan buat persembahan,” kata Daehyun tidak suka mendengar pasal perpindahannya lagi. Puan Jung mengganguk senyum. Daehyun menarik Jun Hee.

“Oppa, mama awak cantiklah,” Jun Hee masih tersengih.

“Gomawoo, mama Jun Hee pun cantik juga,” kata Daehyun memberi Jun Hee gitar. Jun Hee menyambut gitar itu.

Mereka agak gementar menunggu giliran. Semua orang di luar juga tidak sabar menunggu persembahan terakhir. Selepas Jieun dan Youngjae buat persembahan kini tiba giliran mereka.

“Fighting!!!” Jieun memberi semangat pada mereka. Youngjae cuba senyum dengan Jun Hee.

“aku nak  minta maaf pasal tempoh hari,”

“Tak apa oppa,” kata Jun Hee.

“Semoga Berjaya” kata Youngjae. Jun Hee mengganguk.

Sebaik sahaja Daehyun dan Jun Hee mengambil tempat, semua orang diam dan tidak sabar melihat persembahan mereka. Jun Hee mula menekan gitarnya. Daehyun bangga dengan Jun Hee kerana sudah mahir sedikit dengan gitar.

“When I first met you, I have Fall with you…” Jun Hee mula menyanyi. Semua orang kagum mendengar suaranya, lebih2 lagi suara Daehyun yang bertenaga.

“But I can’t forget you, I can’t without… what I should do…” mata mereka bertentangan semasa menyanyi korusnya. Jun Hee menahan sebak, dan cuba bertahan ketika menyanyikan lagu itu. Semua terpaku melihat persembahan mereka. Tidak menyangka mereka dapat menghayati lagu mereka. Air mata Jun Hee sudahpun mengalir. Mujurlah dia dapat bertahan hingga ke akhir. Satu tepukan gemuruh buat mereka. Daehyun memandang Jun Hee yang sedang mengesat air matanya.

“Gomawoo,” Jun Heed an Daehyun tunduk pada penonton. Puan Jung dan Encik Jung berpandangan, tidak menyangka Daehyun benar2 berbakat.

Pengumuman telahpun tiba, Daehyun dan Jun Hee saling berpegangan tangan. Begitu juga dengan Youngjae dan Jieun. Semua pasangan gementar mendengar keputusannya.

“Pemenangnya adalah, Jung Daehyun dan Choi Jun Hee!!! Tahniah!!!” pengacar memberi kejutan kepada mereka berdua. Tepukan gemuruh menyokong mereka. Daehyun dan Jun Hee tidak menyangka yang mereka menang. Daehyun dan Jun Hee berpelukan dan menerima hadiah itu.

“Gomawoo…” Jun Hee tidak dapat berkata apa2 lagi. Tepukan gemuruh untuk mereka berdua amat mengejutkan. Daehyun tunduk hormat.

 

Perpisahan

Youngjae dan Jieun menemani Jun Hee bertemu dengan Daehyun kali terakhir. Jun Hee hanya memandang Daehyun dengan senyuman manisnya. Youngjae dan Jieun di belakangnya berpandangan . Daehyun menarik nafas, mama dan papanya sedang menunggunya di kereta.

“Awak tak sedih ke aku nak pergi dah ni?” Daehyun hairan dengan kelakuan Jun Hee.

“Ani, buat apa nak sedih lagi. Lagipun kita kana da facebook, e-mail dan juga telefon bimbit ni. Kita boleh berhubung juga kan” kata Jun Hee dengan sikap nakalnya lagi. Daehyun ketawa mendengarnya.

“Macam itulah. Awak jangan sedih ya, aku tak nak melihat awak sedih. Ketawa awak sangat comel. Yah… Youngjae-ah, tolong jaga teman wanita aku!” kata Daehyun. Youngjae mengganguk senyum. Jun Hee mencebik.

“Jangan risau. Mak cik dan pak cik akan ke sini juga jika ada masa. Nanti kamu berdua boleh jumpa lagi,” kata Puan Jung.

“Gomawoo, mak cik” Jun Hee tunduk hormat. Daehyun menggosok kepala Jun Hee.

“Yah…!” Jun Hee geram dengan Daehyun.

“Hehehe… dah lama tak Nampak awak marah macam ni,”

Jun Hee terdiam, sebak mendengarnya. Daehyun segera memeluknya. Puan Jung dan Encik Jung berpandangan. Jun Hee membalas pelukan terakhir Daehyun.

“Gomawoo, aku tak nak ucap selamat tinggal sebab aku percaya suatu hari nanti kita pasti berjumpa lagi.” Bisiknya. Jun Hee mengganguk.

“Saranghae…” Daehyun membisiknya, hampir dengan wajah Jun Hee. Pandangan sayu mereka bertentangan.

“Saranghae, oppa…” balas Jun Hee perlahan. Daehyun senyum lalu mencubit hidungnya.

“Argh…! Yah!!!” jerit Jun Hee geram dipermainkan Daehyun. Youngjae dan Jieun ketawa melihat mereka berdua, begitu juga ibu bapa Daehyun.

Daehyun melambai ke arah Jun Hee sebelum masuk ke dalam kereta. Jun hee membalas lamabian Daehyun. Daehyun benar2 tak ucapkan selamat tinggal dengan aku. ‘selamat tinggal,oppa…’ getus hati Jun Hee senyum. Kereta keluarga Jung perlahan-lahan hilang dari pandangannya. Jun Hee menarik nafas. Jieun memeluk Jun Hee yang cuba tabah dengan kepergian Daehyun.

“Tak apa, mungkin suatu hari nanti kamu berdua pasti bertemu lagi. Percayalah” kata Jieun. Jun Hee mengganguk mengesat air matanya.

“Betul tu. Jun Hee, kami sebagai kawan awak sentiasa menyokong awak” kata Youngjae sudah dapat menerima yang Jun Hee tidak menyukainya dan hanya menggangapnya sebagai kawan. Jun hee mengganguk gembira dengan mereka berdua akan berada di sampingnya.

‘Adakah takdir menyatukan kami semula? Aku yakin…kita pasti akan bertemu kembali. Adakah ini namanya cinta? Hehehe… tak sangka aku begitu cepat mengenalinya tetapi aku masih mentah untuk mengenali. Aku nak kenalinya lebih dalam bersama dengan orang yang aku sayang. Daehyunnie… jangan lupakan aku ya’ Jun Hee menarik nafas menguatkan semangatnya.

 

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Finally... hehe Jun Hee dan Daehyun couple dalam masa 20 hari jer, sebab itu tajuknya cinta 20 hari. siapa nak aku sambung untuk cerita keduanya? hehe...Sila beri respon. aku masih nak cari tajuk barunya ni. tapi tanpa sokongan anda aku tak ada semangat nak teruskan ni. sila beri pendapat ya.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
put_up
#1
Chapter 10: jinjja johahae!!!!!!!!!!!!!! fanfics ni best sesangat!!!!!!! >.<
QasRenA #2
Chapter 10: Sweet la citer ni..buat la smbungan..x sbr nk tggu..
my_caffeine
#3
Chapter 11: Comellah cerita nih~ >.<
mieyhyun
#4
Chapter 10: So cute... buatla sambungan... mesti best!!
yEsuiUnNie
#5
Chapter 10: waaa!! daebak ....walaupun short tp best gila.......unnie ppali buat smbungn dia.....
Yamiyami95
#6
Chapter 11: Wow... nice!!! aku tak sabar nak tunggu sambungannya ceritanya. Aduh... cepat2 ya! :)
Imaginationtown
#7
Chapter 11: Woah.. Daehyun pernah ada crush Q_Q
fishesfiey #8
Hahahaha... ok, i will think it first. Gomawoo... hehehe
Imaginationtown
#9
Chapter 10: Buat cerita kedua!! Mungkin.. Daehyun sakit ke pastu datang cari Jieun. Apapun, betul betul tunggu ni dia punya sambungan!!