sepuluh

white
BpGwirH.png
love is a beautiful pain

 

"Orang seperti aku, tak layak...untuk kau korban diri macam tu, Sandara..." Zico membisik perlahan seraya memandang jauh ke pemandangan sungai di hadapannya. Dua tahun lalu, ini lah sungai tempat dia mencampak inhaler milik Taehyung pada malam tragedi tersebut.

 

Seperti yang didakwakan Jin tempoh hari, pada malam itu, dia telah membawa inhaler Taehyung, dan memang tidak silap lagi, dia juga telah membuang benda itu ke dalam sungai. Namun apa yang mereka tidak tahu adalah inhaler tersebut sebenarnya kosong. Sebelum meninggalkan rumah malam itu, Zico melihat ada dua inhaler di atas meja, yang mana salah satunya telah kosong. Niat asalnya ialah mahu menjadikan inhaler itu sebagai sample untuk membeli yang baru dan siapa sangka tindakannya telah disalahfahamkan oleh Jin hanya kerana dia mencampak alat kosong itu ke dalam sungai akibat emosi yang dikaburi perasaan cemburu dan kemarahan.

 

"Kau ialah orang yang memberitahu Sandara bahawa dunia dia sama dengan piano?" Bom sengaja membesarkan suaranya agar didengari jejaka yang sejak tadi terlalu khusyuk dengan nikmat alam di situ.

 

Zico menoleh ke belakang, wajahnya sedikit terkejut melihat pengurus Sandara dahulu berada di situ, malah di tangannya memiliki sekuntum bunga ros putih.

 

"K-Kau ialah...Park Bom, pengurus Dara," ujar Zico dengan pandangan penuh musykil terhadap kehadiran wanita itu ke situ.

 

"Terima kasih...kerana melindungi Dara selama ini. Dan terima kasih kerana membuatkan dia sedar akan kesilapannya..." Setiap ucapan yang terluah dari mulut Bom seperti suatu riwayat.

 

Zico mengangguk sebelum menghadap wanita itu. "Bukan aku yang sebarkan artikel tentang Sandara dan Taehyung...wartawan yang menerbitkannya telah mengekori kami dari penggambaran ke restoran pada hari tu..." Zico cuba menjelaskan, namun ternyata tidak bersunguh-sungguh.

 

"Aku tahu...dan wartawan tu sebenarnya ialah kenalan rapat aku. Dia terlebih dahulu menghubungi aku pada malam sebelum artiket tersebut diterbitkan..." Pengakuan daripada Bom seperti dentuman kilat mengena terus ke dalam teras jantung Zico. 

 

"A-Apa? K-Kau dah tahu y-yang...t-tapi...h-habis tu k-kenapa?" 

 

Walaupun memakai gelap mata hitam namun ia tidak berjaya menghadang titisan air mata yang mengalir merentai pipi mulus Bom daripada menjadi tatapan Zico.

 

"Kerana aku sayangkan Dara...a-aku tak nak dia terus menjadikan semua alasan adalah kerana kau...kerana aku nak dia sedar atas dosanya..." 

 

Pengetahuan baru daripada Bom menjadikan Zico tidak keruan. Dia meluncur laju ke arah Bom, memegang kedua belah bahu wanita itu, memaksa agar berhadapan dan bertentang mata dengannya. "A-Apa maksud k-kau? Apa maksudnya dia jadikan aku sebagai alasan d-dan d-dosa...apa semua ni?" Zico bertanya separuh menjerit.

 

Perlahan-lahan, Bom membuka kaca matanya. Dengan senyuman lemah yang terukir di hujung bibir, dia membalas, "Sandara Park...menyembunyikan inhaler Taehyung yang satu lagi..."

 

Wajah Zico berubah pucat, bahunya rebah kedua-duanya. Tubuhnya ibarat terpukul oleh kata-kata Bom tadi, terundur ke belakang di samping kedua tangan memegang kepalanya yang bagai dijerut oleh besi panas.

 

"T-Tidak...T-Tidak...S-Sandara t-takkan...d-dia..." Tatkala kepala lututnya menyembah bumi, barulah realiti yang lalu mendatangkan kesedaran di dalam benaknya.

 

"Sandara paranoid yang kau akan tinggalkan dia demi Taehyung, justeru dia lakukannya...atas mentaliti yang tidak waras..." Pengakhiran kata-kata Bom membuatkan pandangannya kabur, dan akhirnya, suara terakhir yang bergema di dalam otaknya tidak lain tidak bukan ialah milik Sandara Park.

 

"Jiho ah, adakah orang macam aku...layak mencintai seseorang?"

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
mizzfiona_ #1
Chapter 11: Nice
NightmareJun16
#2
Chapter 1: nice chap! nk tahu mse lalu Dara dgn Zico & Taetae~!
haha..Park Bom jdi pengurus Sandara! xD
waiting your next update! ;D