dua

white
BpGwirH.png
love is a beautiful pain

Bunyi detapan kaki yang melangkah laju bagai menyempitkan lagi saluran pernafasan Dara. “Z-Zico cuba nak ingatkan yang punca kematian Taehyung ialah aku?” Dara mendesis sambil menggigit keras bahagian bawah bibirnya.

 

Langkahnya terhenti di hadapan salah satu papan nisan di bangunan pusara tersebut.

 

‘Kim Tae Hyung’

 

“D-Dia tahu kenapa aku tak dapat nak jelaskan keadaan hari tu…sekarang ni, dia nak humban dekat aku tentang bagaimana kematian abangnya tu ialah salah aku? S-Sepenuhnya? Ahh, tt!” Dara menjerit semahu-mahunya. Tubuhnya jatuh melutut ke atas lantai marmar. Beg tangan pula langsung dibuangnya ke peti besi yang berhampiran.

 

“Apa lagi yang harus aku lakukan untuk menjelaskan dekat semua yang aku tak tahu apa-apa?! Aku buta warna…tak dapat nak bezakan warna darah…takkan lah alasan tu tak mencukupi? Waktu aku datang ke rumah oppa malam tu, o-oppa dah tak sedarkan diri atas lantai…a-aku benar tak tahu apa-apa…” Terketar-ketar dua telapak tangannya menekup wajah yang berlumuran air mata.

 

Sudah hampir setahun Dara tidak ke mari. Dan kalau bukan kerana kenyataan Zico tadi, tempoh setahun itu pasti berganda. Dara berusaha bangkit daripada lumur dosa yang dihambur ke atas dirinya semenjak kematian tragik Taehyung yang mana sehingga ke hari ini, masih belum ada peleraian daripada pihak polis.

 

Dari tepi, Park Bom menggeleng perlahan kepalanya. Seluruh khudratnya, dia memerhatikan saja setiap satu perbuatan Dara semenjak dia menjumpai palang milik arwah Kim Taehyung tadi. Selaku pengurus peribadi Sandara, sedikit sebanyak dia ada juga menyiasat tentang sejarah kehidupan gadis itu dulu sebelum dia bangkit menjadi salah satu kebanggaan di dalam dunia seorang pemain piano. Ternyata, ia adalah suatu 'peristiwa' yang malah dia sendiri berasa terlalu sukar untuk bertanya lebih lanjut.

 

“Sandara Park yang aku kenal bukan begitu, dan aku percaya semua yang berlaku pasti ada cerita di sebaliknya…” Suara Bom berdengung di dalam ruangan yang hanya didiami dua mereka.

 

“T-Tapi orang t-tu asyik kata a-aku yang…” Dua gengaman tangan Dara menghentak longlai ke atas lantai marmar tersebut, sudah tidak kisah andai ia meninggalkan kesan pada jari-jemarinya.

 

Sambil meluru ke arah Dara, tatapan mata Bom fokus sepenuhnya terhadap tangan milik wanita yang bagai lupa akan kepentingan menjaga kesihatan tangan selaku seorang pemain piano. “Stop it woman! You’ll hurt your fingers…” Tangkas sekali, Bom sudah membekukan perlakuan Dara tadi dengan mengunci kedua tangan wanita itu ke dadanya. “Stop…” Masih tegas namun suara Bom lebih lembut daripada tadi.

 

Perlahan-lahan, anak mata Dara yang merah saga itu bertemu pandang dengan Bom. Bibirnya dirapatkan agar tidak mengeluarkan bunyi tangisan namun sekali sekali, esakan lemah dari dalam masih tersisa.

 

“Bom ah, ka-kau tahu t-tak…apa yang p-paling buat a-aku sakit?” Dara menarik tangan kirinya daripada pelukan Bom lalu ditebarkan atas dadanya. Buat beberapa saat, dua wanita itu hanya merenung semasa sendiri. Menarik nafas yang seakan ditahan-tahan dari dalam, Dara mengujar, “O-orang p-pertama yang menjadi kawan a-aku…o-orang yang paling la-lama bersama dengan a-aku, orang-g yang aku su-suka dengan se-sepenuh h-hati aku…” Dara memejamkan mata. Esakkannya semakin ketara dan kuat.

 

“...o-orang tu p-panggil aku…p-pembunuh…”

 

 

Dan tentu sekali dia bukan seorang pembunuh seperti yang dilemparkan oleh Zico namun, entah mengapa, ada sebahagian besar di dalam diri Dara yang berharap agar itu lah kenyataannya. Sekurang-kurangnya dia tidak perlu melalui detik dan saat yang seolah-olah merentung hati nuraninya kerana gagal menyelamatkan Taehyung akibat kecacatannya itu.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
mizzfiona_ #1
Chapter 11: Nice
NightmareJun16
#2
Chapter 1: nice chap! nk tahu mse lalu Dara dgn Zico & Taetae~!
haha..Park Bom jdi pengurus Sandara! xD
waiting your next update! ;D