The Day's Blood

Description

1823, London, England

 

kris-exo.jpg

 

Kris as Kris Etenthskel

 

Kris Etenthskel seorang bangsawan dan berasal daripada generasi ke-3 keluarga Etenthskel. Enthskel adalah keluarga konglomerat yang tinggal di Kota London. Kris adalah satu-satunya generasi yang masih tersisa setelah kejadian pembunuhan berantai keluarga Etenthskel.  Dia ialah seorang pemimpin Kingdom Foundation, perusahaan pembekal kapal di London. Seseorang yang mementingkan diri sendiri, sombong, bercita-cita tinggi dan angkuh. Kris meletakkan harga pada setiap permintaan tanpa belas kasihan

 

 

ahn_jaehyun__png_render__by_bymadhatter-

 

Ahn Jae Hyun as Cayv Aleirsay

 

Cayv Aleirsay, sahabat karib kepada Kris sejak usia 14 tahun. Dia berasal daripada keluarga yang mempunyai intelektual tinggi dan kebanyakkannya menjadi ahli falsafah. Kris amat bergantung kepada Cayv kerana ketangkasannya dalam pertempuran pedang. Hanya Cayv sahaja yang tahu bahawa Kris adalah manusia setengah iblis. Seseorang yang suka menggoda wanita, bijak dalam bidang perubatan dan patuh akan arahan Kris.

 

 

London tidak seindah seperti yang dibayangkan. Di pagi hari, ia merupakan kota tersibuk dan tempat persinggahan pedagang antarabangsa. Namun, di malam hari, kota itu diancam oleh golongan Night Walker. Night Walker terbahagi kepada tiga iaitu yang menakutkan : Hippogriff, yang menyeramkan: Centaur, yang disegani: Serigala.

 

 

Hippogriff adalah ciptaan mistik yang mempunyai dua kaki burung pencengkeram, sayap, kepala seekor burung helang, badan seekor kudan dan mempunyai ekor.

 

 

Centaur adalah mempunyai tubuh selengkap manusia tetapi dicantumkan dengan seekor kuda serta mempunyai pemikiran layaknya seperti manusia biasa.

 

 

Serigala pula boleh berubah wujud. Pada pagi hari, mereka hidup seperti manusia namun pada malam hari mereka akan menjadi seekor serigala untuk mencari mangsa.

 

 

 

“There are only two ways to live your life. One is as though nothing is a miracle. The other is as though everything is a miracle.”

Foreword

Prolog

 

“Tolong aku..” pinta seorang anak kecil berusia 10 tahun, lemah. Tubuhnya yang sudah lebam dan suhu yang membahang menyebabkan dia sukar bernafas. Dia ingin melarikan diri, tetapi tidak mampu. Pergerakannya hanya terhad di dalam kamar itu sahaja.

 

Ya –Dia terkurung di dalam sangkar seperti burung. Dianiaya seperti banduan. Tulang rusuknya yang hancur menyebabkan dia semakin sukar untuk bergerak.

 

Pintu ditolak perlahan-lahan, menyebabkan si kecil itu terbangun.

 

“Kenapa kau tidak –“

                                                               

“Shh.. Kris, aku datang untuk tolong kau.”

 

Satu suara yang samar-samar kedengaran menyapa halwa telinga Kris. Dia cuba meraih keluar tangan sebuah kelibat hitam dari dalam sangkar. Kelibat hitam itu bercahaya merah dan tidak begitu jelas wujud tubuhnya

 

“Tolong aku!”

 

“Baiklah. Tetapi, di dunia ini, tidak ada yang percuma. Apa yang akan aku dapat jika aku tolong kau? Setiap benda ada harga, Kris,” tanya kelibat hitam itu.

 

Kris terdiam seketika, “Jiwa aku.”

 

“Kau jual jiwa kau dekat aku?” tanya kelibat itu sekali lagi, perlukan kepastian.

 

“Ya."

 

Kris menghulurkan tangan agar dapat mencapai kelibat hitam itu.

 

Huluran tangan kecilnya diterima dan digenggam erat,“Baiklah. Kau nak aku buat apa?”

 

“Bunuh mereka semua..”

 


 

 

 

Comments

You must be logged in to comment
misz_dina #1
Chapter 1: Daebak! I like this nice story.update soon,okay?
GreenDecember #2
Mengingatkan sy pada cerita black butler aje...kalu x slaplah...kekeke...
HeavenDelight
#3
Wow...daebakla..dongeng ke betol semua makhluk aneh tu???btw,this story sgt menarik!