Tiada penjelasan & pengubahsuaian.

Love Forever And Friendship Never Ends.
Please Subscribe to read the full chapter

"Wah, apesal riuh rendah nie?" tanya Ken. Dia datang dengan N, Ravi, Haebin dan Leo. Mereka ternampak Hyuk dan Hongbin sedang bertekak dengan beberapa orang yeoja yang mengotorkan kawasan pintu masuk pejabat. Mereka ternampak Hana dan kawan-kawannya menjadi mangsa buli Sejeong dan 2 konconya. Pasti mereka menjangkaan sesuatu yang tak baik berlaku. Siapa tak marah?

Kejahatan mereka terdedah. Mereka yang berkumpul di kawasan pintu masuk pejabat mula berasa marah dek kerana perbuatan Sejeong dan 2 konconya.

"Hyung, mereka bertiga tu kenakan Hana dan geng-gengnya. Tu yang kami marah tadi," terang Hyuk.

"Oppa, kami tidak buat apa-apa kat mereka pun..." ujar Soyee. Cuba nak berdalih. Siapa nak percaya?

"Jangan nak berdalih! Ikut kami sekarang!!" sergah Hongbin.

"Habis, apa maksud dengan sampah-sampah dekat pintu nie?" celah Ravi pula.

"Mereka nak kenakan Hana dan kawannya," balas Haebin.

"Korang tak payah tipulah! Kami nampak dari jauh," celah N. Memang nak marah pun. Kalau diikutkan hati, mahu sahaja dia berlari ke arah mereka sambil memekik untuk memarahi Sejeong dan geng-gengnya.

"Sudah!! Jangan nak berlengah lagi! Ayuh kita jumpa bos!!" seru Ken. Tangannya sudah memaut pergelangan tangan Sejeong yang mukanya agak ketakutan. Hongbin pula menarik pergelangan tangan Nayoung diikuti dengan Hyuk yang tangannya menarik tangan Soyee. Mereka bertiga tu apalagi? Siap mereka merayu sebab tak mahu ikut jumpa bos. Rayuan tidak diendahkan.

Selepas mereka pergi, staf lain pula memandang mangsa buli tu. Ravi membantu Haebin mengemaskan kawasan yang dikotori pagi tadi. N dan Leo mengutip penyapu dan membetulkan kedudukan bakul sampah.

"Awak ok tak?" soal Ravi kepada Hana.

"Saya ok. Terima kasih," jawab Hana. Ravi menghela nafas lega.

"Terima kasih sebab korang tolong kami," ucap Sally.

"Iye, sama-sama. Mujur kami tolong," balas Leo.

***

2 hari kemudian... di rumah Mina & Hyeyeon.

Selepas Hyeyeon balik ke rumah ketika habis berkursus, dia dapati rumah mereka sudah menjadi 'kelainan' baginya. Langsir tingkap sudah ditukar. Cat dinding bertukar warna menjadi merah. Dapur turut berubah. Kabinet dapur sudah dibaiki. Singki dapur turut berubah menjadi lebih berkilau. Tiada yang berkarat.

Baru sahaja Mina buka pintu, Hyeyeon awal-awal melopong. Dia tak sangka ruang rumah sudah berubah. "Amboi-amboi! Cantiknye rumah nie... Macam baru pulak tu!"

Mina tersenyum. "Kalau adik nak tau, nilah 'designer' rumah kita," ujarnya. Apalagi, Hyeyeon tengok kiri kanan. Macam takde sesiapa pun, fikirnya.

"Mana dia?" tanya Hyeyeon. N yang bersembunyi di sebalik langsir terus muncul di depan Hyeyeon ibarat magician.

"Tada!!" kehadiran N secara tiba-tiba cukup membuatkan Hyeyeon hampir terkejut sehingga gugur jantungnya. Mina tersengih.

"Oppa yang buat semua nie?" tanya Hyeyeon untuk kepastian.

"Yelah. Sebagai menebus 'kesilapan' saya hari tu," jawab N. Sempat pulak dia senyum. Hyeyeon pulak membalas senyuman sambil melihat di sekeliling rumah. "Macam mana oppa buat semua nie?" soal Hyeyeo

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ROVIXAYEE_96
VIXX!!!! HAPPY 6TH YEAR ANNIVERSARY!!!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet