Bab 6: Siapa gadis ini?

Time

 

Jongin POV

 

Perlahan-lahan, aku membuka mataku. Dan perkara pertama yang aku dapat lihat adalah wajah seseorang yang sangat aku rindui.

Omma?

Aku bingkas bangun dari perbaringanku dan terus memeluk wanita yang berada di sisiku itu. Air mataku pantas mengalir. “Omma, kenapa omma ambil masa yang lama sangat, Jongin dah lama tunggu omma. Jongin rindukan omma. Rindu sangat.” Aku mengeratkan pelukan kami. Setelah bertahun-tahun lamanya, ini kali pertama aku rasa seselesa ini. Aku memejamkan mata. Aku ingin menikmatinya.

Setelah beberapa detik berlalu, aku mula meleraikan pelukan kami. Tapi alangkah terkejutnya aku di saat mataku menjamah setiap inci wajah wanita yang sedang duduk bersimpuh di hadapanku ini.

Aku menelan air liur. Wanita yang baru aku peluk tadi …rupa-rupanya bukan omma, sebaliknya seorang gadis muda yang tidak aku kenali. Nampaknya, apa yang aku lihat sebaik sahaja membuka mata tadi hanyalah imiginasi aku sahaja.

Haish!

Dengan spontan, aku terus menolak gadis itu. “ Yaa! Kau siapa?” tanyaku sebelum mataku mula melilau ke sekeling tempat aku berada sekarang. Tempat apa ni? Macam bilik stor je? Jangan-jangan… aku kena culik?!

Aku terus menjauhi gadis di hadapanku itu. ”Yaaa, perempuan! Kau bawa aku kat mana ni? Kau jangan nak apa-apa kan aku, kalau kau cuba sentuh atau cederakan aku, aku takkan berdiam diri sebab… sebab…sebab aku belum bersedia untuk mati lagi.” kataku dengan sedikit tergagap.

Hahahaha!

Dia ketawa? Dia ingat aku buat lawak ke apa? Perempuan gila!

“Yaaa, Lelaki gila! Jangan-jangan.. kau ingat aku tengah culik kau ke? Huh! Muka aku ni ada gaya penculik ke?” Dia memandangku dengan mengerdipkan matanya beberaa kali. Haish! Tak perlu la buat-buat comel. Tapi sebenarnya, jauh di sudut hati aku mengaku yang wajah perempuan ni memang agak comel dan langsung tak gaya penculik atau orang jahat. Tapi kalau dia bukan orang jahat, kenapa dia bawa aku ke tempat ini?

“ Ini rumah aku. Aku bukan penculik tapi pari-pari penyelamat kau.” Perempuan ni, pari-pari penyelamat aku? Aku memandangnya atas bawah, melihat setiap inci tubuhnya sebelum dia tiba-tiba menyilangkan tangannya ke dada.“Yaaa! Kau pandang mana tu? Dasar lelaki gatal!”

“ Aku cuma periksa, bukan ada niat lain. By the way, kau tipu, kau bukan pari-pari. Buktinya kau tak ada sayap. Setahu aku, pari-pari ada sayap.” kataku dan fikiranku mengimbau semula cerita kartun yang aku tonton beberapa tahun lepas. Watak pari-pari dalam cerita tu ada sayap. Jadi, semua pari-pari sepatutnya ada sayap la kan?

Dia kelihatan tercengang melihatku. “Huh! Lelaki ni datang dari dunia mana? Kenapa dia ‘lembab’ sangat? Dan lagi satu, aku dah tolong dia..bukan nak berterima kasih. Lepas dia bangun, dia tiba-tiba peluk aku dan beberapa saat lepas tu, dia tolak aku pula. Lelaki yang paling pelik yang pernah aku jumpa.”

"Apa? Kau tolong aku?" Aku mula menunjukkan minat terhadap apa yang gadis itu bakal katakan.

" Iyalah.” Dengan yakin dia menjawab. Tapi keyakinan itu hanya bertahan selama beberapa saat, sebelum dia mula kelihatan ragu-ragu. “Sebenarnya…tak. Bukan aku yang tolong kau, tapi mak aku. Mak aku yang jumpa kau terbaring kat tepi jurang tu malam semalam."

"Jurang?" Aku cuba mengingat kembali apa yang berlaku sebelum aku tersedar di rumah gadis ini.

Aku dah ingat!

Kereta aku terbabas kat tepi jurang dan aku pengsan dalam kereta.

Dan pada ketika itu juga, suara seorang wanita tua kedengaran. "Dia dah bangun ke? "

"Dah. Lelaki gila, gatal dan lembab yang mak kutip ni dah bangun." Dia tersenyum sinis ke arahku.

Apa yang dia panggil aku? Gila? Gatal? Lembab? Tiga-tiga Sekali? Ini tak boleh jadi ni!

Aku baru sahaja ingin membuka mulut tapi niatku itu terpaksa ku batalkan apabila wanita tua yang bersuara tadi menghampiriku. "Anak dah bangun. Macam mana? Rasa baik sikit? Ada sakit kat mana-mana tak? "

Sakit?

"Kanser pankreas tahap 4." Masih terngiang suara doktor itu di telingaku.

Aku memandang wajah wanita 50-an itu yang sedang menunggu jawapanku. Entah kenapa.. wajahnya yang kelihatan risau dan tertanya-tanya itu membuatkan aku rasa gembira. Mungkin dah lama tiada yang peduli atau ambil berat akan diri ini.

Aku akhirnya tersenyum. "Taklah, saya tak ada sakit kat mana-mana pun. Saya sihat. "

"Lega makcik mendengarnya.” Wanita tua itu mengurut dadanya. “Tak pe lah kalau macam tu. Rehat-rehat la dulu." Dia kemudian memandang anak perempuannya itu. "Soo-ah, tolong jaga dan tengok-tengokkan tetamu kita ni ye. Mak nak pergi keje dulu. "

"Baik mak." jawabnya dengan muka kelat. Tak ikhlas lah tu!

Sejurus itu, emaknya terus berlalu dan keluar dari rumah.

Sekarang hanya tinggal aku dengan gadis yang mengaku yang dia konon-kononnya adalah pari-pari penyelamat aku.

Dia menjegil memandang aku dengan mata bulatnya.

Aku mengerutkan dahi. "Apa? Kenapa pandang aku macam tu?" Pandang macam nak telan orang je.

Dia kemudian mencekak pinggangnya. "Jangan harap aku nak jaga kau yer." Aku dah agak dah dia tak ikhlas pun tadi.

"Aku pon tak ingin lah kau jaga aku dan duduk kat rumah kau yang kecil macam stor ni. Dah la… aku nak balik. "kataku tidak mahu kalah.

"Kalau macam tu, baguslah. Aku lagi suka. Dipersilakanlah balik yer." Dia tersenyum seperti anak patung kaku. Fake!

Cis! Berani dia halau aku. Perempuan ini memang tak sayang mulut betul.

Aku mula melangkah keluar dari rumah tersebut, namun baru sahaja beberapa langkah dari pintu rumah tersebut, aku baru tersedar akan sesuatu. Arah mana patut aku ambil? Aku mana tahu jurang tu kat mana. Kejadian itu berlaku dalam sekelip mata dan suasana malam yang gelap membuatkan aku tak dapat mengecam di manakah tempat kejadian tersebut.

Kerana tiada pilihan lain, aku kembali memusingkan tubuhku ke belakang.

Kelihatan gadis itu sedang memandang ke arah aku sambil mengangkat sebelah keningnya seperti seorang gangster.

Haish! Meluatnya aku!
Tapi apa-apa pun, aku kena bersabar sebab dia je harapan aku sekarang untuk balik. Hanya dia yang boleh tunjukkan aku di mana emaknya menemukan aku malam semalam. Dan di situ aku boleh dapatkan kereta aku semula dan pulang.

Aku sanggup lakukan apa sahaja asalkan dia setuju untuk membantu aku.

Aku mula melutut di hadapannya. Buat pertama kali, aku melutut di hadapan seorang perempuan.

“Tolong saya.” kataku dengan sepenuh harapan.

 

 

Dia…akan tolong aku kan?

 

 

 


 

 

 

"Di sini." Gadis itu menunjukkan tempat emaknya menemukan aku sebaik sahaja kami tiba di sebuah jurang.

Jurang dan laut yang berada di hadapanku sekarang memang nampak macam sama seperti yang aku nampak malam semalam tapi…aku tidak dapat melihat kereta aku di situ. Dan ada satu lagi perkara yang pelik, keadaan penghadang jalan. Macam mana penghadang jalan tersebut masih boleh kelihatan elok seperti sedia kala. Tidak mungkin tiada langsung kesan kemek atau tercalar sedangkan aku pasti, aku melanggarnya dengan agak kuat semalam.

Jangan-jangan…perempuan ni sengaja nak mempermainkan aku dengan membawa aku ke tempat yang salah.

"Woi, perempuan. Ini bukan tempatnya, kan? Berani kau tipu aku! Tunjukkan aku tempat yang sebenar." Aku cuba mengawal panas baranku, kalau boleh aku tidak mahu berbalah dengan gadis ini kerana aku betul-betul memerlukan pertolongannya sekarang.

"Aku tipu kau? Huh! Lelaki gila ni memang dah melampau. Kau ni memang tak reti nak ucap terima kasih yer. Aku dah tolong kau dan kau bukan nak berterima kasih pada aku tapi kau tuduh aku menipu?” Mukanya kelihatan kemerah-merahan, mungkin dia sangat marah pada aku?

Dia kemudian memandang tepat ke wajahku. "Yaaa! Kalau kau tak nak percaya pada aku, terserah pada kau. Tapi …aku tidak berbohong. Ini memang tempat mak aku kutip kau. "

"Kalau betul, mana kereta aku?" Aku masih tidak mempercayai gadis ini.

Tapi tanpa aku tahu apa sebabnya, dia tiba-tiba kelihatan teruja. "Kereta? Wahh! Kau ni anak orang kaya ke? Orang kaya je pakai kereta."

Apa dia merepek ni? Orang biasa pun boleh je pakai kereta. Sekarangkan dah banyak kereta mampu milik.

"Aku anak orang kaya ataupun tidak, itu bukan urusan kau. Yang penting sekarang, aku nak tahu mana kereta aku kalau betul kau cakap ini tempatnya? Sebab aku pasti yang aku pandu kereta sampai ke sini semalam."

“Wahai lelaki gila yang tak faham-faham bahasa, buat pengetahuan kau, mak aku jumpa kau terbaring kat atas tanah ni je, bukan dalam kereta atau apa-apa kenderaan. Jadi, kereta yang kau cakapkan itu tak wujud. Faham? "Dia menjelingku sebelum menggumam seorang diri. “Nak pura-pura anak orang kaya konon. Cakap ada kereta lah bagai. Kalau nak pura-pura kaya sangat, baik cakap ada rumah agam sebiji ke, barulah nampak kaya betul.”

Walaupun aku mendengar omelannya yang berbaur kutukan itu, tapi emosiku sikit pun tidak terkesan degan kata-katanya itu. Ada sesuatu yang lebih menyerabutkan fikiranku."Macam mana aku boleh terbaring atas tanah?" Peliknya. Seingat aku, aku pengsan dalam kereta. Siapa yang letakkan aku kat atas tanah? Entah-entah, pencuri kereta! Dan sebab tu lah, kereta aku hilang.

“Kyungsoo.” Aku kena call dan suruh pemanduku itu mengambil aku sekarang. Aku seluk kocek seluar untuk mengeluarkan handphone. Namun malangnya, kocek seluarku kosong.

Alamak! Baru aku teringat, aku campak handphone kat tempat duduk sebelah pemandu semalam selepas jawab call dari hospital. Maknanya, handphone tu dalam kereta.

Macam mana aku nak call Kyungsoo ni?

Seketika aku dapat satu idea. Aku menoleh, memandang gadis yang sedang terloncat-loncat kecil tidak jauh dari aku itu. "yaa, perempuan. Pinjam handphone. "

Dia memberhentikan loncatannya lalu menunjukkan muka blur. “Apa?”

" Handphone. Aku nak pinjam handphone kau sekejap." Aku menghulurkan tapak tangan sebagai tanda aku sedang menanti dia meletakkan hadphonenya di atas tapak tanganku. Namun, gadis itu hanya berdiri tegak dan memandangku dengan mata bulatnya. Kenapa dengan dia ni? Dia tak nak bagi aku pinjam handphone dia ke? Huh! Kedekutnya!

“Yaa! Kau tak boleh buat aku macam ni! Aku betul-betul tengah terdesak ni. Aku kena mintak tolong kawan aku ambik aku kat sini, kalau tak…”

"Handphone? Benda apa tu?" Tiba-tiba, dia bersuara…seperti orang bodoh.

Apa? Dia tak tahu apa itu handphone?! Ini yang buat aku semakin ragu ni...sebenarnya, dia ni manusia ke bukan? Entah-entah penduduk planet marikh yang tersesat kat bumi tak? Dah la tadi dia bawa aku naik basikal dia je pergi sini. Aku memandang basikal lama yang tersadai di tepi jalan itu dengan pandangan hiba.

Apalah nasib aku… jumpa dengan manusia pelik lagi memeningkan kepala aku ni. Aku menepuk dahiku beberapa kali.

Walaubagaimanapun, aku kena cari jalan untuk balik. Aku tak boleh lama-lama kat sini. Lagi lama aku kat sini, boleh gila betul-betul nanti.

Aku melihat jam di tangan.

7.30 am.

Dan pada ketika itu juga, aku terperasan sesuatu yang aneh padam jam tangan aku."Kenapa dengan jam ni? Rosak ke?"

"Wah! Cantiknya jam tangan kau. Aku tak pernah tengok jam tangan secantik ni. Mesti mahalkan. Oh…siap ada tarikh lagi. Senanglah kau, tak payah nak ingat tarikh macam aku. Tengok je jam tangan, bukan setakat waktu, tarikh pun kau dapat tahu." Bebelnya panjang lebar sambil menyendeng ke tubuhku untuk melihat dengan lebih dekat jam tangan aku. Dia kelihatan teruja, sepertinya ini kali pertama dia melihat jam tangan seperti ini.

Namun, aku tetap tak selesa dia menyendengkan tubuhnya ke tubuhku. "Yaaa, perempuan. Boleh jauh sikit tak dari aku? "

Dia seperti baru tersedar yang tubuh kami sedang besentuhan dan terus menjarakkan dirinya dari aku. ”Maaf.”

Aku tidak membalas kata maafnya sebaliknya aku terus menenung jam tangan aku itu. Aku yakin, jam tangan aku ini pasti ada masalah. Buktinya, tarikh yang ditunjukkan adalah salah dan langsung tidak logik.

"Tahun 1986? Baru sebulan aku beli jam ni, takkan dah rosak?"

"Jam awak tak rosak. Saya dah tengok tadi, tarikh tu betul. Hari ni memang 18 Ogos 1986."

Apa?!

Ketawaku terus meletus.

Kelakar?

Tak.

Aku cuma rasa dia sedang cuba untuk buat lawak, sebab tu aku gelak.

"Perempuan gila." gumamku dengan suara yang sengaja aku tinggikan sedikit. Memang aku ingin dia dengar.

"Yaa! Kau tu lelaki gila. Kau mesti ingat aku menipu kau lagi kan? Kau tunggu, aku akan buktikan yang aku berkata benar kali ini." Kebetulan, pada waktu itu seorang lelaki tua yang sedang berbasikal melintasi kami. Tanpa menunggu lagi, gadis itu terus menjerit, memanggil lelaki tersebut. "Ahjussi! "

Sebaik sahaja mendengar jeritan gadis itu, lelaki yang digelar pakcik itu terus memberhentikan basikalnya. "Oh…Soo-ah. Kamu buat apa kat tepi jurang tu? Tak pergi sekolah ke? "

Gadis itu menggaru kepalanya yang tidak gatal. "Pergi sekejap lagi, Pakcik. Tapi kan pakcik… hari ni berapa haribulan yer? "

"Aik! Kamu ni, muda-muda lagi dah jadi pelupa ke?” Pakcik itu memandang pelik kepada gadis itu. Tapi gadis itu hanya tersengih macam kerang busuk.

"Hari ini… 18 Ogos 1986 lah." Pakcik itu akhirnya mengatakannya. Sejurus itu, gadis itu menoleh ke arahku, menunjukkan reaksi muka bangganya kerana dapat membuktikan dirinya betul.

Tapi aku…

…aku tak tahu apa reaksi wajah yang tengah aku tunjukkan sekarang.

Aku tengah bingung.

Sekarang bukan 2018…tapi 1986?

Macam mana boleh jadi macam tu?

Macam mana aku boleh berada dalam tahun yang telah berlalu berpuluh-puluh tahun yang lepas?

Apa yang terjadi sebenarnya?

 

 

 

Bersambung!

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
HeavenDelight
Finally, dapat update Time! Happy reading.^^

Comments

You must be logged in to comment
Peachyeolss
#1
Henlo author. Gue datang dari wall gue HAHAH k nak baca. Terima kasih suggest kat saya ff ni. Nak baca jap satgi pas baca nak bagi kritikan pedas seperti ogy ahmad daud. K tak HAHA
yourstrulyjungkook
#2
Chapter 7: 它不是英文我很伤心
yourstrulyjungkook
#3
这个故事很有意思! 我喜欢这个情节