Episod 6 - Marry U

Lee Donghae's Wifey

 Akhirnya tibalah hari yang dinanti-nantikan oleh Donghae. Hari bahagianya bersama-sama dengan Junhee. Dia berdebar menantikan majlis yang akan bermula bila-bila masa sahaja. Mujurlah dia ditemani oleh kawan-kawannya. Sekurang-kurangnya kehadiran mereka mampu mengurangkan perasaan gemuruh yang datang bertandang.

 

Donghae berdiri di hadapan pintu dewan dengan seribu satu perasaan. Memikirkan yang dalam beberapa minit lagi dia akan menjadi suami Junhee, Donghae berasa gembira dan juga gementar.

 

Pintu dewan dibuka dari dalam. Dengan tenang dia berjalan di tengah dewan menuju ke arah paderi yang sudah sedia menantinya. Perjalanan yang terasa lama itu akhirnya sampai ke penghujungnya. Dia sempat berbalas pandangan dengan paderi sebelum mengalihkan pandangannya ke arah pintu utama, menantikan ketibaan Junhee. Seperti putera raja yang menanti kehadiran puterinya.

 

Kemudian, pintu utama dewan dibuka sekali lagi. Song Junhee berdiri di hadapan pintu sambil diiringi oleh bapanya. Kamera yang tadinya fokus ke arah Donghae, kini tertumpu ke arah pengantin perempuan pula.

 

Jantung Junhee semakin berdegup kencang saat dia mendekati Donghae. Dalam pada perasaan gemuruh yang menghantuinya, dia tak harus nafikan yang lelaki itu kelihatan sangat cantik dengan sut putihnya. Dia tertunduk malu apabila matanya bertentangan dengan mata Donghae.

 

Kini Junhee betul-betul berdiri di hadapan Donghae. Encik Song menghulurkan tangan anaknya kepada Donghae. Dengan tenang lelaki itu menyambutnya. Dia menarik tangan Junhee supaya gadis itu berdiri di sebelahnya.

 

“Lee Donghae, sudikah kamu menerima Song Junhee sebagai isteri kamu?” soal paderi.

 

Tanpa teragak-agak Donghae mengangguk. “Saya sudi.”

 

Pandangan mata paderi tadi beralih pula ke arah Junhee.

 

“Song Junhee, sudikah kamu menerima Lee Donghae sebagai suami kamu?”

 

“Saya sudi.”

 

Dengan itu, kini Song Junhee secara rasminya menjadi isteri Lee Donghae.

 

“Kamu boleh cium pengantin perempuan.”

 

Junhee menelan liur apabila mendengar kata-kata paderi. Dia berpusing menghadap Donghae. Tubuhnya kaku. Dia tak mampu bergerak walaupun seinci. Perlu ke bercium depan khalayak macam ni? Dahlah ramai orang, wartawan pun ramai. Malunya. Dahlah ni first kiss aku. Yang paderi tu suruh Donghae...

 

Junhee berperang dengan mindanya sehinggalah tiba-tiba sepasang bibir mendarat di atas bibirnya. Dia terlalu asyik dalam khayalannya hingga dia tak sedar yang Donghae sedang menciumnya. Dia terpaksa mengambil beberapa saat untuk menghadam semua yang sedang berlaku. Omg! Lee Donghae curi first kiss aku!

 

Selesai saja majlis perkahwinan, Donghae membawa Junhee berjumpa dengan ahli Super Junior yang masih lagi ada di dalam dewan tersebut.

 

“Annyeonghaseyo, Song Junhee imnida.” Junhee memperkenalkan dirinya.

 

“Apa pulak Song Junhee? Bukan sekarang sepatutnya dah jadi Lee Junhee ke?” usikan Heechul membuatkan Junhee tertunduk malu.

 

“Cantiknya.”

 

Junhee tak tahu reaksi yang dia harus berikan apabila tidak putus-putus menerima pujian daripada Super Junior.

 

“Junhee-ah, siapa yang awak suka dalam Super Junior?” soal Eunhyuk sekali gus mendapat satu ketukan di kepala oleh Donghae.

 

“Kenapa kau tanya soalan macam tu?” marah Donghae.

 

“Kenapa? Takut dia pilih aku ke?” Eunhyuk berseloroh.

 

Donghae sudah bersedia untuk mengetuk kepala Eunhyuk sekali lagi tetapi lelaki itu cepat-cepat bersembunyi di belakang Leeteuk. Junhee hanya tersenyum melihat telatah mereka yang keanak-anakan itu. Langsung tak macam orang dah 30 tahun.

 

“Junhee, jawablah soalan tu. Kitorang pun nak tahu jugak jawapannya,” sampuk Yesung.

 

Gadis itu bermain dengan jari-jemarinya. Dia memandang wajah ahli Super Junior seorang demi seorang.

 

“Sebenarnya saya suka Donghae oppa,” jawab Junhee sambil tertunduk malu. Pasti wajahnya sudah berona kemerahan saat ini.

 

Donghae tersenyum megah di hadapan sahabat-sahabatnya. Spontan saja bibirnya mencium pipi Junhee. Makin kemerahan pipi Junhee dibuatnya.

 

“Eeuww. Tahulah dah kahwin tapi perlu ke cium depan kitorang?” rungut Kyuhyun menunjukkan tanda protesnya.

 

“Kenapa? Jealous ke? Kalau jealous kahwinlah cepat-cepat,” bidas Donghae.

 

“Jadi bila kitorang boleh dapat anak buah?” lancar saja Heechul bertanya.

 

Junhee menelan liur. Anak buah? Spontan dia memandang Donghae. Suaminya itu juga nampaknya terkedu dengan soalan yang dilontarkan oleh Heechul.

 

“Kalau tengok kemesraan dorang tadi. Nampaknya bulan depan mesti Donghae beritahu yang dia akan jadi ayah,” ujar Leeteuk sekali gus mendapat sorakan daripada yang lain.

 

 

“Junhee.”

 

Dia tersedar dari lamunannya. Sejak bila Donghae duduk disebelahnya di atas katil itu dia sendiri tak sedar. Bukan ke tadi mamat ni dalam bilik air?

 

“Kenapa ni? Ada masalah ke?” soal Donghae dengan nada khuatir.

 

Sejak mereka pulang, Junhee kelihatan resah seperti sedang memikirkan sesuatu.

 

“Tak ada apa-apa,” balas Junhee perlahan.

 

Donghae diam. Dia tahu Junhee berbohong. Dia memandang wajah isterinya cuba membaca apa yang terbuku dalam fikiran isterinya. Selepas Heechul bercakap tentang anak, Junhee tidak banyak bersuara. Apabila dia mengajak Junhee pulang ke rumah baru mereka dia nampak sedikit teragak-agak seperti takutkan sesuatu.

 

“Awak fikirkan pasal kita ke?” soal Donghae.

 

Dia mengesot merapatkan tubuhnya ke arah Junhee. Spontan tangannya memeluk bahu Junhee. Dia dapat rasa ketegangan pada tubuh Junhee. Sah, Junhee risau akan malam pertama mereka.

 

Donghae menjatuhkan tangannya dari bahu Junhee. Dia memusingkan badannya 90 darjah sebelum dia menarik badan Junhee supaya menghadapnya.

 

“Awak jangan risau. Saya takkan sentuh awak kalau awak tak sedia,” ujar Donghae.

 

Mata Junhee terbuntang luas. Dia tak pasti macam Donghae boleh tahu apa yang dia fikirkan. Mamat ni ada sixth sense ke?

 

“Dahlah. Jom tidur.” Donghae membaringkan tubuhnya di atas katil.

 

Dengan teragak-agak, Junhee membaringkan tubuhnya di sebelah Donghae. Relaks Junhee. Relaks. Kan Oppa cakap dia tak akan buat apa-apa. Buat apa nak risau.

 

Badan Junhee terus kejung seperti terkena kejutan eletrik apabila tangan Donghae merangkul pinggangnya. Dalam sekelip mata, dia ditarik ke dalam pelukan lelaki itu. Meskipun diburu rasa gemuruh, Junhee harus akui yang dia rasa selamat dalam kehangatan pelukan suaminya.

 

Akhirnya Junhee terlena.

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
hanbinhaera #1
Chapter 11: TOO SWEET OMFG
GreenDecember #2
Updatelah lagi bestlah citer ni....
rayyrahieymah #3
Chapter 11: update lgi please..
StarPeace
#4
Chapter 11: Ingatkan Junhee mengandung tadi. Hehe xD
GreenDecember #5
Chapter 10: kenapa cerita ni terlalu cute dan comel...updatelah lagi author nim!!! ^^ (panjang2 sikit tau)
rayyrahieymah #6
Chapter 9: waaaaa best sgt.. deabak.. pallli update :)
GreenDecember #7
Chapter 8: Donghae sampai hati kau tampar Junhee ... T_T
anyway i like this story...^^
StarPeace
#8
Chapter 7: Your story is so good. Update soon ^ ^
ArmyGirls #9
update soon ^^
Dragneel09 #10
Chapter 4: Oh my gosh, donghae must be a sweet husband...keke