Bab 5: Aku mahu hidup

Time

 

Jongin POV

 

"Kim Jongin-shi. Bilik 12." Kedengaran suara staf hospital memberi pengumuman. Aku terus bangun dari kerusi di ruang menunggu dan menuju ke bilik yang dinyatakan.

Setibanya aku di dalam bilik tersebut, wajah seorang doktor lelaki yang agak berumur menjengah pandanganku. Tanpa menunggu, aku terus duduk di hadapannya dan kini, yang memisahkan kami hanya sebuah meja.

"Cepatlah cakap apa keputusannya? Saya tak ada banyak masa ni." kataku dengan angkuh sambil melihat jam tanganku.

Aku pasti semuanya baik-baik sahaja. Buktinya…sejak keluar dari hospital, aku berasa sihat seperti biasa dan tiada jatuh sakit, hatta demam sekalipun.

Mungkin kerana dia melihat aku seperti dikejar waktu, doktor lelaki itu mula membuka mulut."Saya harap encik boleh bertenang apabila mendengar keputusan ini." Aku mengerutkan dahi, pelik. Kenapa doktor ini cakap macam tu? Ada apa-apa yang tak kena ke dengan keputusan tu?

Aku menelan air liur yang mula aku rasakan seperti pasir halus yang menggores luka tekakku. Nampaknya, kata-kata doktor itu berjaya membuatkan keyakinan dan ketenangan aku sebentar tadi hampir goyah. "Apa maksud doktor? Saya sihat je kan? Tak ada apa-apa yang tak kena dengan badan saya kan? "

"Kanser pankreas tahap akhir." Dengan tenang, doktor itu meluahkan. Namun, ketenangan yang ditunjukkan itu langsung tidak memberikan kesan ketenangan kepadaku.

"Apa? Kanser? Doktor jangan nak tipu saya. Doktor sendiri nampk yang saya sihat je kan." Aku cuba menafikan.

"Lima bulan. Itu adalah jangkaan saya, sebagai pegawai perubatan untuk tempoh hidup encik. Tapi kita masih boleh berusaha. Saya selalu akan sarankan kepada pesakit-pesakit saya untuk melakukan chemotherapy bagi mengurangkan simptom-simptom kanser tersebut dan juga…” Doktor itu menarik nafas sebelum meneruskan kata-katanya. “…membantu mereka untuk hidup lebih lama.”

Aku terus mencekak kolar baju doktor tersebut dan tindakan aku itu membuatkan lelaki tua itu sangat terkejut. "Jongin-shi… tolong bawa bertenang.”

Aku langsung tidak menghiraukan nasihatnya dan terus mencekak kolarnya dengan lebih kuat. Mataku aku jegilkan ke arahnya."Hidup lebih lama? Kau nak cakap yang aku dah tak boleh hidup lama? Kau nak cakap yang masa aku dah suntuk dan aku betul-betul…” kataku terhenti tatkala aku teringat kembali kata-kataku sebaik sahaja aku masuk ke bilik ini tadi. “ …aku betul-betul …dah tak ada banyak masa? Itu maksud kau? Siapa kau nak tentukan hidup aku haaa?!" bentakku dengan sekuat suara.

Doktor tersebut kelihatan ketakutan dan mula menjerit meminta bantuan. "Pengawal! Pengawal!" Dan tidak lama selepas itu, dua orang lelaki berpakaian uniform masuk ke dalam bilik itu dan terus menarik aku keluar.

" Lepaskan aku. Lepaskan akulah, bodoh. " jeritku sambil meronta-ronta agar dilepaskan. Tetapi dua orang pengawal itu terus mengheret aku sehinggalah ke pintu utama hospital tersebut.

"Tolong jaga keamanan hospital ini kalau encik tak nak didakwa." kata salah seorang pengawal itu sebelum melepaskan aku. Kemudian, mereka terus belalu masuk semula ke dalam hospital, meninggalkan aku sendirian di situ.

 

Saat ini..

…fikiran aku kosong…

…betul-betul kosong.

 

Aku tak tahu apa yang patut aku buat?

 

Apa yang patut aku rasa?

 

Sedih? Tapi air mataku langsung tak mahu keluar.

Takut? Tapi bukan ke aku memang nak keluar dari dunia yang aku tinggal sekarang?

Gembira? Mungkin aku patut rasa begitu.

 

"Lebih baik kau mati!"

 

Kata-kata ayah beberapa hari lalu seperti terulang dan memenuhi pendengaranku.

Aku akhirnya tergelak kecil.

"Nampaknya… kata-kata ayah dah jadi kenyataan." Aku tersenyum penuh kehibaan.

Pandanganku aku arahkan ke langit malam. Bulan penuh menjadi tatapanku.

‘Indah’.

Itu perkara pertama yang aku fikirkan.

Buat masa sekarang, keindahan ini sajalah yang dapat membantuku.

Keindahan yang membuatkan aku berasa tenang…walaupun hanya untuk sementara.

Sementara.

Seperti hidupku.

 

 

 

 


 

 

 

Pedal minyak aku tekan dengan sekuat yang boleh. Kereta yang aku pandu meluncur laju, meredah suasana malam di Seoul. Lampu merah? Aku anggap ianya tak pernah wujud. Aku memandu dengan laju tanpa berhenti sesaat pun.

Walaupun ada masanya, aku dihon kerana nyaris melanggar kereta lain, aku tak peduli.

Aku betul-betul tak peduli…

…jika aku mati malam ini sekalipun.

Aku terus memecut tanpa arah tuju sehinggalah kereta yang aku pandu memasuki pinggir bandar

yang jalannya lengang dan tidak banyak kenderaan.

Itu lebih bagus, fikirku. Aku boleh memecutnya dengan lebih laju. Sehinggalah aku sampai di satu selekoh, tanpa aku sedar ada seekor lembu sedang melintas jalan dan menyebabkan aku gagal mengawal streng keretaku.

Ppang!

Akhirnya, kereta yang dipandu olehku terbabas dan melanggar penghadang di tepi jalan.
 

 

Aku tertunduk selama beberapa minit sebelum kembali menghadap ke hadapan. Pandanganku kabur dek asap yang keluar dari bahagian hadapan keretaku yang bergeser dengan penghadang jalan itu. Tetapi tatkala asap itu kian menipis, aku dapat melihat apa yang sebenarnya berada di hadapanku sekarang.

Jurang dan laut yang terbentang luas.

Melihatkan jurang yang sangat tinggi tu membuatkan aku terfikit, kalau aku tak sempat tekan brek tadi, apa yang akan terjadi pada aku? Adakah aku akan jatuh dari jurang itu dan betul-betul mati malam ini?

Tapi walau apa pun yang aku fikir, kenyataannya sekarang aku masih hidup.

Aku melepaskan nafas kelegaan sebelum aku tiba-tiba menangis teresak-esak.

"Kenapa? Kenapa aku lega sebab aku tak mati? Kenapa aku berasa gembira sebab aku masih hidup?. Kenapa? Kenapa?" Aku menghantukkan kepalaku beberapa kali di stereng sambil mencari jawapan kepada soalan ku itu.

Dan pada ketika itu juga, aku terpandang akan diari ibu yang aku letakkan di tempat duduk di sebelah pemandu. Aku mengambil dan menatapnya. Serentak dengan itu, tangisanku semakin menjadi-jadi.

"Omma, saya dah letih merasa kehilangan. Saya kehilangan omma. Saya kehilangan kasih sayang ayah. Gadis yang saya cintai mencurangi saya dengan kawan baik saya sendiri dan membuatkan saya terpaksa melepaskan dia. Dan sekarang… saya bakal kehilangan nyawa dan kehidupan saya sendiri. Kenapa semua ini berlaku pada saya, omma? Saya…takut."

Dan pada saat itu juga, rasa sakit yang aku takutkan itu mula terasa. Aku terus memegang perutku. "Arghh.. " rintihku sendirian.

Diari ibu yang masih di tanganku aku peluk dengan segera, khuatir kalau ia terlepas daripada peganganku. Kerana diari itu sahajalah yang aku ada pada ketika ini untuk memberiku kekuatan.

"Omma.. Jongin sakit. Sakit sangat."

Aku mula merasakan seluruh tubuhku menggigil. Dan akhirnya kepalaku terlentok di stereng dan menghasilkan bunyi hon yang berpanjangan.

" Aku rasa, aku dah dapat jawapan untuk soalanku tadi. Aku mahu hidup. Aku gembira apabila sedar yang aku masih hidup sebab aku mahukannya. Aku mahu masa yang lebih lama untuk hidup. Tolong aku. Tolong aku." Suaraku menjadi semakin perlahan. Pandanganku menjadi semakin kelam.

Sebelum mataku tertutup rapat, aku sempat berdoa di dalam hati.

 

Masa...

…berhentilah.

 

 

 

Bersambung!

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
HeavenDelight
Finally, dapat update Time! Happy reading.^^

Comments

You must be logged in to comment
Peachyeolss
#1
Henlo author. Gue datang dari wall gue HAHAH k nak baca. Terima kasih suggest kat saya ff ni. Nak baca jap satgi pas baca nak bagi kritikan pedas seperti ogy ahmad daud. K tak HAHA
yourstrulyjungkook
#2
Chapter 7: 它不是英文我很伤心
yourstrulyjungkook
#3
这个故事很有意思! 我喜欢这个情节