chapter 4- Kekesalan

Cinta 20 hari... (Malay version)

Youngjae pov

Aku memerhati Jun Hee dan Daehyun sedang mesra bercerita. Mereka benar-benar menjadi pasangan kekasih, semua ini buat aku sakit hati. Aish… Kenapa dengan aku ni?! Aku mendengus geram.

“Oppa, Wae?” Jieun sejak tadi lagi memerhati aku.

“Huh? Aniyo…” aku cuba mengawal perasaan aku sendiri. Jieun duduk di sebelah aku.

“Aku tahu, Oppa sangat menyukai Jun Hee. Tapi dia dah ada orang lain,” Jieun memandang Jun Hee yang sedang seronok bercerita dengan Daehyun sehingga dirinya juga dilupakan.

“Hmn… Lepas ni, boleh tak temankan aku ke studio?” Aku malas nak tahu lagi tentang hal Jun Hee yang menyakitkan hati aku. Jieun mengganguk senyum.

 

Jieun pov

Jieun kesian melihat Youngjae yang dipermainkan oleh Jun Hee. Kenapa Jun Hee sanggup buat Youngjae kecewa seperti begini. Oppa… Jangan risau, lepas ni aku takkan tinggalkan Oppa. Jun Hee pasti seronok dengan ‘teman lelakinya’ itu. Entah mengapa Jun Hee menipu Oppa yang dia dengan Daehyun sedang bercinta sedangkan Daehyun baru je sampai sekolah ni.

Aku mengikuti Youngjae dari belakang masuk ke dalam studio muzik. Aku tahu, pasti Youngjae nak main piano untuk melepaskan stressnya. Aku duduk di kerusi berdekatan dengannya.

 

 

Bunyi piano mula dimainkan, aku sememangnya dari dulu suka memerhati lagu yang dimainkan oleh Youngjae. Malah aku juga peminatnya sejak dari dulu lagi, nasib baik aku kawan dengan Jun Hee yang mudah rapat dengan semua orang. Pada mulanya aku malu bertegur dengan Youngjae, tetapi Jun Hee cuba bawa aku bercerita dengannya. Akhirnya aku mula selesa dengannya.

Aku terpaku mendengar lagu yang dimainkan oleh Youngjae, lagu itu berbeza apa yang aku dengar sebelum ini. Adakah Youngjae sedang luahkan perasaannya bahawa dia kecewa dengan Jun Hee.

‘Oppa… Wae? Wae… Oppa sangat menyukai Jun Hee?’ Aku memandangnya sayu. Youngjae memainkan piano dengan perasaanya yang sukar aku nak tafsir.

 

 

Jun Hee pov

Aku membuka coklat kegemaran aku, Daehyun yang beri coklat ini. Tidak sangka dia juga suka coklat yang sama jenama yang aku suka. Sudah dua hari aku bergelar status no single again… hehehe Apa yang aku merepek ni?

“Yah… Kat sini rupanya kau”

Aku tersedak dengan coklat yang aku makan. Jieun datang tiba-tiba mengejutkan aku. Aku terbatuk2 sambil memandangnya. Dia tersengih memandang aku.

“Apa ni? Nasib baik aku tak mati!” Aku mendengus, Jieun ketawa mendengar  geram aku. Aku menyambung lagi makan coklat aku.

“Kenapa dua hari ni awak asyik berkepit dengan Daehyun? Kamu benar-benar couple ke?”

 

“Hmn… Kami dah couple. Dia sangat baik hati, selalu bagi aku coklat. Tengok ni. Hehehe…” Aku tersengih memberinya sedikit coklat tapi Jieun menolak. Aku lupa pula yang Jieun tak boleh makan makanan manis.

“Tapi, Youngjae oppa sekarang ni tengah sakit. Awak tahu tak?”

Aku terdiam mendengarnya. Yah… Jieun, awak patut ambil peluang ini. Aku dah banyak beri awak ruang untuk kau dekati dia tahu tak?

“Hmn…” Aku tak tahu nak jawab apa, aku hanya mengganguk.

“Kenapa ni? Kau seolah-olah dah tak pedulikan dia. Kau ni kejam betul!”

Aku dengar dengusan Jieun. Aku mengeluh.

“Mianhae…” Hanya itu ja aku dapat suarakan.

“Itu jer… Yah! Awak ni dahlah tolak cinta dia, lepas tu tak nak hiraukan dia lagi. Apa ni Jun Hee-ah?!” Jieun menaikkan suaranya. Dia mula tak puas hati dengan aku. Aku mengigit bibir.

“Jieun, kenapa awak marah sangat dengan aku ni? Aku dah katakana aku tak suka dengan dia.” Aku berdiri memandangnya. Jieun terdiam.

“Tapi sekurang-kurangnya awak melawatnya kat rumahnya,”

“Tak nak” aku berdalih menunggu responsenya. Bulat mata Jieun menolak dengan permintannya.

“Wae?”

“Sebab aku dah ada Daehyun, aku tak nak pergi. Kalau aku pergi, bererti aku akan tinggalkan Daehyun” Sekali lagi… apa yang aku mengarut ni. Hee… ni otak memang tak fikir dulu sebelum cakap.

“Jjinja? Aku tak tahu adakah benar kamu berdua couple atau tak. Tapi sampai hati awak buat dekat Youngjae macam tu sekali. Aku amat kesal dengan sikap awak Jun Hee” Jieun berdiri meninggalkan aku.

 

“Jieun-ah…!” Aku memanggilnya tetapi Jieun langsung tak toleh aku pun. ‘Mianhae…’ semua ini untuk kebaikan awak juga. Mianhae oppa… aku langsung tak ada perasaan dengan awak. Aku Cuma tak nak Jieun kecewa. Aduh...! Apa aku nak buat ni? Aish...

"Jieun-ah," aku terduduk. Tidak menyangka Jieun benar-benar marah dengan aku.

"Otokkey???" Aku mengurut dahi aku. Huh...

 

 

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

>.< :(

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
put_up
#1
Chapter 10: jinjja johahae!!!!!!!!!!!!!! fanfics ni best sesangat!!!!!!! >.<
QasRenA #2
Chapter 10: Sweet la citer ni..buat la smbungan..x sbr nk tggu..
my_caffeine
#3
Chapter 11: Comellah cerita nih~ >.<
mieyhyun
#4
Chapter 10: So cute... buatla sambungan... mesti best!!
yEsuiUnNie
#5
Chapter 10: waaa!! daebak ....walaupun short tp best gila.......unnie ppali buat smbungn dia.....
Yamiyami95
#6
Chapter 11: Wow... nice!!! aku tak sabar nak tunggu sambungannya ceritanya. Aduh... cepat2 ya! :)
Imaginationtown
#7
Chapter 11: Woah.. Daehyun pernah ada crush Q_Q
fishesfiey #8
Hahahaha... ok, i will think it first. Gomawoo... hehehe
Imaginationtown
#9
Chapter 10: Buat cerita kedua!! Mungkin.. Daehyun sakit ke pastu datang cari Jieun. Apapun, betul betul tunggu ni dia punya sambungan!!