6 bulan (Awake)

Dia...Isteriku

(HYENIM P.O.V)

Sudah beberapa minggu berlalu, dan sudah beberapa minggu juga Aku setia menanti dia untuk bangun dari mimpi panjangnya. wajahnya yang pucat ku tatap, kepalanya di balut kerana beberapa minggu yang lepas operasi pembedahannya berjaya, tetapi..apakan daya, dia masih tidak menyedarkan diri, kerana...mimpi itu..mungkin lebih dari realitinya bukan? Suami mana yang sanggup menahan kedegilan isterinya? Dan..suami mana yang sanggup menahan kata cerai apabila isterinya meminta cerai beberapa kali daripadanya? 

Semestinya dia pun tidak mampu, tetapi...dia tetap bersabar..dan masih mencintai aku sepenuhnya sejak dari hati pertama Aku membencinya. Aku terasa bersalah atas kesalahanku sebelum ini. Aku memegang tangannya, Aku rindu akan usapan yang dia sentiasa berikan tatkala jatuh semangatku, tatkala Aku sedih, dan...tatkala Aku memerlukannya.

Aku melihat bibirnya yang pucat, yang dahulu sentiasa memberikan senyuman manis walaupun semarah dan sebenci mana pun Aku pada dia. bibir yang sentiasa menyanyi dan mengucupku tatkala Aku berasa sedih yang teramat, bibir yang sentiasa mengeluarkan kata-kata cinta dan pujukan kepadaku. Tetapi...sekarang..Aku tidak mendengarnya lagi. Dan..Aku berharap aku dapat mendengar suara merdunya lagi.

Mataku beralih ke matanya yang tertutup rapat, mata yang dahulunya, melihatku dengan sedalam-dalam cintanya, mata yang sentiasa menangis merayu agar Aku dapat mencintainya. Kini...mata itu sudah tiada lagi, dia tertutup rapat. Dan aku tidak melihatnya lagi. Aku menggenggam erat tangannya, mataku tidak beralih dari melihat wajah pucatnya.

"Kim Seokjin...Bangunlah, Anak-anak kita perlukan usapan Awak.."

Tangannya ku kucup, berharap agar dia dapat merasakan betapa aku perlukan dia sekarang. Air mataku mengalir melihat dia, tiada reaksi daripadanya, hanya bunyi mesin yang Aku dengari di dalam bilik ini. Aku mengucup tangannya kesekalian kalinya. Rambutnya ku usap, mataku semakin kabur, dan akhirnya semuanya gelap.


"Kim Seokjin...?"

Aku terbangun lalu melihat katil tiada sesiapa di atasnya, Aku cemas, ke mana dia?

"Kim Seokjin!"

"Hyenim.."

Suara itu! Aku menoleh. susuk tubuh itu melihat ke arahku. Senyuman manisnya membuatkan air mataku, mengalir sederasnya.

"Kim Seokjin"

Tubuhnya ku dakap sepantasnya.

"Awak tau tak, betapa rindunya saya dekat awak.... Lama saya tunggu Awak untuk bangun, tapi Awak tak bangun, Saya rindu Awak sangat-sangat Seokjin.."

Aku Menangis sepuasnya di dalam dakapannya, semua yang terbuku didalam hati di luahkan sepenuhnya.

"Shh..jangan nangis.."

Dia memujukku, tangannya mengusap rambutku. Aku melihatnya dengan wajah sembabku. Dia mengelap air mataku menggunakan ibu jarinya, Matanya yang redup melihat ke dalam mataku sepenuhnya. Wajahnya di dekatkan dan mengucup dahiku dengan penuh kasih sayangnya.

Aku memeluk erat tubuh tingginya, dia membalas pelukanku, sehingga Aku tenggelam ke dalam dada bidangnya. Dia mengusap belakangku, seperti...cuba menyalur semangat ke dalam diriku.

"Maafkan Oppa..sebab tak sempat nak ucap kata maaf...kepada Sayang, Maafkan Oppa...sebab..selama ni Oppa...banyak memaksa dan melukakan hati Sayang."

Aku Menggeleng laju, dan melihatnya. pipinya ku pegang. Mataku melihat ke dalam matanya.

"Tak..tak...Awak tak salah, Awak tak pernah buat salah dengan saya. Awak suami yang baik, Awaklah anugerah terindah yang pernah saya miliki..."

Aku merangkul lehernya, dan menangis di bahunya sepuasnya. Dia mengusap belakangku dan membisik sesuatu di telingaku.

"Walau apapun yang berlaku, Sayang kena kuat untuk melalui ujian ini dan yang akan datang."


"Cik..Cik Puan?"

Aku membuka mataku secara perlahan, dan melihat sekeliling, Seokjin masih lagi tidak bangun dari mimpinya, 'oh...rupanya tadi tu..hanya sekadar mimpi..'mataku melihat gerangan siapa yang memanggil diriku.

"Doktor Lee? Doktor Lee buat apa kat sini?"

Soalku, Dia menggeleng, dan tersenyum melihatku.

"Puan ni..Saya nak ajak Puan balik, Tae baru beritahu Saya yang dia tak dapat hantar Awak balik hari ni."

Aku mendengus, dan menggenggam erat tangan Seokjin.

"Tak nak..Saya tak nak balik.."

Aku dapat mendengar keluhan doktor Lee. Dia duduk mencangkung di sebelahku.

"Dah berapa minggu Awak teman dia dekat sini, Saya tau Awak sayangkan Seokjin, tapi..badan dan fikiran Awak tu..perlukan rehat. Lagi-lagi..ada bayi kembar dalam kandungan Awak. Bukan Saya nak membebel, cuma...kalau Seokjin sedar pun..dia mungkin akan bebel macam yang Saya bebelkan."

Aku mengeluh, rambut Seokjin di usap. Hati Aku rasa terlalu berat, setiap kali Aku ingin meninggalkannya. Wajahnya yang pucat ku tatap, entah...untuk kali yang ke berapa. 

"Saya..Saya cuma nak jadi orang yang pertama yang dia lihat bila dia dah sedar nanti."

Air mataku mengalir. Doktor Lee yang melihat, mengelap air mataku dan tersenyum ke arahku.

"Tidak mengapa...Saya yakin... Bila dia dah sedar nanti....Awaklah orang pertama yang dia akan lihat.."

Ucapan Doktor Lee membuatku tenang, Aku hanya tersenyum. 

"Dah..jom kita balik.."

Aku hanya mengangguk dan mengikutinya.


Suasana di dalam kereta terlalu sunyi, sehinggakan menimbulkan perasaan kekok di antara kami berdua. Aku hanya melihat ke luar tingkap.

"Cik Puan nak apa-apa beritahu Saya, Saya boleh..belikan?"

Soal Doktor Lee,Aku hanya menggeleng dan melihatnya.

"Hmm..tak payah kot doktor, lagipun barang rumah ada lagi, jadi..tak ada apa-apa yang perlu di beli. Dan..lagi satu Doktor, tak payah la panggil Saya Cik Puan, Panggil Saya Hyenim je.."

Doktor Lee tersenyum, matanya tertumpu di hadapan sahaja.

"Awak pun Sama, tak payah la panggil Saya Doktor Lee...panggil saya...Taemin je.."

Ujar Doktor Lee, aku hanya tersenyum.

"Baiklah Taemin."


(DUA MINGGU KEMUDIAN)

"Ting! Tong!"

Bunyi loceng yang berbunyi mempercepatkan langkahku yang, dari dapur ke pintu hadapan. Pintu di buka, wajah yang ada di sebalik pintu itu amat ku kenali, mataku terbuntang luas.

"Son Eunrim?"

"Betul ke Seokjin di landa kemalangan?"


Eunrim menceritakan kisah silamnya bersama Seokjin, tentang segala-galanya, tentang Aku. Tentang penipuannya semata-mata untuk membahagiakan Seokjin. Aku terima segala-galanya. Tanpa ada rasa marah walau sedikitpun.

"Jadi...di mana Seokjin sekarang?"

Aku melihatnya. Rasa sebak di dada apabila seseorang mula menyoal tentang dia.

"Dia di hospital besar Seoul, masih dalam keadaan koma."

Eunrim menggenggam erat tanganku, dan merenung ke dalam mataku sedalamnya.

"Jangan salahkan diri Awak atas apa yang berlaku ni, ingat! Ini semua ujian supaya Awak kuat untuk tempoh apa yang akan berlaku di masa akan datang, Saya tau..Awak suami isteri adalah seorang kuat, dan Saya yakin Seokjin akan sedar dan akan sambut kelahiran bakal anak-anaknya, dan lihat kembali wajah isterinya. Saya yakin Hyenim..Saya Yakin."

Senyuman dan kata-katanya memberiku semangat, tubuhku di dakap seperti dia menyalurkan kekuatannya kepadaku, Aku amat bertuah kerana berjumpa dengan orang-orang yang baik sepertinya.


(1 BULAN KEMUDIAN)

Sudah genap sebulan Seokjin tidak menyedarkan diri, anak di dalam kandungan sudah mencecah 4 bulan, perutku yang dahulunya kempis kini dan semakin membuncit. Badanku pula tidak boleh selasak dulu. Badanku semakin lemah kerana emosi dan kesihatanku tidak menentu. Aku melihat wajah Seokjin dan mengelus rambutnya, dahi dan pipinya ku kucup menandakan bahawa Aku terlalu merinduinya. Tangannya ku genggam erat seperti Aku tidak mahu melepaskannya.

"Noona nak Tae belikan apa-apa, Tae nak pergi kerja dah ni."

Soal Taehyung, Aku menoleh dan menggeleng. Taehyung hanya tersenyum dan berlalu pergi.

Aku melihat Seokjin, entah mengapa kenanganku bersamanya di ingatkan kembali, Air mataku mengalir untuk kali ke berapa hendaknya. Aku tertunduk, tangisanku tertahan kerana Aku tidak mahu orang tau yang Hati Aku ini sudah hancur berderai seperti kaca.

Aku mengetatkan lagi pegangan tanganku, tetapi..Aku dapat merasakan tangannya mulai bergerak. Aku melihatnya, matanya seperti ingin terbuka. Hatiku yang suram kini menjadi ceria.

"Doktor!"

Aku memanggil doktor, butang kecemasan ku tekan, tanganku tidak lepas dari menggenggam tangan Seokjin. Air mataku di lap. Aku melihat matanya di buka secara perlahan, mata yang Aku rindui melihat ke arahku.

"Seokjin!"

Jeritku perlahan, Seokjin melihatku dan memegang kepalanya, dahinya di kerutkan. Aku tersenyum riang melihatnya sehinggalah..

"Kau Siapa?"



AUTHOR NOTE:

Kepada readerku yang di sayangi, maafkan daku kerana lama tak update 😭😭 

Saya cuba ambil msa sye untk update, tpi x dpt..and lgi stu saya ni..jarang dpt cuti...lps tu sye lpe nk bgtau yg sye ni hiatus kan sume citer saya, maaf la! Sbb x bgtau dri awl..tpi! Di sbbkn minggu ni sye cuti, jdi..minggu ni...sye mngkin akn update citer ni dua kali! Insyaallah..😍

Sila letakkan komen anda, sbb saya ske bce komen and...dan reply komen awk sume! Terima kasih kepada sesiapa yang sudi upvoted subscribed komen dan bce citer sye yg x sbrapa ni, sokongan anda amat saya hargai, terima kasih! 😍😍😍😍😍

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
parkyura98
Give me some idea for this story please! Coz i've writer block!

Comments

You must be logged in to comment
_shinhara #1
Chapter 16: im waiting for ur update. Fightingg!!
pikahbajet #2
Chapter 15: wuuu.... sedihnyaaa...
_shinhara #3
Chapter 15: Chapter 14: Plizz update author-nim. Im missing this.
Sejin_EXOBTS_ #4
Bila nak update?
_shinhara #5
Chapter 15: Im still waiting for ur update author-nim. Fightingg!!
_shinhara #6
Please update soon authornim ~ huwaaaa
starlightkim_
#7
Chapter 15: Yeah!Kim Seokjin dah sedar tapi dia tak ingat hyenim..mungkin inilah balasan untuk hyenim sebab sakitkan hati Seokjin
bestari96 #8
Chapter 15: Tadi tak ingat. Tiba2 tanya balik isteri dia ni. Ish3. Btw, thanks for the update
_shinhara #9
Chapter 14: Huwaaarrrgghhh. You make me cry.. Please update soon author-nim~ ?
bestari96 #10
Chapter 14: Waaa. Ade update!! Kesian hyenim ㅠㅠ