chapter 1- pertemuan pertama

Cinta 20 hari... (Malay version)

Daehyun mendengus tidak menghiraukan panggilan mamanya, sarapan yang telah disediakan tidak disentuh. Puan Jung mengeluh dengan sikap anaknya telah banyak berubah sejak mereka seringkali berpindah. Semuanya disebabkan oleh suaminya yang berkerja sebagai pengurus design di mana terpaksa ke sana sini untuk mendapatkan pelanggan.

 

"Daehyunnie... Kenapa ni?" Puan Jung mendapatkan Daehyun yang sedang memakai kasut sekolahnya. Daehyun malas menjawab pertanyaan mamanya, mama ni tak faham ke perasaan orang. Aku tak suka pindah2 sekolah tau tak! Daehyun mendengus. Puan Jung sebenarnya faham perasaan anak tunggalnya tetapi apakan daya dia tak mampu mengubahnya semula.

 

"Balik awal ya..." Pesan Puan Jung namun sekali lagi tidak dihirau oleh anak kesayangannya. Daehyun memandang jam tangannya, beberapa pelajar memandangnya sambil berbisik. mereka juga memakai baju sekolah yang sama dengan Daehyun.

Daehyun menghirau mereka, dia mengeluarkan earphone dan memakainya.

"Wow... coolnya" Pelajar perempuan terpaku melihat Daehyun. Namun Daehyun tidak mendengar apa yang dikatakan mereka. Malas mau layan!

 

 

Jun Hee pov

Hee... Youngjae ni tak faham bahasa ke? Aku dah kata aku tak suka dia dan aku anggap dia sebagai kawan jer pun... Aku mengeluh menggaru kepala sehingga rambut aku menjadi serabut. Semua kawan2 melihat aku dan Youngjae, pagi2 buta ni dah melamar aku nak jadi girlfriend dia. Hee...

"Aku dah lama suka awak, sudi tak awak jadi teman wanita aku?" ucap Youngjae dengan sejambak bunga rose putih di tangannya. Mahu je aku gelak bila terdengar luahan Youngjae ni tapi aku tahan jer... geli aku mendengarnya.

"Hei... Jun Hee apa lagi terimalah dia. Kesian dia tu tau..."

seluruh rakan sekelas menyuruh aku menerima tawaran dia ni. Youngjae-ah... Bukan aku tak suka kau tapi... Aigoo... aku memandang Jieun untuk meminta pendapat. Jieun mengangkat bahu sahaja.

"Please..."

"Er... Oppa, aku bukan tak nak terima oppa tapi... tapi..." Aku tersentak sendiri, tapi apa ek? Aku menjadi tidak keruan.Aku memang panggil Youngjae 'oppa' sebab hubungan kami rapat mungkin sebab tu dia tiba-tiba suka aku.

"Kenapa?"

"Ah... Aku dah ada teman lelaki. Mianhae oppa..." aku menunggu reaksinya. Jieun dan seluruh rakan sekelas terkejut dengan kata-kata aku. Aku tersengih seperti kerang busuk.

"Tipu, Aku dah selidiki semuanya. Awak memang tak ada teman lelaki," kata Youngjae serius.

"Mana ada aku tipu, aku memang teman lelaki." Alamak... apa yang aku kata ni? Hee... Matilah Jun Hee apa yang kau buat ni. Youngjae memandang Jieun.

"Jieun, benar ke dia ada teman lelaki?"

Jieun teragak-agak hendak berkata, dia tahu aku sedang menipu Youngjae.

"Er...Er..."

"Awak kan kawan baik dia, takkan awak tahu," Youngjae mengerut. Jieun menggeleng.

"Hee... Janganlah marah dia. Dia tak tahu yang aku ada teman lelaki ehheehe...." kataku masih ketawa padahal hati ni macam bunga api yang meletop-letop tak tahu mencari penyelesaian.

"Kalau benar awak ada teman lelaki tunjukkan sekarang, mana dia?" Youngjae serius memandang aku. Aish... Youngjae ni... Kita ni baru umur 15 tahun. Aku belum pun tahu apa erti apa tu cin.. cin.. cinta, aish... apa-apalah!

"Ada, nanti kejap!" aku keluar dari kelas. What the hell???!!!! Aku mengurut dahi aku. Youngjae dan yang lain mengikut aku.

"Mana?"

Aku memandang sekeliling, mau mencari mangsa. mana ni...! Aish... Jinja! Nah... Jumpa! Aku melihat seorang budak jalan menuju ke arah koridor kelas kami. Aku berlari mendapatkan dia dan memeluk lengannya.

"Inilah 'boyfriend' aku" Aku tersengih sambil melambai ke arah mereka.

"Apa ni?" Budak di sebelah aku terkejut dengan kelakuan aku. Hehehehe... apa yang penting aku kena selesaikan masalah ni juga!

Youngjae mengerut melihat kami berdua, Jieun menggeleng dengan sikap aku. Aku hanya ketawa.

"Benar ke dia teman lelaki awak?"

Aku terdiam, aku perasan air muka Youngjae mula berubah. Aku mengganguk pelahan-lahan. Aku telah melukakan perasaannya. Macam mana ni...?

"Bodohnya aku... huh!" Bunga rose yang dipegangnya jatuh atas lantai, Youngjae segera meninggalkan tempat itu. Aku terpaku,budak di sebelah aku kebingungan. Aku melepaskan lengannya. Jieun menarik aku ke suatu tempat. Macam mana ni...?

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
put_up
#1
Chapter 10: jinjja johahae!!!!!!!!!!!!!! fanfics ni best sesangat!!!!!!! >.<
QasRenA #2
Chapter 10: Sweet la citer ni..buat la smbungan..x sbr nk tggu..
my_caffeine
#3
Chapter 11: Comellah cerita nih~ >.<
mieyhyun
#4
Chapter 10: So cute... buatla sambungan... mesti best!!
yEsuiUnNie
#5
Chapter 10: waaa!! daebak ....walaupun short tp best gila.......unnie ppali buat smbungn dia.....
Yamiyami95
#6
Chapter 11: Wow... nice!!! aku tak sabar nak tunggu sambungannya ceritanya. Aduh... cepat2 ya! :)
Imaginationtown
#7
Chapter 11: Woah.. Daehyun pernah ada crush Q_Q
fishesfiey #8
Hahahaha... ok, i will think it first. Gomawoo... hehehe
Imaginationtown
#9
Chapter 10: Buat cerita kedua!! Mungkin.. Daehyun sakit ke pastu datang cari Jieun. Apapun, betul betul tunggu ni dia punya sambungan!!