Hyeyeon dah balik!!!!

Love Forever And Friendship Never Ends.
Please Subscribe to read the full chapter

Pukul 1 petang, Hyeyeon balik dengan membawa banyak barang. Dia hairan kenapa tingkap biliknya semua tutup. Pintu rumahnya berkunci. Nasib baik Hyeyeon ada kunci spare. Bolehlah dia buka pintu dengan kuncinya.

“I’m home!!!” jerit Hyeyeon. Tapi dia tidak dengar sesiapa yang menyahut.

“Mina, N oppa, Hyeyeon dah balik!” kata Hyeyeon sambil mengangkut barangnya. Tapi, langsung tiada jawapan.

“Lah, apesal macam senyap je rumah ni? Sorang manusia pun takde,” Hyeyeon berfikir. Dia terus meletakkan barang yang dibelinya di dapur.

Kemudian, Hyeyeon masuk ke bilik lalu dia letak beg tangan di atas meja. Kemudian dia datang ke bilik Mina lalu ketuk pintu.

“Tok! Tok! Tok! Tok!” pintu bilik diketuk. 

“Mina, N oppa, Hyeyeon dah balik nie. Kenapa takde respon? Ke korang dah tidur?” balas Hyeyeon sambil ketuk pintu berulang kali. Tapi, tiada jawapan. Hyeyeon mengeluh. Rasa nak cabut pintu bilik Mina tu kalau dia hilang sabar!

Pintu terkuak. Hyeyeon membulatkan matanya. Dia terperanjat melihat sesuatu yang dikatakan ‘sulit’. Mina selesai memakai seluar pendek dan baju singlet berwarna perang. Mina muncul di muka pintu.

“Sorrylah lambat respon, kami er… er…”

“Tengah betulkan baju sikit, hihihik…” potong N tanpa teragak-agak. Hyeyeon terkejut besar, melihat keadaan N yang sedikit mengejutkan. 

“Oh pocot mak aku!!”

N terus ketawa melihat keletah Hyeyeon yang terkejut dengan kehadirannya. Hyeyeon terkejut sambil menutup mulutnya melihat apa yang dia saksikan. “Oppa… ni rumah kami berdua, bukannya strip club atau kelab malam! Cepat pakai seluar! Gila tau! Hish!” tegur Hyeyeon sambil menutup matanya dengan tapak tangan.

“Yelah. Oppa, saya cakap dengan adik saya pun, tapi cepatlah habis pakai baju, barulah muncul betul-betul!” terus Mina tolak badan N ke tepi dan menghalang daripada penglihatan adiknya.

“Dahlah tu, unnie dah back up pun. Bukalah mata kau dan masak something special untuk kami yer…” balas Mina.

“Yelah. Heh korang berdua nie. Nak buat benda ‘sulit’ pun kena pada tempat lah. Janganlah sampai saya ternampak lagi…” Hyeyeon terus berlalu ke dapur. Mina menghela nafas lega.

***

2 bulan kemudian, Ravi dan Mimi pun berkahwin. Perkahwinan yang sangat meriah termasuklah geng VIXX dan kawan sepejabatnya. Mereka tumpang gembira. Selepas itu, mereka bergembira bersama. Ravi dan Mimi kelihatan sepadan, tegak sama tinggi, duduk sama rendah.

“Chukahaeyo, Mimi!” ucap Haebin dengan gembira.

“Harap-haraplah kekal jadi kawan kami,” celah Hana.

Ken dan geng-gengnya terus ucapkan tahniah kepada Ravi. “Cukahaeyo! Aku harap persahabatan kita kekal buat selama-lamanya,” ucap Ken.

“Kalau hyung nak tinggal dengan Mimi, takpe. Kami redha ajelah. Tapi kalau boleh, hyung selalu lawat kami tau!” sampuk Hyuk.

“Oh, pasal tu. Aku dan Mimi nak tinggal dengan korang. Aku dah siapkan bilik kami berdua sebelum kahwin. Hahaha…” balas Ravi.

“Yelah. Aku dan Leo tolong Ravi sikit. Bilik kosong tinggal lima buah lagi yang masih berhabuk,” celah N.

“Hmm… maklumlah rumah agam tu besar sangat macam istana,” sampuk Leo.

“Yelah kan…” balas Hongbin.

Selepas selesai majilis kahwin, mereka terus pulang ke rumah agam. Ravi membawa Mimi ke tempat barunya. Kemudian, Ravi dan Mimi melangkah ke bilik barunya. Kali ni, Ravi tidak tidur bersama geng-gengnya. Maklumlah, Rav

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ROVIXAYEE_96
VIXX!!!! HAPPY 6TH YEAR ANNIVERSARY!!!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet