022

Ajari Aku Cinta
Please Subscribe to read the full chapter

 

“Woi. Laki mana leh main kasar.” Hanbin tendang punggung Andhika sehingga laki itu terdorong ke depan. Jatuh, terduduk.  Tangan pada rambut Ai dilepaskan. Gadis itu masih belum berdiri. Terkesima mungkin. Bila tengok ada laki macam tu kat perempuan, jiwa kelakian Hanbin sedia memberontak.

 

“Sibuk la kau, Hanbin!” marah Andhika. Dia bangkit selepas menyapu debu pada seluar sekolahnya.

 

Hanbin senyum, mengejek. “Mana ada penyibuk. Just a knight in shining armor.” Dia pandang Ai sekilas. Melting lah tu. Aku tahu aku nampak gagah perkasa masa ni so, tak payah la nak tenung macam tu sekali.

 

Jihwan bergegas ke arah Ai. “Kau okay tak?”

 

Ai angguk tapi mata tak boleh lepas pandang ke arah Hanbin. JANGAN NAK PROVOKE DIA, HANBIN!

 

“Face this man. Laki yang tak macho ialah laki yang pukul perempuan. Anda setuju?” Hanbin toleh ke  arah Jinhwan. Jinhwan angkat kening. Dia kembali berdepan dengan Andhika . “Apamacam? Kau setuju ke tak?”

 

“Memang la. But, benda tu akan jadi berbeza kalau aku tak view dia tu sebagai seorang perempuan kan?” Andhika pandang Ai, tunjuk muka keji. Ai buat muka selamba macam biasa. CEH! Pandai pulak dia maintain riak!

 

“Dah la tu, Dhika. Muak pulak aku tengok kau ni. Kalau kau dah boring hidup, kau terjun je la.” Hanbin beri cadangan. Bosan sangat lah tu sampai tak tahu nak pilih hobi apa ; kasar kat pompuan pandai pulak.

 

Andhika layangkan penumbuk sulung tepat ke arah pipi Hanbin. Memang sakit. Hanbin tertolak ke kiri. Sempat juga dia meludah. Tetiba je nak marah ni pasal? Hanbin tak tinggal diam. Dia balas balik tumbukan Andhika dengan satu tendangan yang tak kalah kuat.

 

Masing-masing saling melemparkan tendangan dan tumbukan. Darah mula menitis. Darah dari mata Hanbin. Darah dari bibir Andhika. Rasanya semua tu belum cukup selagi tak da sesiapa nak mengalah. Ai pandang Jinhwan beri isyarat kau-apahal-tercegat-dekat-sini? Tolong ar!

 

Jinhwan geleng.  “Tak.. Aku tak dapat..” Dia takut..Bukan takut dekat Andhika tapi takut benda yang terjadi dekat Paznik terulang semula. Dan orang-orang yang dia sayang dapat bahananya.

 

Hanbin dah terbaring di atas lantai. Menanti saja, tendangan Andhika yang seterusnya. Ai tak boleh tinggal diam. Dia tolak Andhika ke tepi dengan tubuh kecilnya. “Dah! Jangan pukul dia lagi!!” marah Ai. Tangannya diletakkan pada wajah Hanbin. Parah  dah muka kau ni.

 

“Apahal kau nak pergi menyibuk ni perempuan!!” Andhika nak tolak tubuh Ai ke tepi tapi Hanbin tepis cepat-cepat. Kan aku dah kata jangan kasar sangat dekat perempuan.

 

Ai bangkit lalu merenung tepat ke mata Andhika. Renungan yang buat bulu roma naik gerun. “I’ll

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
KeiYin #1
Chapter 22: Update soon
QuincyOat
#2
akak, saya confius kejap. ni citer yang ada watak Sota dulu kan? tapi saya lupa apa tajuk dia.