Bebas!! (tiada lagi gangguan)

Love Forever And Friendship Never Ends.
Please Subscribe to read the full chapter

Mr. Sejun memberi wang pampasan kepada Nayoung, Sejeong dan Soyee setiap seorang. Mr. Sejun hendak memberhentikan mereka bertiga dari sekarang. Dia sudah puas mendengar aduan dari beberapa staf sejak staf baru mula berkhidmat di sini. Hampir setiap minggu banyak aduan datang. Dia kena bertindak sekarang sebelum terlambat.

"Ini pampasan untuk kamu bertiga," Mr. Sejun memberikan wang pampasan setiap seorang.

Sambungnya, "kamu bertiga sudah memalukan syarikat ini. Imej syarikat kita sangat dicemari oleh perbuatan kamu semua. Sekarang dah tersebar secara meluas perbuatan buruk kalian di media massa. Siapa malu? Saya sendiri yang malu! Perbuatan korang memang menjatuhkan imej baik syarikat ini. Dan satu lagi, saya tak mahu tengok muka kamu bertiga lagi! Kamu bertiga dipecat!"

Nayoung, Soyee dan Sejeong berdiam diri sahaja. Mereka tunduk ke lantai. Amat takut untuk menghadap muka bos. Tiada sesiapa pun berani menghadap muka bos. 

"Bos, janganlah pecat kami. Kami menyesal. Kami takde niat untuk-" belum sempat Sejeong menghabiskan ayatnya.

"Keputusan saya muktamad. Kamu bertiga dipecat!! Sekarang, kemas barang-barang kalian dan keluar dari sini, SEKARANG!!!"

Dengar sahaja ayat ganas keluar dari mulut seorang majikan, barulah mereka bertiga mengambil wang pampasan dan keluar dari pejabat bosnya.

***

"Hongbin-ah, aku sempat dengar bos memecat Sejeong, Nayoung dan Soyee. Padan muka mereka," ujar Ravi kepada rakan sebayanya yang duduk di kafe. Hongbin menghirup air teh lemon pun mengangguk.

"Ya, betul. Orang yang jahat elok dibuang dari ofis. Memalukan," balas Hongbin.

"Semua orang sebarkan berita buruk pasal Sejeong dan 2 konconya," ulas Ken sambil memakan roti.

"Betul, hyung. 'Sampah masyarakat' dalam ofis sudah dihapuskan. Dan sekarang, kita semua bebas dan tenang," balas Ravi. 

***

"Hyuk oppa!!" jerit Hyeyeon memanggil Hyuk. Dari jauh kedengaran suara Hyeyeon. Dia menoleh.

"Hyeyeon! Dah balik ke?" soal Hyuk. Dia menghentikan langkahnya.

"Dah. Baru kelmarin saya balik. Oppa tak rindukan saya ke?"

"Eh, mana ade! Memang saya rindukan awak. Lama sangat tak balik."

"Oh, ye ke..." Hyeyeon tertawa kecil.

"Oppa, kita keluar," ajak Hyeyeon dengan memegang tangan Hyuk.

"Pergi mana?" soal Hyuk.

"Adelah..."

***

Hyuk dan Hyeyeon sampai di taman. Mereka berdating di situ sambil menikmati keindahan senja.

"Oppa, kan bagus kalau kita akan dating kat sini selalu," ujar Hyeyeon. Apalagi, Hyuk merangkul bahu Hyeyeon dengan berkata, "saya juga ingin bersama dengan awak buat selama-lamanya."

"Ya. Saya pun sama," balas Hyeyeon.

*** 

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ROVIXAYEE_96
VIXX!!!! HAPPY 6TH YEAR ANNIVERSARY!!!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet