Berpindah ke rumah agam (ft. Lori besar!!)

Love Forever And Friendship Never Ends.
Please Subscribe to read the full chapter

Selepas Ravi bayar habis sewa rumah itu, mereka segera mengemas barang mereka. Hongbin dan Hyuk membawa beberapa kotak kosong dari beberapa buah kedai.

“Huish… banyaknya kotak!” Ravi terkejut melihat kotak-kotak yang besar diletakkan di halaman rumah mereka.

“Tu semua barang kena masuk ke dalam kotak tau. Sebab tu, kami bawak kotak banyak-banyak,” kata Hyuk.

“Dah, jangan tenung kotak tu je. Masukkan semua barang,” balas Hongbin sambil mengangkut kotak yang ditulis ‘fragile’ (mudah pecah).

4 mamat sedang berkemas semua barang dalam rumah sewa. Hampir senja, 5 buah kotak sudah penuh dan ‘seal’ siap-siap. Hampir kosong rumah sewa agaknya. Keesokan paginya, Ravi segera menghubungi mamat lori, Jung Taehyun untuk mengangkut barang mereka.

“Ha, korang nak pindah rumah ke?” tanya Taehyun.

“Yelah, hyung. Kami nak pindah ke rumah kawan kami. Tu sebab kami prepare barang siap-siap. Kami dah habis bayar rumah sewa tu,” jelas Ken sambil membantunya nemgangkut barang di dalam lori.

“Wah, bagus jugak. Rumah kawan kau tu kat mana? Boleh aku mintak?” pinta Taehyun.

“Nah, ni alamat rumah mereka,” balas Hongbin sambil menunjukkan alamat rumah N dan Leo di handphonenya.

“Macam jauh jer. Tapi taklah jauh sangat. 1 jam lebih barulah sampai agaknya,” Taehyun melihat Iphone 6 berwarna silver milik Hongbin.

“Lori kau ade GPS tak?” tanya Ravi sambil sibuk menyusun barang mereka.

“Ade. Nanti tolong key-in alamat rumah kawan kau, yer,” kata Taehyun.

“Mestilah,” kata Ken.

“Woi!! Tolong angkut peti ais ni!! Haiya, beratlah!” jerit Hyuk sambil mengangkut peti sejuk berjenama LG bersama Hongbin. Ken, Ravi dan Taehyun turut membantu.

“Okey. Kita kira; hana, dul, set! Angkat!!!” jerit merek

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ROVIXAYEE_96
VIXX!!!! HAPPY 6TH YEAR ANNIVERSARY!!!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet