Bab 3: Diari

Time

 

Jong-in POV

 

Perlahan-lahan, aku membuka mataku yang terasa berat.

Kipas di siling yang tengah berpusing dengan laju menjadi tatapan pertamaku.

Aku di mana ni?

Aku memandang ke sekeliling untuk mengenal pasti di manakah tempat aku berada sekarang dan kenapa aku terbaring di sini?

Setelah diteliti peralatan-peralatan yang berada di sekitarku, aku akhirnya menyedari yang kini aku berada di bilik hospital.

“Macam mana aku boleh berada di hospital?” gumamku dengan dahi berkerut.

Aku cuba mengingat kembali apakah yang terjadi sebelum ini yang menyebabkan aku sampai terlantar di hospital. Ah! Aku dah ingat! Aku terjatuh dari tangga. Dan serentak dengan itu, aku terus memegang perutku.

“ Dah tak sakit.” Aku menarik nafas lega. Tidak sanggup aku bayangkan semula betapa sakitnya aku rasakan pada waktu itu. Terasa seperti ingin tercabut nayawaku.

Aku kemudian mengambil keputusan untuk bangun dari perbaringanku. Tapi semasa aku ingin menggerakkan tubuhku, tanpa sengaja aku tersentak jarum yang sedang dicucuk di belakang tanganku yang bersambung dengan sebotol air yang tersangkut pada alat seperti pencangkuk itu.

“Auchh..” Kelihatan sedikit darah keluar dari luka di bahagian jarum itu dicucuk disebabkan sentakan itu.

Dan pada ketika itu juga, aku seperti dapat merasakan yang aku sedang diperhatikan oleh seseorang dari luar bilik melalui bahagian cermin lut sinar pada pintu bilik ini. Tetapi bila aku menoleh ke arah pintu bilik tersebut, kosong, tiada sesiapa di situ.

Mungkin aku tersilap tengok kot. Mungkin susuk tubuh yang aku dapat lihat dengan ekor mataku tadi hanyalah bayang-bayang staf hospital yang lalu di hadapan bilikku ini.

Seketika aku termenung. Mengenang nasib.

” Aku keseorangan. Ketika aku sakit pun, aku tetap sendiri.”

Ayah langsung tak melawatku. Nampaknya, dia benar-benar tiada masa untukku.

 

Masa.

Seandainya ayah mempunyai masa yang lebih daripada 24 jam sehari…

Seandainya ayah diberi masa yang lebih lama daripada apa yang dia ada sekarang…

…adakah dia akan meluangkan masanya, setidak-tidaknya hanya sesaat untukku?

 

Lamunanku terhenti dek kerana bunyi deringan telefon bimbitku yang terletak di sisi katil. Aku mengambilnya. Dilihat di skrin, nama ‘perampas’ tertera sebagai pemanggil. Aku tersenyum sinis dan mengambil keputusan untuk membiarkan sahaja panggilan tersebut tanpa menjawabnya. Tapi baru sahaja beberapa saat berlalu, telefon bombit aku berbunyi sekali lagi.

Kali ini tertera diskrin, ‘Bae Suzy’.

”Huh! Kenapa perempuan-perempuan kejam ni selalu ganggu hidup aku ha?!” Kerana geram, aku terus mematikan telefon bimbit tersebut dan mencampakkannya jauh dariku.

Sejam berlalu, aku mula gelisah. “Bosannya.”

Tidak lama selepas itu, aku dapat mendengar pintu bilikku dibuka oleh seseorang. Aku hampir tersenyum sebelum senyumanku mati pada akhirnya. Mungkin aku kecewa kerana insan yang masuk ke dalam bilikku ini bukanlah orang yang aku tunggu.

Hanya jururawat yang masuk untuk menghantar makanan. Dia meletakkan makanan yang ingin diberikan kepadaku di atas meja di kaki katil. Setelah menyuruhku menghabiskan makanan yang dibawanya itu supaya dapat memulihkan tenagaku, jururawat yang berpakaian kuning cair itu terus berlalu keluar.

Aku menjenguk ke dalam mangkuk yang dibawanya. “Bubur ?Huh! Mereka ingat aku ni sakit teruk ke bagi makan bubur je? Aku rasa semakin lama aku duduk sini, aku boleh sakit betul-betul nanti. Dah la hospital ni membosankan. Ini tak boleh jadi.”

Aku terus mencapai semula telefon bimbitku yang aku campak tadi dan segera menelefon seseorang. Seseorang yang pasti boleh membantuku.

“Hello, Tuan muda.” Dengan hanya beberapa saat, panggilanku dijawab oleh insan tersebut.

“Oh, Kyungsoo. Ambil saya di hospital…sekarang!” Dan aku terus memutuskan talian tanpa sempat pemanduku itu berkata apa-apa.

Jarum di tanganku, aku cabut dan aku mula menanggalkan baju hospital daripada tubuhku dan menyarungkan pakaian milikku.

Jam tangan tidak aku lupakan. Aku memakainya dengan kemas di pergelangan tanganku.

“Aku kena keluar dari sini, walau dengan apa cara sekalipun.”

 

 

 


 

 

Akhirnya…

Aku berjaya!

Aku telahpun selamat berada di dalam kereta.

Setelah menyamar menjadi doktor dengan memakai white coat yang aku curi dari dalam bilik persalinan mereka dan juga memakai surgical face mask, aku berjaya merealisasikan misiku untuk keluar daripada hospital itu.

Aku tersenyum puas. Namun, senyumanku memudar apabila aku terlihat Kyungsoo sedang curi-curi memandangku melalui cermin pandang belakang dengan riak wajah berkerut seperti tidak berpuas hati akan sesuatu atau seseorang.

“Berani awak pandang saya macam tu. Awak teringin nak mati di tangan saya ke?” gertakku sambil mencerlung memandangnya.

Kalau tak puas hati cakaplah…tak payahlah pandang aku macam aku baru lepas buat jenayah bunuh orang. Aku cuma lari dari hospital je.

“Maaf, Tuan Muda. Tapi…boleh saya tanya satu soalan?” Pandaipun buka mulut. Ingatkan pandai curi-curi pandang orang je dengan mata bulat dia tu.

“Apa dia?” Tegas suaraku.

“Betul ke Tuan Muda dah betul-betul sihat dan boleh keluar dari hospital?” Oh, aku baru sedar yang dia tak tahu yang sebenarnya aku keluar daripada hospital secara senyap-senyap sebab aku dah tanggalkan mask dan white coat itu sebaik sahaja aku melepasi lobi utama hospital itu tadi.

Aku pura-pura bedehem sambil kepalaku ligat mencari alasan. Lebih baik dia tak tau apa yang aku telah lakukan tadi. “Kenapa? Muka saya nampk macam orang sakit ke?” tanyaku, cuba mengelak daripada menjawab soalan dia tadi.

“ Tak, bukan tu maksud saya. Tuan Muda memang nampak sihat. Tapi saya risau kalau…”

“ Tak ada tapi-tapi. Saya dah tak nak dengar apa-apa lagi. Saya nak sekarang awak fokus tengok ke depan dan pandu kereta elok-elok. Saya tak nak mati sebab kecuaian awak memandu. Faham?“

“Baik, Tuan Muda.” Kyungsoo akhirnya mengalah dan dia kelihatan benar-benar mengikut apa yang aku arahkan.

Aku menarik nafas lega dan kemudian cuba melelapkan mataku buat sementara, sebelum kami sampai ke destinasi. Aku dan Kyungsoo sedang menuju ke rumah ayahku kerana ada sesuatu yang ingin aku lakukan di sana. Aku perlu meminta bantuannya.

 

 

 


 

 

Aku membuka pintu rumah. Seperti biasa, sunyi. Tidak kira siang atau malam, rumah ini sentiasa sunyi. Semua orang di dalamnya sibuk melakukan hal masing-masing.

Kadang kala aku tertanya-tanya, apalah guna rumah sebesar ni kalau seperti tiada penghuni.

Sudah lah… daripada aku sibuk berfikir perkara yang bukan urusan aku, baik aku fokus kepada sebab utama kenapa aku datang ke sini. Aku perlu meminta bantuan daripada ayah untuk menyelesaikan masalah yang akan timbul daripada tindakan aku lari dari hospital tadi. Aku pasti, kehilangan aku sudah pun disedari pada ketika ini.

“ Ayah! Ayah!” Aku mula menjerit memanggil ayahku. Tiada jawapan. Ayah di mana?

Tak lama kemudian, seorang wanita 20-an yang berpakaian serba hitam menghampiriku. Dia menunduk hormat sebelum berbicara.” Tuan Besar tak ada di rumah sekarang. Dia menghadiri mesyuarat di luar.”

“Tak apalah kalau macam tu, saya akan tunggu ayah dalam bilik saya. Awak boleh sambung buat kerja awak.”kataku dan terus menaiki tangga ke tingkat atas. Sesampainya di tingkat atas, langkah ku terhenti. Aku menoleh ke kiriku. Pintu bilik bacaan ayah yang terletak di hujung koridor itu terbuka.

Dan entah kenapa, langkahku membawa aku ke bilik bacaan itu. Aku menjenguk ke dalam melalui pintu yang terbuka sedikit itu. Tiada orang.

Dan kerana rasa ingin tahu yang membuak-buak apakah yang terdapat di dalam bilik itu dan kenapa tiada seorang pun kecuali ayah yang dibenarkan masuk ke dalam bilik itu selama ini, dengan beraninya aku melangkah masuk ke dalam.

Satu-persatu buku di rak kayu itu aku sentuh dengan hujung jariku. Tiada satu pun yang berhabuk. Pandai betul ayah jaga buku-buku ini semua.

Dan kemudian, aku memandang ke sekeliling ruang bilik itu. Ianya dipenuhi rak-rak buku dan sebuah meja. Tiada apa-apa yang pelik pun di dalam bilik ni. Jadi, kenapa ayah perlu lindungi bilik ini seperti ada rahsia besar di dalamnya?

Dan ketika itu juga, sebuah buku kecil berkulit keras dan berwarna merah jambu yang terletak di celah buku-buku tebal di salah satu rak itu menarik perhatianku. Aku menarik buku itu keluar daripada rak tersebut.

Ternyata…ia adalah sebuah diari lama.

Diari siapa ini?

Kerana rasa ingin tahu, aku menyelak helaian pertama diari tersebut dengan berhati-hati.

Di situ, terdapat satu nama yang tercatat dan sepertinya, itu nama pemilik diari ini.

“Park Haesoo?”

 

 

Bersambung!

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
HeavenDelight
Finally, dapat update Time! Happy reading.^^

Comments

You must be logged in to comment
Peachyeolss
#1
Henlo author. Gue datang dari wall gue HAHAH k nak baca. Terima kasih suggest kat saya ff ni. Nak baca jap satgi pas baca nak bagi kritikan pedas seperti ogy ahmad daud. K tak HAHA
yourstrulyjungkook
#2
Chapter 7: 它不是英文我很伤心
yourstrulyjungkook
#3
这个故事很有意思! 我喜欢这个情节