017

Ajari Aku Cinta
Please Subscribe to read the full chapter

Selesai sesi perbincangan dengan Cikgu Bakhil di kelas 4 SASTERA, Hanbin dan Ian berjalan lambat-lambat di koridor sekolah. Cikgu hanya nak beritahu tugasan tatabahasa yang kena dibuat minggu depan masa cikgu tak ada. Dan budak tu tak ditemui di dalam kelas. Kiranya, sia-sia saja Hanbin  ikut Ian sampai ke situ. Bazir masa. Bazir tenaga.

 

“Kenapa beria-ria sangat nak ikut aku jumpa Cikgu Bakhil?” tanya Ian seraya memasukkan tangan ke dalam poket. Berjalan dengan penuh cool dan gayanya melintasi tangga utama satu. Sedangkan, sudah boleh naik ke kelas dengan tangga tu. Tapi, nak makan masa lagi lama. Pilih la tangga jauh-jauh.

 

Hanbin bungkam. Dia setakat mengulum senyuman nipis. Untuk apa senyum? Tak pasti. Mungkin sebab dia tak ada alasan cukup kukuh tanpa harus beritahu kebenaran.

 

“Kau ada nak usha awek dalam kelas tu ke?” teka Ian. Hanbin, kalau sehari tak usha awek memang tak sah.

 

“Ish. Buat pe? Awek yang usha aku ada la.” Hanbin tabik dada, bangga.

 

“Ek eleh. Ingat kau sebijik je kena usha. Aku pun kena gak.” Ian cuba tegakkan hakiki bahawa dia tak lebih kurang hensem macam Hanbin. Memang Hanbin tu hensem sehinggakan dia sendiri bagai tak dapat nak lepas dari pelukan Hanbin.

 

“Usha kau sebab hodoh sangat kot.”

 

“No way. I take handsomeness to another level you know?”

 

“Diam la. Dah punya girlfriend tu, jangan nak menyibuk sangat.”

 

“Apa ni? Jeles ke?” Suara Ian penuh ejekan. “Huhuhu. Orang single memang jeles.”

 

“Aku sapu Si Farhana tu kang baru kau tau,” ugut Hanbin. Setakat ugutan kosong, siapa takut?

 

“Alrite. I take Patty then.”

 

“Ambik la. Kalau bernafsu sangat tu ambik la.”
 

“Apasal macam marah ni bila aku sebut pasl Patty?” Nada Ian meleret. Nak kenakan si Hanbin lagi. Dia memang tahu Hanbin dan Patty dah kenal cukup lama. Dan dia tahu Hanbin ni banyak skandal dan mungkin atau memang takkan mungkin simpan perasaan pada Patty. Susah nak teka. Hanbin pandai pendam perasaan.

 

“Tak. Tak. Banyak lagi minah cantik dari dia kat sekolah ni. Yang lagi slim and seksi, of course. Tak de cam drum macam dia tu.”

 

“Eh! Patty tu charming apa?”

 

Hanbin rengus. Tak habis-habis Patty ni. Kau minat ke apa ha? “Kau putus la dengan Farhan, ambik Patty tu.”

 

“Mana boleh macam ni. Belum cukup puas lagi dengan Farhan. Apa kata aku usha awek 4 SASTERA? Mana tahu ada yang sangkut.”

 

Hanbin tak menjawab. Dia tak beri apa-apa reaksi. Macam tak seberapa berminat. Hei, sejak bila kau insaf bab-bab awek ni?

 

Ian kerling Hanbin, menyampah lalu ketawa. “So, I bet you like someone in 4 SASTERA right?”

 

Hanbin sengih. Bukan minat, just you will learn bout this soon or later Ian. Satu fakta yang tak da orang tahu keculia aku dan ‘dia’. Ian, lantak kau je buat ramalan.

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
KeiYin #1
Chapter 22: Update soon
QuincyOat
#2
akak, saya confius kejap. ni citer yang ada watak Sota dulu kan? tapi saya lupa apa tajuk dia.