Orang baru?

Dia...Isteriku

(MALAM ITU)

"Uweeeekk!!"

Hyenim terkejut akan apa yang di lihatnya, matanya membulat apabila Seokjin mula memuntahkan segala isi yang di makannya tadi, Hyenim menggosok belakang badan Seokjin untuk membantunya.

"Awak sakit ke? Seokjin?"

Seokjin menggeleng lalu dan membasuh mukanya, nafasnya tercungap-cungap membuatkan Hyenim semakin risau, Hyenim mengerutkan dahinya dan menggosok belakang badan Seokjin.

"Awak jangan risau okey, Saya tak apa -apa.."

Kata Seokjin selepas membasuh mukanya, dia memegang kedua belah bahu Hyenim untuk menenangknnya, Hyenim menatap mata Seokjin dengan tatapan serious, Seokjin hanya mengukirkan senyuman buatnya.

"Baik lah..."

 Hyenim mengalah, dia membalas senyuman Seokjin lalu meninggalkan Seokjin sendirian di bilik air.


 

(BEBERAPA MINIT KEMUDIAN)

Hyenim mengembungkan pipinya dengan perasaan bengang, kerana dari tadi dia tidak menjumpai baju yang sesuai untuk pergi ke majlis syarikat Seokjin, sudah tersedia dua helai dress berwarna baru cair dan berwarna ungu gelap di atas katil mereka, Seokjin yang sedang membetulkan tali lehernya melihat ke arah Hyenim yang sedang mengembungkan pipi itu, dia berjalan mendekati Hyenim dengan perasaan ingin tahu, tubuh gadis itu di peluk dari belakang, membuatkan gadis itu terjerit kecil kerana terkejut, Seokjin hanya ketawa kecil apabila terdengar Hyenim menjerit, Seokjin meletakkan kepalanya di bahu gadis itu, matanya melirik ke arah dua helai baju yang berada di atas katil tersebut.

"Hyenim tak tau nak pilih baju yang sesuai ke?"

Hyenim mengangguk, Seokjin menghela nafasnya dan pelukannya  di eratkan.

"Apa Kata kalau Hyenim pergi mandi dulu, nanti Oppa pilihkan bajunya."

Hyenim hanya mengangguk, dan memasuki bilik air, Seokjin tersenyum nakal dan menyimpan kedua baju itu ke dalam almari, lalu di ambil satu kotak hadiah yang besar dan meletakkannya di atas katil tersebut dan raut wajah riang terpancar di wajah tampan Seokjin.

"Surprise for my lovely girl~"

Ucap Seokjin dengan berbisik dan memberi tepukan kepada dirinya sendiri.


 Mata Hyenim terbutang luas apabila melihat kedua-dua bajunya tiada di atas katilnya, dan lebih mengejutkan apabila sebuah kotak hadiah yang besar sedang berada di atas katilnya, Hyenim mengambi tempatnya di birai katil, lalu membuka kotak tersebut, matanya membulat apabila terlihat apa isi di dalam kotak tersebut, Hyenim tersenyum kecil apabila melihat dress berwarna merah jambu itu, dia tahu bahawa ini adalah hadiah daripada Seokjin.

"Gomawo.."

Ucap Hyenim sambil mengukir senyuman.


 Seokjin yang menanti Hyenim berdua duduk di atas sofa dan menukar siaran televisyen yang tidak menarik perhatiannya, dia menguap kecil, dan matanya melihat ke arah televisyen dengan muka bosan.

"Seokjin.."

Panggil seseorang membuatkan jejaka bernama Kim Seokjin yang sedang di landa kebosanan itu melihat ke arah suara tersebut, matanya yang sepet terus menjadi bulat.

"Okey tak...? Macam ni...?"

Soal Hyenim teragak-agak, Seokjin hanya mengangguk dan melihat Hyenim dari atas sampai ke bawah, Hyenim mendekati Seokjin, Seokjin masih terdiam seribu bahasa, sudah lama dia tidak melihat Hyenim bersolek, Kali terakhir Hyenim bersolek pada hari perkahwinan mereka, maksudnya...sebelum tragedi yang buruk itu berlaku, Seokjin melihat wajah Hyenim yang di solek dengan solekan nipis, bibirnya di calitkan dengan lipstick berwarna baby pink, serta baju dan rantai yang di beli di pakaikan pada tubuh kecil Hyenim, rambut lurus panjang  Hyenim di  dandan sedikit dan di lepaskan, menambahkan lagi keanggungan, keserian dan kecantikan pada dirinya.

Seokjin tersenyum kecil dan berdiri di hadapan gadis itu, Hyenim hanya menatap Seokjin hairan, Seokjin memegang bahu Hyenim dan meletakkan dahinya mendarat  di dahi Hyenim , mata mereka bertemu untuk seketika, Seokjin menatap mata Hyenim sedalamnya, muka Hyenim bersemu merah, dia menundukkan kepalanya kerana malu.

"Awak..nampak cantik sangat wahai isteriku.."

Kata Seokjin seraya mencium ubun-ubun Hyenim, Hyenim mengukir senyuman malu, dia menutup matanya untuk merasai kehangatan ciuman Seokjin. Untuk beberapa seketika Hyenim temggelam dengan kehangatan yang Seokjin berikan, Hyenim mula terasa malu sedikit dan terus membuka matanya.

"Dah la...kita kena cepat ni,nanti Umma tunggu pulak.."

Hyenim menolak sedikit tubuh Seokjin, Seokjin ke belakang kerana dia tahu itu kehemdak isterinya, Hyenim mengambil beg tangannya berwarna putih.

lalu berjalan menuju ke rak kasut, dan mengambil sepasang kasut tumit tinggi berwarna putih.

Seokjin mendekati Hyenim dan mengambil kasut daripada tangan Hyenim, Hyenim hanya mengerutkan melihat kelakuan Seokjin, Hyenim berasa hairan terhadap perangai Seokjin pada hari ini, Seokjin kelihatan agak romantik, membuatkan Hyenim tersenyum kecil, tetapi walau apa pun yang Seokjin lakukan, tidak boleh membuatkan hati Hyenim yang masih lagi mencintai Jongin  itu terbuka untuknya. Seokjin menyarungkan kasut itu di kaki Hyenim, Seokjin mengangkat kepalanya setelah kedua belah kaki Hyenim telah di sarungkan kasut.

"Okey siap! Jom kita keluar!"


(DI MAJLIS)

"Akhirnya, kamu berdua datang juga.."

Ujar Pn.Kim sambil memeluk tubuh Hyenim dan Seokjin, Tn.Kim yang sedang berbicara dengan temannya, terlihat Seokjin dan Hyenim terus berjalan mendekati isteri dan Anak menantunya.

"Kim Seokjin" 

Kata Tn.Kim seraya memeluk Seokjin, Hyenim tersenyum kecil melihat karenah dua beranak itu, dia mula teringat tentang keluarga kandungnya yang sudah lama dia tidak lawati  semenjak peristiwa buruk itu berlaku, Hyenim berada terlalu rindu terhadap ibu bapa dan abang kandungnya, dia...terasa bersalah terhadap keluarganya, dia ingin kembali ke pangkuan keluarganya, tetapi...adakah ibu bapa dan abangnya akan mengalu-alukan kedatangannya? Atau...sekiranya dia kembali..akan terjadi sesuatu yang tidak baik terhadapnya?

"Hyenim?"

Seokjin melambaikan tangannya di hadapan wajah Hyenim, Hyenim yang sedang mengelamun tersedar dari lamunannnya dan kembali ke alam reality.

"Menung apa tu Sayang?"

Soal Seokjin memerli, Hyenim hanya tersengih menunjukkan sebaris giginya yang putih berseri, Seokjin memegang tangan Hyenim dengan erat dan membawa Hyenim ke tempat lain, tiba-tiba ada seorang lelaki berpakaian tuxedo berwarna silver berjalan mendekati mereka berdua, Hyenim mengelipkan matanya berkali-kali apabila lelaki itu tersenyum melihatnya, Hyenim mengeratkan lagi pegangan tangannya kerana takut, membuatkan Seokjin melihatnya dan terus ketawa kecil dan menggeleng melihat karenah isterinya.

"Who she is?"

Soal orang itu sambil memberikan wink kepada Hyenim, Hyenim menyorok di belakang Seokjin kerana takut dengan lelaki yang berada di hadapan Seokjin.

"Yah! Hyung! She's my wife."

Marah Seokjin sambil memberikan pandangan maut pada lelaki tersebut, lelaki tersebut hanya tersengih macam kerang busuk dan menggaru belakang kepalanya, Hyenim hanya menatap suaminya dan lelaki itu secara bersilih ganti.

"Hyenim, ini cousin Saya, nama dia..Kim Himchan."

Ujar Seokjin kepada melihat Hyenim yang sedang menyorok, Himchan menghulurkan tangannya untuk berjabat tangan bersama gadis itu, terus di tepis oleh Seokjin.

"What?! Hyung just nak jabat tangan dengan je? Kenapa nak kena tepis tangan hyung?!"

Soal Himchan dengan Nada divanya, Seokjin hanya menatap Himchan dengan pandangan dingin.

"Hyung, kita orang Korea, tak payah nak jabat-jabat tangan sangat, sedar diri tu sikit."

Ujar Seokjin sedikit dingin, Hyenim hanya ketawa kecil melihat ke lakukan suaminya kepada abang sepupunya itu, Himchan mencebik dan membongkokkan badannya sedikit, dan memberikan senyuman paksa ke pada Hyenim, Hyenim hanya tersengih dan membongkokkan badannya sedikit untuk berkenalan.

"Kim Hyenim imnida.."


 "Jadi...Awak menantu kepada  pemilik syarikat Kim?"

Soal seseorang di tepi Hyenim yang sedang sibuk memilih makanan, Hyenim yang tersedar orang itu sedang bercakap dengannya terus melihat ke arah suara tersebut, ada seorang lelaki sedang mengukirkan senyuman buatnya, Hyenim terpaku melihat wajah orang itu, wajah jejaka itu terlihat sangat cantik buat Hyenim, mata sepet lelaki itu membentuk eyesmile ketika mengukir senyuman, rambut coklat lelaki itu di sikat ke belakang, membuatkan dia kelihatan tampan, Hyenim terdiam seribu bahasa matanya tidak lepas daripada memandang lelaki itu, sungguh di katakan... dia teramat rindukan wajah lelaki ini. 

Lelaki itu menghulurkan tangannya untuk berjabat tangan dengan Hyenim.

"Saya doktor Lee, doktor peribadi keluarga Kim."

Hyenim menyambut huluran tangan doktor tersebut sambil mengukir senyuman.

"Kim Hyenim."

Hyenim memperkenalkan dirinya, doktor itu mengukir senyuman.

"Lee Taemin.."


 

Amacam okey tak?

Macam Saya cakap sebelum ni, jalan citer lembab! Jdi...korang sebagai pembaca bersabarlah dengan author yang tak seberapa ni ye? Hihi ^^

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
parkyura98
Give me some idea for this story please! Coz i've writer block!

Comments

You must be logged in to comment
_shinhara #1
Chapter 16: im waiting for ur update. Fightingg!!
pikahbajet #2
Chapter 15: wuuu.... sedihnyaaa...
_shinhara #3
Chapter 15: Chapter 14: Plizz update author-nim. Im missing this.
Sejin_EXOBTS_ #4
Bila nak update?
_shinhara #5
Chapter 15: Im still waiting for ur update author-nim. Fightingg!!
_shinhara #6
Please update soon authornim ~ huwaaaa
starlightkim_
#7
Chapter 15: Yeah!Kim Seokjin dah sedar tapi dia tak ingat hyenim..mungkin inilah balasan untuk hyenim sebab sakitkan hati Seokjin
bestari96 #8
Chapter 15: Tadi tak ingat. Tiba2 tanya balik isteri dia ni. Ish3. Btw, thanks for the update
_shinhara #9
Chapter 14: Huwaaarrrgghhh. You make me cry.. Please update soon author-nim~ ?
bestari96 #10
Chapter 14: Waaa. Ade update!! Kesian hyenim ㅠㅠ