pilot

white
BpGwirH.png
love is a beautiful pain
Wajahnya tampak tenang, namun siapa saja yang melihat tahu betapa Sandara Park mengerahkan seratus peratus fokus demi saat yang ditunggu-tunggu ini. Jari-jemari wanita itu tangkas beraksi di atas papan kekunci piano. Alunan piano yang gemersik kalbu, menusuk roh setiap manusia di dalam dewan resital persembahan khas oleh pemain piano terkenal tersebut.

 

Di penghujung persembahan, air mata mula bertakung di tepi kelopak mata milik Sandara, dan apabila ia berakhir, sebutir air mata menitis meretasi pipi mulus wanita itu.

 

"Orang seperti aku..." Ujarnya perlahan. Sepasang matanya memandang ke arah bunga ros putih yang terletak rapi di atas piano hadapan, seakan-akan sedang berbicara dengannya. "Tak layak untuk menerima cinta kau..."

 

"Aku harap roh kau akan tenang...tenang..." Reaksi gemuruh daripada para penonton tidak diendahkan malah sebaliknya pandangan mata Sandara merenung mati gubahan bunga ros putih yang telah pudar itu.

 

"Orang cacat macam kau...tak.mungkin.akan.berjaya..."

 

Tiap patah perkataan yang diseru oleh teman sekolah tingginya dua tahun lepas bagaikan mentera menghantui siang dan malam kehidupannya. Mahu membuktikan bahawa kata-kata Zico itu salah, Sandara bernafas selama dua tahun kebelakangan ini dengan semangat yang berkobar-kobar. Melebihi segala-galanya, prioritinya ialah agar Zico bisa melihatnya sebagai seseorang yang 'normal', walau itu tidak membersihkan dia daripada dosanya terhadap abang tiri Zico pada dua tahun lepas.

 

"Kim Taehyung, kau pergi macam tu...adalah kerana aku..." Anak mata Dara tidak berkerdip tatkala dia membelai daunan bunga ros yang telah berjatuhan di dalam kaca kristal. Ada sesuatu di dalam redup matanya yang bersifat neutral, bagai bercanggah dengan kata-kata emosinya.

 

DUA TAHUN LEPAS

 

Berhati-hati, Sandara menaiki anak tangga menuju ke kelasnya. Kalau ialah orang lain, menaiki tangga bukan lah sesuatu yang perlu difikiran setiap saat namun buat Sandara, ia merupakan perkara yang serius.

 

"Clear...jalan je, aku akan berada di depan." Suara serak basah seseorang dari tepi serta merta membuatkan pipi Sandara terasa hangat. Kerna Sandara tahu, di dalam dunia ini, hanya ada seorang saja yang mampu menghasilkan reaksi sebegitu daripadanya.

 

Zico.

 

Dan hatinya memekar bagai berada dalam taman bunga. Terus, langkahnya menjadi semakin laju, dan dia tidak perlu terus-menerus melihat saja ke arah kakinya.

 

Sejak kecil, Sandara hanya mengenali satu jenis warna yaitu putih. Langit, pokok, laut, tanah, dan manusia...semua ciptaan Tuhan yang disaksikannya ialah berwarna putih.

 

"Dara!" Seruan satu suara dari arah belakang lantas mengejutkan Sandara. Di saat menoleh, tubuhnya hilang keseimbangan buat seketika. Matanya dipejam rapat dan kedua tangan menebar di udara, mencari sesuatu untuk sokongan.

 

Jantung Sandara mulai berdegup dua kali ganda lajunya apabila dia merasakan kedua belah tangannya masing-masing dipegang oleh dua orang.

 

Zico, dan abangnya Taehyung.

 

"Yah, hati-hati!" Seru Taehyung seraya mengeratkan pegangan tangannya terhadap lengan Sandara.

 

Berbanding dengan abangnya, Zico hanya memegang sekadar yang mencukupi untuk menahan Sandara daripada terbabas jatuh. Zico tidak begitu menggemari 'skin-ship', jarang sekali dia memegang sesiapa melainkan Sandara. Ada segelintir pelajar yang melabelkan dia pemalu dengan kaum hawa, manakala ada pula yang memutuskan bahawa dia menghadapi sindrom putera bersih. Zico malah memiliki pencuci tangan khas yang digunakannya setiap kali sebelum melakukan apa-apa perbuatan, walaupun hanya membuka buku.

 

Secara automatik, Sandara segera meleraikan pegangan terhadap Taehyung namun sebaliknya dia berpaut kepada Zico dari sebelah kanannya.

 

Air muka Taehyung sedikit berubah. Anak matanya dilarikan daripada situ. Sesuatu terasa seperti sedang menghempit dadanya.

 

Ironiknya, Zico juga ialah pemerhati. Di antara mereka, dia tahu bahawa abangnya memendam perasaan terhadap Sandara.

 

***

 

Sandara meneguk segelas air sebelum memakan pil yang disediakan oleh pengurusnya di atas meja kecil tengah-tengah ruang tamu hotel tersebut.

 

"Dara yah, betul ke kau ok ni?" Pengurus Sandara yang bertubuh glamor, Park Bom, dari tadi asyik memandang risau ke arah Sandara. "Kalau betul tak ok, usah tahan lah, kita pergi je hospital, kay?" sambungnya dengan nada bimbang. "Kalau pengsan waktu temuramah, lagi banyak skandal aku kena urus daripada hantar kau ke hospital sebelum apa-apa berlaku..." ujarnya laju seraya menggigit hujung kulit kuku.

 

Sandara menaikkan kening kanannya, dia membalas, "Temuramah apa lagi?" soalnya. Sesaat kemudian, tubuhnya rebah ke sofa. Anak matanya dipejam rapat. Sambil memicit tepi kepala, dia membuka bicara, "Aku dah cakap kan...lepas persembahan ni, no more work..."

 

Park Bom mengetap bibir apabila mendengar kata-kata daripada Sandara tadi. "T-Tapi,"

 

Sandara segera bangkit, dia mengajukan jari telunjuk ke arah Park Bom seraya menyeru, "Kau, Park Bom...pergi cancel semua temuramah sekarang juga...sebelum aku-"

 

"O-Ok!" Laju saja kedua tangan Bom dilontarkan ke hadapan, wajahnya sedikit berkeringat menyaksikan riak muka Sandara yang hampir berubah kepada serigala jadian itu.

 

Baru berjalan beberapa langkah, Bom berpaling semula ke arah Sandara yang kini sudah berposisi di luar beranda. "So, photoshoot dengan artis Woo Ji Ho...yang itu pun kau nak cancel?" Seru Bom.

 

Sepantas kilat, Sandara sudah berada di hadapan Bom sebaik saja nama tadi disebut kepadanya. "W-Woo J-Ji H-Ho? K-Kau kata aku a-ada photoshoot dengan d-dia?" Soalnya seraya memegang kedua belah bahu Bom.

 

Bom menggangguk seperti robot. "Yup."

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
mizzfiona_ #1
Chapter 11: Nice
NightmareJun16
#2
Chapter 1: nice chap! nk tahu mse lalu Dara dgn Zico & Taetae~!
haha..Park Bom jdi pengurus Sandara! xD
waiting your next update! ;D