넌 내 꺼야(Neon nae kkeoya)/ You’re mine.

Love Forever And Friendship Never Ends.
Please Subscribe to read the full chapter

Apabila Sejeong melihat Sally dah hilang dekat tangga itu, dia berasa geram. Dia tak sangka rancangannya gagal. Dia menarik muka marah dan geram. Tak sangka Sally boleh terlepas dari ‘jerat’ yang diciptanya! Dia mengetap bibir, terasa geram. Dia ingin membuatkan budak kampung dihapuskan buat selama-lamanya.

Oleh kerana itu, Sally harus berjaga. Dia tahu Sejeong dan geng-gengnya kembali cuma tak tahu bila. Sekalipun dia teringat kembali. Dan apabila Sejeong dan geng-gengnya tiada di pejabat, barulah Sally dan 3 rakannya terasa tenang dan selesa. Mereka meneruskan kerjanya seperti biasa. Berkat daripada 2 rakannya dari aras 3, mereka mula menghela nafas lega. Mina dan Hyeyeon sentiasa memerhatikan gerak-geri staf yang lain dari aras bawah.

Beberapa hari berlalu, syarikat mereka telah mengadakan annual dinner. Sebelum dinner, para staf berkumpul untuk taklimat. Mereka berkumpul di bilik mesyuarat untuk bincang perkara yang hendak dibincangkan.

“Nae, apa tema untuk dinner kali nie?” Mr. Sejun membuka peluang kepada para stafnya untuk bersuara.

“Tema bollywood!” keluar satu tema mengejut dari mulut Hyuk. Mereka yang lain melopong.

“Kau gila ke, Hyuk? Tema ni susahlah!” balas Leo, terkejut.

“Yelah. Kita mana ade baju yang sepadan dengan tema macam nie!” celah Hongbin.

“Nak pinjam baju dari artis bollywood kah?” perli Ravi.

“Baju bertemakan bollywood ni susahlah nak cari. Nak pusing satu dunia sudah!” ujar N dengan gayanya macam ARE-YOU-NUTS!!?

“Yelah, N hyung. Nak perah segala tenaga nak cari baju macam tu. Nanti kita dipaksa memakai baju ala orang Industan lagi tu! Wei, aku tak mau!!” balas Ken sambil mengelengkan kepalanya.

“Yelah. Kalau tema lain bolehlah. Tapi tema bollywood tu susah. Nak cari baju pun nak travelling pergi kat India pulak,” balas Hana dengan tak setuju.

“Oh, ye ke… habis tu, nak pakai tema apa?” balas Hyuk dengan perlahan.

“Ha! Saya ada idea. Kita buat tema prince and princess,” keluar satu idea bernas dari Mimi.

“Cadangan ni macam bagus,” ujar Mr. Sejun dengan mengiyakan cadangan Mimi.

“Best juga tu. Geng VIXX pakai baju ala prince, manakala geng korang pakai baju ala princess,” celah Ravi.

“Macam bagus juga. Pakaian pun senang nak cari. Taklah pusing-pusing macam satelit pulak,” kata Haebin.

“Yelah. So, bos jadi raja, hehehe~” balas N sambil menjeling Mr. Sejun. Tersenyum nampaknya.

“Baiklah. Tema kita adalah prince and princess. Confirm tema ni?” balas Mr. Sejun dengan memandang para stafnya.

“Ya!!!” sahut yang lain.

Di Starlight Ballroom Dance.

Para staf siap berpakaian seperti putera puteri. Ini memang sinonim dengan tema yang diberi. Mereka siap memakai pakaian ala putera raja dan puteri raja. Memang setiap tahun mereka mengadakan annual dinner di Jellyfish Company. Bukan staf sahaja, para klien yang datang dari beberapa syarikat turut hadir bersama memeriahkan suasana.

“Jom, Hana. Kita menari sama-sama,” ajak Hongbin sambil menghulurkan tangannya kepada Hana. Terus Hana mencapai tangan Hongbin. Leo pula menari bersama dengan Sally. Hyuk pula menari bersama dengan Hyeyeon, sama taraf. Ravi pula bersama Mimi. Sama umur. Walaupun Mimi malu ketika dia menari bersama Ravi, tetapi dia mula selesa. Ken juga bersama Haebin. Manakala N pula bersama Mina untuk menari.

“Oppa, selesanya kita menari macam nie,” balas Mina sambil wajahnya menatap wajah N yang kacak. “Ye ke? Bukan selalu,” balas N sambil membelai lengan lembut Mina.

2 minit kemudian…

“N hyung!!” panggil Hongbin.

“Waeyo? Kenapa cemas nie?” tanya N. Mina tergamam.

“Ni… Hana hilang bah, aku kan pergi ke sana sekejap. Dan Hana tunggu aku kat sana tadi. Tapi, lepas aku toleh ke belakang, dia hilang macam tu je. Eotteokhe!!” aduan Hongbin mengejutkan N dan Mina.

“Ha? Apesal dia ghaib macam tu? Aduh, habislah!” balas N sambil memegang pipinya. Mina terkejut. Dia memandang Hongbin yang cemas.

“Hoi! Kau nampak Hana tak?” tanya Haebin. Ken mengekorinya.

“Ani, aku tak tahu,” balas Hongbin.

“Aduh, macam mana pulak?” Ken juga bersuara cemas.

“Dah, kita cari Hana sekarang. Baik berpecah!” arah N yang kurang cemas.

“Jom!!” sahut mereka.

Di d

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ROVIXAYEE_96
VIXX!!!! HAPPY 6TH YEAR ANNIVERSARY!!!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet