Bab 7 : Aku akan berkahwin dengan dia?

Time

 

Jongin POV

 

 

Aku berjalan mundar-mandir di dalam rumah gadis itu sambil bercekak pinggang. Mindaku ligat berfikir, mencari kelogikan di sebalik apa yang sedang berlaku sekarang ini.

‘Macam mana aku boleh tersesat dalam tahun 1986 ni?’jeritku dalam hati.

"Yaaa! Kau tak reti nak duduk ke? Pening kepala aku tengok kau ke hulur ke hilir macam ni. "kata gadis yang sedang berdiri sambil mengikat rambutnya di hadapan cermin yang bersaiz kertas A4 itu.

Perempuan ni…asyik nak marah je. Benci sangat ke dia pada aku? Lagipun, kenapa pula dia nak pening kepala, bukan dia tengok aku pun. Dari tadi, dia sibuk berhias sambil tersenyum sorang-sorang depan cermin tu je.

Haish!

Aku akhirnya kalah dengan diri sendiri. Sekuat dan selama mana pun aku cuba berfikir, aku tetap rasa apa yang berlaku ini langsung tak logik. Sepatutnya, aku belum lahir pun sekarang, tapi kenapa aku boleh ada kat sini, pada tahun ni??!

Aku melepaskan keluhan berat dan terduduk di atas lantai. Nampaknya, aku akan mati sebelum aku dilahirkan.

Tak lama selepas itu, gadis itu tiba-tiba duduk di hadapanku. Aku menggerakkan anak mataku ke hadapan untuk menatap wajahnya. Dan pada ketika itu juga, aku dapat merasakan wajahnya seakan-akan berlainan dari apa yang aku dapat lihat sebelum ni, mungkin sebab dia mengikat rambutnya yang dibiarkan terurai sebelum ini. Tapi…pada pandangan aku, ianya bukan setakat berlainan, tapi seperti menyerupai seseorang. Tapi..siapa?

Aku kemudian melihat rambutnya yang diikat tepi seperti ponytail itu. Seketika aku tersenyum sinis sebelum menggumam perlahan, sangat perlahan supaya gadis di hadapan aku ini langsung tidak mendengar walau sepatah pun yang aku katakan. “Nampaknya, semua perempuan gila yang muncul di hadapan mata aku suka ikat rambut seperti itu.”

Oh! Aku dah ingat! Aku dah tahu wajah gadis ini menyerupai siapa.

That stalker!

Aku terus mencengkam kedua-dua belah bahu gadis di hadapanku ini dengan kemas.

"Apa ni? Kenapa dengan kau ni? Sakitlah." Dia cuba melepaskan dirinya, tetapi gagal kerana aku tidak akan benarkan. Cengkamanku pada bahunya aku kemaskan lagi.

"Kau...sukakan aku?” Terbeliak matanya tatkala aku bertanyakan soalan itu.

“Apa? Apa yang kau cakap ni?” Dia bertanya aku semula? Aku rasa, soalan aku tadi jelas dan senang difahami. Atau…dia sengaja nak lari daripada menjawab soalan itu?

Aku tersenyum sinis. “Aku dah yakin…yang kau sukakan aku. Sebab itulah, di mana ada aku, selalu ada kau. Tapi aku tak sangka, sampai ke sini kau ikut aku yer."

Dia mengerutkan dahinya. "Apa? Apa yang kau mengarut ni. Lepaslah!"

"Jieun-ah.” Aku akhirnya menyebut nama itu. “Nama kau… Lee Jieun kan? Kau juga datang dari masa hadapan kan?"

"Yaaa, lelaki gila! Kau mengigau apa pagi-pagi ni!" Dia terus menyentak rakus bahunya dari peganganku, menyebabkan cengkamanku akhirnya terlepas.

Dia bangun dan terus mencapai sebuah beg. Langkahnya kemudian dihalakan ke arah pintu rumah.

Aku menahannya dengan memegang lengan kirinya. "Kau nak pergi mana?"

Dia memandang lengannya yang sedang dipegang olehku itu untuk beberapa saat sebelum aku sendiri yang melepaskan lengannya itu apabila aku dapat merasakan tenungannya pada tanganku itu mungkin menandakan dia tidak menyukai tindakanku menyentuhnya itu. Dia kemudian memandang tepat kewajahku. "Kau tak nampak aku pakai uniform apa ni? Haish! Dah tentulah aku nak pergi sekolah. Kenapa? Kau takut tak ada orang nak layan kau mengarut ke?! "

Aku juga bangun dari dudukku dan berdiri di hadapannya. "Kenapa kau nak pergi sekolah? Kita kan dah masuk universiti."

"Haish! Dia belum berhenti mengarut lagi rupanya.” Gadis itu tiba-tiba menundukkan wajahnya. Aku tak tahu apa yang dia sedang buat atau fikir, aku tak dapat melihat apakah ekspresi wajah yang cuba dia sembunyikan itu. Setelah beberapa saat, dia kembali mengangkat wajahnya. Dia tersenyum? “ Saya minta tolong dengan awak…berhentilah berimaginasi dan bercakap yang bukan-bukan. Saya takut yang saya akan tak tahan dengan semua ini dan betul-betul menganggap awak gila. Awak pun tak nak kalau saya hantar awak ke hospital gila, kan?”

Aku terkedu.

Aku terpaku.

Dia tidak menjerit memarahi aku seperti sangkaan aku sebaliknya dia meminta tolong aku dengan suara yang lembut. Dan dia juga menukar panggilan dirinya, dari aku kepada saya.

Entah kenapa, semua itu membuatkan aku tersentuh. Sejak bila aku mudah tersentuh?

“Yaa! Kau buat apa lagi tu? ” jeritan gadis itu melenyapkan lamunanku. Aku menoleh memandangnya. Dia sedang menunjukkan arah muka pintu rumah itu kepadaku dan membuat gerakan kepala sebagai tanda menyuruhku keluar.

“Cepatlah keluar. Nanti aku lambat ke sekolah.” Apa yang berlaku? Tadi, bukan ke dia baru cakap baik-baik dengan aku ke, tapi kenapa sekarang dia dah berubah kepada sikap asalnya? Emosi perempuan…memang boleh bertukar-tukar dengan secepat ini ke?

Tapi…aku betul-betul dapat merasakan keikhlasannya disaat dia meminta tolong dari aku tadi. Ke aku salah?

“Haish! Kalau aku tahu jadi macam ni, aku tak ajak kau balik ke rumah aku semula. Baik aku tinggal je kau kat jurang tu tadi." bebelnya, seperti menyesali perbuatannya.

"Kenapa? Kenapa aku kena keluar?" Aku mula membuka mulut setelah sekian lama mendiamkan diri.

"Huh! Kau tu tetamu tak diundang… kau sedar tak? Sekarang, kau boleh pulang ke rumah kau semula."

Pulang?

"Aku dah tak boleh pulang. Aku tak ada rumah di sini." balasku dengan jujur.

Kini, aku sedar…tiada jalan untuk aku pulang ke rumah lagi.

Aku betul-betul tak tahu …adakah masih ada cara untuk aku pulang semula ke zaman aku?

"Itu bukan masalah aku, tapi masalah kau. Yang aku tahu, aku nak kau keluar sekarang." Dia terus menarikku keluar bersamanya dan mengunci pintu rumahnya sebaik sahaja kami berada di luar rumah.

Tanpa memandangku lagi, dia terus mencapai basikalnya yang disandarkan pada pangkin kayu di halaman rumah dan dengan pantas, dia mengambil tempat di atas pelana basikal tersebut. Cermin sisi basikal tersebut diperbetulkan kedudukannya sebelum dia tersenyum-senyum sambil memandang cermin tersebut. Ikatan rambut ponytailnya itu juga dikemaskan.

Aku hanya menjadi pemerhati dari jauh.

Setiap gelagatnya… membuatkan perasaan ingin tahuku membuak-buak. Kenapa dia buat itu? Kenapa dia buat ini?

Wajahnya…memang saling tak tumpah dengan Jieun tapi nampaknya, mereka bukan orang yang sama.

Persoalannya sekarang…

…kalau dia bukan Lee Jieun…

…siapa dia sebenarnya?

Gadis itu mula mengayuh basikalnya, tapi tanpa aku tahu sebabnya, dia tiba-tiba berhenti selepas beberapa kayuhan dan menoleh ke arahku. “Yaa, lelaki gila! Aku... bukan Jieun macam kau panggil tadi. Nama aku… Hae soo. " Setelah mengatakan itu, kayuhannya kembali disambung. Dia semakin jauh dari aku dan akhirnya, kelibatnya tidak lagi kelihatan.

"Hae-soo? " Aku terpana seketika.

Nama dia…

… sama dengan ibu.

 

 

 

 


 

 

 

 

Haesoo POV

 

"Selamat pagi pakcik!" jeritku kepada seorang lelaki berusia yang merupakan pengawal Sekolah Tinggi Daegu sambil mengayuh basikalku masuk ke perkarangan sekolah tersebut.

Pengawal yang sedang berada di dalam pondok kecil di hadapan sekolah itu mengangkat tangannya ke arahku. "Selamat pagi Hae-soo. " balasnya dengan senyuman. Aku turut tersenyum kegirangan.

Sesampainya di tempat letak basikal, aku terus meletakkan basikalku bersama dengan basikal-basikal yang lain dan menguncinya.

Dan pada ketika itu, aku terdengar satu suara memanggil namaku. "Haesoo-ah."

Serentak dengan itu, aku menoleh ke belakang lalu tersenyum apabila wajah gembira si empunya suara memenuhi pandanganku. "Sejeong-ah."

Dia terus berlari ke arahku. Dan kemudian, dia memegang tanganku.

"Jom… masuk kelas sama-sama."ajaknya dengan begitu semangat.

Aku tergelak kecil sebelum membalas ajakannya. "Jom!"

Sejeong adalah kawan baik aku dari sekolah rendah lagi dan budak perempuan ni tersangatlah manja dengan aku. Walaupun kami sebaya, tapi boleh aku katakan, aku seperti kakaknya. Selain manja, dia juga banyak bercakap. Sebelum aku jumpa dia, aku ingatkan akulah budak perempuan yang paling kecoh tapi selepas jumpa dia, aku tahu aku takkan dapat lawan dia.

Namun yang paling penting, dia kawan aku, pelengkap hidupku dan aku suka berkawan dia.

Kami berdua mula berjalan menuju ke kelas. Tapi baru sahaja beberapa langkah, kami terserempak dengan seorang senior kami.

Namanya, Kim Seokjin.

Seokjin merupakan salah satu bintang yang bersinar di sekolah ini. Dia seorang pelajar lelaki yang menjadi kegilaan ramai pelajar perempuan. Kacak, sopan, bijak dalam pelajaran dan juga handal bersukan. Boleh dikatakan, sempurna.

"Sunbae." tegur Sejeong sambil tersenyum manja.

"Oh, Sejeong-ah. Annyeong." Pemuda itu tersenyum kepada Sejeong. Dan beberapa saat kemudian, matanya melirik kepadaku dan senyumannya melebar. Dengan teragak-agak, aku membalas senyumannya.

Dan beberapa detik selepas itu, dia terus berlalu, menyambung perjalannya yang terbantut dek teguran Sejeong.

"Ehem-ehem." Sejeong pura-pura batuk.

Aku menoleh ke sisi, di mana Sejeong berada. " Apa? " tanyaku pelik.

Sejeong kemudian menyiku lenganku." Ish! Kau ni takkan tak faham. Aku tengok cara dia pandang kau pun aku tau. Dia sukakan kau."

Aku tergelak kecil. "Kau ni memandai je. Dia tak ada cakap apa-apa pun. Kau yang lebih-lebih."

"Kita tengoklah nanti. Suatu hari… dia pasti confess punyalah! Dia akan melamar kau dalam suasana yang romantik dan kau akan berkahwin dengan dia. Bila waktu tu tiba, kau mesti rasa bangga sebab ada kawan macam aku yang boleh meramal masa hadapan." kata Sejeong dengan begitu yakin.

Meramal masa hadapan? Mengarutlah. Mana ada orang boleh meramal masa hadapan. Itu semua kerja Tuhan.

"Dah lah tu, Sejeong-ah. Dengar kau punya angan-angan ni sampai berpuluh-puluh tahun pun takkan habis. Jom masuk kelas, nanti kita terlambat." Aku terus berjalan ke hadapan, meninggalkan Sejeong yang masih tegak berdiri dengan angan-angannya itu.

"Haesoo-ah, tunggulah aku. “ Dia mengejarku dan seperti biasa, dia memegang tanganku sebaik sahaja dia berada di sisiku. Tanpa dia sedar, aku berjaya menyembunyikan senyumanku.

Langkah demi langkah yang terasa tenang tanpa sebarang perbualan akhirnya musnah apabila Sejeong, si mulut murai itu membuka mulutnya semula. "Haesoo-ah, aku nak tanya kau satu soalan, tapi kau kena jawab dengan jujur tau.”

“Apa dia?” tanyaku dengan malas.

“Kalau betullah apa yang aku cakap tadi, kalau dia confess kat kau, apa jawapan yang kau akan beri pada dia? Kau akan terima atau tolak?"

Nampaknya, Sejeong masih dalam dunia angan-angan dia dan belum kembali ke dunia nyata.

Kadang-kadang aku tertanya-tanya, macam mana dia boleh berimaginasi sejauh itu. Tak mungkinlah pemuda sesempurna Kim Seokjin tu nak kat aku. Ramai lagi perempuan yang lebih cantik dari aku dan yang paling sadis, kepintarannya dengan kepintaranku …macam langit dengan bumi!

“Haesoo-ah, kenapa kau diam. Jawablah, please.” Sejeong memuncungkan mulutnya sambil mencubit lembut pipiku.

“Kau betul-betul nak tahu jawapan aku? Dan kau nak aku jujur?”

Dia mengangguk bersungguh-sungguh.

“Jawapan aku…adalah…kau akan mati digeletek dengan aku hari ini.”

Mendengar sahaja perkataan geletek itu, Sejeong terus berlari menjauhiku. Itu kelemahannya. Gadis itu, memang seorang yang sangat sensitif terhadap sentuhan pada tubuhnya. Geleteklah di mana-mana pun bahagian tubuhnya, dia pasti akan tersasau kegelian.

“Kau takkan dapat lari dari aku, Sejeong-ah.”jeritku dan terus mengejarnya.

Kami mula berkejar-kejaran di tempat letak basikal itu sambil bergelak-ketawa.

Dan tanpa aku sedar, ada sepasang mata sedang memerhatikan kami dan sepasang mata tersebut adalah milik Kim Seokjin.

Pemuda itu kemudian tersenyum penuh makna.

 

 

 

 

Bersambung!

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
HeavenDelight
Finally, dapat update Time! Happy reading.^^

Comments

You must be logged in to comment
Peachyeolss
#1
Henlo author. Gue datang dari wall gue HAHAH k nak baca. Terima kasih suggest kat saya ff ni. Nak baca jap satgi pas baca nak bagi kritikan pedas seperti ogy ahmad daud. K tak HAHA
yourstrulyjungkook
#2
Chapter 7: 它不是英文我很伤心
yourstrulyjungkook
#3
这个故事很有意思! 我喜欢这个情节