Episod 5 - At Least I Still Have You

Lee Donghae's Wifey

Sepanjang perjalanan di dalam kereta mereka ditemani oleh kesepian. Baik Donghae mahupun Junhee tiada siapa pun yang bersuara. Junhee mengigit bibir kerana suasana kekok yang menguasai ruang.

 

“Terima kasih oppa.” akhirnya Junhee bersuara.

 

Donghae memandang bakal isterinya sekilas. “Untuk apa?”

 

“Sebab belanja saya makan tadi?”

 

Lelaki itu tidak dapat menahan dirinya daripada tersenyum. Dia merasakan yang tingkah isterinya itu sangat comel.

 

“Oppa kita nak pergi mana?” Junhee bertanya.

 

Dia sedar yang kereta Donghae mula jauh daripada jalan untuk ke rumahnya.

 

“Saya nak ajak awak pergi satu tempat.”

 

Junhee semakin bingung apabila mereka tiba di sebuah kawasan perkuburan. Kenapalah agaknya Donghae membawanya ke sini?

Dia memandang Donghae dengan penuh persoalan. Namun lelaki itu dengan begitu tenang sekali memegang tangannya sebelum masuk ke kawasan perkuburan.

 

“Abeoji.” Donghae melutut di hadapan sebuah kubur.

 

Junhee hanya berdiri di situ. Dia terlupa akan satu fakta. Ayah Donghae sudah lama meninggal dunia. Pastinya lelaki itu ingin memperkenalkannya kepada ayahnya.

 

“Abeoji kenalkan ini bakal isteri saya, Song Junhee.”

 

Tanpa disuruh Junhee memperkenalkan dirinya. “Annyeonghaseyo Song Junhee imnida.” Dia memberikan tunduk hormat seolah-olah bakal bapa mertuanya itu sedang berdiri betul-betul di hadapannya.

 

“Abeoji. Tak lama saya dah nak kahwin. Mesti seronok kalau abeoji pun ada sekali. Saya nak abeoji tengok perkahwinan saya. Majlis tu takkan lengkap kalau abeoji tak ada,” ujar Donghae sebak.

 

Air mata mula bertakung di tubir matanya. Alangkah baiknya kalau ayahnya masih hidup. Pastinya ayahnya akan berasa bangga kerana dia akan berkahwin dengan Junhee. Dan dia tahu ayahnya akan suka dengan Junhee. Segala kata-kata yang ingin diucap oleh Donghae tersekat di kerongkong saat air mata mula mengalir membasahi pipi.

 

Junhee terpinga-pinga. Meskipun lelaki itu melutut membelakangkannya Junhee tahu yang Donghae sedang menangis. Tetapi dia tak tahu bagaimana mahu menenangkan lelaki itu.

 

Donghae berdiri. “Abeoji saya balik dulu.” Dia memberikan tunduk hormat sebelum dengan lemah longlai melangkah pergi dari situ.

 

Junhee hanya mengekori langkah dari belakang. Tanpa teragak-agak dia memeluk lelaki itu dari belakang.

 

“Junhee?” Donghae tersentak dengan tindakan gadis itu.

 

Dia berpusing menghadap Junhee saat gadis itu meleraikan pelukannya. Mereka bertentangan mata untuk seketika. Sekali lagi Junhee memeluk tubuh Donghae. Kali ini lebih erat daripada tadi.

 

“Saya tahu oppa tengah sedih tapi saya tak reti nak pujuk orang. Cuma saya nak oppa tahu yang saya selalu ada di sisi oppa. Oppa boleh luahkan semua yang terbuku dalam hati oppa. Saya akan setia mendengarnya,” luah Junhee seikhlas hati.

 

Donghae merasakan ada satu perasaan halus mula menjalar dalam hatinya. Ya, dia terharu dengan ketulusan hati gadis itu. Tanpa sedar, air mata yang sudah kering kini mengalir lagi. Dia membalas pelukan gadis itu. Satu ciuman dihadiahkan di ubun-ubun Junhee. Betapa bertuahnya dia kerana bertemu dengan gadis seperti Junhee.

 

Pelukan akhirnya dileraikan oleh Donghae. Dia tersentak apabila melihat wajah Junhee yang lencun dengan air mata.

 

“Kenapa menangis ni?” soal Donghae dengan lembut. Kedua-dua ibu jarinya menyeka air mata di pipi Junhee.

 

“Sebab oppa nangis. Saya pun nangis,” balas Junhee dalam esakannya.

 

“Dah. Jangan nangis.” Donghae mengusap lembut pipi Junhee.

 

Tanpa disangka Junhee pun melalukan perkara yang sama. Dia menyeka sisi air mata di pipi Donghae dengan kedua-dua ibu jarinya.

 

“Oppa pun janganlah nangis. Saya tak nak tengok oppa nangis,” ujar Junhee.

 

Donghae tersenyum. Dia menarik Junhee ke dalam pelukannya. Betapa bersyukurnya dia kerana dipertemukan dengan gadis setulus Junhee. Mungkin kehilangan ayahnya telah digantikan dengan Junhee, bidadari yang akan sentiasa menyinari hidupnya. Walaupun kerinduan terhadap ayahnya tak terpadam, sekurang-kurangnya dia masih ada Junhee. Dan itu sudah mencukupi.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
hanbinhaera #1
Chapter 11: TOO SWEET OMFG
GreenDecember #2
Updatelah lagi bestlah citer ni....
rayyrahieymah #3
Chapter 11: update lgi please..
StarPeace
#4
Chapter 11: Ingatkan Junhee mengandung tadi. Hehe xD
GreenDecember #5
Chapter 10: kenapa cerita ni terlalu cute dan comel...updatelah lagi author nim!!! ^^ (panjang2 sikit tau)
rayyrahieymah #6
Chapter 9: waaaaa best sgt.. deabak.. pallli update :)
GreenDecember #7
Chapter 8: Donghae sampai hati kau tampar Junhee ... T_T
anyway i like this story...^^
StarPeace
#8
Chapter 7: Your story is so good. Update soon ^ ^
ArmyGirls #9
update soon ^^
Dragneel09 #10
Chapter 4: Oh my gosh, donghae must be a sweet husband...keke