Episod 7 - Rain of Blades

Lee Donghae's Wifey

Masuk hari ini sudah genap 2 bulan usia perkahwinan antara Junhee dan Donghae. Semuanya berjalan seperti biasa. Masing-masing mula sibuk dengan kehidupan sendiri, apatah lagi Donghae yang jadual hariannya sentiasa padat dengan pelbagai aktiviti.

 

Sebagai seorang isteri, Junhee cuba memahami situasi suaminya walaupun dia terpaksa akui yang dia mula kebosanan dan kesunyian. Mereka langsung tiada masa untuk diluangkan bersama. Junhee boleh faham sekiranya Donghae terpaksa tangguhkan bulan madu mereka kerana terlalu sibuk. Tetapi dia tak boleh terima apabila suaminya itu langsung tiada untuknya walaupun pada waktu hujung minggu.

 

Kadang-kala Junhee merasakan yang kehidupannya sekarang langsung tiada beza dengan kehidupannya sewaktu sebelum berkahwin dahulu. Apa yang berubah hanyalah dia sentiasa mendapat perhatian hanya kerana dia ialah isteri kepada Lee Donghae.

 

“Termenung panjang nampak? Kau dengar tak apa yang aku cakap ni?” tegur Sungyeon lantas mematikan lamunan Junhee.

 

Dia berpura-pura fokus pada buku di hadapannya untuk menutup perasaan terkejut.

 

“Dengar,” balas Junhee ringkas.

 

“Tak payah nak tipulah. Kau ingat aku tak nampak yang mengelamun tadi? Kau fikir apa? Tak pernah-pernah kau termenung macam ni?” soal Sungyeon.

 

Junhee melarikan pandangannya dari arah buku. Dia menongkat dagu sambil memandang kawannya.

 

“Macam berat aje masalah kau ni? Tak nak share dengan aku?”

 

Sungyeon dapat lihat yang kebelakangan ini seperti ada sesuatu yang membelenggu fikirannya. Biasanya orang yang baru berkahwin akan berseri-seri wajahnya. Tetapi Sungyeon tak nampak seri itu pada wajah sahabatnya.

 

“Ni mesti pasal Donghae kan?” Sungyeon cuba meneka.

 

Namun dia tidak menyangka yang tekaannya itu tepat apabila Junhee mengangguk lemah. Sungyeon memandang kiri dan kanannya untuk memastikan tiada siapa di dalam perpustakaan itu mencuri dengar perbualan mereka.

 

“Kau gaduh dengan dia ke?” soal Sungyeon lagi.

 

Junhee menggeleng. Kemudian dia mengeluh. Tangannya diletakkan di atas meja.

 

“Bukannya gaduh. Cuma kau tahulah kahwin dengan orang macam dia. Busy aje memanjang. Pada awalnya memanglah aku tak kisah sebab aku faham jadual dia memang padat. Bila dia cakap dia terpaksa tangguhkan bulan madu kitorang pun aku tak kisah. Tapi bila dia langsung tak ada masa untuk aku yang itu aku tak boleh terima. Kau cuba bayangkan, dia balik bila aku dah tidur pastu bila aku bangun dia dah tak ada. Aku boleh kira dengan jari tau berapa kali aku jumpa dia,” luah Junhee.

 

Dia bukannya berkahwin dengan Donghae untuk dilayan sebegini rupa. Kalau begitu, untuk apa mereka berkahwin?

 

Kali ini Sungyeon pula yang mengeluh. “Berat juga masalah kau ni. Kau tak cuba berbincang dengan dia?”

 

Junhee menggeeleng. “Nak bincang macam mana kalau nak jumpa dia pun bukan main payah lagi?” ujarnya.

 

Sungyeon menggenggam kedua-dua tangan sahabatnya, cuba memberi semangat. “Aku ni bukannya pakar sangat dalam hal-hal rumah tangga ni memandangkan aku pun belum kahwin. Cuma apa yang aku boleh nasihatkan kau pergilah berbincang dengan dia. Pilih satu waktu yang tepat untuk bercakap dengan dia.

 

Kalau kau pendam sorang-sorang pun tak ada gunanya. Kau kena beritahu tahu sekurang-kurangnya dia tahu ada benda yang tak kena antara korang.”

 

“Terima kasih Sungyeon-ah, maaflah kalau aku dah bebankan kau dengan masalah aku.”

 

Sungyeon bangun dari tempatnya lalu mengambil tempat di sebelah Junhee. Kemudian dia memeluk tubuh kecil sahabatnya itu.

 

“Itulah gunanya kawan. Kalau kau ada masalah jangan pendam sorang-sorang. Kau kena ingat yang aku selalu ada untuk kau,” ujar Sungyeon.

 

Junhee membalas pelukan kawannya. Terima kasih, Sungyeon.

 

Seperti yang dinasihatkan, Junhee cuba untuk berbincang masalah ini dengan suaminya. Untuk itu, Junhee nekad untuk berjumpa suaminya di SM ENT. Dia terpaksa menghayun kakinya ke syarikat itu kerana dia tahu kalau dia hanya duduk di rumah masalah mereka takkan pernah selesai.

 

Dengan penuh berdebar, Junhee mencari Donghae di bilik tarian. Dia tak tahu apa reaksi Donghae apabila melihat dia disitu. Sudahlah kedatangannya tak diundang.

 

“Annyeonghaseyo, oppadeul.” Junhee berdiri di muka pintu.

 

9 pasang mata beralih ke muka pintu. “Junhee-ah!” mereka berteriak apabila melihat kehadiran gadis itu.

Junhee berjalan mendekati suaminya dan yang lain.

 

“Awak buat apa kat sini?” soal Donghae. Rasa terkejutnya kerana kehadiran Junhee masih lagi belum hilang.

 

“Saja. Kenapa? Tak boleh ke?” soal Junhee. Dia takut kehadirannya di situ tidak diterima.

 

“Boleh. Siapa kata tak boleh. Dah lama kita tak jumpa kan?” sampuk Yesung. Sempat lagi dia mengenyitkan mata ke arah Junhee.

 

Namun Donghae dapat menangkap perbuatan Yesung. “Hyung, dengan isteri saya pun nak cucuk jarum ke?” marah Donghae tetapi lelaki itu langsung buat tak tahu.

 

“Oppa, boleh kita bercakap kejap?”

 

Junhee menikmati pemandangan sekitar Apgujeong dari bumbung bangunan itu. Dia cuba mengumpul kekuatan untuk berhadapan dengan Donghae.

 

“Junhee nak cakap apa tadi?” soal Donghae.

 

Dia berpaling memandang suaminya. Junhee menghela nafas sebelum mula berbicara.

“Oppa, sampai bila kita nak macam ni?” soal Junhee tetapi hanya menambahkan kebingungan Donghae.

 

“Macam ni? Macam mana?” Donghae bertanya.

 

Junhee mengeluh perlahan. Adakah suaminya itu memang tak tahu atau sengaja buat tak tahu?

 

“Oppa tak perasan ke situasi kita berdua? Nama aje dah berkahwin tapi kita buat hal masing-masing macam kita ni tak ada apa-apa hubungan,” luah Junhee.

 

Donghae mendekati isterinya. Dia mencapai lengan kedua-dua belah bahu Junhee.

 

“Junhee tahukan yang oppa sibuk. Junhee kena faham,” balasnya namun Junhee tidak mahu lagi mendengar alasan itu. Alasan yang selalu didengarinya.

 

Perlahan-lahan dia menepis tangan Donghae. “Saya faham. Sebab itu selama ni saya tak pernah merungut. Tapi kesabaran saya pun ada hadnya. Sampai bila saya kena hadapi situasi macam ni?

 

Oppa, saya pun manusia. Saya pun perlukan perhatian daripada oppa. Ya, saya tahu oppa sibuk tapi tak boleh ke oppa luangkan masa sedikit untuk saya? Kalau macam nilah jadinya untuk apa kita kahwin?”

“Sekarang ni Junhee menyesal kahwin dengan oppa?” pintas Donghae tanpa sedar yang dia sudah meninggikan suara terhadap isterinya.

 

“Tak. Saya tak pernah menyesal pun kahwin dengan oppa...”

 

Junhee tidak sempat menghabiskan ayatnya apabila Donghae memotong.

 

“Habis tu kenapa tak boleh nak faham? Oppa sibuk. Bukannya oppa sengaja nak buat macam ni?”

 

Saat itu Junhee merasakan kemarahannya mula memuncak.

 

“Ya. Saya faham oppa. Tapi kenapa oppa pun tak boleh nak faham saya? Kenapa saya sorang aje yang kena mengalah dalam hal ni? Kenapa oppa beria sangat nak kahwin kalau isteri sorang pun tak boleh jaga?”

 

Pang! Saat itu satu tamparan hingga tepat di pipi Junhee. Baik Junhee mahupun Donghae masing-masing terkedu. Junhee sama sekali tidak menyangka yang Donghae sanggup menamparnya.

 

Donghae merenung tangan kanannya. Dia tak sangka yang dia baru saja menampar isterinya sendiri. Dia memandang wajah Junhee yang sudah basah dengan air mata. Apa yang dia dah buat? Dia dah sakitkan hati Junhee. Orang yang dia sayang.

“Junhee, oppa..” Donghae ingin menggenggam tangan isterinya tetapi lantas ditepis.

 

Tanpa bertangguh, Junhee terus berlalu dari situ tanpa mempedulikan laungan suaminya.

 

“Junhee, dah nak balik ke?” tegur Shindong yang kebetulan terserempak dengan Junhee di hadapan lif.

 

Cepat-cepat Junhee mengesat air matanya. “Haah. Dah lewat ni. Saya balik dulu?” dia ingin pergi dari situ tetapi dihalang oleh Donghae.

 

Dia dapat mengesan mata Junhee yang kemerah-merahan seperti orang baru lepas menangis. Dari raut wajah Junhee yang muram itu dia tahu ada sesuatu yang tak kena.

 

“Junhee nangis ke? Ada apa-apa yang tak kena ke? Mana Donghae?” soal Shindong.

 

Gadis itu menyeka saki-baki air matinya lalu menggeleng.

 

“Tak ada apa-apa. Saya okey. Saya pergi dulu,” ujar Junhee. Dia terus berlalu pergi sebelum sempat lelaki itu bertanya lebih lanjut

 

. Shindong memandang bayang Junhee yang semakin lama semakin menjauh. Dia tahu ada sesuatu yang tak kena. Dan dia perlu mencari Donghae sekarang.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
hanbinhaera #1
Chapter 11: TOO SWEET OMFG
GreenDecember #2
Updatelah lagi bestlah citer ni....
rayyrahieymah #3
Chapter 11: update lgi please..
StarPeace
#4
Chapter 11: Ingatkan Junhee mengandung tadi. Hehe xD
GreenDecember #5
Chapter 10: kenapa cerita ni terlalu cute dan comel...updatelah lagi author nim!!! ^^ (panjang2 sikit tau)
rayyrahieymah #6
Chapter 9: waaaaa best sgt.. deabak.. pallli update :)
GreenDecember #7
Chapter 8: Donghae sampai hati kau tampar Junhee ... T_T
anyway i like this story...^^
StarPeace
#8
Chapter 7: Your story is so good. Update soon ^ ^
ArmyGirls #9
update soon ^^
Dragneel09 #10
Chapter 4: Oh my gosh, donghae must be a sweet husband...keke