Bab 2: Perampas

Time

MTfzj1v.png

 

Jong-in POV

 

Pintu rumah agam dua tingkat yang dimiliki oleh ayahku itu aku kuak dengan berhati-hati supaya ianya tidak menghasilkan bunyi yang kuat. Aku mula melangkah masuk ke dalam rumah tersebut dan pada saat itu, hanya cahaya samar-samar sahaja yang datangnya dari setiap tingkap di ruang tamu itu yang menyambut kepulanganku.

Sudah lama rasanya aku tidak menjejakkan kaki ke sini, seingat aku kali terakhir aku balik ke rumah ini adalah pada dua bulan yang lepas, itupun kerana aku ingin mengambil barang yang aku tertinggal di rumah ini setelah aku berpindah untuk tinggal di apartment. Apartment itu lebih dekat dengan universiti Seoyul, tempat aku belajar sekarang dan ianya dihadiahkan oleh ayah kepadaku sebagai hadiah hari jadiku yang ke-24.

Hadiah yang sudah lama aku angankan. Sekurang-kurangnya aku tidak perlu lagi duduk di rumah ini bersama perampas itu.

Tapi…entah kenapa malam ini, hatiku mengatakan yang aku ingin pulang ke sini.

Mungkin kerana rindu akan tempat dimana aku dibesarkan…atau mungkin aku mengharapkan seseorang dapat mendengar rintihan hati aku yang remuk pada malam ini. Seketika aku terasa diriku seperti orang bodoh kerana mengharapkan sesuatu yang takkan pernah terjadi. Di dalam rumah ini, ada ke orang yang pedulikan diri aku dan ingin mendengar rintihan aku?

Jawapannya…tak ada.

Aku mengeluh dan mengambil keputusan untuk terus naik ke bilik yang telah lama aku tinggalkan. Tapi baru sahaja aku ingin menapak di atas anak tangga pertama, tiba-tiba suasana menjadi terang benderang.

Seseorang membuka lampu.

” Kim Jongin.” Itu…suara ayah.

Perlahan-lahan, aku memalingkan tubuhku. Dan pada saat itu juga, aku dapat melihat ayahku, Mr.Kim berdiri tidak jauh dari tempat aku berdiri sekarang. Di sisinya, seorang wanita 30-an yang bernama Yeon-Hwa atau lebih tepat seseorang yang boleh aku gelarkan sebagai ibu kerana dia telah mengahwini ayahku.

Tapi selamanya aku tidak akan pernah memanggilnya dengan gelaran itu, dia tak layak untuk dipanggil dengan gelaran semulia itu setelah merampas ayah dari ibu kandungku. Lagipula, semua orang tahu, tiada tujuan lain seorang perempuan semuda dan secantik dia mengahwini seorang lelaki tua seperti ayahku, melainkan disebabkan tamakkan harta dan wang ringgit.

Kelihatan ayah sedang melemparkan satu jelingan kepadaku. Seandainya jelingan ayah itu ialah sebilah panah, pasti aku telah mati ditusuk olehnya kerana ianya sangat tajam dan tepat. Walaupun begitu, aku hanya membalasnya dengan satu pandangan yang kosong.

Aku benar-benar telah letih.

Namun, tidak semena-mena, beberapa keping kertas dibaling tepat ke mukaku oleh ayah. Kertas-kertas itu kemudiannya jatuh bertaburan di atas lantai. Aku hanya membiarkan sahaja tanpa langsung melihat kertas yang bertaburan di hadapanku itu. Aku masih seperti tadi, memandang wajah ayahku dengan pandangan kosong. Tapi aku tahu, ayah ada sesuatu yang dia ingin katakan kepadaku, kalau tidak mana mungkin dia rela mengorbankan masa tidur dia dan isterinya semata-mata ingin muncul di hadapanku seperti sekarang.

“Kim jongin!” Ayah mula bersuara seperti jangkaanku. “Berapa kali dah kamu tak datang ke kelas? Sampai pihak universiti keluarkan surat itu.” Ayah menudingkan jari telunjuknya ke arah kertas-kertas yang bertaburan itu. Oh, kertas yang dibaling ke muka aku tadi, surat amaran dari pihak universiti rupanya. “Mana ayah nak letak muka ni, anak pengarah universiti sendiri dapat warning letter mengatakan dia dah banyak kali ponteng kelas. Kamu memang sengaja nak menconteng arang ke muka ayah kan! Aku bagi kamu kemewahan, ini yang kamu balas? Anak yang tak sedar diuntung! Baik kamu mati sahaja!”

Aku tersentak.

“ Abang, janganlah cakap macam tu. Dia kan anak kita. Darah daging abang.” Ibu tiriku mula bersuara sambil mengurut belakang ayah untuk meredakan kemarahannya. Ayah kelihatan sangat marah.

Ayah …betul ke ayah begitu marahkan Jongin?

Betul ke..ayah betul-betul maksudkan apa yang ayah katakan tadi?

Betul ke..Ayah berharap Jongin mati?

Ibu tiriku memandangku dengan penuh rasa kasihan. Pandangannya kelihatan begitu ikhlas sehinggakan aku juga keliru adakah itu palsu atau dia benar-benar kasihankan aku. “ Jongin-ah, lupakan je apa yang ayah kamu cakapkan tadi. Dia tak bermaksud…”

“ Kemewahan?” Aku memintas kata-kata ibu tiriku.”Ayah bangga sebab ayah dapat bagi Jongin kemewahan? Hanya itu? Hanya kemewahan? Tanpa kasih sayang?” Air mataku mula berlinang tapi cepat-cepat aku seka sebelum ia mengalir di pipi. “Sejak omma meninggal, saya tak pernah rasa kasih sayang dari ayah walaupun sesaat. Ayah sibuk mencari kemewahan yang sebenarnya ayah sendiri inginkan sampaikan ayah tiada masa untuk melihat anak ayah ini membesar. Ayah pernah tanya saya, apa yang saya inginkan? Ayah pernah tanya saya, saya sihat ke tak? Ayah pernah tanya saya, saya rindukan ibu ke tidak? Tak. Ayah tak pernah tanya semua tu. Tak ada seorang pun pernah tanya saya semua tu. Oleh sebab tu, saya memilih untuk hidup dengan cara saya sendiri. Supaya saya boleh kekal hidup.”

Sebaik sahaja menghamburkan segala yang terbuku, aku terus berpaling dan mula menaiki tangga semula.

“Tunggu.” Suara ibu tiriku.

Langkahku terhenti.

Wanita itu menghampiriku. Perlahan-lahan dia mencapai tanganku dan membelai lembut tanganku. “Ibu tahu, Jong-in tak dapat terima ibu sabagai pengganti ibu kandung Jong-in kan? Dan disebabkan itu, Jongin berkelakuan macam ni. Tapi percayalah, sejak ibu membuat keputusan untuk masuk ke dalam keluarga ini, tiada niat lain di hati ibu selain ingin menjaga keluarga ni seperti harta yang paling berharga yang ibu pernah ada.” Dia mula menggenggam tanganku. “Ibu sayangkan Jongin.”

Haa! Lagi seorang? Kenapa semua orang perlu berpura-pura? Aku betul-betul tak faham.

Seteruk-teruk aku, aku tak hipokrit.

“Berhentilah berlakon!” Tangannya yang sedang menggenggam erat tanganku itu aku tepis dengan sekuat hati sehingga menyebabkan tangannya itu terhantuk pada palang besi tangga.

“Auchh.” rintih ibu tiriku. Ayah terus berlari mendapatkan isterinya itu. “ Awak tak apa-apa?” tanya ayah dengan nada risau sambil memeriksa tangan isterinya yang mula kebiruan itu.

“Saya tak apa-apa, abang. Lebam sikit je ni.”

Ayah memandangku. “Kamu ni memang dah melampau! Kamu langsung tak hormat dia sebagai ibu kamu. Dan sekarang, kamu nak cederakan dia pula ke?”

Aku tergelak kecil. “Sayang betul ayah pada dia. Agaknya …apalah istimewa sangat perempuan perampas macam dia ni. “

Sejurus mendengar kata-kataku, ayah terus mencekak kolar bajuku sehingga membuatkan aku sukar untuk bernafas. Nampaknya, aku dah terlepas cakap sesuatu yang paling membuatkan ayah hilang sabar. “ Kamu boleh hina ayah, tapi bukan ibu kamu.” Dan kemudian, ayah terus menolakku sehingga aku terjatuh beberapa anak tangga lalu tersungkur ke atas lantai.

“Arghhhh..”

Aku lantas memegang perutku. Perutku terasa senak sekali setelah terhentak ke atas lantai tadi. Kenapa dengan perut aku ni? Kenapa sakit sangat ni? Aku cuba bangun tetapi gagal. Aku kembali rebah dan terbaring sambil menahan kesakitan yang teramat sangat itu.

“Jongin-ah, kenapa ni? Abang, muka Jongin pucat sangat ni.” Kedengaran suara cemas ibu tiriku yang telah pun berada di sisiku. Terasa tangan wanita itu mengelap peluh sejuk di dahiku. Aku tak melawan dan hanya membiarkan sahaja dia memperlakukan aku begitu. Kesakitan yang aku rasakan sekarang membuatkan seluruh tubuhku seperti kehilangan tenaga. Mataku juga kian kabur dan terasa ingin tertutup.

“Jongin-ah, boleh dengar tak suara ayah? Jongin-ah, bangun.” Aku sempat mendengar suara ayah sayup-sayup sebelum duniaku mula menjadi gelap gelita.

 

 

Bersambung!

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
HeavenDelight
Finally, dapat update Time! Happy reading.^^

Comments

You must be logged in to comment
Peachyeolss
#1
Henlo author. Gue datang dari wall gue HAHAH k nak baca. Terima kasih suggest kat saya ff ni. Nak baca jap satgi pas baca nak bagi kritikan pedas seperti ogy ahmad daud. K tak HAHA
yourstrulyjungkook
#2
Chapter 7: 它不是英文我很伤心
yourstrulyjungkook
#3
这个故事很有意思! 我喜欢这个情节