Episod 11 - Thank You

Lee Donghae's Wifey

Pasangan suami isteri itu berjalan keluar dari SM ENT sambil berpegangan tangan. Selepas adegan romantik tadi, Donghae terus mengajak isterinya keluar untuk makan tengah hari memandangkan mereka berdua masing-masing belum makan sejak dari pagi tadi.

 

Junhee hanya mengikut saja jejak Donghae tanpa mengetahui ke mana lelaki itu membawanya. Sehinggalah mereka berdiri di tepi jalan menunggu masa untuk melintas jalan, Junhee tiba-tiba jadi resah.

 

Titik-titik peluh mula kelihatan di dahinya. Junhee tiba-tiba terasa dadanya sesak menyebabkan dia sukar untuk bernafas.

 

Donghae mula perasan perubahan pada Junhee. Dia panik apabila wajah isterinya tiba-tiba pucat lesi.

 

“Sayang? Kenapa ni?” soal Donghae.

 

Junhee terasa terlalu lemah untuk berdiri sehingga dia terpaksa berpaut pada suaminya. Dia memegang erat lengan Donghae.

 

Sementara itu Donghae semakin panik apabila Junhee langsung tidak berkata apa-apa. Dia terus mencempung isterinya balik semula ke SM ENT.

 

“Donghae-ah, kenapa ni?” soal Eunhyuk sebaik saja Donghae melangkah masuk ke dalam bilik latihan dengan Junhee dalam dakapannya.

 

“Tak tahu. Dia tiba-tiba pengsan,” jelas Donghae sambil meletakkan isterinya di atas sofa di hujung bilik.

 

“Ryeowook-ah, tolong ambilkan air,” arah Donghae dan Ryeowook hanya menurut tanpa sebarang bicara.

 

Beberapa detik kemudian, Ryeowook kembali dengan sebotol air mineral di tangan. Air mineral bertukar tangan. Donghae menuangkan sedikit air mineral itu di tanganya sebelum diusapkan ke wajah isterinya.

 

“Junhee.” panggil Donghae apabila mata Junhee mula bergerak-gerak.

 

Perlahan-lahan Junhee mencelikkan matanya. Wajah Donghae menyapa pandangannya.

 

“Oppa.” Junhee mencuba untuk bangun.

 

Melihat isterinya yang bersusah payah untuk duduk itu, Donghae membantu isterinya sebelum melabuhkan punggung di sebelah Junhee.

 

“Oppa, apa yang jadi tadi?” soal Junhee perlahan.

 

“Sayang pitam tadi,” ujar Donghae.

 

Junhee hanya diam. Dia teringat kembali yang diserang panik sewaktu hendak melintas jalan tadi. Junhee hanya mengeluh.

 

“Kitorang keluar dulu,” ujar Leetetuk mewakili mereka yang lain.

 

Seorang demi seorang meninggalkan bilik latihan itu untuk memberi ruang kepada suami isteri itu.

 

“Sayang okey ke? Nak pergi klinik?” soal Donghae yang kerisauan apabila wajah isterinya masih lagi pucat.

 

Junhee menggenggam tangan suaminya. “Tak apa. Saya okey.”

 

“Kalau okey kenapa sayang boleh pitam tepi jalan tadi?” bidas Donghae tanpa sedar yang dia sudah meninggikan suaranya terhadap Junhee.

 

Donghae mula sedar ketelanjurannya apabila riak wajah Junhee mula berubah.

“Oppa minta maaf. Oppa tak sengaja.”

 

“Oppa. Sebenarnya saya ada sesuatu nak beritahu oppa,” ujar Junhee. Dia memandang Donghae sebelum mengalihkan pandangannya ke tempat lain.

 

Donghae tidak bersuara. Dia menanti kata-kata yang bakal keluar dari mulut isterinya.

 

“Saya... Ada agyrophobia.” kata Junhee dengan teragak-agak.

 

Dia menantikan respon daripada Donghae tetapi lelaki itu langsung tidak berkata apa-apa. Akhirnya dia mengangkat wajah memandang suaminya. Cuba membaca fikiran lelaki itu dari raut wajahnya tetapi hampa. Dia langsung tak tahu apa yang bermain dalam fikiran Donghae.

 

“Saya fobia nak melintas jalan. Saya tak tahu kenapa tapi saya takut. Saya rasa tak selamat seolah-olah bila masa aje saya boleh mati,” ujar Junhee. Dia melarikan pandangannya dari Donghae apabila air mata mula bergenang di tubir matanya.

 

Esakan halus Junhee mengejutkan Donghae dari lamunannya. Dia mengesot merapatkan tubuhnya ke arah Junhee sebelum menarik gadis itu ke dalam pelukannya. Membiarkan gadis itu menghamburkan segalanya di bahunya.

 

“Tak apa. Oppa ada. Oppa akan lindungi sayang. Oppa janji. Oppa minta maaf sebab oppa langsung tak tahu pasal hal ni. Mianhei,” pujuk Donghae. Dia mencium ubun-ubun isterinya dengan penuh kasih.

 

Donghae meleraikan pelukannya. Dia memandang wajah Junhee yang basah dengan air mata. Perlahan-lahan tangannya mengesat sisa air mata di pipi isterinya. Kemudian, dahi isterinya dicium.

 

“Dah tak mahu nangis. Oppa dah bagi ubat tadi,” ujar Donghae sebelum mencium bibir isterinya pula.

 

Junhee tidak dapat menahan dirinya daripada tersenyum kerana sikap Donghae.

 

“Kumawo, oppa.”

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
hanbinhaera #1
Chapter 11: TOO SWEET OMFG
GreenDecember #2
Updatelah lagi bestlah citer ni....
rayyrahieymah #3
Chapter 11: update lgi please..
StarPeace
#4
Chapter 11: Ingatkan Junhee mengandung tadi. Hehe xD
GreenDecember #5
Chapter 10: kenapa cerita ni terlalu cute dan comel...updatelah lagi author nim!!! ^^ (panjang2 sikit tau)
rayyrahieymah #6
Chapter 9: waaaaa best sgt.. deabak.. pallli update :)
GreenDecember #7
Chapter 8: Donghae sampai hati kau tampar Junhee ... T_T
anyway i like this story...^^
StarPeace
#8
Chapter 7: Your story is so good. Update soon ^ ^
ArmyGirls #9
update soon ^^
Dragneel09 #10
Chapter 4: Oh my gosh, donghae must be a sweet husband...keke