sembilan

white
BpGwirH.png
love is a beautiful pain

 

Hampir seminggu, Dara mengunci diri di dalam biliknya. Dia tahu kedua orang tuanya pasti akan berlembut hati akhirnya. Hanya perlu bertahan sedikit saja lagi, dan mereka akan membiarkan dia tinggal di bandar ini, menghabiskan sekolah tinggi di sini. Kerna dia sama sekali belum bersedia, untuk mencuci segala memori yang tercipta.

 

"Dara yah..." Lembut sekali suara ibunya kedengaran dari pintu. "Dara sayang," Tidak dinafikan, suara lembut si ibu sedikit-sebanyak berjaya melunturkan dinding hati sang anak yang sedang memberontak itu.

 

"Dara dah tak sayang dekat umma dan appa?" ujar Puan Mina sambil menyusun langkah mendekati bilik tidur satu-satunya anak perempuannya itu. "Kenapa ni sayang? Sebelum ni kan Dara ok je berpindah...kenapa kali ni bantah sangat dengan keputusan umma appa, hurm? Cuba terang dekat umma sebabnya..."

 

Dara memandang wajah sayu ibunya. "Dara nak tinggal sini..." jawabnya perlahan.

 

Puan Mina mencapai kedua lengan Dara, membawa tubuh gadis itu ke dakapannya. "Cuba Dara beritahu ibu sebabnya, boleh sayang?"

 

Dara mengangguk perlahan. Dengan pandangan mata yang bersinar, dia mendongak bertentang mata dengan ibunya. Sekuntum senyuman yang lebar terukir di hujung bibirnya pada saat dia bersuara, "Dara...nak jadi seorang pemain piano..."

 

***

 

Di dalam perhimpuan pada pagi keeseokkannya, apabila ditanya siapa sukarelawan yang mahu menggantikan pemain piano lagu tema sekolah yang kurang sihat, Sandara Park mengangkat tangannya setinggi yang mampu.

 

Apabila terpilih, semua pelajar termasuklah para guru tiada satupun bersuara. Masing-masing terpana dengan hakikat yang Sandara Park, si buta warna itu akan melibatkan diri dengan aktiviti sebegini. Tambahan pula, dia tidak pernah bermain piano sebelum ini.

 

Kim Taehyung, bersama-sama Zico mendongakkan wajah ke atas pentas. Hampir mahu tersembur keluar mata mereka apabila menyaksikan pelajar perempuan yang sukarela memainkan piano tadi tidak lain tidak bukan ialah Sandara Park.

 

Di saat jari-jemari Sandara mulai bersatu dengan papan kekunci, melodi yang terhasil umpama udara segar mengisi pagi mereka. Dan itu lah pertama kali waktu perhimpuan terasa seolah-olah begitu singkat sekali.

 

Semenjak itu, daripada si buta warna, Sandara Park meraih gelaran yang baru, yaitu pemain piano yang genius.

 

***

 

"Dara pernah menerima pelajaran piano...sebelum ini?" 

 

Sandara menggeleng-gelengkan kepala buat kali yang ketiga terhadap soalan Taehyung kepadanya.

 

"H-Habis tu macam mana Dara boleh main-" Telapak tangan Taehyung yang menekup mulutnya ternyata tidak mampu menyembunyikan suara kagum dari dalamnya.

 

"Ah, masa rehat dah habis!" Kelam kabut Dara bangkit dari tempat duduk di kantin dan membuka langkah seribu menuju ke bangunan kelasnya.

 

Taehyung ditinggalkan begitu saja, terpinga-pinga di situ. Namun tanpa dia sendiri sedar, kakinya membawa dia melangkah ke destinasi yang sama dengan pelajar bernama Sandara Park itu.

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
mizzfiona_ #1
Chapter 11: Nice
NightmareJun16
#2
Chapter 1: nice chap! nk tahu mse lalu Dara dgn Zico & Taetae~!
haha..Park Bom jdi pengurus Sandara! xD
waiting your next update! ;D