tujuh

white
BpGwirH.png
love is a beautiful pain

Ada suatu ketika, Seokjin melihat dirinya di dalam Zico, begitu juga sebaliknya. Seorang anak luar nikah, dan seorang lagi anak yatim yang disisihkan orang tua. Dan buat suatu tempoh, mereka berdua menjalani hidup remaja bergelut dengan kenyataan bahawa Kim Taehyung ialah manusia contoh yang tidak mampu mereka tandingi...sehinggalah Sandara Park berpindah ke kejiranan mereka.

 

***

 

Ketika Sandara mula sekali menjejakkan kaki ke sekolah tinggi mereka, dia menjadi topik perbualan yang hangat atas kondisinya yang dipanggil 'buta warna'. Dan sebagai seorang oppa yang prihatin, Kim Taehyung tidak berfikir dua kali sebelum menawarkan diri untuk melindungi gadis yang kurang bernasib baik itu.

 

"Oppa akan sentiasa bersama Dara..." Setiap kali Dara ditimpa musibah, Taehyung akan muncul ibarat putera...

 

Dara hanya mengangguk sambil tersenyum. Jarinya pula membentuk 'OK' sebelum mencapai tangan Taehyung, lalu bersama-sama meluangkan masa.

 

"Uhm oppa? Kenapa oppa selalu bagi hadiah bunga ros dekat Dara?" Memuncungkan bibir, Dara berusia 16 tahun itu semakin galak memprotes di hadapan oppa-nya.

 

Taehyung tersengih senget sambil menggaru kepalanya, "T-Tapi semua perempuan sukakan ros...mustahil Dara tak suka..." Taehyung pula mempertahankan hadiahnya.

 

"Mestilah suka...tapi, " Dara membalas. "Dalam pandangan Dara, semua ros berwarna putih...dan ros putih ialah simbol kematian..." Suara Dara semakin kecil sewaktu berbicara.

 

Taehyung gagal memberikan balasan untuk kata-kata Dara pada hari itu. Buat kali pertama di dalam hidupnya, dia berasa terpukul oleh realiti dunia Sandara Park. Dan tanpa berkata apa-apa, Taehyung berpaling meninggalkan Dara.

 

***

 

Semenjak hari itu, Dara dan Taehyung jarang kelihatan bersama. Kebanyakkan masanya, Taehyung yang akan terlebih dahulu mengelak daripada bersua dengan Dara. Bagi Dara, ini bukan lah perkara yang pertama kali berlaku ke atas dirinya. Kawan yang menjauhkan diri darinya, tidak hanya satu dua orang. Lagipula, keluarganya memang sentiasa berpindah randah, justeru itu, bukan suatu kewajiban baginya untuk mencari teman sekolah kerana lambat laun mereka akan mengucapkan selamat tinggal akhirnya.

 

Dinding putih yang menjadi latar dunia Sandara mulai berwarna semenjak dia mendengar bunyi piano yang dimainkan oleh Zico. 

 

'Woah...hebatnya...rasa macam berada di dalam taman bunga...' bisik Dara di dalam hati. Di dalam dewan besar itu, di tengah-tengahnya terletak sebuah piano. Takdir menemukan dia dan Zico, yang mana piano ialah pengantara mereka.

 

Zico tidak sedar dirinya diperhatikan, tidak sehingga dia selesai latihan, dan Sandara mulai bertepuk tangan dari hujung pintu dewan. Berbeza daripada pelajar-pelajar perempuan lain yang sentiasa menyaksikan latihannya dari dekat, Sandara pula hanya memerhatikan dari jauh. 

 

Daripada hari itu, sudah menjadi rutin Dara untuk menyaksikan latihan piano Zico setiap petang. Sementara pelajar-pelajar yang lain memenuhi ruang di hadapan pentas, Dara berpuas hati dengan hanya mengamati melodi piano dari jauh. Sehari menjadi seminggu, seminggu menjadi sebulan, dan sebulan...berganda, hinggalah bulan yang kedua, Dara secara mendadak berhenti melawat latihan Zico.

 

***

 

Seperti kebiasaan, Zico sampai ke rumah pada waktu hampir makan malam. Pada hari itu, dia diharuskan pulang awal sedikit memandangkan ia merupakan hari lahir abang tirinya, Taehyung. 

 

Hubungan di antara Taehyung dan Zico tidak lah senormal adik beradik yang lain. Walaupun tidak pernah bertelingkah, malah bercakap formal antara satu sama lain, namun mereka juga tidak pernah meluangkan masa bersama selain daripada urusan keluarga.

 

Kalau Taehyung lebih menonjol di dalam persatuan manakala Zico pula lebih selesa menyertai pertandingan sukan dan baru-baru ini, piano. Dari segi akademik pula, mereka tidak jauh tersasar. Namun secara keseluruhannya, Taehyung lebih aktif berbanding Zico.

 

Selesai menjalani doa makan bersama, ayah mereka iaitu Encik Kim mula bersuara, "Taehyung ah, tengah hari tadi ayah berjumpa dengan bekas cikgu piano kamu," 

 

Sejurus selepas perkataan 'piano' dibebaskan dari mulut ayahnya, deria pendengaran Zico menjadi lebih segar daripada biasa. 

 

Taehyung mengangguk malas. Baginya, itu bukan lah sesuatu yang luar biasa. Sewaktu kecil dia pernah menjalani kelas piano di rumah sebagai mengisi masa luang namun tiga tahun selepas itu, dia memutuskan yang bidang piano bukan lah sesuatu yang kekal di dalam minatnya.

 

"Dia kata pertandingan piano 'Everlasting' akan julung kali diadakan di Bandar ni dan-" Belum pun sempat Encik Kim mengular lebih lanjut, Taehyung sudah menebarkan kedua tangannya ke udara.

 

"I'll pass!" Ujarnya laju disertai gelengan kepala yang bersungguh-sungguh.

 

Menyaksikan senyuman yang lebar pada wajah Zico berhadapan dengannya, Taehyung menudingkan jari ke arah adik tirinya. "Bagi peluang tu dekat Zico...dia nampak lebih berminat daripada Taehyung..." ujarnya dengan senyuman yang terukir pelik pada pandangan Zico.

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
mizzfiona_ #1
Chapter 11: Nice
NightmareJun16
#2
Chapter 1: nice chap! nk tahu mse lalu Dara dgn Zico & Taetae~!
haha..Park Bom jdi pengurus Sandara! xD
waiting your next update! ;D