enam

white
BpGwirH.png
love is a beautiful pain

Sudah dua jam Park Bom meninggalkan apartment Sandara demi menghadiri mesyuarat yang diisukan gara-gara artikel pada pagi ini. Dan sejak dari itu, Dara menghitung masa memandang udara kosong di ruang tamunya.

 

Telefon bimbit dan juga rumah tidak henti-henti berdering. Membingitkan telinga namun ia seperti tidak memberi kesan terhadap Dara. Wanita itu membengkokkan kedua kaki lalu dirapatkan ke dadanya. Wajahnya bersandar pada kepala lutut. 

 

Pejam, hitam. Celik, putih. Berhidup di dalam dunia berwarnakan hitam dan putih menyakinkan Sandara betapa piano ialah dunia keduanya.

 

Mengapa dia tidak berasa terkejut? Agaknya telah biasa. Warna kehidupan, kegembiraan, kesedihan, dan...kematian, semuanya ialah putih. Sangkaan Dara, berduniakan piano, setidak-tidaknya perasaan bersalah terhadap Taehyung akan berkurangan...namun, direnungkan semula, sebenarnya tiada satupun yang berubah.

 

Dara menebarkan jari-jemarinya di udara hadapan wajahnya. "Taehyung ah, aku akan berhenti meminta maaf sekarang...dan seterusnya, aku akan mengucapkannya di hadapan kau...nanti."

 

***

 

Bersebelahan dengan tugu nisan Taehyung, abu Sandara disemadikan. Lima bulan telah berlalu, namun sampai ke saat ini, Bom masih bergelut tuk menerima tragedi yang berlaku dalam masa singkat dia meninggalkan Sandara pada hari tersebut. Andai dia tidak meninggalkan Dara seorang diri, mungkin kah dia dapat mengubah fikiran wanita itu?

 

Jin menghulurkan sebuah sapu tangan kepada Bom. Dan tanpa sebarang bicara, wanita itu menerimanya.

 

"Adakah kau tahu..." Bom mengeluarkan suara esaknya tanpa mengerling ke tepi kerana ini bukan lah kali pertama mereka bertemu. "S-Siapa yang...beritahu dekat Dara y-yang piano b-berwarna p-putih? D-Dan p-putih ialah du-dunia dia?" Terinjut-injut bahunya menanyakan soalan tersebut kepada Jin. Jauh di lubuk hati, dia seolah-olah dapat merasakan yang jejaka di sebelah itu mengetahui jawapannya.

 

Mengangguk perlahan, segaris senyuman kelat terpapar pada wajah Jin. "Ya." Jawabnya sebelum meneruskan, "Dan sayang sekali, orang itu masih lagi bernafas..."

 

***

 

"Aku quit...jadi manager kau." Tanpa memandang pun ke arah Zico, Jin melemparkan sepucuk surat di atas meja ruangan tamu apartment milik jejaka itu. 

 

"S-Seokjin hy-hyung!" Zico segera bangkit dari sofa. Menghadap sepenuhnya ke arah Jin, tangannya dihalakan ke bahu jejaka itu. 

 

Jin tidak menunggu sesaat pun untuk melangkah pergi namun sebagai penghadang jalan, Zico menempatkan tubuhnya di hadapan. "I have nothing to say. Move." Ujar Jin tegas.

 

Meraup kasar rambutnya, Zico merenung wajah Jin, seakan tidak percaya terhadap situasi yang menimpa mereka. "T-Tapi kenapa? Konsert aku-"

 

Tenungan tajam Jin membantutkan segala apa yang hendak diucapkan oleh Zico. Kalau diikutkan, memang lah topik konsert-nya tidak sesuai untuk diuarkan pada waktu ini. Namun bukan Zico namanya kalau lah dia mensia-siakan peluang keemasan yang julung kali ini! Dan Kim Seokjin ialah pengurus yang terlalu bernilai untuk mengundur diri pada saat-saat terakhir sebelum konsert solo-nya berlangsung!

 

"Sementara mood aku masih elok, baik kau blah dari pandangan aku...Woo Jiho," ujar Jin dengan nada perlahan tetapi tegas.

 

Tidak semena-mena, Zico menekup wajahnya dan mula terbahak-bahak ketawa manakala tangan satu lagi menekan perutnya.

 

"Woo Jiho? Huh? Hyung...sepatutnya panggil aku Kim Jiho...A-Aku pun ialah keturunan Kim! Walaupun anak luar nikah, tetapi ayah aku ialah seorang Kim! Sama seperti Kim Taehyung!" Jerit Zico seperti seorang lunatik. "K-Kenapa semua orang gelar aku Woo?! Korang semua memang bodoh nak mampus...spesis murahan tak gunaaa!" 

 

Botol bir yang di atas meja langsung dicapai Zico dan dihempasnya ke atas lantai. Tidak puas dengan itu, botol-botol lain yang masih berisi pun turut menjadi mangsa buatnya untuk melepaskan amarah di dalam hati.

 

"Baik lah, Kim Jiho..." Jin memalingkan tubuhnya menghadap Zico. Mata mereka berpaut buat seketika. Dari hujung rambut ke hujung kaki, Jin mengimbas jejaka yang berdiri terhuyung-hayang di hadapannya itu. "Kim Jiho, aku bagi kau tanya aku satu soalan sebelum aku blah daripada hidup kau...dan lepas tu, aku pula akan tanya kau satu soalan..." 

 

Tangan Zico yang sudah berlumuran darah ekoran daripada aksi membuang botol kaca tadi dibawakan ke mukanya, mengelap titisan air mata yang tidak disedari sudah membanjiri wajahnya. Dengan senyuman yang dipaksa, Zico mula menyoal, "Kenapa kau...memilih untuk menjadi pengurus aku?" 

 

Jin membalas senyuman paksa Zico terhadapnya dengan senyuman yang sama, "Sebab kau ialah...Woo Jiho. Orang pertama yang meletakkan kepercayaan ke atas aku...Kau Woo Jiho, kawan yang paling lama menerima kelemahan aku, yang membuatkan aku merasakan kelemahan itu suatu tiket agar menjadi kawan kau...dan satu-satunya teman yang memanggil aku hyung..." 

 

Suasana tegang tadi menjadi sepi setelah Jin menyampaikan kata-kata daripada hatinya. Dua jejaka itu melarikan pandangan sesama sendiri. Masing-masing melayani perasaan nostalgia di dalam hati.

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
mizzfiona_ #1
Chapter 11: Nice
NightmareJun16
#2
Chapter 1: nice chap! nk tahu mse lalu Dara dgn Zico & Taetae~!
haha..Park Bom jdi pengurus Sandara! xD
waiting your next update! ;D