chapter 8- Coklat

Cinta 20 hari... (Malay version)

Jun Hee pov

 

Aku memandang Youngjae, tak tahu apa yang dia dengan Daehyun berbincang sebentar tadi. Tapi aku masih tak berani tegur dengannya. Sebaik sahaja Youngjae sampai ke kelas, tiba2 je dia mahu bercakap dengan Daehyun. Bunyinya macam serius. Huh… agaknya apa ya??? Hmn… Jieun ni ke mana ya? Tak pula mesej aku. Takkan tak datang ke sekolah lagi.

“Yah… nak tak ikut pertandingan menyanyi?” tiba2 Daehyun datang ke arah aku.

“Menyanyi?” aku ni bukannya tak minat menyanyi. Minat sangat. Aku dan Jieun selalu menyanyi bersama. Kali ini Daehyun membawa aku.

“Kenapa pula nak bawa aku menyanyi?” aku tersengih.

“Sajalah. Aku dengar awak pandai nyanyi, aku nak menyanyi bersama awak semasa pertandingan nanti. Boleh tak?”

Sekolah kami mengadakan pertandingan menyanyi sebenarnya. Semua orang mengharapkan aku dan Jieun ikut pertandingan tersebut. Biasalah… suara kami hampir sama. Hehe…

“Boleh. Tapi dengan satu syarat,”

“Syarat? Nak kena syarat juga ke?” Daehyun menggaru kepalanya. Aku ketawa melihatnya.

“Hmn… Oppa kena ajar aku main gitar. Aku nak main gitar itu masa pertandingan itu nanti,” kataku. Nampak sangat mukanya blur… hehehe pandai aku kenakan dia.

“Er… Boleh. Tak ada masalah” Daehyun senyum. Aik… ingatkan tak pandai. Sweet my boyfriend….

“Jum.” Daehyun menarik aku ke studio muzik. Dia mengambil salah satu gitar dan mula memainkannya. Aku duduk kaku melihatnya main. Aduh… susahnya. Tak… aku yakin aku boleh lakukan.

“Ingat ini not c yang aku tekan, cuba dengar” Daehyun memainkan gitae itu. Aku mengganguk, tapi tak faham juga apa yang diajar. Beberapa not yang diajar akhirnya dia menyuruh aku pula mainkan gitar itu. Tapi aku lambat sedikit nak tangkap caranya. Daehyun tetap sabar dengan karenah aku. Hehehe… aku ni betul2 menyusahkan. Dahlah pertandingan itu sangat hampir, nak buang tabiat pula belajar main gitar.

“Bukan macam tu, begini…” Daehyun di belakang aku. Aku tersentak seketika. Aku menoleh memandangnya.

“Oppa,Wae?” Aku hairan melihat perubahan wajahnya. Pelik…

“Aniyo…” Daehyun senyum juga.

 

Daehyun pov

Hari terakhir semakin tiba, aku setiap hari mengajar Jun Hee bermain gitar. Bijak sungguh, dia dapat mengatasi segala masalah not dan dia sudah mula menguasainya.

“Oppa, lagu apa yang nak nyanyi ni?” Jun Hee mencari2 cd. Aku juga bingung tak tahu nak nyanyi lagu apa. Kedengaran pula Jieundan Youngjae akan duet bersama. Aku masih ingat kata-kata Youngjae, jangan risau aku takkan hampakan kau Youngjae.

“Yah… Oppa! Aku nak yang ni” Jun Hee melompat ke arah aku. Aku tersentak, lucu melihatnya. Comel.

“Oppa, ini lagunya sangat best. Ini” Jun Hee memberi cd itu kepada aku. ‘For first time lovers’ aku memandangnya.

“Hmn… lagu ni sesuai untuk kita. Seperti…” aku mahu mengenakannya tetapi dia lebih cepat tangkap maksud aku.

“Apa? Apa maksud Oppa, hah?” Muka Jun Hee mula merona merah memukul lengan aku. Aku ketawa melihatnya, sangat comel. Hehe…

“Hmn… Baiklah, pilih lagu ni,” aku membawa cd itu ke kaunter. Jun Hee tersengih.

“Oppa, coklat itu,” Jun Hee menunjuk sebuah kedai ais krim. Aku tersenyum, aku baru je nak bawanya ke kedai tersebut tapi dia lebih dahulu membawa aku. Citarasa kami sama, suka coklat dan menyanyi.

“Yah… jangan kuat makan coklat sangat. Tak baik untuk kesihatan,” aku menegurnya. Jun Hee mencebik tidak menghirau kata2ku. Bukan apa, sudah lima kali dia memesan coklat. Aish… budak ni.

“Oppa ni, aku tak boleh hidup tanpa coklat ini. Nasib baik opp bawa aku makan coklat hari ni.” Katanya.

“Aku tak boleh hidup tanpa awak. Aku tak dapat bernafas jika tak lihat wajah awak walau dalam sehari,” aku sengaja berkata demikian menunggu reaksinya. Tiba-tiba Jun Hee tersedak, kelam kabut aku memberinya tisu.

“Oppa cakap apa tu?”

“Aniyo, aku Cuma baca lirik dalam cd ni” kataku menunjukkan cd itu.

“Jjinja,betul ke oppa suka aku?” Jun Hee.

“Hmn… suka. Suka sangat, dahlah tu. Berhentilah makan coklat tu,” biarpun aku suka makan coklat tapi taklah sampai kuat makan macam Jun Hee. Aku hanya menggeleng. Jun Hee menarik muncungnya. Aku membelai kepalanya.

“Dengar cakap aku, untuk kali terakhir. Boleh?” aku cuba cakap lembut, akhirnya dia mengganguk.

“Aku juga suka oppa.Aigoo… malunya,” pipi Jun Hee merah.

Aku ketawa melihat telatah Jun Hee yang memandang sekeliling. Terasa lega tapi Jun Hee-ah… kau lupa lagi ke aku ni pelajar sementara. Aku akan berpindah sebentar lagi. Aku tak dapat berbuat apa-apa kerana papa aku lebih berkuasa.

 

Jun Hee pov

Aku melambai ke arah Daehyun, happynya… hari ini aku banyak meluangkan masa berjalan2 bersama Daehyun. Entah mengapa aku mula angau, mungkin sejak dia kiss aku tempoh hari. Hee… Jun Hee kau dah angau ni. Hehe… aku membelek cd yang dibeli oleh Daehyun.  Jieun dengan Youngjae akhirnya akan berduet bersama. Wah… cepatnya Youngjae dan Jieun bersama. Tak sangka. Tapi… Youngjae dan aku belum lagi bertegur sapa sejak  tempoh hari.

Aku tetap serba salah dengannya. Aku nak jumpa dialah esok. Hee… Aku tak selesa pula tak tegur dia. Mianhae Oppa...

 

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sebenarnya aku nak sambung hujung minggu ni tapi... Akhirnya hehehe dlm masa sibuk2 ni pun sempat juga aku buka latop dan mula menaip. mungkin cerita ni akan tamat pada chapter 10. dan aku akan beritahu dari mana aku dapat ilham nak buat cerita ni. aku akan share dengan kamu semua. hehehe... sorry kalau ada part yang buat kamu tak faham. kamu tanya jer... aku open jer :) SEKALI LAGI.... TINGGALKAN COMMENT ANDA ^_^

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
put_up
#1
Chapter 10: jinjja johahae!!!!!!!!!!!!!! fanfics ni best sesangat!!!!!!! >.<
QasRenA #2
Chapter 10: Sweet la citer ni..buat la smbungan..x sbr nk tggu..
my_caffeine
#3
Chapter 11: Comellah cerita nih~ >.<
mieyhyun
#4
Chapter 10: So cute... buatla sambungan... mesti best!!
yEsuiUnNie
#5
Chapter 10: waaa!! daebak ....walaupun short tp best gila.......unnie ppali buat smbungn dia.....
Yamiyami95
#6
Chapter 11: Wow... nice!!! aku tak sabar nak tunggu sambungannya ceritanya. Aduh... cepat2 ya! :)
Imaginationtown
#7
Chapter 11: Woah.. Daehyun pernah ada crush Q_Q
fishesfiey #8
Hahahaha... ok, i will think it first. Gomawoo... hehehe
Imaginationtown
#9
Chapter 10: Buat cerita kedua!! Mungkin.. Daehyun sakit ke pastu datang cari Jieun. Apapun, betul betul tunggu ni dia punya sambungan!!