Aku tak sempurna

Dia...Isteriku

Seokjin meyelak langsir biliknya, terpancul keluhan kecil di bibirnya apabila melihat air hujan tidak berhenti membasahi bumi. matanya beralih ke arah Hyenim yang sedang duduk memeluk lutut  di atas katil, Hyenim telah di pakaikan dengan dress putih labuh ke paras lutut,  muka Hyenim kelihatan terlalu takut. rambutnya menutupi wajah putih mulusnya, bibirnya menggigil ketakutan, Seokjin yang melihat terus berjalan dan duduk di sebelah Hyenim, dia mengambil selimut, lalu menutupi tubuh kecil Hyenim. tubuh hyenim yang tidak berhenti menggigil menambahkan kerisauan pada diri Seokjin, Seokjin terus memeluk tubuh kecil itu dengan erat, Hyenim hanya membiarkan, dia benar-benar takut akan hujan, dia memerlukan seseorang untuk menenangkannya. Seokjin menggosok tubuh belakang gadis, kepala gadis itu di lentokkan ke dadanya, Mata Seokjin melihat ke arah luar, dan dia mula menutup matanya untuk melakukan sesuatu.

"Tenanglah Sayang..ku di sini..

Kan selalu di sini...hingga ku mati..

Jangan bersedih, tersenyum lah..

Hapus air matamu, Dan....

 

Genggam tanganku..."

Terdengar sayup-sayup kedengaran seseorang sedang menyanyikan lagu untuknya.  dengan perlahan Hyenim mengukir senyuman, matanya perlahan tertutup di dalam dakapan Seokjin, dia suka akan situasi ini. Dan dia tidak boleh menafikannya, dia suka berada dalam pelukan Hangat suaminya itu,   walaupun dia tidak pernah mencintai lelaki itu.

Seokjin yang perasan Hyenim dari tadi senyap tidak berkata apa-apa. Seokjin terus melihat Hyenim yang tertidur di dalam dakapannya, dia mengukir senyuman apabila melihat Hyenim tertidur lena di dalam dakapannya. dia membaringkan tubuh kecil itu di atas katil, dia menyelak rambut depan Hyenim lalu mengucup dahi gadis itu. dia menyelimutkan tubuh gadis itu sebelum dia turun dari katil untuk keluar daripada bilik, dia melihat Hyenim yang sedang tidur itu, sebelum dia menutup pintu biliknya.


 

Seokjin menghirup air kopi yang baru di buatnya tadi, untuk menenangkan fikirannya, dia termenung seketika, dia memikirkan tentang Hyenim, bagaimana dia ingin merubah Hyenim kembali kepada normal semua? Bagaimana dia ingin membuatkan gadis itu melupakan kekasih lamanya itu? Keluhan kecil mula terpancul dari mulutnya apabila memikirkan tentang perkara itu. tangannya membuka penutup mi segera yang dari tadi tertutup untuk menunggu makanan itu masak sepenuhnya, Seokjin menghidu bau makanan tersebut, keriangan  terpancar di wajahnya, dan dia terus mengambil chopstik kayu untuk memulakan santapannya.

"Masa untuk makan!!"Ucap Seokjin riang, dan terus menyedok ni segera itu dengan pantas sekali, tiba-tiba.

"TING! TONG!"

Belum sempat Seokjin ingin menyuapkan sesuap mi segera ke dalam mulutnya. Seseorang telah datang mengganggu ketenteraman hidupnya, dia mendengus kecil dan terus berjalan ke pintu rumah. Dengan muka yang bengis Seokjin terus membuka pintu itu tanpa memikirkan siapakah yang berada di luar.

"Annyeong Kim Seokjin. Maaf mengganggu, kamu sedang makan ke tadi?"

Seokjin menggaru belakang kepalanya, apabila melihat Ibunya yang sedang berada di muka pintu. Ibunya memang faham akam perangai Anak lelakinya. sekiranya dia sedang makan..jangan sesekali anda mengganggunya.

"Umma masuklah.."

Seokjin menyapa ibunya agar memasuki rumahnya, ibunya hanya menggeleng dan memberikan sebungkus makanan ke pada Seokjin, Seokjin hanya memandang ibunya dan makanan tersebut secara bersilih ganti, ibunya hanya membuat isyarat'ambil sahajalah'.

"Macam mana dengan keadaan Hyenim? Ada perubahan?"

Seokjin hanya membelek bungkusan makanan tersebut, dia menggelengkan kepalanya tanda 'tidak ada perubahan'. Seokjin tersenyum kecil dan melihat semula makanan makanan tersebut.

"Dia mungkin memerlukan sedikit masa.."

"Sampai bila Seokjin nak bersabar dengan dia lagi? Kamu tau tak?! Dah hampir setahun kamu berkahwin dengan dia, takkanlah tak ada perubahan pada diri dia lagi?"

Tengking Pn.Kim kerana terlalu marah, dia tidak suka melihat Anak lelakinya sedih dan dia bencikannya. Seokjin tidak berkata apa-apa, dia hanya mendiamkan diri, dia tahu ibunya akan memarahinya apabila dia menjawab persoalan berkenaan dengan Hyenim. Seokjin mengetap bibirnya, matanya beralih ke arah lain.

"Hyenim, Dia bukan isteri yang baik.."Kata Pn.Kim sayu, Seokjin melihat Pn.Kim dengan tatapan serious.

"Apa maksud Umma?"

"Seorang isteri tak sepatutnya melayan suami-"

Belum sempat Pn.Kim menghabiskan percakapannya, Seokjin mencelah.

"Baik Umma balik, Appa dah tunggu kat rumah dah tu.."

Kata seokjin sambil mengukir senyuman, ibunya mengeluh kecil, dia tahu Seokjin tidak suka orang bercakap buruk tentang isterinya. ibunya hanya menurut,Pn.Kim membuka payung untuk menghalang air hujan menitis di tubuhnya.  Pn.Kim melihat Seokjin dengan perasaan sayu sebelum dia memasuki keretanya, Seokjin melambaikan tangannya ke arah ibunya sambil mengukir senyuman.

Pn.Kim menitiskan air mata apabila mengenangkan nasib Anak lelakinya. Rasa bersalah menyelubungi dirinya kerana menjodohkan anaknya dengan perempuan yang tak sepatutnya. hanya demi untuk kebaikan syarikat.... dia langsung tidak terfikir akan apa nasib yang menimpa Anak lelakinya. dia menyesal, sungguh...dia terlalu menyesal.


 Seokjin membuka matanya apabila terasa ada sesuatu yang tidak sedap di hatinya mula melanda, Seokjin melihat sekeliling, isterinya tiada di sebelahnya. dia duduk dan menggosok sebelah matanya kerana pandangannya kabur, matanya terlihat ke arah penjuru bilik, Seokjin menghela nafas lega apabila isterinya berada di situ. isterinya duduk membelakangi dirinya, tubuhnya di tutupi dengan selimut yang tebal, dan perkara itu membuatkan hati si suami hairan. Seokjin mendekati Hyenim, Seokjin memegang bahu gadis itu tanda menyapanya. tetapi...

Sesuatu yang tidak di jangka telah berlaku, tubuh Hyenim terjelopok ke atas lantai. Seokjin panik dia menyentuh dahi gadis itu, suhu badan gadis itu terlalu bibir gadis itu menggigil kesejukan. dia mendokong tubuh isterinya dan di baringkan ke atas katil, dengan pantas dia mengambil sapu tangan yang berada di dalam laci, lalu di basahkan dengan air Sejuk untuk mengurangkan suhu badan Hyenim. dia menyelimutkan tubuh kecil itu dengan selimut yang tebal, bibir gadis itu tetap tidak berhenti menggigil, Seokjin memeluk tubuh kecil itu dengan begitu erat untuk menghangatkan tubuh isterinya yang sedang di landa kesejukan. kepala gadis itu di rapatkan ke dada bidangnya, matanya beralih ke arah jam yang tergantung di dinding.

"Baru pukul 03:00 pagi?" Seokjin meletakkan dagunya di atas kepala Hyenim dan mula melelapkan mata, dia terlalu penat, dan dia memerlukan secukupnya.

Hyenim membuka matanya dan  mengangkat sedikit wajahnya untuk melihat Seokjin. mukanya sayu apabila melihat Seokjin, rasa bersalah terhadap lelaki itu mula muncul dalam dirinya. mengapa lelaki ini masih lagi bersikap baik dengan dia?  sedang kan dia tidak pernah sekalipun memberikan layanan baik terhadap lelaki itu? Mengapa lelaki itu di jodohkan dengan gadis yang teruk seperti dia? Sedangkan ramai lagi gadis yang lebih baik daripada dia. Persoalan itu sentiasa di fikiran Hyenim apabila dia melihat Seokjin. dia benci untuk mengaku yang dia terasa selesa apabila bersama Seokjin, walaupun Jongin sudah tidak lagi ada di sisinya. tetapi..dia ingin menamatkan semua ini, dia tidak mahu menyusahkan Seokjin, dia tidak mahu Seokjin membuat semua kerja rumahnya lagi, hanya satu jalan sahaja yang terlintas di fikirannya.


 "Ceraikan Aku."

Seokjin yang sedang menanggalkan sapu tangan, di dahi Hyenim, terkejut dengan apa yang Hyenim katakan. Dia menatap mata Hyenim, Hyenim hanya tertunduk ke bawah, Seokjin tersenyum kecil  dan menyentuh dahi yenim untuk memeriksa suhu badan Hyenim, bagi dia..gadis itu mungkin hanya bergurau dengan apa yang dia katakan tadi. mungkin gadis itu terlalu pening sehingga dia berkata perkara yang bukan-bukan.

"Kenapa Saya perlu ceraikan Awak, kalau Saya masih cintakan Awak?"

Hyenim terkejut dengan apa yang Seokjin katakan. mata bulatnya menatap mata Seokjin, bibir Seokjin tetap mengukir senyuman hambar, kata-katanya tadi adalah ikhlas. dia sememangnya mencintai gadis itu sudah lama, cuma dia tidak meluahkannya. Hyenim menundukkan kepalanya kembali, matanya menatap lantai dengan pandangan yang kosong.

"Sebab...Saya tak layak untuk jadi isteri Awak......"

 Ujar Hyenim. Seokjin hanya diam.

"Gadis macam Saya tak sepatutnya muncul dalam hidup Awak, Awak terlalu baik untuk Saya. walaupun...Saya tak pernah beri layanan yang baik untuk Awak, Saya tak pernah buat apa yang patut di buat, Saya hanya mengikut perasaan sedih Saya. tapi..Saya tak pernah faham perasaan Awak, Saya nak Awak ceraikan Saya agar Awak boleh cari perempuan yang lebih baik untuk Awak, Saya tak nak menyusahkan Awak lagi. Saya tak nak Awak menyusahkan diri Awak hanya untuk Saya, Saya dah macam orang gila pun Awak tetap mampu jaga Saya, Saya...tak boleh nak balas balik apa yang awak buat pada Saya, Saya tak boleh nak buat apa, Saya hanya mampu menangis dan termenung di luar tingkap, Saya...tak sempurna.."

  Ujar Hyenim lagi, Seokjin hanya diam, dia tidak menjawab dan tidak juga bertanya, dia terlalu marah dengan apa yang Hyenim katakan, dia benci akan pengakuan yang Hyenim lakukan, bibirnya di ketap. dia meletakkan sapu tangan itu di dalam bekas berisi air sejuk itu, lalu di bawa keluar, dia menutup pintu bilik, membiarkan Hyenim bersendirian di dalam biliknya, Hyenim menitiskan air matanya dia tidak mahu semua ini berlaku. benarkah apa yang Seokjin katakan kepadanya tadi? Atau...adakah itu hanya percakapan kosong sahaja? Sekiranya ia benar, Hyenim berharap agar apa yang berlaku tadi hanya sekadar mimpi. dia tidak layak untuk lelaki sebaik Seokjin, dan..dia tidak layak untuk di cintai. dia menekup mukanya dengan kedua belah telapak tangannya,  air matanya berjujuran dengan laju, esakan terpancul keluar dari bibir kecilnya, hanya satu kata sahaja yang mampu di katakan dari bibirnya.

"Tolong...jangan pernah sekali kau mencintai Aku."

Rayunya agar Seokjin dapat mendengar apa dia katakan tadi, dia berharap agar lelaki itu mendengarnya...hanya mendengarnya...


 


Mcm mne? Okey tak? Perjalanan citer mmg slow skit XP

Hrap korang skekannya ^^

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
parkyura98
Give me some idea for this story please! Coz i've writer block!

Comments

You must be logged in to comment
_shinhara #1
Chapter 16: im waiting for ur update. Fightingg!!
pikahbajet #2
Chapter 15: wuuu.... sedihnyaaa...
_shinhara #3
Chapter 15: Chapter 14: Plizz update author-nim. Im missing this.
Sejin_EXOBTS_ #4
Bila nak update?
_shinhara #5
Chapter 15: Im still waiting for ur update author-nim. Fightingg!!
_shinhara #6
Please update soon authornim ~ huwaaaa
starlightkim_
#7
Chapter 15: Yeah!Kim Seokjin dah sedar tapi dia tak ingat hyenim..mungkin inilah balasan untuk hyenim sebab sakitkan hati Seokjin
bestari96 #8
Chapter 15: Tadi tak ingat. Tiba2 tanya balik isteri dia ni. Ish3. Btw, thanks for the update
_shinhara #9
Chapter 14: Huwaaarrrgghhh. You make me cry.. Please update soon author-nim~ ?
bestari96 #10
Chapter 14: Waaa. Ade update!! Kesian hyenim ㅠㅠ