Episod 4 - Menanti Hari Menjadi Mrs Lee

Lee Donghae's Wifey

 Beberapa hari selepas makan malam dengan bakal isterinya, Donghae berbincang dengan syarikat pengurusannya, SM ENT tentang perkahwinannya dengan Junhee. Mujurlah syarikat itu menyokong 100% keputusannya. Begitu juga dengan Super Junior. Mereka ialah orang yang paling gembira saat Donghae menyampaikan berita gembira itu.

 

Keesokan harinya pula, dia mengadakan satu sidang media untuk mengumumkan perkahwinannya. Industri k-pop ketika itu gempar dengan pengumuman yang dibuat oleh Donghae. Baik di Korea mahupun di luar negara semuanya memberi respon terhadap pengumuman perkahwinan Donghae.

 

Ada peminat yang menyokong namun ada juga yang tidak berpuas hati dengan keputusan Donghae. Luka di hati kerana perkahwinan Sungmin masih lagi belum sembuh kini mereka ditambah pula dengan berita perkahwinan Donghae.

 

Junhee pula tidak tahu reaksi apa yang dia harus berikan. Dia tahu Donghae akan umumkan perkahwinan mereka. Malah dia langsung tidak ada hak untuk menghalang. Cuma dia risau. Risau akan peminat Donghae. Memikirkan peminat Super Junior yang kadang kala agak menakutkan Junhee cuma berharap yang dia tak akan dimasukkan di hospital sebelum hari perkahwinannya.

 

Pagi itu, Junhee ke universiti seperti biasa. Tetapi apa yang luar biasanya ialah semua mata tertumpu ke arahnya apabila sebaik saja dia melangkah masuk ke dalam universiti.

 

“Dia tulah Song Junhee yang akan kahwin dengan Donghae oppa.”

 

“Bertuahnya dia dapat kahwin dengan Donghae oppa.”

 

“Macama mana dia boleh kahwin dengan Donghae oppa? Dia mesti perangkap Donghae oppa.”

 

“Dia bukannya cantik pun. Aku lagi cantik.”

 

Junhee hanya pekakkan telinga apabila semua orang berbisik tentangnya. Dia mula resah. Adakah keputusannya untuk hadir ke kuliah hari ini satu keputusan yang tepat? Kenapa dia rasakan ada sesuatu yang buruk akan berlaku?

 

“Junhee.” Panggil Sungyeon.

 

Dia cepat-cepat menarik tangan Junhee dan duduk di tempat mereka. Junhee sempat lagi perasan beberapa orang pelajar perempuan merenung ke arahnya. Tanpa sedar dia mengeluh perlahan.

 

“Satu universiti dah kecoh cakap pasal perkahwinan kau dengan Donghae. Dan sekarang aku nak dengar sendiri dari mulut kau. Betul ke kau nak kahwin dengan dia?” soal Sungyeon.

 

Junhee mengangguk perlahan.

 

“Oh my god!” teriak Sungyeon.

 

Cepat-cepat Junhee menutup mulut kawannya sebelum jeritannya menarik perhatian orang lain.

 

“Shusshh senyaplah sikit. Kau nak semua orang dengar ke?” tegur Junhee.

 

Sungyeon menjatuhkan tengan Junhee dari mulutnya. “Apa salahnya? Lagipun semua orang memang dah tahu pasal ni. Sekarang ni kau kena ceritakan kat aku dari A sampai Z pasal kau dengan Donghae.”

 

“Boleh. Tapi bukan sekarang. Aku rasa tak ada privacylah dalam kelas ni. Kau tak perasan ke dari tadi semua orang pandang kita.” Junhee mencuri pandang ke arah sekumpulan pelajar perempuan yang sedang berborak sambil memandang ke arahnya.

 

“Okey. Lepas habis kelas ni kau kena ceritakan semuanya. Dan diorang bukannya pandang kita berdua tapi kau sorang.”

 

Sebaik saja kelas tamat, Sungyeon terus menarik tangan Junhee ke padang. Selama sejam dia menanti untuk mendengar cerita dari Junhee sehingga dia langsung tak boleh fokus dalam kelas.

 

“Okey, sekarang ceritalah apa yang jadi,” gesa Sunyeon.

 

Junhee ketawa kecil. “Kau ni memang dari dulu tak tahu nak bersabar.”

 

“Kau ingat aku boleh bersabar dalam hal-hal macam ni?” bidas Sungyeon.

 

“Sejak bila kau bercinta dengan Donghae? Kenapa aku tak tahu pun,” ujar Sungyeon seperti merajuk saja bunyinya.

 

“Yang kau monyok ni kenapa? Bila masa pulak aku bercinta dengan Donghae oppa? Perkahwinan kitorang diaturkan oleh keluarga,” ujar Junhee tenang.

 

“Hah?” mulut Sungyeon tercengang luas.

 

“Sebenarnya Donghae oppa teringin nak kahwin tapi dia tak calon. Lepas tu dia mintak tolong omma dia carikan calon isteri. Dan dipendekkan cerita calon isteri yang omma dia pilih tu ialah aku.”

 

“Tapi macam mana pula mak dia boleh kenal kau?” soal Sungyeon.

 

“Sebab mak aku rapat dengan Puan Lee.” balas Junhee ringkas.

 

“Heol! Daebak! Kau tahu tak Junhee cerita kau ni macam dalam novel. Untungnya kau dapat kahwin dengan Donghae. Dia tu dahlah popular, handsome, pendek kata kira perfectlah. Tak ke bertuah macam tu?”

 

“Bertuah apa bendanya? Kau tahu sebab dia popular, handsome, dan perfectlah aku rasa insecure tahu tak? Lagi-lagi perkahwinan kitorang ni bukannya atas dasar cinta. Macam-macam benda boleh jadi,” luah Junhee.

 

Perkara itulah yang asyik difikirnya sebaik saja dia tahu bakal suaminya ialah Donghe. Kadang-kala dia berharap yang semua ini hanyalah satu mimpi.

 

“Yang kau nak risau sangat ni kenapa? Tak kisahlah perkahwinan korang atas dasar cinta atau pun tidak. Yang penting Donghae berkenan dengan kau, calon pilihan ibu dia. Perasaan cinta tukan boleh dipupuk. Aku yakin satu hari nanti Donghae akan betul-betul jatuh cinta dengan kau.”

 

Perasaan cinta tukan boleh dipupuk.”

 

Memang kita ni tak kenal antara satu sama lain. Apatahlagi cinta. Tapi kita boleh saling mengenali bila dah kahwin nanti. Saya boleh belajar banyak benda pasal awak dan pun boleh belajar banyak benda pasal saya. Dan pasal cinta. Saya yakin satu hari nanti perasaan tu akan datang.”

 

Junhee tersenyum apabila kata-kata Donghae mula bermain dalam fikirannya. Mungkin betul kata Sungyeon, tiada apa yang dia harus risaukan.

 

Junhee memerhati biasan wajah di cermin. Gara-gara terlalu memikirkan perihalnya dengan Donghae, lingkaran gelap di bawah mata mula kelihatan.

 

“Aish, tak boleh jadi ni. Tak lama lagi kau nak kahwin takkanlah nak biar mata kau jadi macam mata panda,” keluh Junhee perlahan.

 

“Song Junhee?”

 

Gadis itu menoleh apabila namanya dipanggil. 3 orang perempuan berjalan mendekatinya.

 

“Ya, saya.”

 

“Jadi kaulah yang nak kahwin dengan Donghae oppa?” soal salah seorang dari mereka.

 

Junhee menelan liur. Dia dapat rasakan satu aura yang aneh dari mereka bertiga. Tolong jangan beritahu aku yang diorang ni sasaeng fan. Junhee berdoa dalam hati. Sudahlah hanya dia seorang dalam tandas ni, dan dikepung oleh orang yang langsung dia tak kenal. Harap-harap dia tak diapa-apakan. Sekurang-kurangnya dia tak mahu bertongkat atau berkerusi roda pada hari perkahwinannya nanti.

 

“Apa yang kau dah buat kat Donghae oppa sampai dia kena kahwin dengan kau? Mesti kau paksa dia kan? Ke kau ugut dia?” ujar gadis itu lagi. Seorang daripada kawannya menolak bahu Junhee sehingga dia tersandar pada dinding.

 

Junhee membetulkan posisinya. Sambil menepuk-nepuk bahunya seolah-olah membuang kotoran pada pakaiannya.

 

“Kau ingat kau cantik sangat ke? Kau ingat kau layak dengan Donghae oppa?”

 

Belum sempat Junhee berlalu dari situ dia ditolak lagi ke dinding. Tidak cukup dengan itu rambutnya juga direntap kuat. Junhee mengerang kesakitan. Dia memejam rapat matanya apabila salah seorang dari mereka cuba untuk menamparnya.

 

“Hentikan!”

 

Gadis tadi tidak jadi untuk menampar Junhee. Sungyeon berlari ke arah sahabatnya.

 

“Apa yang korang cuba buat ni? Baik korang pergi sekarang sebelum penumbuk aku ni kena tepat kat muka korang yang memang dah sedia ada tak cantik tu,” ugut Sungyeon.

Kelam kabut 3 orang gadis tadi meninggalkan Junhee dan Sungyeon.

 

“Kau okey ke?” Sungyeon kembali mendapatkan kawannya.

 

“Aku okey,” balas Junhee perlahan.

 

“Aku rasa mulai esok kau kena upah bodyguard untuk jaga kau. Paling tak pun sampai hari perkahwinan kau. Nanti karang kau ke mana perkahwinan kau pun entah ke mana,” bebel Sungyeon.

 

Dia benar-benar serius tentang bodyguard untuk Junhee lagi-lagi lepas apa yang jadi tadi. Nasib baiklah dia sempat sampai ke situ. Kalau tidak, pasti lunyai Junhee dikerjakan tadi.

 

 

“Termenung apa tu? Dah nak kahwin pun takkanlah susah hati lagi,” tegur Siwon.

 

Donghae memandang sahabatnya. Sebelum mengalihkan pandangan ke arah skrin komputer riba. Siwon menjeling ke arah skrin komputer riba. Apalah agaknya yang dilihat oleh Donghae sehingga dia resah sampai macam tu sekali?

 

Berkerut-kerut dahi Siwon apabila membaca komen-komen negatif daripada peminat. Jadi ini yang menganggu fikiran sahabatnya.

“Jangan risau. Walaupun ramai yang membantah perkahwinan ni, jangan lupa masih ramai lagi peminat yang sokong kau dari belakang.” Siwon menepuk lembut bahu kawannya.

 

Donghae mengeluh perlahan. “Aku tak risau pasal aku. Sebab aku dah biasa dengan semua benda ni. Cuma aku risau dengan Junhee. Agaknya dia okey tak?” luahnya kerisauan.

 

“Apa kata kau pergi jumpa dia sendiri?” cadang Siwon.

 

Jumpa dengan Junhee? Selepas makan malam beberapa hari lepas, mereka tidak lagi berhubung. Dan Donghae harus akui yang dia mulai rindukan gadis itu. Mungkin cadangan berjumpa dengan Junhee taklah teruk mana. Lagipun Junhee itu bukannya orang lain, bakal isterinya juga. Dan sekarang semua orang sudah tahu hubungan mereka. Tiada apa yang perlu ditakutkan.

 

“Kenapa kau tak bagi aku pergi perpustakaan?” rengek Junhee mengalahkan budak-budak.

 

“Lepas apa yang jadi tadi kau ingat aku nak benarkan kau pergi perpustakaan sorang-sorang,” ujar Sungyeon sambil menarik tangan Junhee ke lobi.

 

“Aku nak hari ni kau balik rumah. Rehat. Kalau nak pergi perpustakaan esok aku temankan.”

 

Nampaknya Junhee tidak berani membantah keputusan Sungyeon. Dengan penuh terpaksa dia akur.

 

“Eh, apa yang kecoh-kecoh kat luar tu?” soal Sungyeon.

 

Kedua-dua sahabat itu memandang ke arah pintu utama yang penuh sesak dengan pelajar perempuan yang berteriak seperti orang kena histeria.

 

“Jomlah pergi tengok.” dibelenggu dengan rasa ingin tahu, Sungyeon menarik tangan sahabatnya ke kawasan yang penuh sesak.

 

Mereka merentasi lautan manusia itu sehinggalah mereka berada di hadapan sekali.

 

“Donghae oppa?”

 

Donghae memalingkan tubuhnya. “Junhee-ah.”

 

Kawasan perkarang universiti itu mula riuh dengan jeritan pelajar-pelajar perempuan apabila Donghae mendekati bakal isterinya.

 

“Apa oppa buat kat sini?” soal Junhee. Dia masih lagi terkejut dengan kehadiran Donghae di situ.

 

“Salah ke salah saya nak jumpa bakal isteri saya?”

 

Junhee tidak dapat mengawal wajahnya daripada merona kemerahan saat mendengar kata-kata Donghae.

 

“Saya nak ajak awak keluar makan memandangkan kita pun dah lama tak jumpa. Mungkin kita boleh bincang pasal majlis perkahwinan kita?” ujar Donghae. Satu kenyitan mata dihadiahkan kepada Junhee.

 

Junhee terpinga-pinga. Dia menoleh ke arah Sungyeon. Kawannya itu terus mengangguk laju.

 

“Err.. Okay.”

 

Hampir saja Junhee menjerit apabila Donghae merangkul pinggangnya. Dia memandang lelaki itu dengan penuh persoalan. Tetapi Donghae hanya buat muka selamba menyebabkan wajah Junhee semakin merona kemerahan.

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
hanbinhaera #1
Chapter 11: TOO SWEET OMFG
GreenDecember #2
Updatelah lagi bestlah citer ni....
rayyrahieymah #3
Chapter 11: update lgi please..
StarPeace
#4
Chapter 11: Ingatkan Junhee mengandung tadi. Hehe xD
GreenDecember #5
Chapter 10: kenapa cerita ni terlalu cute dan comel...updatelah lagi author nim!!! ^^ (panjang2 sikit tau)
rayyrahieymah #6
Chapter 9: waaaaa best sgt.. deabak.. pallli update :)
GreenDecember #7
Chapter 8: Donghae sampai hati kau tampar Junhee ... T_T
anyway i like this story...^^
StarPeace
#8
Chapter 7: Your story is so good. Update soon ^ ^
ArmyGirls #9
update soon ^^
Dragneel09 #10
Chapter 4: Oh my gosh, donghae must be a sweet husband...keke