7 bulan(Son Eunrim)

Dia...Isteriku

(SEBULAN SELEPAS ITU)

Setelah sebulan perjanjian mereka sedang di jalankan, Seokjin semakin menjauhkan dirinya daripada Hyenim, mereka tidak banyak berbual seperti dahulu, mereka hanya menjalankan tugas masing-masing, Hyenim mengambil beg tangannya apabila bunyi enjen kereta kedengaran, dapat di lihat si pemandu keluar dari keretanya. 

Hyenim membuka pintu rumahnya, si pemandu tersenyum ke arah Hyenim, Hyenim membalas senyuman tersebut.

"Noona!"

Taehyung melambaikan tangannya ke arah Hyenim, Hyenim menggeleng dan keluar dari rumahnya lalu mengunci pintu pagar rumahnya untuk keselamatan.

"Noona kena hati hati."

Ujar Taehyung sambil memimpin Hyenim masuk ke dalam kereta, Hyenim hanya tersenyum melihat kelakuan Taehyung terhadapnya.

"Minggu depan, maybe....Seokjin Hyung balik, so...minggu ni...Tae-Tae kena Jaga Noona la."

Ujar Taehyung sambil mengukir senyuman dan memandu keretanya, Hyenim hanya mengangguk dan melihat keluar tingkap.

"Noona dah ready ke nak check up baby?"

Soal Taehyung yang sedang fokus memandu, Hyenim mengangguk dan hanya mengukir senyuman.

(DI KLINIK)

"Macam mana dengan keadaan kakak ipar Saya doktor?"

Soal Taehyung sambil menatap wajah doktor Lee, doktor Lee hanya tersenyum.

"Keadaan dia stabil, tidak ada apa yang perlu di bimbangkan, tapi..buat Masa ni seeloknya biar kan dia berehat dululah, jangan biar kan dia membuat kerja yang berat."

Jawab doktor Lee sambil tersenyum manis, Taehyung mengangguk tanda faham apa yang doktor Lee arah kan.


 

#BEBERAPA JAM KEMUDIAN#

(DI CAFE)

"Hello sir, may I take your order?"

Taehyung yang  sedang melihat handphonenya, terus mengangkat kepalanya untuk melihat ke arah empunya suara tersebut, dapat di lihat seorang gadis sedang mengukir senyuman buatnya,matanya telah berbentuk eyes mile, kulit mukanya berwarna seputih susu,  timbul lesung pipit di pipinya apabila ia mengukir senyuman,rambut panjang gadis itu di ikat sanggul, ianya tampak kelihatan kemas dan Comel di mata Taehyung, pen berserta buku nota kecil sudah tersedia di tangan gadis itu untuk mengambil pesanannya.

"Err....I want...a.....caramel macchiato..and.....chocolate shortcake...."

Kata Taehyung segan silu, mata Taehyung beralih ke arah Hyenim yang dari tadi melihat ke arah gadis itu.

"Noo-noona, Noona nak apa?"

Hyenim terhenti dari lamunannya, lalu melihat ke arah Taehyung.

"Noona nak...mocha dengan..strawberry cheesecake.."

Ujar Hyenim dengan ragu-ragu, gadis itu terus berkata 'sila tunggu sebentar' dan terus berjalan meninggalkan mereka berdua, mata Hyenim langsung tidak beralih daripada melihat gadis itu sama seperti Taehyung.

'Cantiknya dia..'

Bisik hati Taehyung.

'Itu bukan ke..?'


(MALAM ITU)

"Annyeong Hyung~"

"Annyeong Taehyung ah~"

Jawab Seokjin di dalam talian Taehyung hanya tersengih seorang diri.

"Hyung tengah buat apa tu?"

Soal Taehyung manja, mulutnya sengaja di muncung-muncungkan, Seokjin hanya ketawa di dalam talian.

"Hyung tengah siap kan kerja ni, mana Hyenim Noona? Dia dah tidur ke?"

Soal Seokjin di dalam talian, Taehyung mengangguk.

"HaA, dia dah tidur.."

"Tae ada bagi dia minum air susu tak sebelum tidur?"

"Dah...semuanya dah beres, Hyung jangan risau.."

"Tae dah tolong Noona buat semua kerja rumah?"

"Dah Hyung.."

"Hyenim Noona okey kan? Dia tak ada apa-apa kan? Dia tak pengsan kan?"

Taehyung mengetap bibir geram, dia tidak menjawab pertanyaan Seokjin.

"Tae dah-"

"Hyung!"

Percakapan Seokjin terpotong apabila Taehyung menengkingnya, Taehyung menghela nafas berat sebelum ingin memulakan perbicaraannya.

"Betul ke Hyung nak terus kan perjanjian ni?"

Soal Taehyung dengan serious, terdengar keluhan kecil di dalam talian, Taehyung tahu bahawa abangnya suka untuk menerima perjanjian ini.

"Hyung tak boleh nak buat apa, ini semua permintaan dia...Hyung tau...ini salah...tapi......"

Terdengar esakan di dalam talian, Taehyung mengeluh,dia tahu abangnya sedang menangis sekarang, Taehyung melihat ke arah langit.

"Hyung....Saya tahu...dah lama Hyung pendam perasaan Hyung pada dia, Saya tahu sangat-sangat Hyung buat semua ni untuk tebus semua kesalahan yang Hyung buat dulu, tapi...Hyung tau kan...."

Taehyung menghela nafas seketika.

"Hyung patut bagitau dia siapa Hyung yang sebenarnya.., Saya tau segalanya yang Hyung lakukan semuanya adalah permintaan dia, tapi...ada sesetengah permintaan yang Hyung boleh tunaikan dan ada sesetengah permintaan juga yang Hyung tak boleh tunaikan, lagi-lagi tentang permintaan ini, semua ni..pleaslah Hyung...don't be a stupid!."

Muka Taehyung merah, menahan marah, bibirnya di ketap untuk mengawal perasaannya, Seokjin dari tadi hanya terdiam seribu bahasa, Taehyung fikir mungkin juga Seokjin sedang berfikir tentang apa yang Taehyung katakan tadi.

"Tak kira apapun yang berlaku Hyung, Hyung perlu bagitau siapa diri Hyung yang sebenarnya, supaya dia tahu..siapakah orang yang dah lama pendam perasaan terhadap dia, dan...siapakah orang pertama yang pernah dia cintai..Hyung kena bagitau dia, tak kira la apapun yang berlaku.."

Taehyung menutup panggilan, dia mendongak ke arah langit yang di hiasi bulan dan bintang yang bersinar di langit, satu keluhan berat di lepaskan, dia menggenggam erat kedua belah tangannya, dia menutup kedua belah matanya.

'Oh Tuhan...berikanlah kebahagiaan ke pada Hyung Ku, sepertimana yang dia harapkan, kukuhkanlah rumah tangganya sepertimana yang dia impikan..'

Taehyung berdoa di dalam hatinya.


 (KEESOKAN HARINYA)

 Hyenim berjalan keluar dari perkarangan rumahnya, memandangkan hari ini Taehyung bekerja, jadi..dia tinggal berseorangan di rumah, Hyenim memandu keretanya ke tempat yang harus di tuju.

Hyenim membetulkan cermin keretanya, sebelum memulakan pemanduannya, keluhan kecil terbit di bibirnya, dia melihat jarinya yang di hiaskan dengan sebentuk cincin berlian berbentuk hati. Tangannya mengusap perut nipisnya, bibirnya di ketap, keluhan kecewa terpancul keluar dari bibir kecilnya.

"Maafkan Umma sayang, Umma  buat semua ni untuk kebaikan kita.."

Gumam Hyenim perlahan sebelum menghidupkan enjin keretanya.


 

Hyenim memberhentikan keretanya di hadapan sebuah kafe, Hyenim menarik nafas sebelum keluar dari keretanya, beg tangannya di sandang, bibirnya di ketap, dia membuka pintu keretanya dan berjalan menuju ke pintu masuk kafe tersebut.

"TING!"

Bunyi loceng kedengaran apabila Hyenim membuka pintu kafe tersebut, Hyenim terus berjalan ke tempat pembayaran.

"Ada apa Yang boleh Saya Bantu cik?"

Soal seorang lelaki, wajah Hyenim di tatap dengan penuh tanda Tanya.

"Boleh tak..Saya nak berjumpa dengan Son Eunrim.."

"Ooo...cik nak jumpa dengan cik Eunrim, dia ada dekat pejabat sekarang, cik ikut Saya, biar Saya hantar cik  ke pejabat.."

Kata lelaki itu sambil tersenyum , Hyenim hanya mengangguk dan mengikut lelaki itu.

(SEMENTARA ITU)

Eunrim merenung keluar jendela, dagunya di tongkatkan dengan tangan kirinya, manakala tangan sebelah lagi memegang secawan coffe latte yang di hirupnya tadi, dia menutup matanya aroma coffe latte itu menusuk masuk ke dalam hidungnya, Eunrim menenangkan fikirannya, bibirnya mengukir senyuman, semuanya mungkin tampak kelihatan tenang, tetapi...siapa yang tahu gadis seperti itu telah banyak melalui kesedihan dan keperitan yang teramat sangat. Tetapi semua itu tidak pernah sedikitpun membuatkan gadis seperti Eunrim putus asa dengan mudahnya. Malah perkara itu membuatkan dia semakin tabah untuk menuju ke hadapan, matanya di buka coffe latte itu di hirup sekali lagi.

"KNOCK! KNOCK!"

Pintu di ketuk, Eunrim mengukir senyuman, matanya yang sepet membentuk eyesmile.

"Silakan masuk.."

Jerit Eunrim dari dalam, pintu itu di buka, dapat di lihat ada seorang lelaki berambut panjang dan berwarma biru, berbaju kemeja putih dan seluar jeans hitam, serta ada apron di pinggangnya.

"Jeonghan-ssi Waeyo?"

Soal Eunrim ke pada jejaka itu,Jeonghan menutup pintu bilik itu,dan hanya berdiri di pintu tersebut, Eunrim yang melihat hanya mengerutkan dahinya.

"Err... Ada orang nak berjumpa dengan Cik.."

Kata Jeonghan segan, Eunrim hanya tersenyum melihat kelakuan Jeonghan, kelakuan lelaki itu agak Comel baginya.

"Suruh orang itu masuk.."

Jeonghan hanya mengangguk dan membuka pintu untuk menyuruh orang itu masuk. Mata Eunrim membulat apabila melihat gerangan yang memasuki bilik pejabatnya. Gadis itu mengambil tempat duduknya di hadapan Eunrim, Eunrim melihat wajah gadis itu tanpa mata berkelip, gadis itu mengukir senyuman. Eunrim hanya membalas senyumannya dengan perasaan kekok.

"Saya Kim Hyenim, isteri kepada Kim Seokjin.."

Eunrim hanya melihat Hyenim, Hyenim menghulurkan tangannya, Eunrim menyambut huluran tangan itu dengan perasaan ragu-ragu.

"Saya...Son Eunrim.."

 Hyenim hanya mengukir senyuman, manakala Eunrim terdiam seribu bahasa, dia takut akan kehadirannya di hospital hari itu telah membuatkan Hyenim ataupun Seokjin berasa marah terhadapnya. Eunrim menelan air liurnya terasa berpasir.

"Son Eunrim...Saya nak minta tolong awak satu perkara.."

Eunrim mengerutkan dahinya terasa hairan, wajah Hyenim di tatap dengan penuh tanda Tanya.

"A-apa dia..?"

"Tolong bersama dengan Seokjin.."



 

MAAFKAN AUTHOR SBB DH LME X UPDATE, AUTHOR BUSY SGT2 BNYAK BNDE NK KNE FKIR, SO...AGAK SSAH UNTUK MENGUPDATE CITER NI! HISHH...

SO! CMNE NGAN CHAPPIE NI! BOSAN KAN? HAIH...X PE...AUTHOR AKN CBE BUAT YANG TERBAIK LAGI INSYAALLAH...

THANKS KEPADA KORANG YG SLALU BERI SKONGAN PDA AUTHOR YG X SEBERAPA NI!! T~T

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
parkyura98
Give me some idea for this story please! Coz i've writer block!

Comments

You must be logged in to comment
_shinhara #1
Chapter 16: im waiting for ur update. Fightingg!!
pikahbajet #2
Chapter 15: wuuu.... sedihnyaaa...
_shinhara #3
Chapter 15: Chapter 14: Plizz update author-nim. Im missing this.
Sejin_EXOBTS_ #4
Bila nak update?
_shinhara #5
Chapter 15: Im still waiting for ur update author-nim. Fightingg!!
_shinhara #6
Please update soon authornim ~ huwaaaa
starlightkim_
#7
Chapter 15: Yeah!Kim Seokjin dah sedar tapi dia tak ingat hyenim..mungkin inilah balasan untuk hyenim sebab sakitkan hati Seokjin
bestari96 #8
Chapter 15: Tadi tak ingat. Tiba2 tanya balik isteri dia ni. Ish3. Btw, thanks for the update
_shinhara #9
Chapter 14: Huwaaarrrgghhh. You make me cry.. Please update soon author-nim~ ?
bestari96 #10
Chapter 14: Waaa. Ade update!! Kesian hyenim ㅠㅠ