Bilik & First Dinner!

Love Forever And Friendship Never Ends.
Please Subscribe to read the full chapter

“Ni bilik untuk maknae line,” kata Leo sambil membuka pintu bilik itu. 3 katil siap disusun rapi.

“Amboi! Cantiknye!!!” jerit Hyuk sambil melangkah masuk. Hongbin dan Ravi pun teruja. “Nampak luas je bilik nie!” kata Hongbin sambil menarik bagasinya ke dalam bilik.

“Kau berdua dah siapkan untuk kami ke?” tanya Ravi sambil duduk di atas katil yang empuk.

“Kami dah siapkan semuanya sebelum korang datang,” ujar Leo sambil membuka pintu bilik mandi. Bersebelahan dengan bilik maknae line.

“Korang bolehlah simpan semua pakaian kat dalam almari tu. Satu almari setiap seorang,” ujar Leo.

“Tak sangka kau berdua macam larat untuk buat semua ni,” balas Hyuk.

Leo tersenyum. Ken juga berkongsi bilik bersama N dan Leo yang merupakan hyung line. Leo turun ke ruang tamu bersama dengan N dan Ken untuk mengangkut barangan dapur.

Selepas itu, mereka bertiga pula mengemas bilik hyung line.

Apabila hampir senja, mereka pun berbaring untuk melepaskan kepenatan sejak siang tadi. Mereka berbaring di ruang tamu yang luas. “Ah~ lega rasanya,…” ujar Ken sambil membaringkan dirinya di atas permaidani yang lembut macam sutera.

“Selesanya tinggal di rumah besar,” ujar Ravi.

“Yelah kan. Nyaman rasanya. Ada aircon lagi tu,” kata Hyuk.

“Rumah ni lebih baik dari rumah sewa kami,” kata Hongbin.

“Suka tak tinggal sini?” soal N. Kalau soalan yang simple dari ketua pasti mereka suka.

“Suka sangat! Bestlah!” jawab Ken dengan gembira.

“Baguslah kalau korang suka. Ini dah jadi rumah VIXX pulak,” balas Leo.

“Kita bubuh nama VIXX kat rumah nie. Amacam, boys?” kata Ken.

“Bolehlah. Rumah kita dah ada nama pulak,” jawab Hongbin.

“Aku dan Ken hyung pergi pasar untuk beli sayur dan ayam,” kata Hyuk.

“Pasar malam ke?” tanya Hongbin.

“Mestilah, nak join?” tawar Hyuk.

“Yelah. Aku nak join jugak!” kata Hongbin sambil mengambil kot tebal untuk menyarungkan badannya.

“Hati-hati!” pesan Ravi.

Setelah Ken, Hongbin dan Hyuk keluar, tinggal N, Leo dan Ravi di rumah. Mereka duduk di sofa. “Kau berdua tinggal sini dah berapa lame?” tanya Ravi.

“15 tahun,” balas N.

Please Subscribe to read the full chapter

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ROVIXAYEE_96
VIXX!!!! HAPPY 6TH YEAR ANNIVERSARY!!!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet