Flashback

Dia...Isteriku

(HYENIM POV)

Aku membuka helaian muka Surat pertama, mataku terbuntang luas, Aku tidak percaya dengan apa yang di tuliskan di dalamnya...sungguh...Aku tidak mampu untuk berkata-kata, Aku.....terkejut....


 (FLASHBACK)

Di suatu pagi yang indah, ada sepasang anak beranak sedang berjalan kaki menuju ke suatu tempat.

"Umma...ite nak gi ane ni~?"

Soal seorang budak lelaki dengan pelatnya,dari tadi dia tidak lepas daripada memegang tangan ibunya,  ibunya hanya tersenyum dan mencuit hidung kecilnya, kerana geram dengan telatah comel anaknya itu.

"Kita...nak pergi jumpa baby~Jinnie suka baby kan..?"

Jawab ibunya, Budak itu hanya tersengih sehingga menampakkan gigi putihnya.

"Cuka!!Yeahhh! nak umpa Aby!"

Ujarnya sambil melompat-lompat, Ibunya hanya menggelengkan kepala melihat karenah anaknya.


 

 "Tahniah! Sebab dapat anak perempuan..Seukhye.."

Ujar Pn.kim kepada Seukhye jiran dan teman rapatnya. Seukhye hanya tersenyum.

"Hahaha...terima kasih..Kau duduklah dulu, Aku buatkan air.."

"Eh-eh tak payah susah-susah, Aku datang ni, sebab nak melawat bukan nak menyusahkan kau."

Seukhye hanya tersenyum dan duduk di atas sofa, Seukhye melihat sekeliling seperti mencari sesuatu. Pn.Kim hanya melihat Seukhye dengan dahi berkerut.

"Seokjin mana?"

Soal Seukhye hairan.

"Tuuu..."

Pn.kim hanya tersenyum menunjukkan jarinya ke arah Seokjin yang sedang bermain dengan kucing belaan Seukhye. Seukhye hanya tersenyum dan berjalan ke arah Seokjin dan duduk di sebelahnya.

"Seokjin nak tangok baby tak?"

Soal Seukhye kepada anak kecil itu, mata Seokjin bersinar setelah mendengar soalan yang terpancul keluar dari mulut wanita itu, Seokjin menganggukkan kepalanya dengan pantas.

"Okey jom.."

Seukhye menarik tangan kecil budak itu untuk bangun dan membawanya memasuki bilik, Seukhye melihat ke arah Pn.Kim yang sedang duduk termenung di atas Sofa.

"Wei! Ko nak tengok Baby Aku tak?"

Soal Seukhye kepada rakan baiknya itu, Sapaan Seukhye membuatkan lamunan Pn.Kim terhenti. Pn.Kim melihat Seukhye sambil tersenyum.

"Nak!"


 "Omo~Kyeoptanya~"

Ujar Pn.Kim sambil mencium kedua belah pipi Bayi itu, Seukhye yang melihat hanya tersenyum, matanya beralih ke arah Seokjin yang sedang memakan lollipop sambil melihat ke arah bayi itu dengan mata tidak berkelip, Seukhye mengusap rambut Seokjin, Seokjin melihat Seukhye dengan mata bulatnya.

"Seokjin nak pegang Baby ke?"

Soal Seukhye riang, Seokjin mengangguk laju, matanya bersinar keriangan.

"Nak-nak! Jinnie nak pegang aby!"

"Shhh!"

Ujar Seokjin riang, Pn.Kim mengisyaratkan agar Seokjin senyap secara berbisik, Seokjin menekup mulutnya dengan sebelah tangan kecilnya, matanya di kelipkan beberapa kali, Seukhye hanya ketawa kecil melihat karenah anak kecil itu.

"Nama Anak Kau ni siapa?"

Soal Pn.Kim sambil memegang bayi dan duduk di hadapan Seokjin, Seukhye hanya mengangkat bahu, Pn.Kim membulatkan matanya, manakala Seokjin mengusap kepala bayi.

"Kau belum letak nama dia lagi?"

"HaA Aku dengan suami tak rancang lagi nak letak nama dia Apa.."

Ujar Seukhye lalu duduk di sebelah Pn.Kim Sambil matanya melihat ke arah wajah puterinya. Matanya beralih ke arah Seokjin sedang ralit mengusap kepala puterinya itu. Seukhye mengukir Senyuman.

"Seokjin sayang baby tak?"

Seokjin hanya mengangguk.

"Kalau Seokjin ada Adik perempuan, Seokjin nak namakan Adik perempuan Seokjin apa?"

Seokjin meletakkan jari telunjuknya di dagu, sambil matanya memandang ke arah atas seperti memikirkan sesuatu, bibir Seukhye tidak lekang daripada senyuman melihatkan kelakuan Seokjin. Pn.Kim hanya menggeleng melihat karenah Anaknya.

"Jinnie Nak nama Dia Hyenim! Jinnie Cuka nama Hyenim!"

Ujar Seokjin riang, Seukhye hanya tersengih 

"Kalau macam tu... Ahjumma namakan Baby ni Hyenim boleh tak?"

 Seokjin mengangguk, Pn.Kim hanya melihat Seukhye, dengan mata terbuntang luas.

"Kau...biar betul?"

Soal Pn.Kim terkejut, Seukhye hanya mengangguk.

'Kim Hyenim..'


(10 YEARS LATER)

//SEOKJIN DIARY//

16.03.XXXX

Aku tak tau apa yang Umma nak, sampai paksa Aku balik dari Hostel, Dia kata sebab Dia rindukan Aku, tapi...haishh..Dah la banyak Homework yang Aku tak buat lagi...Haishh . layan je la, Umma  dengan, Appa mula bawa Aku pergi restoran kat Hotel, Aku tak faham? Kenapa ni..?

"Ah! Tak sabar rasanya!"

Tiba-tiba Umma bersuara, Aku pun angkat kening je la, mana taknya...dari kat Rumah lagi Umma excited semacam, Aku rasa macam Umma dan Appa rahsiakan sesuatu daripada Aku, tapi...haish...nak buat apa Aku tau pasal semua benda tu, Mata Aku beralih ke arah Tae-Tae..Satu-satunya Adik lelaki yang Aku ada, tapi...setiap kali Aku melihat Tae-Tae Aku mula teringat pada seseorang, seseorang yang dah lama Aku tinggalkan semenjak Aku berpindah ke Seoul atas urusan kerja Appa, Aku rindu nak bermain dengan Dia...tapi..masa Aku tak mengizinkan...

"Kenapa Awak pindah? Nanti Siapa nak kawan dengan Saya? Siapa nak teman Saya?"

 ujarnya dengan nada merayu, kepalanya di tundukkan Sambil bibirnya mencebik kesedihan, Aku tersenyum dan menggosok kepalanya.

"Saya janji dengan Awak, Saya Akan datang balik, Saya Akan teman Awak bermain lagi....Saya akan jaga Awak, Saya janji..."

Dia mengangkat wajahnya, Air matanya berlinangan, Aku tau Dia sedih sebab Aku nak berpindah, tapi...ni semua atas sebab Appa, klau Aku tak pindah pun, bila Aku masuk sekolah menengah nanti..Aku kena duduk Hostel, dan...Aku tak boleh juga nak jumpa dia selalu sangat...

Dia menghulurkan jari kelingking Dia, dengan bibirnya di cebik.

"Janji?"

Aku tersenyum dan menyatukan jari jelingking Aku dengan Dia.

"Janji.."

"Seokjin! Apa yang tersengih Sorang-sorang tu?"

Tegurang Appa membuatkan lamunan Aku terhenti, Aku tersengih dan menggosok belakang leher Aku, Aku terlalu malu sekarang ni, haishhh....Appa ni! Kacau line betul!


 Aku duduk di atas kerusi bersama dengan keluarga Aku, Aku berasa pelik, kenapa ada lagi 4 kerusi kosong di hadapan Aku. Umma dengan ada mesyuarat syarikat ke? Tapi...kalau pasal mesyuarat syarikat pun takkan sampai nak bawa Aku dengan Tae-Tae sekali?...pelik?

"Ahjumma!!"

Suara tu....Aku masih ingat suara Dia, Aku terkaku Aku terus menolehkan kepala Aku ke arah suara tersebut, Aku nampak Seorang budak perempuan barambut hitam panjang memakai gown berwarna putih, dia sedang melambai ke arah Umma...

"Hyenim!"

Aku terdiam, Hyenim? Dia dah....besar, Aku terkedu buat sementara, Wajah dia nampak sedikit matang walaupun pada hakikatnya dia baru sahaja berumur 10 tahun, Seukhye Ahjumma dengan suaminya serta anak lelakinya  pun datang sekali?

"Ahjumma! Bogshippo!"

Aku hanya memerhati kelakuan Hyenim, Dia memeluk tubuh seperti tidak mahu melepaskannya, Aku tersenyum ke arah Tn.Kim, Tn.Kim membalas senyuman Aku, Aku melihat semula ke arah Hyenim, Hyenim melepaskan pelukannya daripada Umma, Dia menolehkan kearah sambil tersenyum dan membongkokkan sedikit tubuhnya,Aku hanya membalas senyumannya dengan senyuman kekok dan membongkokkan sedikit badan Aku dan Dia berjalan menuju ke arah kerusi di hadapan Aku yang berada  di sebelah ibunya.

"Jadi..Kim Seokjin macam mana dengan sekolah di sana? Okey?"

Soal Seukhye Ahjumma Aku hanya mengangguk tanda okey, Mataku melihat ke arah anak lelaki Tn.Kim, Anak lelakinya hanya tersenyum dan menundukkan kepalanya sedikit, Aku hanya membalas kelakuannya, Aku melihat Umma dan Appa sedang rancak berborak, sedangkan Aku dengan anak-anak keluarga Kim hanya terdiam seribu bahasa.

"Jadi, Hyenim....Seokjin? Appa Umma dan keluarga Kim telah buat keputusan."

Aku menolehkan kepalaku ke arah Appa dengan penuh tanda tanya, Hyenim pun melakukan apa yang Aku lakukan.

"Apa maksud Appa?"

Soalku, Hyenim melihat Aku dan mengangguk laju, lalu melihat Appa Aku kembali.

"Betul tu, Apa maksud Ahjusshi?"

Soal Hyenim sambil mata bulatnya lagi di bulatkan, Appa hanya tersenyum dan memandang kami berdua bersilih ganti, Aku melihat Ahli keluarga lain melihat Appa sambil tersenyum penuh makna, Kecuali Tae-Tae..Dia tengah cuba untuk suap Mi dalam mulut dengan sendiri.

"Kamu berdua..telah pun di tunangkan pada Hari ini."

Aku dan Hyenim..Di tunangkan..Aku..terkejut, Sama juga seperti Hyenim, tapi...Hyenim menggaru kepalanya sambil tersengih.

"Ahjusshi....Tunang tu apa?"

Soal Hyenim yang memang tidak tahu apa-apa, Appa mula tergagap-gagap nak jawabnya, Aku hanya melihat Appa dengan ketawa kecil di hadiahkan.

"Seokjin! Cukup-cukup tu ketawa, pergi bawa Hyenim keluar. Ada banyak benda Appa nak bincangkan dengan keluarga Kim."

Aku hanya mengikut Appa dan memegang tangan Hyenim untuk mengajak Hyenim keluar,Hyenim yang terpinga-pinga hanya mengikut sahaja, tiba-tiba..

"ioong...ionng..."

Tae-Tae melambaikan kedua belah tangannya, meminta untuk di dokong, Aku hanya mengangkatnya dengan sebelah tangan Aku dan sebelah lagi Aku menggenggam tangan Hyenim. dan terus berjalan keluar dari restoran.


 

"Jadi...Macam mana? Maafkan Seokjin sebab dah lama tak melawat Hyenim."

Kataku janggal,Kami sekarang sedang duduk taman permainan yang yang berdekatan dengan restoran. Tae-Tae sudahpun tertidur ketika kami berjalan tadi. Hyenim hanya melihat Aku dan tersengih sehingga menampakkan gigi dia yang tersusun rapi.

"Hihi..Hyenim rindu dengan Seokjin!!"

Ujar Hyenim, lalu memeluk tubuh Aku dengan erat. Dia melepaskan pelukannya dan melihat Aku dengan mata bersinar.

"Boleh tak...Kalau cuti nanti Seokjin datang rumah Hyenim, kita main sama-sama macam dulu? Boleh tak?"

Soal Hyenim keriangan, Aku rasa bersalah...Aku menggeleng laju, dan..menolak Hyenim secara perlahan dan jauh daripada Aku...

"Tak-Tak boleh....Seokjin ada banyak benda nak kena buat, Maafkan Seokjin ye?"

Kataku terketar-ketar, Hyenim mela mencebik, matanya sudah bertakung Air mata, Aku terdiam dan tidak berbuat Apa-apa.

"Seokjin...Jahat! Seokjin tau tak Hyenim tak ada kawan semenjak  Seokjin pindah! Tak ada Siapa yang nak teman Hyenim pergi sekolah!"

Hyenim menangis sambil memukul dada Aku, Aku tau Aku salah, tapi...waktu cuti Aku terlalu banyak kerja rumah yang perlu di buat, Aku kena berlajar bersungguh-sungguh untuk mewarisi syarikat Appa, ini semua demi masa depan Aku dan untuk membanggakan Appa.

Aku menghentikan kelakuannya dengan memegang kedua belah tangannya, Dia masih menangis, Dia menundukkan kepalanya.

"Walaupun Seokjin Tak ada bersama Hyenim, Tapi...Hyenim kena yakin, Seokjin sentiasa Ada di sini...."

Aku meletakkan tangan Hyenim di dadanya, Hyenim diam, dia mengangkat mukanya, dan tersenyum, Hati Aku berdegup kencang bila Aku teringatkan kelakuan tadi.

"Hyenim...Suka Seokjin..."

Ujar Hyenim sambil bibirnya mengukir senyuman, Muka Aku berubah merah, menahan malu.

"Err...Seokjin pun....Sukakan Hyenim.."

Ujarku separuh berbisik, Aduh!! Aku dah rasa malu sangat dah ni!.

"Hyenim Sayang Seokjin!!"

Hyenim terus memeluk Aku, Aku terkaku, dengan perlahan Aku mengukir Senyuman dan membalas pelukannya.

'Aku...Cintakan Kau..'


 

(6 YEARS LATER)

19.02.XXXX

Dah beberapa tahun berlalu hari ni Aku dapat pulang ke rumah, tapi...dalam keadaan Aku ingin pulang ke rumah, Aku dapat berita yang agak...tidak patut di sampaikan kepada berita yang agak menyakitkan, Aku...Aku tak boleh terima semua ni...Hyenim....



 

THANKS KERANA MASIH SETIA DENGAN CERITA YANG TAK SEBERAPA NI! APAKAH YANG TERJADI PADA HYENIM SAMPAI SEOKJIN RISAU SANGAT? HIHI...NNTIKAN CHAPPIE SETERUSNYA...XD

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
parkyura98
Give me some idea for this story please! Coz i've writer block!

Comments

You must be logged in to comment
_shinhara #1
Chapter 16: im waiting for ur update. Fightingg!!
pikahbajet #2
Chapter 15: wuuu.... sedihnyaaa...
_shinhara #3
Chapter 15: Chapter 14: Plizz update author-nim. Im missing this.
Sejin_EXOBTS_ #4
Bila nak update?
_shinhara #5
Chapter 15: Im still waiting for ur update author-nim. Fightingg!!
_shinhara #6
Please update soon authornim ~ huwaaaa
starlightkim_
#7
Chapter 15: Yeah!Kim Seokjin dah sedar tapi dia tak ingat hyenim..mungkin inilah balasan untuk hyenim sebab sakitkan hati Seokjin
bestari96 #8
Chapter 15: Tadi tak ingat. Tiba2 tanya balik isteri dia ni. Ish3. Btw, thanks for the update
_shinhara #9
Chapter 14: Huwaaarrrgghhh. You make me cry.. Please update soon author-nim~ ?
bestari96 #10
Chapter 14: Waaa. Ade update!! Kesian hyenim ㅠㅠ