Bab 4: Melepaskanmu

Time

 

Jong-in POV

 

“Park Haesoo?” Aku mengerutkan dahiku. Kenapa nama ini kedengaran familiar dan terasa dekat dengan aku? Setelah berfikir sejenak, aku akhirnya menemukan jawapannya. “ Ini kan nama…”

“Siapa benarkan kamu masuk bilik ni?” Tiba-tiba kedengaran suara ayah dari arah belakangku. Aku terkejut bukan main dan mula menggelabah.

Alamak!

Apa aku nak buat ni?

Diari lama yang aku jumpa tadi masih di tanganku. Aku memegangnya dengan kemas. Kalau aku letakkan semula sekarang ayah pasti akan nampak. Tiada jalan lain, aku terus menyembunyikan diari itu di dalam poket bajuku dan berpaling menghadap lelaki 50-an yang masih segak berkot hitam dan bertali leher itu.

“Maaf. Pintu bilik ini terbuka tadi, sebab itu Jongin masuk. Tapi nampaknya, tiada benda menarik pun di dalam ini. Jadi, Jongin keluar dulu.” Dengan tergesa-gesa aku terus meluru keluar tapi setibanya di hadapan pintu , langkahku terhenti apabila ayah kembali bersuara.

“Pihak hospital baru sahaja telefon ayah.” Oh, aku hampir terlupa tujuan asalku. Aku memang ingin membicarakan tentang perkara itu dengan ayah.

Aku kembali memusing tubuhku menghadapnya. “ Sebenarnya, saya…”

” Kenapa kamu lari dari hospital?” Ayah telahpun memintas kata-kataku sebelum sempat aku meneruskan apa yang ingin aku katakan.

“Bagaimana pula dengan ayah? Kenapa ayah tak melawat saya di hospital? Ayah tahu saya sakit, kenapa ayah tak berada di sisi saya dan jaga saya?” Aku juga tidak mahu kalah. Aku memilih untuk menjawab soalan tersebut dengan soalan juga.

Ayah kelihatan agak terkedu setelah mendengar soalanku yang mungkin tidak disangka olehnya.

“ Kenapa ayah diam? Cakaplah macam selalu ayah ckap…’Ayah sibuk. Mianhae.’ Itukan ayah nak cakap?“ Air mataku mula berlinang tapi tidak akan aku benarkan ianya mengalir di hadapan lelaki yang aku panggil ayah ini.

Aku kembali fokus terhadap apa yang ingin aku katakan tadi sebelum ayah memotong kata-kata aku. ”Berkaitan dengan pihak hospital, saya tahu ayah boleh bantu saya. Dengan wang ringgit yang ayah miliki, apa je yang tak boleh diselesaikan, kan? Saya pergi dulu.”

Aku menunduk 90 darjah dan terus berlalu pergi meninggalkan ayah keseorangan di dalam bilik rahsianya itu. Namun, pada masa yang sama, aku lega kerana diari itu selamat di tangan aku.

 

 

 


 

 

 

Angin sepoi sepoi bahasa.

Lalang nan hijau menari dengan gembira.

Dan ketika itulah, aku terjaga.

Mataku aku buka. Di hadapan aku sekarang ialah sebuah padang yang luas dan menghijau. Tiada sesiapa di situ kecuali diriku. Dan pada tubuhku pula, aku sedang memakai baju dan seluar yang berwarna putih.

Pelik. Ini betul-betul pelik.

"Aku di mana? Apa tempat ini? Macam mana aku boleh sampai di sini. Dan kenapa aku memakai pakaian serba putih sedangkan aku tidak menyukai warna itu.” Berbagai-bagai persoalan di fikiranku yang aku suarakan. Seketika, aku menarik nafasku dalam-dalam. “Kim Jongin, bertenang. Cuba fikir betul-betul macam mana kau boleh ada di sini?" Nasihatku kepada diriku sendiri.

Aku mula memejamkan mata. Dan apabila aku membukanya kembali, aku sedar aku tidak keseorangan. Dari kejuahan, aku dapat melihat seorang wanita sedang berdiri membelakangiku dan dia juga memakai pakaian serba putih sepertiku. Rambutnya yang panjang itu beralun-alun ditiup angin. Walaupun aku tidak dapat melihat wajahnya, melihat susuk tubuhnya dari belakang sahaja membuatkan aku sepeti terpegun. Seketika, aku tersenyum.

Indahnya ciptaan tuhan bernama wanita.

"Hei! Awak di sana. Awak boleh dengar suara saya kan?” Jeritku. Aku harap dia boleh dengar aku." Tolong saya. Saya rasa…saya dah sesat. Saya tak tau kenapa saya ada di sini dan macam mana saya boleh sampai ke sini?”

Dan pada ketika itu juga, wanita itu mula memusingkan tubuhnya.

Wajahnya… membuatkan aku terkesima.

"Omma." Terpacul perkataan itu dari mulutku. Aku seperti tidak percaya apa yang aku lihat sekarang.Wanita yang memiliki wajah persis ibu kandungku itu sedang tersenyum kepadaku.

"Omma." Aku ingin pergi kepadanya. Tapi entah kenapa, kaki aku langsung tak boleh bergerak, seperti sudah melekat ke bumi.

“ Jongin-ah.” Suaranya…juga sama dengan ibu. "Jongin jaga diri baik-baik yer. Ibu kena pergi dulu. Selamat tinggal, anak kesayangan ibu." Dan dia mula memusingkan tubuhnya membelakangiku semula.

"Andwae! Omma, jangan pergi. Jangan tinggalkan Jongin sendirian." Aku menjerit dengan penuh pengharapan. Tapi harapan aku musnah apabila ibu mula melangkah pergi menjauhiku.

Tidak mungkin!

Ibu tak boleh tinggalkan aku macam ni.

Aku dengan sedaya-upaya mencuba melangkah untuk mengejar ibu. Tapi malangnya, sekuat mana pun aku cuba, kaki aku tetap tidak boleh bergerak.

"Omma. Tolonglah jangan tinggalkan Jongin. Jongin merayu. Ommaaaaaaa!!" Aku menjerit dengan sekuat hati bersama air mata yang mengalir deras di pipi sebelum duniaku tiba-tiba menjadi gelap.

 

 

"Omma." Aku tersedar dari tidurku dan terus terbangun. Nafasku turun naik. Peluh mengalir di dahiku. Aku cuba mengawal pernafasanku supaya kembali normal.

Mimpi itu lagi.

Sejak ibu meninggal, aku pasti bermimpikan ibu setiap malam.

Mimpi yang membuatkan aku sentiasa takut untuk tidur di malam hari.

Aku membuka lampu tidur yang terletak di atas meja di sebelah katilku. Dan pada ketika itu juga, pandanganku terjatuh pada sebuah buku kecil berwarna merah jambu yang disuluh oleh lampu tidur yang aku nyalakan itu.

Aku mengambil buku tersebut. Buku yang berupa diari lama yang aku jumpa di bilik bacaan ayah siang tadi. Aku menyelak helaian pertamanya buat kali kedua, hanya untuk memastikan nama pemiliknya.

"Park Haesoo. Omma. Itu nama omma. Nama ibu kandungku." Air mataku mula bergenang. Aku terus menutup diari itu kembali. Ternyata diari ini milik ibu. Perasaan sedih dan hiba terus-terusan menjerat jiwaku. Aku akhirnya meletakkan diari itu ke dadaku, memeluknya erat.

Dan serentak dengan itu, air mataku mula keluar dari tubir mata, mencurah-curah dan terus mengalir deras. Aku teresak di situ juga. Di atas katil di dalam bilik apartmenku. Seorang diri.

"I really miss you, omma."

 

 

 


 

 

 

Skrin LCD projektor di hadapan aku tatap dengan pandangan kosong. Langsung tak memahami apa yang sedang diajar oleh pensyarah wanita pertengahan abad itu.

Fikiranku menerawang entah kemana, aku sendiri tidak dapat mengenal pasti destinasinya. Yang pasti, hanya jasadku sahaja yang berada di dalam kelas pada ketika ini.

Walau bagaimanapun, aku tetap kena bertahan dan terus berada di dalam kelas ini. Ayah dah beri amaran jika aku ponteng kelas lagi, dia akan tarik semula hadiah hari jadiku yang ke-24 itu. Aku tak boleh biarkan itu terjadi. Kalau apartment itu ditarik semula, itu bermakna aku kena tinggal di rumah agam itu semula. Aku tak mahu. Aku menggelengkan kepala tanpa sedar apabila membayangkan aku terpaksa melihat wajah ibu tiriku itu setiap hari semula.

Namun begitu, gelengan kepalaku itu membuatkan aku terpandang akan seseorang. Seseorang yang juga sedang memandangku. Matanya yang redup dan berkaca mata bulat seperi Harry Potter serta wajahnya yang suci seperti budak-budak itu membuatkan aku rasa janggal . Rambutnya yang diikat tepi seperti ponytail itu juga membuatkan aku meluat melihatnya.

Dipendekkan cerita, she’s not my style.

Aku terus melarikan pandangan darinya. Buat apa aku pandang dia lama-lama?

Tapi…kenapa gadis itu asyik memandangku? Ini bukan kali pertama aku menangkapnya curi-curi memandangku.

Apabila aku sengaja memandangnya sekali lagi, dia cepat-cepat melarikan pandangannya dan tertunduk. “Cis! Kenapa dengan dia tu? Gila agaknya. Huh!”

Aku kemudian melihat jam di tanganku. Tarikh hari ini yang ditunjukkan ialah 17 Ogos 2018 manakala waktu berdasarkan kedudukan dua jarum keramat itu ialah 2.58 pm.

Setengah jam lagi sebelum kelas tamat. Huwaa! Lamanya lagi.

 

 

Akhirnya…masa yang ditunggu-tunggu. Kelas tamat!

Tanpa menunggu lagi, aku terus melangkah keluar dari dewan kuliyah itu. Tapi belum sempat aku menghirup udara segar di luar, langkahku dihalang oleh seorang gadis berambut perang.

Apa lagi Suzy ni nak dari aku?

Aku memandangnya tanpa perasaan. "Tepi sikit. Tak nampak ke aku nak lalu ni." Aku terus melintasinya dan sengaja menolak bahunya dengan menggunakan bahuku.

Tanpa perasaan bersalah, aku terus berjalan ke hadapan, menuju ke tempat letak kereta.

Namun aku tak sangka dia nekad mengejarku dan sekali lagi, dia berdiri di hadapanku, menghalang perjalananku.

“Kita perlu berbincang.” katanya sambil memandang tepat ke wajahku.

“Berbincang?” Aku tergelak besar sebelum wajahku berubah tegang semula. "Aku tak ada apa-apa nak bincang dengan kau. Lagipun,kita dah tak ada apa-apa hubungan. Jadi, kau boleh berambus dari depan mata aku… dan hidup aku.” tegasku dan terus menyambung perjalananku semula.

Tapi baru sahaja beberapa langkah ku ambil, gadis itu tiba-tiba menjerit. "Betul ke perasaan kau pada aku dah betul-betul hilang? Adakah kau yakin, di dalam hati kau, dah tak ada sediki pun perasaan yang tinggal untuk aku?”

Pertanyaan demi pertanyaan itu aku biarkan tidak berjawab. Sebaliknya, aku tetap terus berjalan menjauhinya.

"Iya. Malam itu… aku dan Sehun...memang tidur bersama di hotel.” Serentak dengan itu, langkahku terhenti. Akhirnya, aku dengar semua itu dari mulut Suzy sendiri. Nampaknya, gambar itu tidak menipu.

Entah kenapa… hatiku remuk buat kali kedua.

Kenapa dia sanggup buat aku macam ni?

Apa salah aku?

"Tapi... apa yang aku buat tu bukan dengan kerelaan aku sendiri. Aku betul-betul tak sedar apa yang aku buat. Aku mabuk malam tu. Mianhae, jongin-ah." Tangisan Suzy mula kedengaran. " Dan lagi satu, aku mengaku, aku mendekati kau pada mulanya memang disebabkan harta. Tapi…masa pantas berlalu, perasaan aku pada kau mula berubah. Lepas aku kenal kau, aku betul-betul dah jatuh hati pada kau. Saranghae, Kim Jong-in."

Aku meraup wajahku.

Aku seperti tidak percaya apa yang aku dengar sebentar tadi. Dia berkata benar atau berbohong lagi? Dan sekiranya dia berkata benar sekalipun, semuanya telah terlambat. Hati aku dah tertutup rapat buat wanita bernama Bae Suzy. "Lupakan aku. Kalau kau benar-benar mencintai aku, buanglah rasa cinta itu… seperti aku yang telah membuang rasa cinta aku pada kau. Dan buat pengetahuan kau, aku dah lama tahu tentang perasaan Sehun pada kau. Sehun benar-benar sukakan kau. Terimalah dia."

Maaf, Suzy.

Itu sahaja perkara terakhir yang dapat aku lakukan untuk kau. Aku ikhlas tatkala aku menasihati kau supaya menerima Sehun. Kerana aku ingin melihat kau gembira. Aku pasti Sehun boleh menggantikan tempat aku untuk membahagiakan kau.

Tapi untuk aku menerima kau semula, aku takkan boleh. Pengkhianatan itu sangat memeritkan.

Suzy mula menangis teresak-esak.

Menangislah, Bae Suzy…kalau itu dapat membuatkan kau berasa lega.

Aku biarkan gadis yang pernah aku cintai itu menangis sepuas hatinya.

Aku baru sahaja ingin melangkah kembali disaat aku merasa seperti ada seseorang sedang memerhatikan kami.

Aku menoleh ke sisi. Nampaknya aku tidak silap. Tidak jauh dari tempatku berdiri, kelihatan seorang gadis sedang mencuri-curi pandang ke arahku dari sebalik sebatang tiang. Matanya membuntang tatkala mata kami bertaut.

Perempuan berkaca mata bulat itu lagi? Sejak bila dia ada disitu? Adakah dia dengar semuanya? Semua perbualan aku dengan Suzy? Haish! Lantaklah! Tapi yang aku betul-betul pelik…kenapa dia mesti ada di setiap tempat yang ada aku. Dasar stalker. Perempuan gila.

“ Yaa! Lee Jieun.” Kelihatan seorang gadis chubby yang mungkin merupakan kawannya sedang berlari-lari anak ke arahnya. Da perempuan gila yang dipanggil Lee Jieun itu segera meletakkan jari telunjuk di mulutnya sebagai memberi isyarat kepada kawannya itu supaya senyap.

Cis! Dah kantoi tapi masih nak bersembunyi. Tak tahu malunya!

Aku dah malas nak serabutkan otak aku dengan mana-mana perempuan pun, baik Suzy atau perempuan gila tu. Aku terus berjalan ke kereta dan memasukinya.

Zet.. zet! Zet… zet! Zet… zet!

Telefon bimbit yang aku letakkan di dalam poket seluar bergetar menandakan terdapat panggilan masuk. Aku mengeluarkannya.Nombor yang tak dikenali terpapar di skrin.

"Siapa pula la telefon aku ni." gumamku sebelum menekan button hijau di skrin telefon bimbit tersebut."Hello?"

“Ini Encik Kim Jongin kan?" tanya seorang wanita di talian.

"Ye, saya."jawabku ragu-ragu.

"Maaf menganggu Encik. Saya dari pihak hospital Seoul. Keputusan darah dan ct scan encik dah keluar. Jadi, encik diminta datang ke hospital kami untuk mengambil keputusan itu pada hari ni." kata wanita di talian itu lagi.

Aku mengangkat kening sebelah kananku, berfikir sejenak. “Keputusan darah dan ct scan? Tapi seingat saya, saya tak ada buat sebarang check up.”

“Kalau mengikut rekod di sini, Encik ada dimasukkan ke wad hospital kami beberapa hari lepas. Semua pemeriksaan itu dibuat semasa itu.”jelasnya dengan suara yang kedengaran sangat tenang.

“Oh, baiklah.”Aku terus mematikan panggilan dan mencampakkan telefon bimbitku ke tempat duduk sebelah, betul-betul di sebelah diari ibu yang aku letakkan di situ.

Haish! Malasnya nak pergi hospital itu semula. Tapi nampaknya aku terpaksa, aku tak mahu menimbulkan masalah yang melibatkan ayah lagi.

Aku terus menghidupkan enjin kereta dan memecut ke hospital Seoul.

 

 

 

 

Bersambung!

 

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
HeavenDelight
Finally, dapat update Time! Happy reading.^^

Comments

You must be logged in to comment
Peachyeolss
#1
Henlo author. Gue datang dari wall gue HAHAH k nak baca. Terima kasih suggest kat saya ff ni. Nak baca jap satgi pas baca nak bagi kritikan pedas seperti ogy ahmad daud. K tak HAHA
yourstrulyjungkook
#2
Chapter 7: 它不是英文我很伤心
yourstrulyjungkook
#3
这个故事很有意思! 我喜欢这个情节