lima

white
BpGwirH.png
love is a beautiful pain
Good for you!” Laungan suara Jin merentasi ruangan apartment luas milik Zico itu disertai bunyi majalah yang bertembung dengan meja kaca di tengah tamu tersebut. “Penggambaran CF kau dengan Sandara Park meletup…” sambungnya dengan tawa yang meleret.

 

Tidak syak lagi, Zico yakin ada sesuatu tidak kena dengan ton suara pengurusnya tadi. Dia membuka sedikit kaca matanya di samping mengerling penuh persoalan ke arah Jin.

 

Guess what?…I’ve also got a bad news for you!” Jin mempamerkan barisan gigi putihnya sebaik saja dia melabuhkan punggung di tepi Zico.

 

Ternaik kening kanan Zico mengekori kata-kata Jin yang nyata bercanggah itu. Meluruskan posisi duduknya, jejaka itu bersedia hendak mencapai majalah yang dilemparkan ke atas meja tadi.

 

“Aku akan tanya kau sekali lagi, Woo Jiho,” Kini tangan milik Jin berlapik dengan Zico, sekaligus membuatkan hasrat Zico membaca majalah tersebut tergendala.

 

Zico segera menarik tangannya lalu disilangkan ke dada. Beberapa minit berbalas pandangan, akhirnya keluhan panjang dibebaskan dari hujung bibirnya. Semakin lama, gerak hati Zico mulai mengisyaratkan sesuatu yang tidak baik.

 

“Agar Sandara Park mengejar impian menjadi seorang pemain piano, kau sengaja tipu dia tentang punca kematian abang tiri kau…adakah apa yang aku katakan ini betul?” soal Jin dengan pandangan mata yang bersinar.

 

Tangan yang bersilang di atas dada bidang Zico itu jatuh ke sisi, tanpa jejaka itu sendiri sedar reaksi tubuhnya terhadap persoalan sama daripada Jin.

 

Mengetap keras bibir, Zico mengecilkan matanya, “Kau…takde benda lain lagi nak tanya? Yah, aku tak upah kau untuk soal siasat aku macam ni, faham Kim Seokjin?!”

 

Lantunan suara Zico terhadapnya membuatkan Jin dirundum pelbagai emosi dari pelbagai sudut. Rahsia yang terpendam rapi di dalam diri selama ini hampir melonjar keluar dari bibirnya namun mujurlah dia miliki kesabaran yang lebih. Mengalah dengan baran bukan style Kim Seokjin, meskipun itu lah kebenaran di sebalik semua tragedi yang menyelubungi kehidupan Zico, Taehyung dan juga Sandara Park.

 

Sementara itu, langsung membundar anak mata Zico di saat headline majalah yang digarapnya sebentar tadi menyerap masuk ke dalam sel-sel otaknya.

 

‘PENGIDAP BUTA WARNA, SANDARA PARK, IALAH PUNCA KEMATIAN ABANG TIRI ZICO, KIM TAEHYUNG?’

 

You gotta be kidding me...t-this- h-how could t-this-” Satu tangan meraup rambutnya, sebelah pula hampir merenyukkan keratan hadapan majalah tersebut.

 

Jin merebahkan tubuhnya ke belakang kusyen sofa. Dengan pandangan separuh terbuka, dia menyoal pula, “Kau tipu dekat Sandara Park tentang kematian Tae…sebenarnya ialah untuk diri kau sendiri…bukan?”

 

***

 

Taehyung segera membelakangkan Zico, enggan memperlihatkan kumpulan air yang memberatkan matanya. Sambil mendongakkan wajah ke arah jam di dinding, dia membalas, “Kau kata…Sandara suka dekat aku? D-Dan kerana tu, k-kau akan dengan r-rela hati berundur? What jokes are these, Zico?”

 

Zico perasan akan genggaman tangan Taehyung yang semakin erat dari belakang. Bucu bibirnya terangkat membentuk suatu sengihan. "Aku akan pastikan Dara...suka dekat hyung juga," Zico tahu, kata-katanya itu hanya akan membuatkan Taehyung semakin marah namun tetap dia luahkan juga.

 

Sambil merapatkan kedua mata, Taehyung berpaling menghadap Zico. "A-Apa yang kau cuba nak katakan, Woo Jihooo?!" Jeritan Taehyung berdengung di seluruh ruang rumah. Ketika itu, urat-urat sudah timbul kelihatan di sekeliling leher milik Taehyung. "Kau cakap macam tu untuk buat aku gembira ke atau...tt," Berkumat-kumit mulut Taehyung mahu menyuarakan segala tomahan dari dalam hatinya namun berjaya ditahan.

 

Memejam celik mata bagai tidak terkesan dengan kata-kata Taehyung tadi, Zico membalas, "Korang berdua secocok apa...so aku...bersyukur sangat dapat jadi cupid..."

 

Berpinar-pinar pandangan Taehyung apabila deretan ayat tadi ditaburkan dari mulut adiknya itu. "T-Tak siapa yang suruh kau j-jadi c-cupid...k-kenapa..." Bergegar suara Taehyung yang seakan membisik. 

 

Memakai wajah yang tegas, Zico memandang terus ke arah Taehyung. "Kalau hyung rasa terbeban, serahkan biasiswa piano kepada aku...biar aku yang melanjutkan pelajaran ke luar negeri..." Sambil menerangkan hasrat hatinya, Zico melangkah satu tapak mendekati Taehyung. "Kalau ialah hyung, pasti takkan sanggup tinggalkan Sandara seorang di sini...dan kalau ialah hyung, ayah takkan mengambil masa lebih daripada tiga saat untuk berkata ya..." Terpancar suatu kesakitan yang halus menerusi wajah Zico tatkala dia berbicara.

 

Taehyung tersenyum senget pabila realiti satu persatu datang kepadanya, menyatukan setiap dot-dot di dalam pemikiran. "Dari awal lagi, kau rancang semua ni kan? Aku tak sangka...Woo Jiho...dalam erti kata yang lain, kau nak exchange Sandara Park dengan biasiswa lanjutan piano ke luar negara?" Turut menapak selangkah ke hadapan, Taehyung bertemu muka dengan Zico sebelum menyambung kembali, "Could you be any lower than this...huh?" 

 

Zico membalas tenungan mata Taehyung ke atasnya. Dengan nada yang kecil tetapi tegas, dia mengujar, "Aku nak tinggalkan tempat ni...dan terbang tinggi dari korang semua..." Satu jari menunjul tepi bahu milik Taehyung dengan tujuan mahu menyampaikan realiti kata-katanya tadi. "Kerana aku berbeza dengan spesis korang...yang hanya bergantung dengan dorongan keluarga tanpa bakat yang mampu dibanggakan...yang berserah lemah atas nama cinta..." 

 

Tanpa tolakkan kasar daripada Zico, tubuh Taehyung dengan sendiri terhuyung ke belakang. Kepalanya tertunduk ke bawah. Genggaman tangannya tadi menjadi longlai di sisi peha. Dan bunyi pintu tertutup ialah bunyi terakhir yang didengari sebelum penyakit lelah menyerang...

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
mizzfiona_ #1
Chapter 11: Nice
NightmareJun16
#2
Chapter 1: nice chap! nk tahu mse lalu Dara dgn Zico & Taetae~!
haha..Park Bom jdi pengurus Sandara! xD
waiting your next update! ;D