001

Ajari Aku Cinta
Please Subscribe to read the full chapter

 

 

Ai dah bosan hidup macam ni. Hidup macam tak ada erti. KOSONG. Rasa badan terkurung walau mata bebas meliar. Burung lagi bebas. Mungkin yang terkurung tu bukan mentally tapi physically. Dia pandang pelajar lain, rancak berbual. Dan dia tidak lebih kurang seperti boneka puppet  yang hanya boleh dikawal. Macam bodoh. Nasib otak tak ikut bodoh sekali.

 

Cemburu juga terkadang bila orang lain hidup macam tak kenal resah, dia pula terlalu terikat dengan resah. Apa punya hidup hampeh macam ni. Baik tak payah hidup. Ai mengeluh kecil lalu menyembankan wajah di atas meja. Lantaklah! Ni kes puberti je ni or nak period. Kalau laki pun boleh jiwang takkan perempuan tak boleh berdramatik gini. AH! BOSANNYA! Kepala dipusing untuk tengok tingkap. Tak sia-sia jugak duduk tepi tingkap ni. Ada banyak benda boleh tengok.

 

Hari pertama sekolah langsung tak ada progress. Dia masih seperti dulu. Terikat dengan masa lampau. Anti-social freak, weirdo, psycho, perempuan gila. Macam-macam nama gelaran yang buat dia femes. Thanks to that dia cukup terkenal dekat sekolah. Mungkin salahnya juga tak cuba terima kawan baru, persekitaran baru dan hidup baru. Atau salah orang lain sebab tak cuba ajar dia benda-benda baru. Asyik buat dia terperap dalam kelas. Atau mungkin… salah kedua-duanya.

 

Ai tak pasti. Dia ingin hidup macam orang lain juga tapi lebih baik memilih untuk jadi diri sendiri.

 

PANG!!

 

Ada sesuatu yang menghentak meja. Terkejut tetapi tetap bertenang. Ai angkat muka tak berperasaan, lambat-lambat. Pagi-pagi dah buat kecoh meja orang. Jangan-jangan minah tu lagi…..

 

Heh, apa ni? Anak teruna siapakah depan mata aku ni?

 

“Aku Jinhwan!” Senyuman lelaki itu melebar hingga ke telinga. Tangan sudah dihulurkan, ingin bersalaman. Mesra gila bunyi bicara macam dekat customer service. Kot kot ni lagi mesra.

 

Tak payah nak disoal siapa kau? Dia sudah memperkenalkan diri. Huluran itu tidak disambut.

 

“Oh.” Pendek balasan Ai. Ketara tak berminat. Kepalanya kembali dibenamkan di atas meja.

 

“What?!!” Meja dihentak lagi. Kali ni, lebih kuat. Tak boleh jadi, takkan aku yang spectacular hensem ni tak kena layan hei!

 

Ai angkat kepala. Hish! Kacau la!! Kalau nak main drum tu pun jangan la nak aim meja anak dara orang. Main jauh-jauh sana! Sempat dia mengaduh kecil kerana telinganya berdesing. Efek hentakan. “Apa masalah kau? Apa kau nak?”

 

Lambat-lambat lelaki itu hendak membalas. Tersipu-sipu buat beberapa saat. “Nak berkenalan.”

 

“Ha. Tak malu.”

 

Jinhwan senyum lagi. Masih sama pun dengan senyuman tadi. “Buat apa nak malu? Tak salah kan nak berkenalan dengan perempuan lawa.”

 

Wah! Wah! Pandai nak mengurat pulak. Don’t worry, I’m not easy woman. Play hard to get.

 

“Banyak lagi pompuan cantik kat sini.” Ai tayang muka menyampah. Dia tak ada ayat lain yang lebih kreatif

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
KeiYin #1
Chapter 22: Update soon
QuincyOat
#2
akak, saya confius kejap. ni citer yang ada watak Sota dulu kan? tapi saya lupa apa tajuk dia.