I had crush on you…

Love Forever And Friendship Never Ends.
Please Subscribe to read the full chapter

Waktu pagi pukul 8:05 a.m., Hongbin terjumpa sepucuk surat yang dilekatkan dengan pita pelekat. Dengan berhati-hati dia mencabut surat dari mejanya. Lalu dibuka lipatannya. Dia terkejut apabila membaca isi surat itu:

Dear Hongbin oppa…

I had crush on you. You’re so gentle and well manner. Saya suka awak. – Sejeong.

Gatal kepalanya memikirkan tentang surat itu. Hatinya berasa lain benar. Sejak dia berkenalan dengan Hana, dia sangat gembira. Dia tidak sangka Hana datang untuk kerja dengan mereka. Sekarang, dia pula mendapat surat cinta dari Sejeong yang tak pernah diterimanya selama ini.

“Hongbinie, kau bace ape?” soal N dengan menoleh Hongbin. Dia tengah khusyuk baca surat itu terkejut.

“Ni, Sejeong bagi aku surat. Entahlah dia tu. Selame nie dia tak pernah bagi surat. Aneh betul,” balas Hongbin. Suratnya bertukar tangan kepada N. Apalagi, N pun membaca surat itu.

“Yelah. Siap dia anggap kau crushnya. Tu yang dia tulis surat,” balas N sambil melipat surat itu dan dikembalikan kepada Hongbin.

“Ape tu, N hyung?” soal Ravi sambil menoleh ke tempat N dan Hongbin.

“Dia bace surat dari Sejeong. Katanya Hongbin adalah crushnya,” terang N. Hongbin pun menyerahkan surat kepada Ravi. Ravi turut terkejut selepas membaca.

“Ye ke… adeh…” keluh Ravi. Haebin, Mimi, Sally dan Hana datang.

“Morning…” ucap 4 yeoja serentak. Ken juga datang dan terus duduk di tempatnya.

“Morning, awak,…” balas Ravi sambil tersenyum. Dan 4 yeoja duduk di tempat masing-masing. “Awal oppa datang…” ujar Haebin dengan senyum. Ken ikut virus senyum Haebin.

“Yelah. Kami datang awal untuk elak dari jalan jem…” balas Ken.

“Aku kena cari Sejeong nanti. Dan aku koyakkan surat tu di depan dia. Biar dia rasakan…” Hongbin mengambil surat daripada Ravi dan lepas itu dia mencari Sejeong. Mahu membuatkan Sejeong berasa malu. Hongbin sudah ada kekasihnya sendiri. Takkan lah dia terpikat kepada Sejeong pulak!

Sebaik saja Hongbin melangkah ke tempat Sejeong, dia segera mengeluarkan surat itu dari poket seluar slacknya. Dia menghampiri tempat Sejeong. Masa itu, Sejeong dan 2 kawannya sedang bersembang. Apalagi, Sejeong pun menoleh ke arah Hongbin.

“Kau yang bagi surat kat aku ke?” soal Hongbin untuk kepastian. Terus Sejeong berlagak baik dan mesra. Siapa tak marah kalau orang itu sebenarnya ada kekasih?

“Ye, oppa dah bace ke?” balas Sejeong dengan senyuman.

“Owh… berani kau ya! Dahlah perempuan murahan, lepas tu cakap yang aku crush kau. Siap bagi surat lagi tu!” marah Hongbin sambil menayangkan surat di depan Sejeong. Kawan-kawannya tergamam. Sejeong melopong.

“Oppa,…” belum habis Sejeong bercakap, Hongbin mula koyakkan surat cintanya di depan Sejeong. Dikoyakkan sampai habis. Cebisan kertas jatuh ke lantai. Riak wajah Sejeong berubah serta-merta.

“Aku tak akan suka kau, dasar perempuan murahan!! Cis!” Hongbin pun beredar dari tempat mereka. Mukanya terasa tebal sangat. Tapi dia puas. Dia ada orang lain yang lebih baik daripada Sejeong. Dia sangat benci Sejeong kerana dia bukannya yeoja yang dia sukai.

Hongbin kembali ke mejanya. Tetapi Ken, N Hyuk dan Ravi tiada di tempat mereka. Hongbin segera duduk di mejanya dan mulakan tugasnya yang tergendala sejak tadi. Ken segera menghampiri Hongbin.

“Macam mana?” tanya Ken.

“Aku koyakkan surat Sejeong. Padan muka dia,” balas Hongbin sambil memegang tetikus. Ken mengangguk faham.

“Oohh… Macam tu pulak,” ujar Ken.

“Yelah. Nanti dia rampas aku dari Hana jawabnya,” kata Hongbin lalu dia mula menaip.

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ROVIXAYEE_96
VIXX!!!! HAPPY 6TH YEAR ANNIVERSARY!!!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet