Bab 1: Kepuraanmu

Time

MTfzj1v.png

 

 

 

Jong-in POV

 

Cahaya yang memancar itu…

…menyilaukan mataku.

 

Bunyi yang bergema itu…

…membingitkan telingaku.

 

Tapi itu dulu…

…waktu pertama kali aku datang ke sini.

 

Masa...

...takkan pernah berhenti…

…dan terus berjalan.

 

Oleh itu…

…aku sudah biasa dengannya.

 

Tidak jauh dari ruang VIP, tempat di mana aku melabuhkan punggungku di atas sofa empuk yang disediakan, aku dapat melihat pemuda-pemudi menari bersama pasangan masing-masing mengikut rentak muzik yang dipasang dengan kuat sehingga bergema sambil diiringi cahaya lampu berwarna-warni yang memancar dan turut menari.

 

Mereka menari dengan sepenuh perasaan…

… seperti esok sudah tiada lagi.

 

Tetapi…

…aku faham…

…kenapa mereka menari seperti itu dan membuat keputusan untuk menghabiskan seluruh malam mereka di kelab malam ini…

… semuanya ada tujuan dan alasan masing-masing.

 

Mungkin ianya sudah menjadi hobi…

… mungkin untuk menghilangkan bosan…

…mungkin juga ingin melepaskan tekanan…

…dan mungkin juga…

...untuk melupakan kesedihan.

 

Aku juga ada tujuan aku sendiri…

…kenapa aku datang ke sini setiap malam..

…kenapa aku pujuk diri aku supaya membiasakan diri dengan suasana yang aku benci pada mulanya..

…semuanya kerana satu tujuan…

…kerana aku ingin hidup.

 

Dunia di luar sana hanya menyesakkan nafasku, melayanku seperti ingin membunuhku perlahan-lahan dan melihat aku mati.

Oleh sebab itu, aku lebih suka dunia di dalam ini daripada di luar.

Berbanding dulu, bunyinya sekarang membuatkan dadaku terasa lapang dan cahayanya membuatkan aku dapat melihat ramai orang disekeliling aku yang mempunyai tujuan yang sama dengan aku dan itu membuatkan aku rasa aku tidak lagi keseorangan.

Aku meneguk bir yang bercampur ais yang terdapat di dalam gelas di hadapanku. Huh! Segarnya!

Aku kemudian menoleh ke sofa yang terletak di sebelah kananku untuk melihat kawan-kawanku. Kelihatan Chen dan Xiumin sedang melayan dan bermesraan dengan teman wanita masing-masing dan di sebelah kiriku pula, kelihatan Chanyeol dan Baekhyun sedang menyilangkan tangan mereka sambil menyuapkan minuman ke mulut masing-masing sebagai simbolik meraikan ulangtahun pertama perhubungan mereka berdua. Huh! Dasar gay!

Dan pada ketika itu, tiba-tiba ada seorang gadis yang tidak aku kenali duduk di sebelahku. Dia mula melentokkan tubuhnya dan mengusap pahaku dengan jari jemarinya yang lembut. Aku tahu, dia cuba meggodaku.

“Awak…nak menari dengan saya?” katanya sambil tersenyum manja.

Aku yang memang tiada mood untuk melayan mana-mana perempuan sekarang terus memberikan jelingan yang tajam kepadanya. Dia yang mungkin takut dengan jelingan ku itu, terus menjauhkan jarinya dari pahaku.

“Pergi…sebelum aku hilang sabar.” Sejurus mendengar gertakan ku , dia terus bangun dan berlalu pergi. Tapi sebelum dia berlalu pergi, aku sempat mendengar omelannya yang menyumpah aku dan mengatakan aku lelaki sombong.

Sombong? Aku? Itu sahaja?

Aku tersenyum tanpa perasaan.

Aku dah lali mendengar orang mengata aku, malah ada yang lebih teruk daripada itu. Biarlah orang nak cakap apapun. Aku tak mahu peduli!

Aku kembali kepada aktiviti aku yang tergendala tadi. Botol bir yang masih berisi separuh itu aku ambil dengan hasrat untuk menuangkan isinya ke dalam gelasku yang telah kosong. Tapi baru sahaja aku ingin melakukannya, tanganku dipegang oleh seorang. Aku mendongak untuk melihat siapakah gerangan yang berani menahanku itu. Sebaik sahaja aku dapat melihat wajah gadis yang berani itu, aku terus menarik tanganku dengan rakus dari cengkamannya.

Aku kembali menuang bir itu ke dalam gelasku sehingga penuh. Baru sahaja aku ingin memegang gelas itu, gelas tersebut telah pun diambil oleh gadis yang sedang berdiri di hadapanku itu. Dan tanpa aku sangka,dia terus membaling gelas itu ke lantai dan kaca daripada pecahan gelas itu terpelanting ke serata tempat. Situasi itu membuatkan semua yang berada di ruang VIP ini memandang kami.

Ini tak boleh jadi!

Aku bangun dari dudukku dan memandang tepat ke wajah gadis itu. “Yaaa, Bae Suzy! Kau dah gila ke? Pergi.” Jeritku, api kemarahanku meletus.

“Kau yang gila, Kim Jong in. Kau tak pernah minum bir sebanyak ni, kenapa kau paksa diri kau minum semua ini?” Dia menunjukkan beberapa botol bir kosong yang terdapat di atas meja di hadapanku.

“ Itu hak aku. Bukan hak kau. Berapa banyak botol sekali pun aku nak minum, ia tak ada kena mengena dengan kau. Jadi, kau jangan masuk campur hal aku lagi. Faham? Sekarang, pergi dari sini!” Tanganku aku depakan ke arah pintu keluar kelab malam itu, menunjukkan jalan keluar untuk gadis ini.

“Tak! Aku tak nak! Selagi kau ada kat sini, aku tak kan pergi ke mana-mana.” Nampaknya, gadis berambut perang itu masih berdegil.

Aku tergelak besar sambil tubuhku mula terhuyung-hayang. “Kawan-kawan, makwe aku ni annoying kan? Dia nak berkepit dengan aku 24 jam ke? Ah, salah. Dia tak mungkin nak bekepit dengan aku sentiasa, sebab dia ada ramai lagi lelaki yang dia nak layan. Tapi…kenapa dia ada dengan aku sekarang? Atau jangan-jangan…” Aku mengecilkan mata sambil memandang wajahnya yang begitu tenang bagiku. Dan beberapa saat kemudian, aku tergelak besar semula. ”Atau jangan-jangan, dia sangat perlukan aku kerana aku pakwe dia yang paling kaya dan hensem antara pakwe-pakwe dia yang lain.”

“ Huh! Mengarut. Jongin ah, kau dah mabuk ni.” Suzy cuba memegang lenganku tapi sekali lagi, aku menepisnya dengan kasar.

“Mabuk? Tak. Aku langsung tak mabuk.” kataku menafikan kebenaran lalu mengambil botol bir yang masih berisi itu dan mendekatkan muncung botol itu ke mulutku untuk aku menikmati bir yang masih banyak tersisa. Sebaik sahaja bibirku hampir bersentuhan dengan muncung botol tersebut, botol itu dengan sekelip mata dirampas daripada peganganku.

Sekali lagi, gadis itu menunjukkan keberaniannya.

“Suzy-ah, bagi aku balik botol tu.” kataku dengan suara yang agak lembut. Sedaya upaya, aku cuba menahan marahku. Kerana kalau boleh, aku tidak mahu menengking gadis ini lagi.

Tapi dia hanya membatu di hadapanku, langsung tidak menunjukkan yang dia akan memberikan semula botol bir itu kepada aku. “Aku merayu pada kau buat kali terakhir, Bae Suzy. Bagi aku semula botol itu atau aku akan hilang sabar.”

Gadis itu akhirnya tersenyum penuh makna.“ Baiklah. Kalau itu yang kau mahukan.”

Tanpa memberikan semula botol tersebut kepadaku, dia terus meneguk bir yang terdapat di dalam botol itu sehingga habis.

Aku tergamam. Xiumin dan Chen memandangku, mungkin ingin melihat bagaimanakah reaksiku manakala Chanyeol dan Baekhyun pula bersorak kegirangan seperti baru sahaja melihat pasukan bola kegemaran berjaya menjaringkan gol.

“Suzy-shi, jjang!” jerit Baekhyun sebelum dia menyorok di belakang Chanyeol apabila aku mencerlung tajam ke arahnya. Aku tak faham. Apa yang mereka berdua sorakkan. Mungkin pada mereka, ianya satu kemenangan apabila ada perempuan boleh menghabiskan sebotol bir dengan sekali gus.

Tapi pada aku, ianya kekalahan.

“ Opss. Dah habis. Sorry.” Dengan muka tak bersalah, Suzy meletakkan kembali botol yang telah kosong itu di atas meja di hadapanku.

Aku tidak tahu apa yang telah merasuk diriku kerana tanpa berfikir, aku terus menampar dia dengan sepenuh tenaga. Tindakan ku itu membuatkan suasana di situ menjadi sunyi sepi melainkan hanya lagu di kelab malam ini sahaja yang masih kedengaran. Aku tahu, mereka semua yang melihat tidak menyangka aku akan melakukan perkara itu kepada teman wanita aku sendiri.

Tapi entah kenapa, aku rasa …dia bukan teman wanita aku lagi.

Suzy memegang pipi kirinya yang telahpun berona merah. Aku sedar, air matanya mula bertakung ditubir matanya. “ Puas? Puas dapat tampar aku? Tamparlah lagi. Kalau itu dapat meredakan kemarahan kau pada aku, kalau itu boleh membuatkan kau memaafkan aku, dan kalau itu boleh menyelesaikan salah faham kau pada aku tentang hal itu…kau boleh tampar aku.”

Aku mengepal buku limaku. Geram.

Suzy-ah, aku tahu, kau tahu kenapa hari ni, aku minum banyak daripada biasa, aku tahu, kau tahu kau puncanya dan aku juga tahu, kau datang ke sini malam ni sebab kau rasa bersalah kerana hal yang kau sebutkan itu. Tapi ada satu perkara yang kau tak tahu, kedatangan kau malam ini di hadapanku, membuatkan aku yakin yang aku takkan dapat memaafkan kau .

Aku benci kau, Bae Suzy.

Tangan yang aku kepal disisi tubuhku, mula ku angkat dan ku hayunkan tepat ke wajah gadis yang sedang tertunduk itu. Namun, belum sempat penumbukku hinggap di wajah mulus itu, seseorang telah berjaya menghalangku daripada melaksanakan niatku itu dengan menahan buku limaku dengan tangannya sendiri. Kudrat lelakinya sungguh kuat sehingga akhirnya, aku mengambil keputusan mengundurkan tanganku yang ku genggam erat itu.

Aku kemudian tersenyum sinis setelah melihat gerangan manusia yang bersungguh-sungguh mahu menyelamatkan Suzy. “Akhirnya kau muncul. Kenapa? Takut perempuan murahan ni mati ditangan aku ke?” kataku sambil memandang wajah Suzy yang telah basah dek air mata.

Pemuda itu meraup wajahnya sebelum dia membalas kata-kataku.“ Berhentilah, Jongin-ah. Kau tak layak panggil dia macamtu …sebab kau pun bukanlah manusia yang baik sangat. Dan dia… bukan perempuan murahan macam yang kau cakap.”

“ Apa? Kau suruh aku berhenti? Wait! Aku tak silap dengarkan? Kau… tengah mengarah aku?” Tiada angin, tiada rebut, aku mula bertepuk tangan. “Wah! Sehun, nampaknya kau ingat kau boleh buat apa sahaja lepas kau tidur dengan makwe aku?”

Pada ketika itu juga, Suzy terus sahaja memelukku. Erat. “ Jongin-ah, itu semua salah faham. Aku boleh jelaskan semuanya. Please, berikan aku peluang untuk jelaskan kepada kau. Aku sayangkan kau. Tolong jangan tinggalkan aku.”

Aku tergelak mendengar permintaannya.

Apa dah jadi dengan semua orang ni? Kenapa semuanya pandai berpura-pura? Gadis ini mengatakan yang dia sayangkan aku tapi dia tidur dengan orang lain? Sehun yang merupakan kawan baik aku dari kecil akhirnya menikam aku dari belakang?

Huh! Sedihnya hidup aku!

Aku terus meleraikan pelukan Suzy daripada tubuhku dan menolak gadis itu ke tepi dengan sekuat hati. Dengan ekor mataku, aku dapat melihat Suzy disambut oleh Sehun sebelum sempat dia jatuh ke atas lantai akibat tolakan aku itu.

Tanpa memandang ke belakang lagi, aku terus berjalan dengan terhuyung-hayang menuju ke pintu keluar kelab malam tersebut. Sesampainya aku di luar, aku terus disambut oleh pemanduku ,DoKyungsoo yang hanya tua setahun dariku. Dia kemudian membukakan pintu kereta di bahagian tempat duduk penumpang untuk ku dan membantu aku masuk ke dalam kereta.

“ Tuan muda, kita nak ke mana selepas ni?” Kyungsoo bertanya sebaik sahaja kami berdua telah pun berada di dalam kereta.

Tanpa menjawab soalannya, aku melihat jam di tanganku.

Jarum di sebalik cermin jam tangan tersebut menunjukkan waktu pada ketika ini adalah 11.32 pm.

Namun, jarum yang paling halus pada jam itu terus berdetik, sesaat demi sesaat, tanpa henti dan membuatkan aku mengelamun.

 

“Seandainya masa yang sedang berdetik pada ketika ini terhenti buat seketika, adakah kesedihan dan kesakitan yang aku rasakan ini akan turut hilang?”

 

“ Tuan muda? Tuan muda?” Suara Kyungsoo yang semakin meninggi itu membuatkan aku tersedar dari lamunan.

“Iya, ada apa?” tanyaku dengan mata terkebil-kebil. Kyungsoo ada cakap apa-apa dengan aku ke tadi?

“Saya tanya tadi, tuan muda nak pergi mana lepas ni? Balik ke apartment tuan muda terus ke?”

Aku berfikir sejenak sebelum aku membuat keputusan yang jarang aku lakukan. “Tak. Saya nak balik rumah. Rumah ayah saya.”

“Baik.”

Dan kereta yang dipandu Kyungsoo itu pun terus menelusuri kegalapan malam, menuju ke destinasi.

Sepanjang perjalanan, aku tidak berbuat apa-apa melainkan melihat bulan di langit. Bulan purnama yang cerah itu berjaya memukau ku dengan keindahannya.

Keindahan yang dapat membuatkan aku melupakan segalanya buat sementara.

 

 

 

Bersambung!

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
HeavenDelight
Finally, dapat update Time! Happy reading.^^

Comments

You must be logged in to comment
Peachyeolss
#1
Henlo author. Gue datang dari wall gue HAHAH k nak baca. Terima kasih suggest kat saya ff ni. Nak baca jap satgi pas baca nak bagi kritikan pedas seperti ogy ahmad daud. K tak HAHA
yourstrulyjungkook
#2
Chapter 7: 它不是英文我很伤心
yourstrulyjungkook
#3
这个故事很有意思! 我喜欢这个情节