Leave me

Dia...Isteriku

Air matanya yang mengalir membuatkan penglihatannya semakin kabur, handphonenya terlepas Dari genggaman tangannya, dia menekup mulutnya supaya tidak ada sesiapa yang boleh mendengar tangisannya, dia menutup matanya Dan  terduduk di atas lantai bilik air tanpa mempedulikan pakaian pengantin yang di pakainya sekarang, dia menyandarkan  tubuh kecilnya di dinding, dia memeluk lutut Dan membenamkan wajah cantiknya  pada lututnya.

"T-tak..mungkin...dia..takkan tinggalkan Aku..." Bisik Hyenim perlahan, bibirnya terketar-ketar kerana menangis, dia tidak mempedulikan orang yang sedang berada di dalam talian, hatinya terlalu hancur, dia tidak mahu semua ini berlaku, tetapi kenapa? Apa salahnya?

"Hyenim! Kau dengar tak? Jongin dah meninggal, waktu dalam perjalanan dia nak pergi majlis perkahwinan kau...dia...accident. Dia tak dapat nak di selamatkan."

Hyenim menggeleng tanda tidak percaya, dia membaling handphonenya ke pintu bilik air, dia tidak dapat menerima hakikat, kekasih hatinya Kim jongin telah pergi meninggalkan dia untuk selamanya, kepalanya terasa sakit bahagian perutnya terasa lain dia tidak pernah berasa begini, dia sudah tidak larat, sekiranya ini sudah ajalnya, dia rela, tiada gunanya dia meneruskan hidup sekiranya kekasih hatinya sudah pergi meninggalkannya, dia menutup matanya membiarkan rasa sakit menguasai dirinya, tubuh kecilnya terjelopok di atas lantai, darah yang mula mengalir di betis putihnya di biarkan, dia tahu ini pengakhirannya, pengakhirannya....

 

 

 

 

"Hyenim!!!"


 

Dari jauh kelihatan seorang jejaka memakai tuxedo berwarna putih sedang bercakap bersama sahabatnya yang berada di hadapannya, bibirnya mengukir senyuman setiap Kali temannya berbuat lawak jenaka yang tidak menjadi.

"Untunglah kau Seokjin, dah kahwin dah, tengok Hyung ni, dah tua pun tak kahwin lagi." Ujar seorang lelaki sambil menepuk sedikit bahu Seokjin.

Seokjin hanya tergelak kecil melihat gelagat rakannya yang sedang kecewa itu.

"Mana ada Himchan Hyung, tak untunglah...dah kahwin kena pikul tanggungjawab yang besar." Kata Seokjin dengan Nada memujuk, sambil menepuk belakang rakannya.

kawannya hanya mencebik bibir, Dan memutarkan matanya tandatanda menyampah, Seokjin pula menghirup sedikit air wain yang berada di dalam gelas yang di pegangnya.

"Seokjin, mana isteri kau Dari tadi Aku tak nampak dia?" Soal Himchan sambil melihat sekeliling, Seokjin yang baru sedar isterinya Dari tidak kelihatan pun berasa hairan.

"Er..tadi dia Kata nak pergi tandas tadi, kejap, Aku panggil dia."


 

Seokjin melangkah masuk ke dalam bilik isterinya, hatinya berasa lain, dia tidak sedap hati, dengan perlahan dia mengetuk pintu bilik air isterinya.

"Hyenim.."

Panggil Seokjin seakan-akan risau, dengan perlahan di memulas tombol pintu bilik air itu, dia menelan air liur Terasa berpasir, Seokjin membulatkan matanya apabila di dapati pintu bilik air itu tidak berkunci, perasaan cemas mula menyelubungi diri Seokjin, dia membuka pintu tersebut, Dan.....

"Hyenim!!!"

Dengan segera Seokjin mendapatkan Hyenim yang terbaring lemah di atas lantai, serta berlumuran darah, gown yang berwarna putih salju pada asalnya telah berlumuran dengan warna tompokan darah merah, air mata Seokjin mengalir apabila melihat isterinya begitu, dia tidak mahu gadis ini pergi meninggalkannya, cintanya terhadap gadis ini terlalu kuat, dia tidak mahu semua ini berlaku, dengan pantas Seokjin mengambil hand phone di dalam kocek seluarnya, Dan terus menelefon doctor.


Seokjin berjalan ke hulur ke hilir untuk menunggu isterinya yang sedang berada di dalam bilik, rambutnya di kusutkan, bibirnya Dari tadi tidak berhenti daripada mengeluh.

"Seokjin? Apa dah dah jadi? Kenapa dengan Hyenim?"

Seokjin menolehkan kepalanya ke arah ibunya, ibunya hanya menatap Seokjin hairan, tanpa berlengah, Seokjin terus memeluk tubuh ibunya, ibunya menggosok belakang badan Seokjin, untuk menenangkannya.

"Tuan Seokjin?"

Soal seorang lelaki berkot putih, Seokjin meleraikan pelukannya, matanya yang merah menatap wajah lelaki itu, lelaki berkot putih itu mengeluh kecil sebelum memulakan Kata-Kata.

"Maaf, kami tak dapat nak selamatkan kandungan dia Tuan Seokjin."

Ujar doktor tersebut, membuatkan Pn.Kim Dan seokjin melihat sesama sendiri.

"Ma-maksud doktor?"

Soal Pn.Kim hairan, Seokjin hanya terdiam kaku, dia terlalu terkejut, setahu dia...dia tidak pernah berbuat apa-apa kepada gadis itu, doktor itu menarik Seokjin agar mengikutinya.

"Tuan Seokjin, Puan Hyenim di dapati sudah mengandung selama 2 minggu, kandungannya terlalu lemah, Dan...dia pun mempunyai tekanan mental yang agak tinggi, jadi...perkara itu membuatkan dia keguguran..."

Terang doctor tersebut dengan Nada sayu,dia memerhati wajah Seokjin yang semakin berubah, muka Seokjin berubah tawar, dia Cuba tersenyum untuk doctor tersebut, tetapi tidak boleh, air matanya mula mengalir dia langsung tidak boleh menerima semua ini, doktor itu mula panik, melihat perubahan pada Seokjin.

"Tuan Seokjin! Maafkan Saya! Saya memang tak boleh nak selamatkan kandungan dia!"

"Tak-tak mengapa...Saya cuma....bila Saya boleh berjumpa dengan dia?"

Seokjin menukar topiknya, air matanya di lap menggunakan belakang telapak tangannya.

"Saya dah bagi dia makan ubat tidur, jadi...mungkin dalam beberapa jam lagi dia akan sedar, hmm..Tuan Seokjin? Saya minta diri dulu, ada hal sikit dekat klinik, jadi...kalau ada apa-apa telefon Saya..."

Doktor itu terus berjalan meninggalkan Seokjin Dan ibunya yang sedang berada di hadapan bilik Hyenim, Pn.Kim mendekati Seokjin yang kelihatan serabut, Pn.Kim mula risau terhadap Anak lelakinya dia menatap mata anaknya yang kelihatan gusar.

"Apa yang berlaku sebenarnya Kim Seokjin?"

Seokjin membalas tatapan mata ibunya, dia tahu ibunya mahukan jawapan dengan segera, lagi-lagi berkenaan dengan kandungan Hyenim, Seokjin menggenggam berat kedua belah tangan ibunya.

"Umma balik lah dulu, nanti Seokjin Tanya Hyenim ye?"

Ibunya hanya sekadar mengangguk, Dan berjalan meninggalkannya, Seokjin melihat ibunya sehingga hilang Dari bayangannya.

Mata Seokjin beralih ke arah bilik Hyenim, dia berjalan dengan perlahan menuju ke bilik hyenim, dia memulas tombol pintunya, lalu membukanya.

"Hyenim..."

Panggil Seokjin perlahan, seakan-akan gadis yang sedang di buai mimpi itu mendengar panggilannya, dia berjalan mendekati gadis itu, wajah pucatnya di tatap seperti dia sedang melihat bidadari yang sedang tidur di hadapannya, Seokjin membaringkan tubuhnya di sebelah Hyenim, dia membelai setiap sudut wajah gadis itu, matanya sayu memerhati wajah Hyemin dia mengalihkan rambut depan hyemin yabg menutupi wajahnya, tangannya meligkari pinggang hyemin, dengan perlahan tubuh kecil itu di dakap, untuk Kali pertamanya Seokjin dapat memeluk tubuh kecil itu tanpa di halang apa-apa halangan.

"Apa maksud semua ni Hyenim?"

Seokjin menutup matanya, membiarkan setitis air mata mengalir di pipinya.

 


 Seokjin membuka pintu bilik Hyenim, dia mengukir senyuman apabila melihat si gadis yang sedang duduk di atas katil, gadis itu memegang kepalanya, gadis itu seolah-olah tidak menyedari kewujudannya, Seokjin mendekatinya Dan meletakkan sedulang sarapan  di atas meja bersebelahan dengan katil gadis itu, dia mengambil tempatnya di birai katil.

"Selamat pagi Hyenim."

Sapa Seokjin dengan senyuman manisnya, gadis itu mengangkat wajahnya, dia menatap wajah Seokjin dengan pandangan yang tajam, Seokjin hanya tersenyum Dan mengambil semangkuk bubur, lalu menyeduk sudu tersebut untuk menyuap Hyenim, Seokjin meniup sedikit bubur tersebut kerana takut panas.

"Makan? Nanti lapar."

Kata Seokjin sambil menyuakan sesudu bubur itu ke mulut Hyenim, Hyenim hanya melihat bubur itu Dan Seokjin secara bersilih ganti.

"KCAAA!!"

Hyenim membaling sudu yang di hulurkan oleh Seokjin dengan perasaan marah, Seokjin sangat terkejut akan tindakan gadis itu hanya terdiam kaku, Hyenim menatapnya dengan tatapan yang tajam, Seokjin mengambil sudu yang terjatuh di atas lantai tersebut, dia tersenyum hambar atas kelakuan yang di lakukan oleh Hyenim untuknya, dia tau semua ni akan berlaku, tetapi...dia sanggup menempuhinya.

"Awak tak suka bubur ye? Takpe...nanti Saya masakkan benda lain untuk Awak."

Pujuk Seokjin sambil membersihkan kotoran yang ada di lantai tersebut, dia Cuba berfikiran positif tentang apa yang Hyenim lakukan pada dia tadi, Hyenim mengetap bibirnya.

"Tinggalkan Aku.."

Kata Hyenim perlahan tetapi dapat di dengari oleh Seokjin, Seokjin hanya membuat tidak endah terhadap apa yang Hyenim katakan tadi.

"Kau dengar tak! Aku cakap! Tinggalkan Aku! Aku nak bersendirian!"

 "KCAAA!!"

Jerit Hyenim lalu menjatuhkan sedulang makanan yang ada di atas meja tadi, Seokjin hanya menatap lantainya dengan pandangan yang kosong, Hyenim terlalu geram bibirnya di ketap seperti menahan marah, lalu Hyenim terus membaling bantalnya ke arah Seokjin, Seokjin hanya diam, dia rasa dia patut bersabar dengan apa yang di laluinya sekarang.

"Woi! Kau dengar tak! Aku cakap keluar!! Tinggalkan Aku! Aku nak bersendirian! Arghhh!"

 Hyenim mengerang kesakitan, dia memegang perutnya, Seokjin yang tadi berdiam diri terus mendapatkan Hyenim, dia membaringkan tubuh kecil gadis itu dengan perlahan.

"Ke-kenapa? Sakit..."

Kata Hyenim perlahan, nafasnya seakan mengah, Seokjin yang melihat hanya membuat muka risau, dengan perlahan Seokjin  mengurut perut gadis itu untuk mengurangkan kesakitannya.

"Awak...keguguran.."

Mata Hyenim membulat apabila Seokjin berkata begitu, Seokjin menatap Hyenim dengan tatapan yang serious.

"Siapa Appa kepada Anak Awak?"

Hyenim melihat ke tempat lain, Seokjin hanya menantikan jawapan daripada Hyenim, air mata Hyenim bergenang dia menelan air liurnya dengan payah, tekaknya terasa perit membuatkan dia suka untuk berkata-kata.

"Kim-kim Jongin..dia..dah pergi tinggalkan Saya....untuk...selamanya..Saya....cinta kan dia..."

Seokjin faham apa yang di maksudkan, gadis itu terus menangis teresak-esak setelah berkata begitu, hatinya terlalu hancur setelah mendengar apa yang gadis itu katakan tadi, air matanya di tahan, dia terus menarik gadis itu masuk ke dalam pelukannya.

"Saya...tak kan tinggalkan Awak, walau apa pun yang terjadi..."

Bisik Seokjin sambil mengeratkan lagi pelukannya, air matanya yang mengalir di biar kan mengalir, dia mahukan gadis itu oercaya akan kata-katanya, Dan dia mahu gadis itu membuka pintu hatinya untuk dirinya sendiri.


 

(4 MONTH LATER)

Seokjin yang baru sahaja pulang dari pejabat terus berlari memasuki bilik tidurnya untuk melihat si isteri, dia tersenyum hambar apabila melihat si isteri seperti biasa akan melihat keluar tingkap seperti menanti seseorang yang akan datang kerumahnya, sudah 4 bulan mereka berkahwin, tetapi...tiada perubahan yang baik berlaku pada diri Hyenim, malah...perubahan Hyenim semakin cenderung ke arah negative, dia seperti Anak patung yang bernyawa, dia tidak bercakap, tidak tersenyum Dan tidak banyak bergerak, Seokjin berjalan mendekati Hyenim Dan terus mengambil tempat di sebelah Hyenim, mata Hyenim hanya melihat ke arah luar, dia seolah-seolah tidak perasan akan kehadiran lelaki tersebut.

"Hyenim dah makan belum?"

Soal Seokjin sambil mengusap rambut Hyenim, Hyenim tidak menunjukkan apa - apa reaksi, matanya hanya melihat ke arah luar membuatkan hati Seokjin terasa sebak, dia tidak menyangka...gadis yang selama ini dia cintai berubah menjadi seorang yang tidak siuman, Seokjin mencium ubun-ubun gadis itu sambil menutup matanya, dia terlalu sedih, hatinya terlalu sakit, dia hanya ingin gadis ini membalas rasa cintanya, tetapi..melihat dalam keadaan yang sebegini, Seokjin hanya memikirkan mungkin gadis ini memerlukan sedikit masa untuk membuka pintu hatinya.

"Jom Oppa mandikan Hyenim."

Kata Seokjin lalu mendokong gadis itu memasuki bilik air, gadis itu tidak melawan Dan tidak juga rela, dia seperti gadis Yang sememangnya tidak mempunyai apa-apa perasaan.


 

Seokjin meletakkan Hyenim di dalam tab Mandi yang berisi air buih, Hyenim hanya duduk memeluk lutut apabila berada di dalam tab mandi, matanya merenung kosong ke arah buih-buih yang bersinar di hadapannya, mata Seokjin beralih ke tubuh Hyenim yang di tutupi dengan kemeja berwarna putih, Seokjin meleraikan tangan Hyenim yang memeluk lututnya dengan perlahan, dia mula membuka butang baju gadis itu Dari atas hingga ke bawah, lalu meletakkan kemeja itu di tepinya, Hyenim hanya diam, dia tidak marah akan kelakuan Seokjin, dia sudah biasa, kini tubuh gadis itu di tutupi dengan buih-buih yang di tab Mandi tersebut, Seokjin mengambil sponge mandi lalu di gosokkan ke belakang badan gadis itu, muka Hyenim tetap tidak berubah, dia langsung tidak menunjukkan apa-apa reaksi.

"Ahhh...hujan la pula, baru ingat nak basuh kain tadi.."

Keluh Seokjin lalu mengambil shower Dan di siramkan ke rambut hitam Hyenim, Hyenim hanya memeluk lutut tubuhnya seakan-akan menggigil ketakutan membuatkan Seokjin berasa hairan, Seokjin membasuh rambut Hyenim, perasaan risau mula menyelubungi diri Seokjin, dia tidak pernah melihat Hyenim setakut ini, wajah Hyenim berubah pucat, Dan...

 "BOOOM!!"

Hyenim menarik Seokjin untuk memeluknya, setelah bunyi Petir yang kuat itu kedengaran,  Hyenim membenamkan wajahnya pada bahu Seokjin sambil sambil menangis teresak-esak, Seokjin membulatkan matanya apabila Hyenim berbuat sedemikian, showet yang di pegangnya terlepas dari tangan, dia menggosok  tubuh belakang Hyenim untuk menenangkannya.

"Pe-Petir..."

Kata Hyenim sambil menangis teresak-esak, Seokjin meleraikan pelukan Hyenim Dan menyuruh gadis itu agar melihatnya, Seokjin menatap isterinya sambil mengukir senyuman, dia melihat hidung Dan mata Hyenim telahpun merah akibat menangis, Seokjin mengusap rambut isterinya dengan lembut Dan penuh kasih sayang, air mata Hyenim tetap tidak berhenti mengalir membuatkan Seokjin tidak selesa melihat isterinya begitu.

"Saya ada kat sini..Saya tak kan tinggalkan Awak...Saya  janji..kerana...Awak sentiasa berada di dalam hati Saya..."

Pujuk Seokjin lalu mengusap rambut gadis itu ke belakang, gadis itu hanya mengangguk tanda percaya, Seokjin merapatkan wajahnya ke wajah gadis itu dia meletakkan tangan kecil Hyenim di dadanya untuk memberitahu betapa berdebarnya hati dia sekarang ini, Seokjin menutup matanya Dan mencium bibir munggil Hyenim, dia tahu gadis itu tidak akan membalas ciumannya, tetapi...dia berharap..suatu hari nanti...gadis itu akan membalas 'ciumannya'.


 

 

 

 

 

 

 

chappie yang panjang..*mengeluh* XD

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
parkyura98
Give me some idea for this story please! Coz i've writer block!

Comments

You must be logged in to comment
_shinhara #1
Chapter 16: im waiting for ur update. Fightingg!!
pikahbajet #2
Chapter 15: wuuu.... sedihnyaaa...
_shinhara #3
Chapter 15: Chapter 14: Plizz update author-nim. Im missing this.
Sejin_EXOBTS_ #4
Bila nak update?
_shinhara #5
Chapter 15: Im still waiting for ur update author-nim. Fightingg!!
_shinhara #6
Please update soon authornim ~ huwaaaa
starlightkim_
#7
Chapter 15: Yeah!Kim Seokjin dah sedar tapi dia tak ingat hyenim..mungkin inilah balasan untuk hyenim sebab sakitkan hati Seokjin
bestari96 #8
Chapter 15: Tadi tak ingat. Tiba2 tanya balik isteri dia ni. Ish3. Btw, thanks for the update
_shinhara #9
Chapter 14: Huwaaarrrgghhh. You make me cry.. Please update soon author-nim~ ?
bestari96 #10
Chapter 14: Waaa. Ade update!! Kesian hyenim ㅠㅠ