Who are you?

Dia...Isteriku

"Siapa Kau?"

Aku tergamam, senyumanku mati. Jantungku seperti terhenti, nafasku tak terurus. Semangat yang terkumpul hilang begitu sahaja. Mataku merenung matanya, lidahku terkelu. Dia memegang kepalanya seperti menahan sakit, dahinya di kerutkan. Dia melihatku, sinar matanya....tidak sama seperti dahulu. Sekarang...Aku betul-betul rasa kehilangannya.

"Se-Seokjin....?"

Aku memanggilnya, Dia hanya melihatku. Dia memegang kepalanya seperti menahan sakit.

"Aku tanya! Kau siapa?!"

Aku terkedu, Dia menengkingku. Aku memegang tangannya, dan melihat ke dalam matanya.

"Saya Kim Hyenim, Isteri......Awak.."

Aku menangis melihatnya, Dia melihat tanganku dan Wajahku bersilih ganti. Bibirnya di ketap, dahinya semakin berkerut. Dia merentap tanganku, dan memegang kepalanya.

"Tak! Tak! Arghhhhh!!!!!!"

Dia meronta kesakitan. Aku cuba menenangkannya, tetapi telah di halang oleh seseorang. Aku melihat orang itu.

"Kim Hyenim, Awak tunggu di luar. Biar Saya uruskan hal ini.."

Arah Taemin, dengan mata yang kuyu Aku melihatnya. Mataku beralih ke arah Seokjin yang meronta kesakitan. Terasa berat hati ini untuk pergi. Sebak di dada mula menyelububngi. Dengan perlahan Aku mengundur diri, dan berlari keluar dari bilik Wad.

"Noona..?"

Soal Taehyung, lalu mendekatiku. Wajahnya yang sayu melihat ke arahku, mataku mulai kabur. Dia mendakap tubuhku, dan menenangkanku.

"Tae nampak apa yang terjadi, Noona bersabar ye..?"

"Kenapa Tae..? Kenapa Noona yang kena semua ni?"

Tae tidak menjawab, Dia hanya menggosok belakangku untuk menenangkan Aku, itu sahaja. Dia melepaskan pelukannya dan memegang bahu Aku. Dia melihat ke dalam mataku. Aku dapat lihat betapa terlukanya hati Dia melihat keadaan abangnya.

"Ki-kita balik ye..Noona? nanti Saya panggil Umma, suruh temankan Jin Hyung."

Aku mengangguk, dan mulai berjalan. Tetapi..kepalaku semakin terasa berat, mataku terasa kabur. Kakiku terasa lemah. Aku tak mampu untuk teruskan perjalanan. Dan akhirnya..

"Noona!"


(TAEHYUNG P.O.V)

Aku melihat Hyenim Noona terbaring lemah di atas katil, Aku melihatnya dengan sayu. Aku faham akan perasaannya. Isteri mana yang sanggup menerima hakikat suami yang baru di cintainya tidak ingat tentang dirinya? Sekiranya Aku di tempatnya..pasti aku pun akan jadi seperti dia.

"Kreek.."

Pintu di kuak dari luar. Aku melihat gerangan siapa yang membuka.

"Maaf ini Ward pesakit Kim Hyenim ke?"

Dia menyoal sambil senyuman di lemparkan, wajahnya yang comel menarik perhatianku. Matanya membentuk eyesmile. Dia seumpama bidadari yang jatuh dari langit, yang baru pertama kali ku lihat. Tetapi..kenapa Aku rasa seperti pernah berjumpa dengannya?

"Encik?"

Aku tersentak, Dia melambaikan tangannya di hadapan wajahku. Aku mengalihkan pandangan ke arah Hyenim Noona.

"Ha! Inilah Dia..Kim Hyenim.."

Kataku, Dia tersenyum dan duduk di kerusi bersebelahan dengan katil Hyenim Noona. Mataku tidak lepas daripada melihat wajahnya. Hatiku berdegup kencang...Aku tidak tahu akan perasaan ini..perasaan apakah ini ya tuhan...?

"Dia mesti terlalu terkejut, sebab tu dia jadi macam ni.."

Dia mengusap rambut Hyenim, mataku tidak lepas dari melihatnya. Aku masih terkaku tidak tahu mengapa. Tetapi...Aku tetap rasa bahawa Aku pernah berjumpa dengan dia.

"Awak ni...siapa ye? Sebab....saya rasa macam pernah jumpa Awak."

Dia menyoal, Aku terkejut. Dia seperti memikirkan sesuatu.

"Awak mengingatkan Saya kepada.." 

"Kim Taehyung!"

Kami berkata serentak, kami terkedu. Lalu dia tertawa.

"Hahaha..Awak kenal Kim Taehyung?"

"Kim Taehyung tu saya la.."

Kataku riang.

"Awak tak kenal Saya ke? Saya Son Eunrim.."

Dia menghulurkan tangannya, tanda ingin berjabat. Sekarang semua dah jelas, Aku dah ingat semuanya dia..Gadis itu..


"Jadi...Awak ni..sepatutnya jadi bakal kakak ipar Saya?" 

Aku menyoal, Dia mengangguk. Wajahnya yang sayu ku lihat. Dia mengelap Air matanya. Dia menceritakan segalanya kepadaku. 

"Saya..rasa menyesal dengan apa yang Saya dah buat dekat abang Awak..."

Dia melihatku, Aku tersenyum dan menggosok belakangnya tanda memujuk.

"Tak mengapa..sebab..benda ni dah berlaku, lagipun..Awak buat benda yang betul. Sekarang ni...kita kena fikir macam mana nak tolong Hyenim, Awak taukan...dia macam mana. Kita kena bagi semangat kat dia.."

Dia hanya mengangguk.

"Encik Taehyung, Kim Seokjin dah sedar."

"Kejap lagi kitorang datang."


"Korang Siapa?"

Soal Seokjin. Aku mengeluh kesedihan, Aku dan Eunrim, memperkenalkan diri dan menceritakan segalanya. 

Seokjin Hyung mengerutkan dahi, bibirnya di ketap. Wajahnya berubah risau, dia melihat kami berdua.

"Mana isteri Aku."



AUTHOR NOTE: 

Akhirnya dapat update dua kali jugak minggu ni! Yahooo! Maaf klau citer ni..slow sangat...jangan risau saya akan buat yang terbaik! 😊

Sila letakkan komen anda, saya akan reply..😳

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
parkyura98
Give me some idea for this story please! Coz i've writer block!

Comments

You must be logged in to comment
_shinhara #1
Chapter 16: im waiting for ur update. Fightingg!!
pikahbajet #2
Chapter 15: wuuu.... sedihnyaaa...
_shinhara #3
Chapter 15: Chapter 14: Plizz update author-nim. Im missing this.
Sejin_EXOBTS_ #4
Bila nak update?
_shinhara #5
Chapter 15: Im still waiting for ur update author-nim. Fightingg!!
_shinhara #6
Please update soon authornim ~ huwaaaa
starlightkim_
#7
Chapter 15: Yeah!Kim Seokjin dah sedar tapi dia tak ingat hyenim..mungkin inilah balasan untuk hyenim sebab sakitkan hati Seokjin
bestari96 #8
Chapter 15: Tadi tak ingat. Tiba2 tanya balik isteri dia ni. Ish3. Btw, thanks for the update
_shinhara #9
Chapter 14: Huwaaarrrgghhh. You make me cry.. Please update soon author-nim~ ?
bestari96 #10
Chapter 14: Waaa. Ade update!! Kesian hyenim ㅠㅠ