002

Ajari Aku Cinta
Please Subscribe to read the full chapter

 

Ai pejam mata, berdoa. Waktu rehat memang cikgu ni suka tunjuk taring. Tak payah nak tunjuk, satu sekolah dah tahu taring dia setajam mana. Risau dia akan terkena. Anak muda itu memegang segunung harapan yang namanya tidak akan dipanggil. POSITIF. Dia kan dah tua. Mana dia ingat nama aku.

 

“Ai! Ai!” panggil Cikgu Gundul Bahasa Melayu ketika Ai hendak meninggalkan kelas. Ya! Dia botak macam hutan dah kena balak.

 

Dammit! Tak sampai seminit, harapannya sudah musnah.

 

Ai ambil masa untuk berpaling dan mendapati Cikgu Bakhil tengah tenung tepat ke matanya. Oh! Mata itu. Mata menggoda tapi tak menjadi. Mampus aku! Tatapan macam nak baham anak dara orang. Mula lah, andaian ngeri bermain di dalam otak sendiri.

 

“Awak free ke weekend ni?” soal cikgu seraya menyerahkan beberapa fail berwarna warni kepada Ai.

 

Ai membisu. Dia belek-belek fail entah apa. Kalau aku free pun, takkan aku nak bagi tahu kau. Tak kelas aku nak date dengan botak. Tak pasal-pasal ada gossip liar nanti.

 

Cikgu Bakhil angkat kening. Mengharapkan jawapan.

 

Ai cuba untuk tidak tayang ekspresi geli. Dah tua bangka pun ada hati nak menggatal. Tahulah duda. Tapi, jangan nak ambik kesempatan ke atas budak-budak sekolah. Lebih-lebih aku. Haish! What a bad day! Ai tunjukkan wajah sedingin yang boleh. Petunjuk bahawa dia tidak sudi diajak dating.

 

“Free ke tak?” tanyanya lagi dengan nada manja yang boleh perempuan pengsan. Bukan teruja. Tapi terkejut, kerana baru sedar laki sehodoh itu tahu bermanja-manja.

 

Aik! Tak faham juga!

 

“Tak.” Jawapan dari Ai yang cukup mudah untuk difahami. Melainkan kau bodoh sangat.

 

“Kenapa?”

 

Sebab kau hodoh, tua dan botak. Ai diam saja. Dia cari-cari alasan untuk tampal kebohongannya. Kalau aku cakap aku nak jaga rumah, nanti tak pasal-pasal cikgu tu nak lawat rumah pulak. Bahaya!

 

“Hmm… Kawan saya ajak jalan.”

 

Cikgu Bakhil malah tersenyum.

 

“Awak ada kawan ke?”

 

Ok. Jackpot.

 

“Bukan urusan cikgu pun sebenarnya. Nak saya ada kawan ke tak? Cikgu bapak saya ke?” Ai mula bengang. Ye lah. Aku ada kawan ke tak da, none of your business okay?

 

“Urusan cikgu la. Dah cikgu sayang awak.”

 

! Hit jackpot no. 2.

 

 

 

“Dah cikgu sayang awak”

 

Tepis-tepis. Jangan ingat balik kenangan buruk. Geli rasanya. Macam orang pesakit mental cuba bermain cinta. Sungguh tak padan.

 

Ai berjalan cukup pantas. Rimas dengan keramaian. Dia tak suka waktu rehat sebab dia pasti akan diganggu Cikgu Bakhil. Tu satu. Dua, dia tak suka tempat yang ada banyak orang. Dengan suara berselang seli menusuk telinganya, dia rasa mudah cemas. Dalam fikirannya seolah-olah, ada banyak mata yang memandang seda

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
KeiYin #1
Chapter 22: Update soon
QuincyOat
#2
akak, saya confius kejap. ni citer yang ada watak Sota dulu kan? tapi saya lupa apa tajuk dia.