Novel Review Malay

Please Subscribe to read further chapters

Description

Shalloms~ 

Aku bukan per-review professional. Hanya pembaca novel biasa yang ingin menyuarakan pendapat. Aku tahu, gaya penulisan aku tidak sempurna. Jadi aku tidak akan menyentuh soal itu kerana bagi aku setiap insan punya cara masing-masing. Dan aku, sebagai seorang manusia yang tidak sempurna tidak ada hak untuk mengkritik cara penulisan orang lain. 

Semua manusia itu unik.

Sebab apa?

Kita harus belajar untuk  mendalami gaya penulisan seseorang penulis. Dan bukannya penulis itu yang harus mendalami cita rasa kita. Jadi, saya rasa, saya hanya akan menceritakan keberkesanan  plot tersebut dalam membina pemikiran saya supaya menjadi lebih superior.

Saya bukan peminat cerita cinta komedi. Jujur, saya katakan, banyak yang terlalu cliche. Kahwin-paksa, berlagak boyfriend-girlfriend, dah putus-jadi couple balik. Cerita macam ni melambak di AFF. Saya tak kata, kisah seumpama ini tidak menarik. Masih menarik tapi saya lebih berminat dengan genre

MISTERI 

PEMBUNUHAN

SERAM

JENAYAH

PSIKOTIK

MIND

SCI-FI

AKSI

PENYIASATAN

* FIXI publisher terbaik dalam genre seperti yang dimaklumkan di atas dan merangkap sebagai publisher yang paling saya sukai.

 

Cerita yang mewajibkan otak saya untuk berfikir apa? siapa? kenapa? bagaimana?

 

Tapi, kalau ada sesiapa yang berminat untuk promote NOVEL romantik-komedi atau genre-genre yang dinyatakan di atas, saya masih alu-alukan. Hanya saja, saya ni slow-reader. Buku yang 300 muka surat pun ambil masa sebulan nak baca ni apatah lagi 600 ke atas muka surat. Mungkin makan masa lama sikit.

 

WARNING : CITA RASA ORANG BEZA-BEZA. MUNGKIN APA YANG BEST BAGI SAYA  TU TAK BEST BAGI ANDA DAN SEBALIKNYA.

Foreword

Tujuan Review Novel ini dibuat adalah untuk memberikan pandangan tentang novel-novel yang pernah dibaca sekali gus memberi panduan kepada para pembaca sama ada berbaloi tidak membeli novel itu. 

GENRE : MISTERI, CINTA (JIKA SAYA RAJIN). PERSAHABATAN, AKSI, PENYIASATAN, PEMBUNUHAN, PSIKOTIK. MIND, JENAYAH, SERAM, KOMEDI, MISTERI.

 

Sila berikan cadangan anda berkaitan novel yang anda minat atau ingin diulas dalam ruang komen :) 

Terima kasih 

Comments

You must be logged in to comment
kwonShinHye
#1
Kat rumah saya ada banyk buku fixi-i love fixi alot..sbb saya x suka love story sangat...saya lebih prefer buku fixi kelabu, gantung by Nadia khan. Sebb best..
Asrama pun best..
Wonderfullife_
#2
Chapter 1: wow , tak sangka aku akan jumpa orang yg baca buku FIXI kat sini juga.

Anda telah pilih buku yang menarik untuk di reviewkan xD .

Aku peminat buku FIXI ~ buku FIXI semua best , serious talk.kekadang buku cam ni memang menguji gila minda untuk berfikir, otak pon boleh tumbuh otot asyik dok fikir apa yang akan terjadi seterusnya.

Review la sekali buku KACAU atau PAKAR atau MEREKA atau ROMANTIS kalau sudi hahaha tak paksa xDD

apa2pon teruskan review anda ,ia sangat menarik.