File 000#

The Day's Blood

8:00 a.m, London

 

Pancaran suria di pagi ini telah menggantikan awan mendung yang setiap hari membasahi bumi pada malam hari. Langkah tenang diatur, menuruni anak tangga seraya membuntangkan kolar baju kemejanya. Kris merenung para pembantu rumah yang sibuk membersihkan ruang tamu pada ketika itu.

 

“Aku nak ke Bandar hari ni,” tutur Kris.

 

Cayv yang sedang melahap beberapa sosej itu berhenti seketika, “Breakfast?”

 

Kris menggeleng, tidak berselera untuk makan pagi. Sejujurnya, lelaki itu bukannya tidak berselera tetapi malas hendak makan di pagi hari. Lagi pula, makanan yang dihidangkan senantiasa sama. Dia sudah cukup bosan dengan semua itu.

 

Cayv diam, memerhatikan Kris yang meraih buku “Pride and Prejudice” karya Jane Austen.

 

“Kau kenapa? Kenapa tenung aku macam tu?” tanya Kris.

 

Cayv segera menggelengkan kepala laju, “Tak ada. Buku tu? Mana kau beli?”

 

“Aku tak ingat.”

 

“Okay..”

 

Kris meraih jam poket miliknya. Dibuka penutup jam itu dan mendapati jarum jam sudah pun menunjukkan pukul 8:10 pagi. Kris mengira masa perjalanan dari rumahnya ke bandar sebelum menetapkan masa.

 

“Aku nak jalan pukul 8:30,” bicara Kris seraya membuka bukunya.

 

Cayv mengangguk. Cepat-cepat dia menghabiskan sosej dan telur goreng yang masih tersisa di atas pinggan. Dia tahu Kris akan sangat marah kalau mereka terlambat. Lelaki secermat Kris tidak boleh bertolak ansur. Jika yang ‘itu’ yang diiginkannya, ‘itu’ juga yang harus didapatkannya.

 

 

 

8:50, London Square

 

“Kris! Kris! Tengok ni. Cantik kan?” Cayv memperlihatkan rantai  berhuruf  ‘C’ yang dijual oleh pedagang kaki lima di kawasan tersebut. Kris tidak memberi jawapan. Dia hanya meneliti barang-barang di kawasan tersebut. Ternyata, semuanya tidak berkualiti.

 

“Kau nak beli barang bermutu rendah macam tu?” tanya Kris.

 

“Err….” Cayv mercerlung perempuan tua di samping Kris. Dia tidak tahu hendak balas apa. Kata-kata Kris sudah cukup menyakitkan hati wanita berumur itu. Namun, setelah difikir dua tiga kali, dia kembali menyerahkan rantai itu kepada pemiliknya.

 

“Maaf.”

 

Ucapan terakhir Cayv kepada pedagang kaki lima itu sebelum mengejar Kris yang sudah jauh di hadapan. Kris seolah-olah mencari sesuatu tetapi dia kurang pasti apa yang hendak dicarinya. Setiap kedai sudah dikunjunginya tetapi kehendaknya masih juga belum termakbul.

 

“Kau cari apa ni? Tu bukan? Ni bukan? Habis, apa?” soal Cayv dengan nada kesal. Kakinya lenguh membuntuti Kris ke sana ke mari. Biasanya, Kris tidak suka ke bandar. Tetapi, kali ini, seolah-olah ada daya yang menarik lelaki itu untuk ke tempat sesibuk ini.

 

“Aku rasa benda tu tak dijual…” bisik Kris.

 

“Hish ! Benda apa?”

 

Kris berjalan ke hadapan tanpa menghiraukan pertanyaan Cayv sambil memandang ceruk lantai. Di manakah cincin itu? Takkanlah tidak ada seorang pun yang menjumpai cincin permata tersebut. Kris meraup-raup, dagunya, masih lagi bingung.

 

“Ouch!”  Seorang lelaki berbadan besar sasa menggosok bahunya apabila tergesel dengan bahu Kris.  Riak wajah lelaki itu jadi serba salah tatkala terpandang dahi Kris yang sudah berkerut seribu.

 

Sir, are you alright?” Lelaki itu bersuara.

 

“Okay.” Kris ingin berlalu pergi tetapi tanganya ditarik oleh seseorang. Kali ini, lelaki lebih muda tetapi berjanggut tebal pula yang menghampiri Kris. Mungkin sahabat kepada lelaki bertubuh besar sasa tadi?

 

“Kris kan! Kris Etenthskel.”

 

“Ya. Siapa?” tanya Kris, perlahan.

 

You are the head of Etenthskel’s family. Tak sangka terjumpa awak dekat sini, Tuan Kris.”

 

Yeah.  Do I know you?”

 

Lelaki itu tersenyum manis sebelum mengeluarkan sesuatu dari dalam poket seluarnya, “Saya Ketua Polis Kota London, Wiber Bejme.”

 

“Oh…”

 

“Dan awak mesti Cayv Aleirsay?” Jari telunjuk Wiber diarahkan kepada Cayv yang berdiri di samping Kris.  Cayv terpinga-pinga pada mulanya tetapi akhirnya mengangguk juga.

 

“Macam mana awak boleh kenal saya dengan Tuan Kris?” Sengaja Cayv menekankan kata ‘Tuan’ itu di hadapan Kris. Dia tahu Kris tidak suka jika gelaran ‘Tuan’ dikenakan kepadanya. Katanya, nama itu terlalu rendah untuk digunakan kepadanya. Gelaran yang sepatutnya adalah ‘Master’ dan bukannya ‘Tuan’.

 

“Mestilah. Siapa tak kenal Kris, pemilik Kingdom Foundation dan Caryv keturunan  ahli Falsafah England?”

 

Cayv tersenyum-senyum kerana berasa megah. Sememangnya, darah ahli falsafah mengalir dalam dirinya namun dia tidaklah sebijak mana pun kalau hendak dibandingkan dengan Kris. Kris boleh dikatakan lelaki sempurna.

 

Hanya satu sahaja kekurangan lelaki itu, dia tidak mempunyai perasaan. KOSONG.

 

By the way, Kris. Saya ada dengar banyak pasal awak.”

 

“Saya? Kenapa dengan saya?” soal Kris.

 

Wiber terbatu seketika sebelum mengeluh kecil, “Baik, kita bincang di tempat lain.”

 

Cayv ingin mengikut Wiber namun cepat-cepat ditegah oleh Kris, “Sorry. We are in hurry.”

 

Please?” mohon Wiber.

 

Kris menghempaskan keluhan, “Fine.”

 

 

 

9:20, Vernon Van New Restaurant

 

 

Wiber memandang Kris dan Cayv silih berganti. Dia tersenyum memandang wajah Kris yang benar-benar serius. Selama ini, dia tidak pernah melihat Kris tersenyum mahu pun tertawa. Adakah kejadian pembunuhan berantai itu menjadi penyebab Kris seperti ini?

 

“Kau sebenarnya nak bincang pasal apa?” Terus sahaja Kris ke pangkal permasalahan, tidak suka berbasa-basi apatah lagi membazir masa.

 

“Oh! Okay!” Wiber mengeluarkan beberapa dokumen penting dari dalam briefcasenya sebelum diserahkan kepada Kris.

 

“Apa ni?” tanya Cayv.

 

“Kami, pihak polis tengah menghadapi masalah. Sebuah perkampungan kecil di hujung kota mengalami masalah di mana banyak penduduknya menghilang terutamanya kaum perempu –“

 

“Kau yakin ni bukan kerja Night Walker?”

 

“Bukan. Kami sudah siasat seluruh kawasan di kampung tu tapi tidak ada satu pun tanda Night Walker pernah masuk ke wilayah tersebut. Lagi pula, menurut penduduk tersebut, desa itu terlindung daripada ancaman Night Walker.”

 

Kris meneliti dokumen itu , “Apa nama kampung tu?”

 

“Enochville.”

 

“Berapa orang yang hilang setakat ni?” soal Cayv seraya menghirup coklat panas yang dihidangkan di atas meja.

 

“10 orang.”

 

“Mereka semua bukan warga asli Enochville?” soal Kris sekali lagi apabila mendapati satu kejangalan pada profil mangsa.

 

“Kebanyakannya. Tapi, Rusilla dan Malgaret pada halaman 7 adalah warga asli Enochville.”

 

Kris menutup dokumen itu lalu menyilangkan kakinya, “Jadi, kau nak aku buat apa?”

 

“Eh…?”

 

“Apa eh? Apa kaitan semua benda ni dengan aku?”

 

Wiber menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal, “Kami..Kami nak minta tolong awak selamatkan budak-budak ni.”

 

“Baiklah. Tetapi, di dunia ini, tidak ada yang percuma. Apa yang akan aku dapat jika aku tolong kau? Setiap benda ada harga, Wiber?” tanya Kris.

 

Kelu lidah Wiber mendengar pertanyaan Kris itu. Dia jadi tidak keruan. Gulp !

 

“Nyawa kau? Jiwa kau? Roh kau? Apa?” Menurut Kris, di dunia ini tidak ada yang percuma. Cinta? Kebahagian? Semuanya itu perlukan sesuatu, pengorbanan dan terkadang wang.

 

Dia hidup seperti ini, sehebat sekarang ini adalah pengorbanannya sendiri. Tidak pernah dia mengharapkan orang lain untuk membina kebahagian hidupnya.

 

“Aku akan bayar dengan duit !” jawab Wiber.

 

“Berapa?”

 

“Kau nak berapa?”

 

“1000 Pounds.”

 

Sure.” Wiber menghulurkan tangannya kepada Kris. Dengan selamba, Kris menyambut huluran tangannya itu tanda setuju.

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
misz_dina #1
Chapter 1: Daebak! I like this nice story.update soon,okay?
GreenDecember #2
Mengingatkan sy pada cerita black butler aje...kalu x slaplah...kekeke...
HeavenDelight
#3
Wow...daebakla..dongeng ke betol semua makhluk aneh tu???btw,this story sgt menarik!